Anda di halaman 1dari 11

SK ANSIP, KENINGAU

SABAH

LAPORAN PROJEK
PROJEK INTERNSHIP (KUMPULAN)
TAMAN HERBA SK ANSIP
TEMPAT:
SK ANSIP, KENINGAU

Pelaksana :
Guru Pelatih PISMP Bahasa Melayu & TESL
Ambilan Januari 2013
IPG Kampus Keningau

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP


NAMA PELATIH

: KHAIRUL AIZAT BIN SAINI


AMALINA BINTI JOPREE
DG AINUTTUN NAZWA BINTI AMIDI
NORASIKIN BINTI ABIT
SRI FARHANA BINTI ASMAT

PROGRAM

: PISMP BM SEMESTER 8

NAMA SEKOLAH

: SK. ANSIP, KENINGAU

NAMA PROJEK

: PAPAN TANDA TAMAN HERBA SEKOLAH

TEMPOH PELAKSANAAN : 2 MINGGU (25 JULAI 2016 05 OGOS 2016)

1.0 OBJEKTIF
1.1 Memberi peluang untuk mengenali jenis-jenis tumbuhan herba
1.2 Melatih murid akan kepentingan menghargai alam sekitar.
1.3 Mewujudkan dan menanam sikap kerjasama antara warga sekolah.
1.4 Menceriakan kawasan sekolah.

STRATEGI PELAKSANAAN

Fasa Sebelum
Pada hari pertama internship, kami telah berjumpa dengan Guru Besar Sk. Ansip, En.
Martin bin Limae untuk membincangkan hal berkaitan dengan projek berkumpulan yang akan
dilaksanakan semasa kami menjalani internship selama 4 minggu di sini.
Hasil daripada perbincangan yang dilakukan, En. Martin Bin Limar mencadangkan agar
kami berjumpa En. Jaafar Bin Abidin untuk membincangkan projek yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah kepada pelatih internship. Hal ini adalah untuk turut serta membantu guru-guru di
sekolah ini dalam misi menjayakan projek yang telah dirancang khas di sekolah. Pada awalnya
terdapat beberapa pilihan projek yang diberikan kepada kami. Namun, akhirnya kami dengan
sepakat memilih untuk melaksanakan projek Taman Herba sekolah.
Langkah seterusnya ialah berbincang dengan En. Mohd Masum Bin Dahlan
membincangkan tentang lukisan atau tulisan yang sesuai pada papan tanda Taman Herba
sekolah ini. Atas kata sepakat antara guru penasihat projek, kami bersetuju untuk menghasilakn
satu papan tanda yang unik di hadapan Taman Herba sekolah.
Selesai sahaja perbicangan, kami telah membahagikan tugas serta mula merangka satu
kertas projek mengenai cara penghasilan papan tanda Taman Herba di sekolah ini. Selepas itu,
kami mula membeli dan mengumpulkan bahan-bahan serta alatan yang hendak digunakan
dalam projek ini. Bahan seperti papan telah disediakan oleh pihak sekolah.

Fasa Semasa

1) Menulis perkataan TAMAN HERBA SK ANSIP


Memandangkan kertas kerja telah disiapkan dan bahan serta alatan juga telah
mencukupi, maka kami telah memulakan proses menulis perkataan Taman Herba SK Ansip di
papan tanda yang kosong berdasarkan arahan guru penasihat.
Perkara pertama yang kami lakukan ialah mendapatkan papan lapis setebal 50mm
sebagai tapak untuk menulis perkataan Taman Herba seperti yang disarankan oleh guru
penasihat bagi projek ini. Kami turut menggunakan bahan-bahan terpakai seperti botol air
mineral untuk dijadikan tempat mencampurkan cat agar menjadi warna yang pelbagai dan
menarik. Tambahan pula, papan lapis tersebut dibersihkan terlebih dahulu sebelum dihias
menggunakan cat varnis. Hal ini kerana papan lapis tersebut agak kasar pada mulanya
sebelum dibersihkan malahan permukaan papan lapis tersebut kasar akan menyebabkan
kecederaan berlaku.
Antara bahan lain yang kami gunakan ialah cat, tiner dan pensel. Selepas mendapat
rekaaan yang sesuai untuk papan tanda, kami mula melukis dengan menggunakan pensil kayu
dan pemadam. Akhirnya, dalam masa dua hari kami berjaya menyiapkan lukisan di di papan
tanda yang sangat cantik. Sebenarnya, membersihkan papan tanda ini tidak memerlukan masa
yang panjang namun atas faktor tenaga yang diperlukan untuk membersihkan papan tanda,
kami terpaksa menanti kawan lelaki internship untuk membersihkannya

Gambar 1: Fasa Membersihkan dan menandakan papan lapis

2) Melubangkan papan lapis


Kami memulakan proses melubangkan papan lapis dan menwarnakannya. Bagi proses
melubangkan dan mewarnakan papan lapis ini, penggunaan warna yang menarik dan
menyerlah amatlah sesuai untuk menampakkan suatu lukisan yang menarik dan dapat dilihat
oleh seluruh warga sekolah pada jarak jauh. Penggunaan berus juga memainkan peranan yang
penting. Hal ini demikian kerana, apabila kita menggunakan berus yang tidak kemas maka
warna varnis yang dihasilkan menjadi tidak kemas.
Proses melubangkan papan lapis ini agak memakan masa yang lama sedikit berbanding
dengan proses mewarnakan papan lapis kerana perlu dilakukan dengan teliti agar hasil
daripada proses melubangkan papan lapis ini akan menampakkan mutu yang baik.

Gambar 2: Fasa Melubangkan Papan Lapis Menggunakan Mesin

Gambar 3: Fasa Mewarna Lukisan


Mural

Fasa Selepas
Pada fasa ini, proses mencantikkan dan mengukir papan lapis menggunakan mesin
yang khas memerlukan kesungguhan dan ketelitian untuk melaksanakannya. Justeru, pada
proses Sri Farhana telah dilantik sebagai pengukir bagi papan lapis tersebut di samping
mendapat bantuan daripada staf sekolah yang mahir mneggunakan alatan tersebut.
Aspek kebersihan juga dititikberatkan pada proses ini, semua bahan yang sudah tidak
digunakan telah dialihkan dan dihapuskan bagi memastikan kawasan bersih dan selesa. Kami
telah memastikan kawasan yang telah digunakan untuk melaksanakan projek bebas daripada
sebarang kekotoran. Kami juga meminta pendapat dan pandangan daripada guru-guru lain
tentang projek yang dihasilkan sekiranya mereka ingin memberikan sebarang cadangan
penambahbaikan yang boleh dilakukan pada fasa ini.mencat lukisan mural
Akhir sekali, proses membuat pendokumentasian dilakukan dalam bentuk laporan untuk
melaporkan perkembangan projek yang telah dilaksanakan.

Gambar 4: Papan Tanda Yang Telah Siap Dan Di Gantung Di Taman Herba
Sekolah.

REFLEKSI
Kekuatan
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya projek ini dapat
disiapkan dengan baik dan memuaskan. Dengan kerjasama, semangat serta komitmen yang
ada, tugasan ini dapat disiapkan dalam tempoh yang telah dirancang. Secara jujurnya, salah
satu perkara yang kami perolehi daripada tugasan ini ialah kerjasama dalam kerja berkumpulan
itu sangat penting. Tanpa kerjasama yang padu dan kukuh, sesuatu kerja itu memang sukar
untuk dilaksanakan. Oleh itu, kami dengan sedaya upaya menggunakan kreativiti yang ada
untuk menjayakan projek Taman Herba sekolah ini.
Seterusnya, melalui disiplin diri yang kuat telah menjayakan projek ini agar berjalan
dengan lancar. Hal ini demikian kerana, kami telah meluangkan masa untuk menyiapkan projek
ini pada waktu yang terluang setiap hari kerana hujung minggu setiap pelatih sibuk dengan hal
masing-masing. Usaha ini adalah melalui semangat yang kuat untuk menepati perancangan
projek yang dibuat. Tambahan pula, kami telah menyediakan pengurusan masa yang baik dan
sempurna untuk menyiapkan tugasan ini. Kami telah membuat perancangan untuk menyiapkan
tugasan ini selama dua minggu.
Disamping itu, kami juga telah mempelajari bahawa hubungan yang baik dengan warga
sekolah amat penting untuk menjayakan projek yang telah dirancang. Hal ini demikian kerana,

Gambar 5: Mural Tandas Tepi

Gambar 6: Mural Tandas Tepi

Dinding Sebelah Kiri

Dinding Sebelah Kanan

kami telah menjayakan projek ini dengan usaha sama guru-guru SK. Ansip. Warga sekolah ini
sangat komited dalam memberikan kerjasama dengan guru pelatih yang sedang menjalankan
kajian disekolah ini. Dari aspek kos perbelanjaan projek juga amat baik kerana kos yang
diperlukan untuk menjayakan projek ini amatlah sedikit kerana kami menggunakan cat sekolah.
Kos perbelanjaan yang sedikit ini dapat meringankan beban kami dan sekolah daripada
berbelanja besar.

Kelemahan
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa kekangan yang berlaku sepanjang
projek dilaksanakan. Antaranya, kesukaran untuk mengukir gambar bunga persis dalam imej
yang telah diperlihatkan oleh guru penasihat. Tambahan itu, papan lapis tersebut mengalami
kerosakan yang amat teruk kerana dilubangkan menggunakan mesin khas. Hal ini
menyebabkan rupa bentuk belakang papan lapis tersebut agak kurang cantik.
Seterusnya, kami juga mempunyai masalah apabila waktu yang dirancang untuk
membuat papan tanda khas untuk Taman Herba di sekolah bertindih dengan projek individu
yang telah dirancang . Namun hal yang demikian tidak mengganggu proses untuk menyiapkan
projek papan tanda Taman Herba di sekolah kerana kami dengan bijak mengatur masa yang
ada dengan sebaik mungkin.
Cadangan Penambahbaikan
Sebagai cadangan penambahbaikan, kami mencadangkan agar murid-murid yang
hendak ke tandas diberi pemantauan oleh pihak sekolah agar tidak mengganggu proses
pelaksanaan projek melukis mural tandas sekolah. Selain itu, saya juga mencadangkan agar
murid tidak dibenarkan sewenang-wenangnya tanpa memakai kad kebenaran khas untuk keluar
ke tandas.
Seterusnya, bagi mengelakkan kerja yang bertindih perancangan awal yang rapi
haruslah dilakukan agar tidak menambahkan beban sekiranya masa tidak mencukupi dan
terpaksa melakukan dua perkara pada satu masa yang sama.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, segala pengalaman yang diperoleh semasa melaksanakan
tugasan ini sememangnya akan menjadi bekalan serta panduan di masa hadapan apabila

bergelar guru sebenar kelak. Walaupun tugasan projek ini memerlukan tenaga yang banyak,
namun kami tetap seronok kerana mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk sekolah.
Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga buat semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan projek ini. Diharapkan agar pelaksanaan
projek ini iaitu penghasilan papan tanda Taman Herba sekolah dapat meningkatkan lagi
semangat cinta akan sekolah dalam kalangan warga sekolah terutamanya murid-murid SK.
Ansip di samping mewujudkan lagi suasana persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif.

Disediakan Oleh ;

_____________________
(NORASIKIN BINTI ABIT)
Guru Pelatih IPG Kampus Keningau.

Disemak Oleh ;

______________________
(EN. MOHD MASUM BIN DAHLAN )
Guru Penasihat Taman Herba,
SK. Ansip.

Disahkan Oleh;

_____________________
(EN. MARTIN LIMAR)

Guru Besar SK. Ansip.

Anda mungkin juga menyukai