Anda di halaman 1dari 6

1.

Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:

Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga
sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum
dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

2. Hampas Teh Suburkan Tanaman:

Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu
seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

3. Mengatasi Sengal Tulang:

Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi
tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.

4 Merawat Kulit Berkedut:

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu
tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit
sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.

5. Daun Puding Atasi Gatal Di Kepala:

Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala.
bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air
bersih. lakukan dua kali seminggu.

6. Legakan Sakit Gigi:

Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang
sakit.

7. Segarkan Mata

Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

8. Kunyit Atasi Hidung Bayi Tersumbat:

Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan
airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam
hidung.

9. Kulit Limau Hilangkan Bau Badan:

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi itu
bersama airnya. amalkan selalu.

10. Mengurangkan Dengkur:

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah
beberapa minit sebelum tidur.

11. Cara Menghilangkan Ketuat:

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada
ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan
luruh sendiri.

12. Menaikkan Seri Muka:

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.
bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.

13. Mengelakkan Nafas Berbau:

sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa itu. jika anda tidak
sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. minumlah air suam selalu.

14. Limau Nipis Mewangikan Rambut:

Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah
dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit
sebelum dibilas.

15. Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur:

Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah
bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan
menggunakan tuala tadi.

16. Mengelak Keguguran Rambut:

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kuit kepala seeloknya
pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemomor.

17. Ubati Bibir Yang Pecah:

Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa
kali.

18. Menghilangkan Kembong Perut.

Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian layurkan ke
atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut.

19. Atasi Tumit Pecah:

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit kaki
dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.

20. Ubat Sakit Angin:

Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. Badan
akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

21. Menghaluskan Kulit Muka:

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia sejuk lalu disapukan
kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

22. Melembutkan Tapak Kaki:

Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak
kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk
mendapat hasilnya.

23. Mengatasi Mabuk Perjalanan Jauh:

Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.

24. Menghapuskan Urat Timbul Dikaki Sewaktu Mengandung:

Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan
selalu.

25. Mencantikan Telur Rebus:

Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang merah kedalam air rebusan
dan biarkan sehingga warnanya luntur. kemudian rebuskan kembali telur itu.

26. Menghalau Semut:

Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

27. Mengelakkan Lipas:

Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari
pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan
daun-daun baru.

28. Mengelakkan Sawang Atau Sarang Laba-Laba:

Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. kemudian celupkan penyapu
sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.

29. Hilangkan Lebam Di bawah Mata:

Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.

30. Menghilangkan Bau Mulut:

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. kemudian
gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tiga hari sekali.

31. Merawat Sakit Lecur:

Titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.

32. Meredakan Batuk:

Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di dalam
jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin.

33. Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin:

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.seeloknya pada
waktu pagi dan malam.

34. Mencantikan Kulit Janin:

Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti
terhindar dari mendapat ruam lampin.

35. Mengembalikan Kesegaran Kepala:

Ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam. tapis air
limau itu dan lumurkan kepada kepala selama sepuluh minit. kemudian barulah dibilas.
lakukan diwaktu petang.

36. Menghaluskan Kulit Muka:

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga
ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia
mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas.

37. Mencabut Kutu Babi:

Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi. selepas itu
ianya akan menjadi senang untuk dicabut.

Anda mungkin juga menyukai