Anda di halaman 1dari 3

APAKAH PERBEZAAN GEAR AUTO, AUTO CVT DAN AUTO

DSG
Kalau orang biasa nak beli kereta atau tengok kereta, dia akan tanya "auto ke manual?".
Soalan tu 20 tahun lepas boleh la tanye, soalan sekarang ni kene tanye transmisi apa yang
digunakan!
Manual seperti yang kita tahu, ada tombol gear, ade clutch. kene tekan clutch dan masuk
ke gear 1 dan balance clutch dan pedal minyak dan jalan... sistem susunan H juga
biasanya pada kenderaan manual. 'Tolak ke kiri dan keatas, ke kiri dan kebawah, keatas,
kebawah, kekanan atas dan kekanan bawah" itulah susuan H manual. Gear manual kini
biasanya datang dengan 6 kelajuan atau 7 kelajuan berbanding waktu ia dicipta, 4 kelajuan
dan tahun 90an 5 kelajuan.
Dan auto pulak? masuk P, R, N, D, 2, L atau ade butang kecik dengan O/D bermaksud
overdrive. Auto zaman dahulu kala ade 3 gear je. Gearbox auto adalah sejenis gearbox
yang dahulunya dikawal oleh tekanan cecair gearbox tu untuk menukar gear. Gear auto 4
gear lebih pandai sikit kerana mempunyai TCU atau Transmission Control Unit yang
bertindak sebagai otak gearbox untuk menukar gear. Dan kini gearbox 5 gear dan 6, 7 dan
8 kelajuan pun telah wujud dan ia mempunyai memori! Bagaimana ia berlaku? Adakah
jurutera telah menyumbatkan otak manusia ke dalam gearbox?
Memanglah tidak! Gearbox automatik kini lebih bijak dari anda sendiri kerana ia mampu
menukar gear sebelum anda mampu menjahanamkan gearbox atau enjin kereta anda
sendiri, dan mampu menghafal gaya pemanduan anda, dan jika ia mampu bercakap,
mungkin ia akan mengkritik pemanduan anda.
Gear automatik pula terbahagi kepada dua, iaitu Gear manual diautokan atau gear auto
dimanualkan! Pelik kan? Terima kasihlah kepada Mercedes dan Ferrari kerana merumitkan
keadaan! Kerana Ferrari telah mengambil kotak gearbox manual dan dilekatkan dengan
otak elektronik yang lebih pintar untuk menukarkan gear lebih lancar dari anda dan ia tidak
akan menukar gear jika belum sampai masanya dan Mercedes berjaya meletakkan clutch
pada gearbox autonya supaya ia mempunyai respon seperti memandu kereta manual!!
Gear auto dengan 6 kelajuan keatas baik untuk mereka yang kasar dan kadangkala
mahukan keselesaan, ia boleh menjadi kedua-duanya tetapi bukanlah yang cemerlang
untuk kedua-dua perkara.

CVT atau Continously Variable Transmission pula tidak tergolong dalam kategori auto atau
manual. Ia berdiri sendiri disebabkan sistemnya yang aneh atau boleh dikatakan unik. CVT
dipacu oleh tali sawat atau belting dan mengecas pacuan roda anda. Jika kenderaan auto
dipacu oleh tekanan bendalir, CVT dipacu oleh belting dan gearbox jenis ini tidak sama
sekali menukar gear seperti auto dan manual.
Penyelenggaraan CVT lebih tinggi kerana ia perlu menukar belting CVT dan minyak CVT.
Manakala gear auto hanye perlu menukar Minyak gear sahaja dan untuk gear auto 6
kelajuan keatas, tiada penyelenggaraan diperlukan. Minyak tidak perlu ditukar sepanjang
hayat.
CVT sangat selesa untuk mereka yang hanya memandu dari rumah ke tempat kerja, atau
ke pasar atau bersantai sahaja dan tidak boleh dipandu kasar, jika anda pemandu yang
kasar dan suka berseronok di atas jalan raya sehingga meraung tayar anda di selekoh,
CVT bukanlah untuk anda. Jika anda seorang yang memandu cermat, CVT boleh menjadi
kereta yang jimat untuk anda.
DSG atau Dual Sequential Gearbox atau Dual Clutch gearbox adalah sistem seakan
gearbox manual di autokan. Ia mempunyai rupa seperti gearbox manual cuma setiap gear
diberikan satu clutch sendiri.
DSG ini pun tidak memerlukan penyelenggaraan. Tapi ada yang mengatakan gearnya agak
kasar, tetapi DSG zaman kini lebih lembut dan selesa berbanding dahulu. DSG telah pun
wujud pada tahun 1970an digunakan oleh Audi Quattro dalam perlumbaan rally dan cuma
dikomersialkan pada tahun 2000 keatas sahaja. Kenderaan seperti Ford Focus, Ford
Fiesta, Ford Mondeo dan kesemua Volkwagen menggunakan DSG ini dan kebanyakannya
mempunya 6 hingga 7 kelajuan.

Gear jenis ini tahan lasar dan sering digunakan untuk tujuan perlumbaan kerana responnya
yang sangat baik berbanding gear auto. Jika anda suka berseronok di atas jalanraya, DSG
adalah untuk anda

Anda mungkin juga menyukai