Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN MODUL 1 DASAR DAN HALA TUJU

NAMA : ALIMAH BT MOHD ZAIN


KELAS : SM1
1. Bagaimana seorang pemimpin dapat menjadikan budaya berfikiran
strategic sebagai elemen yang mampu meningkatkan prestasi sekolah?
Pemimpin mengikut kamus dewan ialah orang yang memimpin
manakala budaya adalah satu tamadun, cara berkelakuan (berfikir),
kemajuan (akal budi). Berfikiran strategik adalah kebolehan meramal
kehendak atau keperluan organisasi pada masa akan datang secara
luas, dalam dan jauh. Prestasi sekolah merujuk kepada perubahan kualiti
aktiviti dalam pelbagai bidang di sekolah secara keseluruhannya.
Pemimpin bertanggungjawab untuk mempengaruhi warga organisasi
supaya memahami kepentingan masa hadapan dan wajib mempunyai
elemen berfikiran strategik bagi meningkatkan prestasi sekolah.
Berfikran strategik adalah berfikir tentang masa depan. Masa depan
yang difikirkan itu mestilah difikirkan secara luas, mendalam dan jauh.
Menurut Nolan (et.el, 2008), tempoh masa minima untuk jauh pada
masa hadapan adalah lima tahun. Pemimpin sekolah harus memiliki
kebolehan untuk bergerak keluar dari zon selesa dan menggunakan
sempadan baru dan lebih luas untuk berfikir, merancang, melakukan,
menganalisis dan menilai serta membuat penambahbaikan berterusan.
Contohnya dalam bidang kurikulum. Prestasi sekolah diukur dalam
bidang peperiksaan, malahan itu juga adalah agenda utama sekolah
memberikan ilmu pengetahuan dan memastikan pelajar yang keluar dari
sekolah adalah murid berkualiti dari segi pencapaian peperiksaan
mereka.
Pemimpin yang berfikiran strategik mesti berfikir secara luas dan
besar. Dalam mereka cuba mencari berfikir bagaimana hendak
meningkatkan pencapaian peperiksaan murid di sekolah mereka itu
mereka mesti melihat apakah faktor dari dalam dan luar yang dapat
mempengaruhi menyumbang kepada pencapaian peperiksaan.
Pemimpin berfikiran strategi mesti menganalisis situasi persekitaran dan
persekitaran masa hadapan. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran
membuat anlaisis SWOT. Di dalam sekolah, pemimpin mesti dapat

mencari kekuatan dan kelemahan dalam sekolah sendiri. Ini melibatkan


perkara yang dibawah kawalan seperti murid, guru, staf, sumber,
infrastruktur, pengiktirafan, operasi dan dari segi kewangan. Manakala
peluang dan cabaran melibatkan perkara yang di luar kawalan pemimpin
itu sendiri termasuklah politik, ekonomi, sosial, teknologi, undangundang dan persekitaran. Semua ini perlu diambil kira dalam meentukan
masa depan sekolah..
Pemimpin berfikiran strategik mesti berfikir secara dalam dengan
menggabungkan segala kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran
agar dapat menjana beberapa strategi khusus untuk setiap satu
bahagian. Pemimpin berfikiran strategik mampu mengupas dengan lebih
mendalam cara sekolah beroperasi dalam mencapai KPI . Dari sini,
pemimpin perlu membuat pilihan strategi yang benar-benar boleh di
teruskan mengikut kepentingan dan berdasarkan kekuatan yang ada.
Pemimpin berfikiran strategik akan melihat sesuatu pada jangkauan
yang jauh. Ia mampu untuk menjangkau masa hadapan . Pemimpin seperti
ini mampu mencari alternatif sekolah pada masa hadapan. Ia melihat masa
depan dalam jangkaun lima tahun dan dalam lima tahun tersebut. KPI akan
ditetapkan. Kejayaan jangkauan lima tahun ini akan disemak dengan
mengadakan aktiviti-aktiviti dalam jangkauanmasa pendek dan
kejayaannya akan menentukan tercapainya
Pemimpin berfikran strategik berfikiran terbuka dalam menerima
idea dan kepelbagaian serta sentiasa mencabar andaian. Mereka berhatihati dalam membuat keputusan. Sentiasa mempunyai sifat ingin tahu dan
mempunyai sifat simpati . Pemimpin berfikiran strategik akan berfikir di
luar kotak dan sentiasa optimis dengan matlamat yang hendak dicapai,.

2. Berdasarkan contoh, jelaskan cara aktiviti pra perancangan dilaksanakan


dalam pembangunan pelan kecemerlangan organisasi anda.
Mengikut Bryson (2013), sebagai langkah pertama, seseorang pemimpin
strategik perlu berusaha memperoleh persefahaman awal dengan pasukan
pembuat keputusan dalaman (dan mungkin juga luaran) berkaitan dengan
proses perancngan strategik secara keseluruhan, kerangka jadual dan
pembahagian tugas-tugas penting.
Sebelum memulakan praperancangan, saya perlu mengambil kira
tempoh perancangan strategik yang perlu dibuat. Saya perlu menubuhkan
jawatankuasa induk yang akan menggerakkan dan terlibat dalam
perancangan strategik. Saya akan mengadakan sesi sumbangsaran bagi
menetapkan hala tuju sekolah bersama penolong-penolong kanan, ketuaketua bidang, kaunselor, ketua panitia, setiausaha bahagian kurikulum,
kokurikulum dan hal ehwal murid . Setelah itu tujuh hari, saya akan
memanggil Taklimat Memperkasakan Sekolah akan diberi kepada
jawatankuasa kerja ini dan agihan tugas diberikan kepada jawatankuasa
pelaksana. Sebagai pengetua saya akan memberikan kefahaman serta
penjelasan tentang tujuan membina perancangan strategik dan faedahnya
kepada organisasi.
Daripada sini, proses pra perancangan bermula. Saya memberi masa
4 hari bagi jawatankuasa induk , jawatankuasa kerja dan jawatankuasa
pelaksana mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan seperti
a. Latarbelakang sekolah
i.
Sejarah Ringkas Sekolah
- Melibatkan tarikh penubuhan sekolah, peneraju awal
sekolah, evolusi kemajuan dan perkembangan sekolah,
kejayaan serta tarikh-tarikh penting dan senarai pengurus
serta pemimpin terdahulu hingga sekarang berserta
ii.

tarikh dan tempoh perkhidmatan


Enrolmen Murid
- Bilangan murid lelaki dan perempuan

iii.

- Bilangan mengikut bangsa dan sebagainya\


Biodata Guru, pemimpin dan semua warga sekolah
- Maklumat nama, kelulusan akademik dan kepakaran
- Rekod kompetensi teras warga sekolah jika boleh

mengikut SKKSM
iv.
Prestasi akademik, koakademik dan kokurikulum ( 5 tahun)
v.
Rekod disiplin murid
vi.
Demografi penduduk
vii.
Persekitaran sekolah
viii. Kemudahan fizikal
b. Pencapaian terbaik sekolah
Sejarah pencapaian terbaik sekolah dan potensi masa hadapan
samada boleh dijadikan bidang kebitaraan yang boleh
dikembangkan pada masa hadapan.
c. Laporan analisis program
Pelaksanaan strategi , pelan taktikal atau operasi tahun-tahun
lepas.
d. Laporan prestasi semasa
laporan prestasi berkaitan bidang-bidang dalam SKKSM
i.
Menyemak tahap kesediaan sekolah
Saya juga perlu membuat penilaian terhadap diri sendiri
bagi mengetahui sejauh mana saya berfikir secara strategik
ii.

dengan menggunakan instrumen yang tertentu.


Menyemak tahap kesediaan staf menerima perubahan

melalui hasil atau dapatan penaksiran.


iii.
Mengenalpasti pendekatan yang patut diambil
e. Mengenal pasti punca-punca mandat dan kuasa terkini.
Sebagai pengurus saya perlu meneliti undang-undang dan
peraturan baru kerana ini akan menentukan ruang lingkup yang
diberikan kepada saya untuk menerajui sekolah. Mandat ini
meliputi
i.
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
ii.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iii.
Surat Siaran PPD dan JPN
iv.
Pekeliling-pekeliling Kerajaan
v.
Pekeliling-pekeliling Kemajuan Perkhimatan Aswam (PKPA)
vi.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015
vii.
Surat-surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
viii. Arahan-arahan Perbendaharaan
Bagi mendapatkan perancangan yang baik saya perlu
mendapatkan punca manda yang terkini dan mengasingkan
mandat mengikut bidang supaya memudahkan dalam tugas
membina atau menyemak pernyataan misi sekolah.
f. Mengenal pasti dan menetapkan jadual kerja pelakasana
menyediakan perancangan strategik sekolah. Saya mesti
memastikan jadual ini menunjukkan apakah aktiviti perancangan,
tarikh aktiviti dan tanggunjawab atau tindakan oleh siapa. Ini

adalah penting bagi menunjukkan akauntabiliti setiap warga


sekolah yang terlibat.
3. Berdasarkan contoh format tertentu, huraikan hubungkait Petunjuk
Prestasi Utama dengan hala tuju organisasi.
PAGE 42 RAJAH 5
4. Berdasarkan satu bidang pengurusan di sekolah, jelaskan prosesproses yang perlu dilakukan untuk menjana sesuatu strategi atau
inisiatif bagi mencapai satu objektif yang ditetapkan.
Jawapan page 43- 45

Anda mungkin juga menyukai