Antara faktor yang kuat mendorong kepada kelemahan kualiti kulit dan tekstur kulit
adalah stress, kurang tidur, rendah nutrisi, pencemaran, kesan buruk sinaran cahaya
matahari, rokok dan pengambilan alkohol.
Boleh kita lihat di luar sana, terlalu banyak produk penjagaan kecantikan dan
kesihatan kulit yang menjanjikan kulit cantik sempurna dan berseri. Namun tidak
kesemuanya mampu merealisasikan impian jelita seseorang.
Lemon
Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada
permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan
gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan
remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.
Madu
Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering
sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan
kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali
untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.
Kunyit
Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles
pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering
sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu
untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.
Serbuk penaik
Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus
lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan sapukan pes secara
menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam dan keringkan
dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali seminggu.
Timun
Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan
ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap
hari sebelum tidur.