Anda di halaman 1dari 2

ISTIADAT PENGAKAP

PENDAHULUAN:
Mengikut definisi Kamus Dewan, istiadat ialah peraturan atau cara-cara melakukan
sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat dan telah menjadi majlis rasmi. Definisi ini sinonim
dengan pergerakan pengakap yang mempunyai peraturan yang diwarisi serta menjadi tradisi dan
digunakan di seluruh dunia. Istiadat ini mesti dilakukan dengan betul sama ada dari segi
susunannya atau peraturannya. Percubaan untuk menokok tambah atau mengurangkannya akan
hanya menimbulkan kekeliruan dikalangan ahli-ahli pengakap.

ISTIADAT-ISTIADAT DALAM PENGAKAP:


Terdapat banyak istiadat-istiadat pengakap yang bertulis dan tidak bertulis diantaranya
ialah;
1. Hormat Pengakap
2. Isyarat Pengakap
3. Istiadat Perbarisan
4. Istiadat Membaca Persetiaan Pengakap
5. Istiadat Melantik Masuk Pengakap (selepas mendapat Lencana Keahlian)
6. Istiadat Melantik Pengakap Baru
7. Istiadat Bendera
i. Cara Melipat
ii. Pengibaran Bendera
iii. Nyanyian Lagu Negaraku/Negeri
iv. Doa
v. Taklimat
8. Istiadat Laung Agung (Pengakap Kanak-Kanak)
9. Istiadat Membawa Bendera
10. Istiadat Berpindah Naik/Istiadat Meningkat
i. Daripada Pengakap Kanak-Kanak kepada Pengakap Muda
ii. Daripada Pengakap Muda kepada Pengakap Remaja
iii. Daripada Pengakap Remaja kepada Pengakap Kelana
11. Istiadat Pengakap Kelana
i. Istiadat pembukaan
ii. Istiadat penutupan
iii. Istiadat perlantikan
iv. Istiadat penyampaian
v. Istiadat perpisahan
12. Istiadat penganugerahan lencana-lencana dan sijil (ahli pengakap)
13. Istiadat penganugerahan tauliah serta pingat-pingat (pemimpin pengakap)
14. Istiadat penyampaian Manikayu
15. Istiadat atau peraturan perkhemahan
16. Istiadat pemeriksaan pagi
17. Istiadat malam kebudayaan
18. Isyarat Tangan
19. Panggilan Wisel
20. Kawad Tongkat
21. Istiadat majlis ceramah, majlis mesyuarat, majlis perasmian dan sebagainya.

BUKU-BUKU RUJUKAN:
1.
2.
3.
4.
5.

Scouting For Boys/Ilmu Pengakap bagi Budak-budak -Lord Baden Powell/Dato Syed Hashim
Abdullah/Persekutuan Pengakap Malaysia/Edusystem Sdn. Bhd.
Pengenalan Ke Pengakapan - Yeoh Seng Choon/Persekutuan Pengakap Malaysia
Istiadat-Istiadat Pengakap - Mokhtar Bin Idris/Buku Must Sdn. Bhd.
Istiadat Pengakap - Persekutuan Pengakap Malaysia
Pengakap Muda dan Remaja - Sidang Pengarang/Edusystem Sdn. Bhd.

Nota:

Istiadat-istiadat sepatutnya di kendalikan daripada daya ingatan juga pengalaman bukan dari buku-buku di atas.

CONTOH ISTIADAT PENGAKAP

ISTIADAT BENDERA:
Dua istiadat bendera ialah;
1. Istiadat mengibarkan bendera
2. Istiadat menurunkan bendera
1. ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA;
a. Ahli pengakap dalam keadaan sedia dalam bentuk ladam kuda menghadap ke
tiang bendera.
b. Pemimpin bertugas akan melaporkan dan meminta kebenaran daripada Ketua
Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan untuk memulakan Istiadat Bendera.
c. Pemimpin bertugas akan balik ke tempatnya dan memberi arahan Bendera.
Semua ahli menghadap ke arah bendera. Petugas keluar terus ke tiang bendera,
berhenti satu langkah di hadapan tiang bendera. Petugas menarik tali bendera
dengan tangan kanan, bergerak selangkah ke belakang dan memberi hormat
kepada bendera semua pemimpin dan ahli-ahli pengakap menghormati
bendera. Semua menjatuhkan tangan selepas petugas menjatuhkan tangannya.
Petugas balik ke tempatnya di dalam barisan.
d. Ini akan diikuti pula dengan nyanyian lagu kebangsaan. Pemimpin bertugas
akan memberi arahan Menyanyikan Lagu Negaraku. Semua pemimpin dan
ahli-ahli pengakap menyanyikan Lagu Negaraku bersama-sama.
e. Diikuti pula dengan bacaan doa. Pemimpin bertugas akan memberi arahan
Doa. Petugas akan bergerak satu langkah ke hadapan dan memberikan arahan
Ap dan doa dibacakan. Ahli pengakap yang bukan beragama Islam berdoa
mengikut cara agama masing-masing dengan menundukkan kepala. Selepas
tamat doa dibaca, petugas memberikan arahan Ap untuk menurunkan tangan.
f. Pemimpin bertugas akan melapurkan sekali lagi bahawa istiadat selesai dan
menjemput Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan untuk memberikan
ucapan / taklimat / teguran dan sebagainya.
g. Setelah selesai ucapan oleh Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan,
Pemimpin bertugas akan memberikan arahan Keluar Baris. Istiadat
mengibarkan bendera tamat.
2. ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA;
a. Dua orang pengakap dengan pakaian uniform diperlukan bagi menyempurnakan
istiadat ini.
b. Pengakap hamper ke tiang bendera. Seorang membuka tali ikatan dan seorang
lagi bersedia dengan wisel.
c. Pengakap meniup wisel panjang sekali. Semua yang hadir dikehendaki berdiri
sedia.
d. Pengakap menurunkan bendera perlahan-lahan dan pastikan bendera tidak
menjejak ke bumi.
e. Bila bendera telah diturunkan, pengakap meniup wisel sekali panjang
menandakan istiadat menurunkan bendera tamat.
f. Kedua-dua pengakap bertugas hendaklah melipat bendera berkenaan dan
menyerahkannya kepada pemimpin / urusetia.
Disediakan oleh,
LATIF BIN HAMZAH
Penolong Persuruhjaya (Program)
Persekutuan Pengakap Malaysia
Daerah Hulu Langat

Kumbang Kelana `04

Anda mungkin juga menyukai