Anda di halaman 1dari 1

Turbo Charger Automotive

Pengecas turbo merupakan alat pemampat gas digunakan bagi tujuan pernafasan paksaan dalam
sesebuah enjin pembakaran dalam sama ada Petrol ataupun Diesel. Selain itu juga, pengecas turbo
bertujuan untuk meningkatkan ketumpatan udara yang masuk ke dalam enjin untuk menghasilkan lebih
kuasa.
Pengecas turbo terdiri daripada pemampat yang digerakkan oleh turbin, yang digerakkan oleh gas ekzos
enjin itu sendiri yang keluar melalui manifold exhaust. Sebuah pengecas turbo terdiri daripada satu turbin
dan satu pemampat yang disambungkan dengan satu aci yang sama. Turbin menukarkan gas ekzos
kepada daya putaran yang seterusnya menggerakkan pemampat bagi menarik masuk udara dan
mengepamnya ke intake manifold pada tekanan yang lebih tinggi bagi menghasilkan lebih banyak jisim
udara yang memasuki ruang silinder semasa operasi enjin bagi setiap lejang pengambilan.
Aliran udara yang tinggi ini membolehkan enjin untuk mengekalkan tekanan kebuk pembakaran dengan
beban udara / bahan api walaupun pada kelajuan enjin yang tinggi, meningkatkan keluaran kuasa kuda
dan kilasan enjin.
Sementara itu untuk mengelakkan tekanan udara naik terlalu tinggi dan ketukan enjin serta kerosakan
fizikal yang lain, tekanan udara masuk mestilah dikawal dengan mengawal kelajuan putaran pengecas
turbo. Fungsi tersebut dilakukan oleh wastegate, yang mengalirkan sebahagian gas ekzos memintasi
turbin ekzos. Ia mengawal kelajuan aci dan mengawal tekanan udara pada rongga masukan.

Anda mungkin juga menyukai