Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KERTAS KERJA PENUBUHAN


PERSATUAN BAHASA TAMIL
DAN
KEBUDAYAAN

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

1.0 Nama Persatuan


Persatuan Bahasa Tamil Dan Kebudayaan
2.0 Motto persatuan
Tamilaninthu Tharaniyaazhvom
3.0 Pengenalan
Persatuan ini ditubuhkan dengan usahasama Unit Ko-Kurikulum, Institut Pendidikan Guru
Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan. Seramai 22 orang siswa dan siswi guru dari
kursus PISMP Pemulihan Semester 6 merupakan ahli dalam persatuan ini. Persatuan ini
bertujuan untuk memberikan peluang siswa siswi guru untuk melibatkan diri secara aktif
dalam menjayakan program-program yang telah dirancang.
Disamping itu, persatuan ini juga mampu memberikan pendedahan tentang kebudayaan
dan kepercayaan kaum India kepada semua ahli persatuan dan warga Institut Pendidikan
Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan. Tujuan ini selaras dengan konsep satu
Malaysia.
4.0 Rasional
Seperti yang diketahui umum, tugas seseorang guru tidak terhenti setakat mengajar di
dalam kelas, tetapi guru juga merupakan individu yang membentuk nilai,etika dan sahsiah
murid-murid di sekolah nanti. Persatuan ini dapat memberikan semua siswa siswi guru
satu peluang untuk mengenal dan menghayati Bahasa Tamil dan Kebudayaan India
terlebih dahulu.
Persatuan ini memberi pelbagai pengetahuan tentang Bahasa Tamil dan Kebudayaan India
kepada siswa siswi guru. Dengan ini siswa siswi guru dapat mengenali kesusasteraan
Bahasa Tamil dengan lebih mendalam tentang bahasa ini. Ini membantu siswa siswi guru
mengajar kebudayaan dan ilmu Bahasa Tamil dan keunikannya kepada generasi yang akan
datang di sekolah kelak.
Persatuan ini juga dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan pelbagai kaum melalui
aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Di samping itu,persatuan ini juga dapat menyediakan satu
peluang untuk merealisasikan aspirasi 1 Malaysia yang telah disyorkan oleh Perdana
Menteri kita.Selain itu,persatuan ini juga menyediakan satu platform bagi mengenal dan
menghayati budaya dan perayaan kaum lain.Ini secara tidak langsung dapat melahirkan

rasa saling hormat menghormati di kalangan siswa siswi guru yang terdiri daripada
pelbagai kaum di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan
5.0 Objektif Persatuan
Persatuan ini diadakan demi mencapai beberapa objektif iaitu:5.1 Mempelajari Bahasa Tamil dengan lebih mendalam.
5.2 Memenuhi hasrat 1 Malaysia
5.3 Mengeratkan silaturahim dalam kalangan siswa siswi guru IPGKTAA.
5.4 Memberi peluang kepada siswa siswi guru berbangsa lain mengenali kebudayaan
India.
5.5 Mengasah bakat-bakat terpendam siswa siswi guru dalam beberapa aktiviti
6.0 Minit Mesyuarat Agong
( Rujuk Lampiran )
7.0 Perlembagaan Persatuan
( Rujuk Lampiran )
8.0 Ahli Jawatankuasa
( Rujuk Lampiran )
9.0 Senarai Nama Ahli
( Rujuk Lampiran )

10.0 Misi Persatuan


Membentuk sahsiah dan membantu mengamalkan kod etika profesion keguruan disamping
mengamalkan nilai-nilai murni.

11.0 Visi Persatuan


Bergerak secara satu pasukan ke arah mencapai kecemerlangan supaya menjadi seorang bakal
guru yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
12.0 Sasaran Ahli
Terbuka kepada semua siswa siswi guru India Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Tengku Ampuan Afzan dari semua opsyen.

13.0 Peranan Persatuan

Persatuan Bahasa Tamil dan Kebudayaan akan melatih ahli-ahlinya untuk :


a) melibatkan secara aktif dalam aktiviti persatuan
b) membentuk sikap kerjasama dan semangat berpasukan
c) menguruskan aktiviti-aktiviti diluar waktu kuliah
d) membentuk sahsiah dan etika guru
e) menjadi kuat dari segi mental dan fizikal
f) meningkatkan kecerdasan jasmani,rohani,emosi dan intelek.
g) Menghayati dan mendalami Bahasa Tamil dengan lebih terperinci.
h) Mengenali dan menghormati warisan budaya

14.0 Pemilihan ahli Persatuan Bahasa Tamil Dan Kebudayaan


Siswa siswi guru yang ingin menjadi ahli persatuan mestilah:
a) Siswa siswi guru dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan
Afzan.
b) Berminat dan aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti persatuan
c) Bertanggungjawab
d) Sanggup berkhidmat secara sukarela
e) Boleh bekerjasama

15.0 Cadangan program atau aktiviti Persatuan Bahasa Tamil dan Kebudayaan

No

Cadangan program / aktiviti

Catatan

Lawatan sambil Belajar ke Tasik Kenyir.


April 2016

2.

Pertandingan Drama Sebabak tertutup IPG

Mac 2016

Kem Motivasi

Mei 2016

3.

4.

Pertandingan Drama Sebabak anjuran Vanakam


Malaysia dan Astro

April / Mei / Jun 2016

16.0 Penutup
Penubuhan Persatuan Bahasa Tamil dan Kebudayaan ini akan memberikan peluang
kepada para siswa siswi guru Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan
Afzan untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan, berkeyakinan serta mempunyai tahap
pemikiran yang kritis dan dinamis.

Seandainya persatuan ini diluluskan, kami mohon kerjasama daripada pihak Tuan
untuk menjalankan aktiviti dan pertandingan berdasarkan bahasa dan budaya di Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Diharap Kertas Kerja Persatuan Bahasa Tamil dan Kebudayaan ini dapat
dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak atasan Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Tengku Ampuan Afzan demi mempertingkat mutu dan kualiti seorang siswa siswi
guru.

Disediakan Oleh ,
...................................
(K.TAMILARASI)
Setiausaha Persatuan

Disemak
....................................
( Pensyarah Penasihat)

Ulasan : ___________________________
___________________________

Disokong
......................................

Ulasan : ___________________________
__________________________

( Ketua Unit Kokurikulum )


IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Diluluskan

.........................................
(Haji Abdullah bin Mohd Yusof , SMP .)
Pengarah
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Ulasan : ______________________________
_____________________________________

Anda mungkin juga menyukai