Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang
dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim,
Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
1. Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam
perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu
penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan
seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
4. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
15. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna
hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu
Daud & Nasai
16. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk
rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
17. Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam
masyarakat.
18. Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan
dengan yang rapat dan disayangi.
19. Orang akan melakukan homoseksual & lesbi
20. Akan terdapat ramai anak luar nikah. - Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
21. Berkurangnya sifat amanah
22. Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
23. Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
24. Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
25. Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
26. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
27. Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai
segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang,
seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan
berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin
suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan
orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang
lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki),
munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat
terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka
menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk
atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan".
- Riwayat Tarmizi
28. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerusakan
29. Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara.
Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih
besar)
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada
orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga
seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan
berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim
Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.