Anda di halaman 1dari 11

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

1.0 RUMUSAN ARTIKEL 1


(PHYSICAL EDUCATION AND SPORT ADAPTATION FOR STUDENT WHO ARE HARD OF
HEARING)
Artikel pertama yang saya pilih ini ditulis sepenuhnya oleh dua penulis iaitu Lori M. Reich dan
Barry Lavay pada Mac 2009. Secara keseluruhannya, artikel ini menceritakan mengenai
masalah kurang pendengaran di dalam kalangan pelajar. Perkara-perkara seperti perbezaan
kurang pendengaran dan pekak, permasalahan dan kaedah pengajaran yang sesuai
diterangkan secara terperinci di dalam artikel ini. Menurut Gallaudet University (2007),
kumpulan ini seringkali di anggap sebagai pekak oleh masyarakat. Terdapat perbezaan
ketara antara masalah kurang pendengaran dan masalah pekak ini serta kaedah pengajaran
bagi kedua-dua masalah ini juga mempunyai perbezaan.
Masalah utama dalam pengajaran terhadap pelajar kurang pendengaran ini ialah
masalah salah faham terhadap pelajar berkenaan. Dalam artikel ini, penulis menceritakan
kisah berkenaan seorang gadis Amerika Syarikat yang bernama Leanne, yang mengalami
masalah kurang pendengaran ini. Melalui kisah yang dihadapi oleh Leanne, sememangnya
seharusnya menjadi iktibar untuk semua pihak. Masalah utama yang berlaku ialah Leanne
sendiri merahsiakan masalah kurang pendengaran dari orang lain kerana tidak mahu digelar
orang kurang upaya. Ini menjurus kepada masalah salah faham kerana rakan-rakannya serta
guru akan bertindak memarahi Leanne jika dia tidak mendengar arahan dengan betul kerana
menganggap Leanne hanya bersikap pasif. Ini menyebabkan guru tersebut tidak
menjalankan pengajaran khusus untuk pelajar seperti Leanne seperti mana seharusnya guru
tersebut lakukan. Masalah kedua pula apabila guru menganggap alat bantuan pendengaran
dapat mengembalikan pendengaran seperti normal. Disebabkan oleh itu, guru akan
menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani seperti biasa jika murid tersebut memakai alat
bantuan pendengaran. Masalah-masalah seperti inilah yang menjadikan pengajaran
Pendidikan Jasmani untuk murid berkeperluan khas seperti Leanne tidak dapat menjalankan
pengajaran.
Page
1

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Antara yang boleh dilakukan oleh guru Pendidikan jasmani adalah seperti
mendapatkan maklumat sebanyak mungkin mengenai murid yang mengalami masalah
kurang pendengaran ini. Ini membolehkan guru memahami sedikit sebanyak mengenai
masalah ini supaya mereka dapat membina strategi pengajaran yang lebih berkesan kepada
individu-individu yang terlibat ini. Selain itu, guru juga perlu bercakap dengan murid yang
terlibat secara peribadi supaya mereka dapat memahami situasi ini dan memberi kerjasama
dan membina kepercayaan dalam proses pengajaran. Ini adalah disebabkan murid yang
mengalami masalah ini selalunya lebih suka mengasingkan diri dari proses pengajaran
kerana mereka berasa bosan apabila tidak melakukan aktiviti tersebut dengan baik.
Seterusnya, guru bolehlah membahagikan kumpulan dengan memberi kebebasan kepada
murid yang bermasalah itu untuk memilih pasangan mereka yang dirasakan selesa. Hal ini
adalah memberi keselesaan sepenuhnya kepada murid tersebut ketika menjalani aktiviti
fizikal. Kedudukan guru juga amat penting kerana murid tersebut mempunyai jarak
pendengaran tertentu. Guru harus memastikan ketika memberi arahan, dia haruslah berada
di dalam jarak pendengaran tersebut. Arahan pula perlu jelas dan diulang-ulang supaya murid
tersebut tidak terlepas dari mendengar arahan.
Kesimpulannya, murid yang mengalami masalah pendengaran ini sering disalah
anggap sebagai murid pekak. Guru harus memainkan peranan unutuk memenuhi kehendak
tertentu oleh murid kurang pendengaran ini kerana pengajaran untuk murid kurang
pendengaran ini tidak sama dengan murid pekak.

Page
2

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

2.0 RUMUSAN ARTIKEL 2


(DYSLEXIA AND PHYSICAL EDUCATION-OUTDOOR EDUCATION, SPORTS, GAMES,
DANCE)
Artikel kedua yang saya pilih ini telah ditulis oleh Moira Thompson yang merupakan konsultan
pendidikan di DysGuise Ltd. yang membantu individu yang mempunyai masalah disleksia di
Scotland. Artikel ini menerangkan berkenaan pelajar sekolah menengah yang mempunyai
masalah disleksia serta strategi pengajaran Pendidikan Jasmani terhadap pelajar ini.
Masalah disleksia ini didefinisikan sebagai masalah memproses maklumat
berdasarkan bahasa. Ini memberi kesan terhadap memori jangka masa pendek, mengenal
urutan, arah dan koordinasi pelajar tersebut. Masalah ini mudah untuk dikesan jika murid
terlibat dengan pengajaran yang berasaskan penulisan dan kerja. Tetapi jika pelajar tersebut
menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani, guru sukar untuk mengenal pasti pelajar yang
mengamai masalah disleksia ini. Walaupun kelihatan seperti normal, terdapat permasalahan
yang berlaku kepda murid disleksia ini.
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memberikan pendidikan yang sama adil
untuk semua pelajarnya berdasarkan keupayaan dan kemampuan masing-masing. Pelajar
yang mengalami masalah disleksia ini juga mempunyai keperluan khas yang tertentu yang
harus dititik beratkan dalam peoses pengajaran. Sebagai contoh, Pelajar disleksia ini tidak
seharusnya bergantung kepada pengajaran berasaskan penulisan sepenuhnya. Antara
perkara utama yang guru perlu faham ialah seperti memahami bahawa disleksia ini tidak
berkaitkan dengan kebolehan fizikal pelajar. Walaupun begitu, guru perlu memilih atau
mencipta teknik pengajaran yang dapat merangkumi kesemua keperluan pelajar di dalam
kelas.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh pelajar disleksia di dalam pengajaran
Pendidikan Jasmani ialah seperti kurang keyakinan diri, takut dengan situasi baru, keliru
Page
3

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

dengan arahan samada lisan ataupun bertulis, kurang stamina dan sering mengelak atau
menyendiri. Keadaan seperti ini menyebabkan merka sering mengalami masalkah dalam
pengajaran kerana pelajar disleksia mempunyai kemahiran motor yang tidak matang dan
sering tidak peka. Mereka juga mempunyai masalah untuk mengikut urutan dalam perlakuan
teknik. Contohnya jika guru menujukkan teknik membaling bola mengikut urutan, meraka
mengalami masalah untuk mengikut urutan itu dengan betul. Meraka juga sering salah faham
apabila cuba memahami peraturan sesuatu permainan.
Antara kaedah atau teknik yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah memperkenalkan
aktiviti latihan yang dapat meningkatkan kemahiran motor. Guru juga oleh memberi ruang
untuk pelajara berlatih melalui urutan berdasarkan visual atau demonstrasi. Selain itu juga,
guru perlu mengelakkan untuk menggunakan arahan lisan sahaja. Arahan haruslah
disertakan dengan demonstrasi. Dengan menggunakan pelajar untuk melakukan
demonstrasi, pelajar disleksia ini akan lebih yakin kerana dia yakin bahawa dia dapat
melakukan apa yang rakannya dapat lakukan. Tambahan, pengajaran juga dapat
dilaksanakan dengan menggunakan warna, irama atau lagu supaya aktiviti yang dijalankan
lebih mesra dan menyeronokkan.
Kesimpulannya, pelajar disleksia ini tidak seperti masalah lain. Ianya tidak berkaitan
dengan keupayaan fizikal pelajar itu tetapi masalah utamanya ialah pemahaman murid dalam
pengajaran. Dengan kaedah pengajaran yang sesuai, pelajar yang mengalami masalah
disleksi ini juga mampu untuk bersaing seperti pelajar normal dalam bidang sukan.

Page
4

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

3.0 RUMUSAN KEDUA-DUA ARTIKEL


Hasil dari pembacaan terhadap kedua-dua artikel ini, dapat saya rumuskan bahawa terdapat
pelbagai jenis murid yang mengalami masalah dalam pengajaran Pendidikan Jasmani ini dan
mereka semua mempunyai tahap dan keperluan yang tertentu dan berbeza berbanding murid
lain. Dari dua artikel yang saya pilih, terdapat dua masalah dan kedua-duanya berbeza dan
tidak kritikal iaitu kurang pendengaran dan disleksia. Tetapi kedua-dua masalah ini perlu
diambil kira sebagai satu perkara yang serius keranamereka juga merupakan murid
berkeperluan khas dan memerlukan kaedah pengajaran yang tertentu.
Berbeza dengan masalah lain yang lebih serius seperti pekak, buta atau masalah
pembelajaran yang serius seperti sindrom down, mereka ini masih boleh melaksanakan
pembelajaran bersama-sama dengan murid yang normal. Tetapi disebabkan masalah yang
dihadapi, murid yang mengalami masalah-masalah ini sukar untuk menerima dan memahami
maklumat yang disampaikan. Dari segi keupayaan fizikal, mereka sama seperti murid normal
yang lain malahan terdapat atlet yang terkenal yang mengalami masalah seperti ini, misalnya
Muhammad Ali, peninju juara dunia dan Bruce Jenner atlet olahraga olimpik. Ini bermaksud
tahap dan kemampuan mereka adalah setanding dengan murid normal. Tetapi jika
pengajaran di dalam kelas tidak sesuai dengan murid-murid ini, mereka akan ketinggalan
seperti murid-murid berkeperluan khas yang mengalami masalah yang lebih serius.
Kesimpulannya, dengan kesedaran guru terhadap perkara ini, ianya dapat menjadikan
satu motivasi kepada murid-murid berkeperluan khas ini apabila mereka mampu bersaing
dengan murid normal lain secara adil. Penglibatan mereka di dalam sukan akan
meningkatkan potensi diri mereka dalam bidang yang lain.

Page
5

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

4.0 RUMUSAN PENGAJARAN


Sewaktu menjalankan praktikum fasa 2 saya telahpun ditugaskan untuk mengadakan
pengajaran khusus terhadap murid yang berkeperluan khas bagi memenuhi tugasan bagi
subjek Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114). Saya bersama-sama rakan saya Mohd
Hazwan Akmal Bin Ismail telahpun merancang dan melaksanakan pengajaran tersebut.
Pengajaran tersebut telahpun direkodkan. Disebabkan Sekolah saya tidak mempunyai kelas
untuk murid pendidikan khas, saya telah menggunakan kelas pemulihan kerana murid dari
kelas ini mempunyai masalah pembelajaran yang hampir sama dengan murid lembam
malahan terdapat beberapa orang murid yang sememangnya mempunyai masalah seperti
lembam dan hiperaktif. Sepanjang proses pengajaran, saya telah mempelajari teknik yang
sesuai untuk digunakan. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengenal pasti teknik
yang sesuai itu. Saya terpaksa menjalankan pengajaran beberapa kali sebelum berjaya
mengawal kelas dengan baik untuk pengajaran yang direkodkan. Perkara-perkara sebegini
amat penting dalam persediaan menghadapi dunia perguruan kelak.
Kelemahan
Sewaktu pengajaran berlangsung, terdapat beberapa perkara yang berlaku dan boleh
dianggap sebagai satu kelemahan. Kelemahan inilah yang saya sepatutnya lihat dan
betulkan kembali supaya dapat menjadi kekuatan untuk saya kelak.
Kelemahan yang terdapat dalam pengajaran saya keadaan padang yang agak basah dan
licin menyebabkan beberapa aktiviti tidak dapat dilaksanakan kerana aktiviti-aktiviti tersebut
memerlukan murid untuk berbaring di atas padang. Oleh disebabkan itu, pengajaran menjadi
sedikit terganggu dan aktiviti ganti yang dilakukan adalah hasil ubahsuai dari aktiviti pertama.
Page
6

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Ini menyebabkan murid kelihatan bosan dan kurang berminat dengan aktiviti yang hampir
sama itu.
Kelemahan lain yang terdapat dalam pengajaran saya ialah gangguan dari pihak luar.
Disebabkan pengajaran pendidikan jasmani untuk sekolah petang diadakan pada waktu
petang, dan murid-murid tahap dua yang bersekolah pada sebelah pagi turut menggunakan
padang tersebut untuk bermain. Ini mengganggu pengajaran sedikit-sebanyak kerana seperti
yang sedia maklum, murid-murid lelaki sangat menyukai permainan bola sepak. Dan apabila
pihak luar ini bermain bola sepak semasa pengajaran saya, murid-murid yang terlibat dengan
pengajaran saya bertindak dengan melihat murid tahap dua tersebut bermain bola sepak.
Kekuatan
Walaupun pengajaran saya terdapat beberapa kelemahan yang berlaku, ada juga beberapa
perkara yang dapat diambil sebagai satu kekuatan dalam pengajaran tersebut.
Antaranya ialah dengan memasukkan unsur permainan dalam setiap aktiviti. Dengan
menggunakan elemen permainan, ini sememangnya menyebabkan timbnul persaingan yang
sihat antara setiap kumpulan. Setiap kumpulan ini akan mencuba sehabis baik bagi
memenangi permainan tersebut. Dengan ini, murid akan terlibat dengan aktiviti secara lebih
aktif. Ini sememangnya membantu saya untuk memastikan murid berminat dengan aktiviti
yang dijalankan supaya pengajaran akan menjadi lebih berkesan.
Selain iu juga, pengajaran terhadap murid-murid kelas pemulihan ini memerlukan saya untuk
memberi arahan yang jelas. Dalam pengajaran ini, arahan yang diberikan oleh saya lantang
dan jelas. murid-murid yang terlibat dengan pengajaran ini dapat mendengar dengan jelas.
arahan yang jelas sememangnya menjadi teras kepada pengajaran yang berkesan. Dengan
arahan yang jelas ini. Murid akan lebih mudah untuk memahami apa yang perlu dilakukan
dan perkara ini akan menyebabkan proses pengajran menjadi lebih mudah dan berkesan.
Penambahbaikan
Page
7

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Untuk mewujudkan proses pengajaran yang berkesan, segala kelemahan yang berlaku
perlulah diperbaiki dan segala kekuatan yang terdapat perlulah ditambahbaik.
Antara penambahbaikan yang perlu dilaksanakan ialah dari segi pemilihan tempat yang
sesuai untuk aktivit yang akan dilaksanakan. Saya sepatutnya memikirkan segala
kemungkinan yang akan berlaku. Dengan pemilihan tempat yang sesuai ini, ianya dapat
mengelakkan masalah yang berlaku semasa pengajaran saya iaitu aktiviti tidak dapat
dilaksanakan oleh kerana padang basah. Sebagai contoh, dengan memilih dewan tertutup
sebagai lokasi untuk melaksanakan pendidikan jasmani, saya dapat menjalankan kesemua
aktiviti yang dirancang tanpa masalah.
Perkara lain yang dapat ditambah dalam pengajaran saya ialah penggunaan elemen muzik
dalam aktiviti. Dengan memasukkan elemen muzik dalam pengajaran, murid akan lebih
berminat dan menyukainya aktiviti yang dijalankan. Ini akan membantu murid untuk menarik
minat murid dan mengawal kelas dengan lebih baik dan mudah. Sebagai contoh, guru
membuat aktiviti memanaskan badan dengan muzik. Murid akan lebih bersedia untuk
menjalakan aktiviti yang seterusnya. Guru boleh memberi arahan untuk murid mendengar
arahan dengan baik dan selagi murid tidak mendengar arahan, aktiviti seterusnya tidak akan
dilaksanakan.
Dengan penambahbaikan ini, pengajaran guru akan menjadi lebih menarik dan efektif. Muridmurid akan lebih bersemangat dan bersedia untuk menjalani kelas Pendidikan Jasmani.

Page
8

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Page
9

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Menyusun alatan untuk pengajaran

Page
10

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Memberi arahan semasa pengajaran

Page
11

Anda mungkin juga menyukai