Anda di halaman 1dari 13

SK ANSIP, KENINGAU

SABAH

LAPORAN PROJEK
PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)
SUDUT BACAAN KELAS

TEMPAT:
KELAS 4 CEMERLANG
SK ANSIP KENINGAU

Pelaksana :
Amalina binti Jopree
Guru Pelatih PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2013
IPG Kampus Keningau

LAPORAN PROJEK SUDUT BACAAN KELAS

NAMA PELAJAR

: Amalina binti Jopree

PROGRAM

: PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari


2013

NAMA SEKOLAH

: Sekolah Kebangsaan Ansip, Keningau,

Sabah.
NAMA PROJEK

: Sudut Bacaan kelas 4 Cemerlang

TEMPOH PELAKSANAAN : 20 Julai 2106 24 Julai 2016

PENGENALAN
Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk
merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.
Pengajaran dan pembelajaran bermula dari persekitaran sekolah
yang kondusif. Oleh hal demikian sudut bacaan yang dirancang
adalah merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan untuk
mendekatkan dan mendedahkan
membaca

sama

ada

semasa

murid-murid

masa

terluang

intruksional.

OBJEKTIF
Di akhir program ini diharapkan dapat:
i.

Mewujudkan budaya membaca dalam kalangan murid.

ii.

Melatih murid menghargai masa.

iii.

Memudahkan murid membuat rujukan.

dengan budaya
ataupun

masa

iv.

Membolehkan pembelajaran secara kendiri berlangsung.

STRATEGI PELAKSANAAN

Minggu
Pertama

Aktiviti
Membuat perbincangan dengan pihak
sekolah tentang projek yang akan
dilaksanakan.

Menulis kertas kerja.

Menghantar kertas kerja

Menyediakan persiapan awal seperti


bahan-bahan yang diperlukan.

Kedua

Mengecat dinding pada sudut bacaan


dalam kelas 4 Cemerlang

Melukis mural bersama-sama dengan


murid kelas 4 Cemerlang

Menghias papan kenyataan untuk infoinfo terkini.

Meletakkan meja kecil dan rak buku


pada sudut bacaan tersebut.

Melekatkan kata-kata hikmah pada


dinidng sudut Bacaan

Meletakkan dan menggantung bahan


bacaan, majalah, dan risalah pada
Sudut Bacaan kelas 4 Cemerlang.

REFLEKSI
KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI
Projek Sudut Bacaan Kelas ini diwujudkan untuk memudahkan
murid-murid mendapatkan bahan bacaan. Malah dengan adanya
sudut bacaan ini boleh menarik minat murid untuk membaca buku.
Seterusnya, murid dapat membiasakan diri mengisi masa lapang
dengan aktiviti membaca. Selain itu, projek ini juga dapat memberi
motivasi kepada murid-murid linus untuk menambah kemahiran
membaca mereka sehingga mencapai tahap yang memuaskan. Di
samping itu, sudut bacaan ini dapat mendedahkan murid-murid
dengan info-info yang terkini agar mereka mengetahui perkara
baharu yang berlaku. Sudut Bacaan ini juga menjadi alat komunikasi
dan sosialisasi murid apabila mereka bersama-sama berkongsi
bahan bacaan, menjawab teka teki secara berkumpulan dan
membantu rakan mereka membaca agar menjadi lebih baik. Secara
keseluruhannya, sudut bacaan ini memberi semangat dan dorongan
untuk menjadikan amalan membaca sebagai rutin harian mereka.

KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI
Projek Sudut Bacaan Kelas ini tidak dapat dilakukan mengikut
perancangan yang telah dietapkan oleh guru pelatih. Guru pelatih
juga tidak dapat mengatur dan menguruskan masa dengan tepat
dalam melaksanakan projek ini. Pelaksanaan projek ini tidak selari

dengan perancangan yang telah dibuat dan hal ini menyebabkan


projek ini agak lambat disiapkan.
Saya juga menghadapi masalah bajet yang tidak mencukupi. Hal
ni menyebabkan penyediaan bahan bacaan tidak mencukupi. Saya
hanya boleh menyediakan beberapa bahan bacaaan sahaja. Selain
itu, ruang yang disediakan untuk sudut bacaan ini juga tidak boleh
menampung jumlah murid yang banyak iaitu melebihi 10 orang
murid. Hal ini kerana ruang yang disediakan tidak terlalu luas dan
hanya terdapat dua buah meja sahaja.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Guru Pelatih mencadangkan agar ruang Sudut Bacaan yang lebih
besar disediakan oleh pihak sekolah. Hal ini bertujuan agar murid
lebih selesa dan bahan bacaan lebih banyak boleh disimpan. Selain
itu, guru pelatih mencadangkan agar pihak sekolah boleh memberi sedikit
sumbangan bahan bacaan terkini kepada murid-murid. seperti surat khabar, majalah
Dewan Pelajar dan sebagainya. Hal ini dapat memberi semangat dan dorongan kepada
murid-murid untuk terus membaca. Di samping itu, bagi cadangan masa hadapan,
guru sekolah boleh menjadikan Sudut Bacaan kelas Sebagai satu tempat tumpuan dan
tempat untuk melaksanakan aktiviti seperti pertandingan bercerita, berlakon atau
berpuisi. Saya juga mencadangkan agar sudut bacaan tersebut disedikan satu papan
tulis mini supaya guru-guru boleh menulis kosa kata baharu bersama maksudnya
sekali pada setiap hari untuk menambah ilmu pengetahuan baharu murid-murid. Di
samping murid membaca bahasan bacaan, murid juga boleh mengetahui perkara
baharu pada setiap hari.

KESIMPULAN

Pelaksanaan projek Sudut Bacaan Kelas ini diharap dapat memberi


manfaat kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Ansip Keningau.
Projek ini seharusnya diberikan perhatian oleh semua pihak sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Sehubungan itu, melalui
projek ini diharap budaya membaca dapat diamalkan oleh muridmurid SK Ansip Keningau. Guru-guru juga diharapkan agar dapat
menyampaikan maklumat terkini tanpa batasan kepada muridmurid. Akhir sekali, pelaksanaan projek ini diharap dapat
menerapkan nilai-nilai positif kepada para guru pelatih agar menjadi
bakal guru yang bertanggungjawab, berpengetahuan dan
berkemahiran dalam segala hal.

SEKOLAH KEBANGSAAN ANSIP


PETI SURAT 1447,
89008 KENINGAU, SABAH

KOD SEKOLAH : XBA 1052

TEL : 087-339262

FAKS

: 087-339262

LAPORAN PROJEK
TOPIK
PENGENALAN / NAMA

BUTIRAN

Sudut Bacaan Kelas

PROJEK
MATLAMAT

OBJEKTIF

Matlamat projek ini adalah untuk memudahkan murid-murid


mendapatkan bahan bacaan. Malah dengan adanya sudut
bacaan ini dapat menarik minat murid untuk membaca buku
serta membiasakan murid mengisi masa lapang dengan
aktiviti membaca.
1.1 Mewujudkan budaya membaca dalam kalangan murid.

1.2 Melatih murid menghargai masa.


1.3 Membolehkan pembelajaran secara kendiri berlangsung.
TARIKH PELAKSANAAN

20 Julai 2016 24 julai 2016


Kelas 4 Cemerlang

TEMPAT

Murid-murid kelas 4 Cemerlang

SASARAN
KOS / SUMBER

Guru Pelatih IPG Kampus Keningau

BAHAN-BAHAN

Buku rujukan, majalah, cerpen dan novel.

CATATAN

Projek ini telah berjalan dengan lancar atas kerjasama guru


pelatih dan murid-murid tahun 4 Cemerlang.

LAPORAN BERGAMBAR

Rajah 1 : Sudut bacaan sebelum pengubahsuaian.

Rajah 2 : Mengecat dinding sudut bacaan

Rajah 3 : Melukis mural bersama murid 4 Cemerlang

Rajah 4 : Lukisan Mural yang telah siap.

Rajah 5 : Penyediaan meja dan tempat letak buku.

Rajah 6 : Menggantung buku dan menghias papan


kenyataan.

Rajah 7 : Sudut Bacaan kelas 4 Cemerlang yang telah sempurna.

Dilaporkan oleh :

.
(AMALINA BINTI JOPREE)
Guru Pelatih,
IPG Kampus Keningau.

Tarikh :

Disemak oleh :

(EN MOHD NURHISYAM BIN BAHRIN)


Mentor Internship,
SK Ansip Keningau, Sabah.

Tarikh :

Disahkan oleh :

(EN MARTIN LIMAR)


Guru Besar,
SK Ansip Keningau, Sabah.

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai