Gerko 1 Individual Work

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 12

PBEM 1012

GERKO 1
SOALAN:

BINCANGKAN SETAKAT MANA AKTIVITI


KOKURIKULUM SEKOLAH DAPAT
MEMBANTU GURU BERTINDAK SEBAGAI
EJEN PERUBAHAN DI KALANGAN
MASYARAKAT
DISEDIAKAN UNTUK:

TUAN HAJI REKKEMAN BIN KUSUT


DISEDIAKAN OLEH:
NURUL SHUHADA BINTI MAT YUSOFF
16BE01005

1.0

PENDAHULUAN
Tugas sebagai seorang guru bukan lah semata-mata karier dan
kerjaya malah guru itu sendiri mempunyai tanggungjawab yang telah
di amanahkan oleh Allah kepadanya dalam mendidik anak bangsa.
Guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu malah guru
juga menjadi role model atau contoh tauladan yang baik terhadap
anak didiknya dan juga masyarakat sekitar. Oleh hal yang demikian,
guru juga boleh ditafsirkan sebagai suatu ejen yang membawa
perubahan yang positif di kalangan masyarakat. Agen perubahan di
sini membawa maksud bahawa guru menjadi individu yang berperanan
untuk mempengaruhi sasaran perubahan guru tersebut ke arah yang
dikehendakinya. Guru perlu menggunakan kaedah-kaedah atau pun
medium yang tepat bagi merealisasikan tumpuan sasaran perubahan
yang diingini.
Salah satu medium yang dapat membantu seorang guru untuk
menjadi ejen perubahan yang proaktif adalah dengan kegiatan
kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Secara umumnya, kegiatan
kokurikulum merupakan aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah yang
dibimbing oleh guru-guru atau pun guru penasihat. Terdapat tiga
aktiviti

kokurikulum

yang

dijalan

di

setiap

sekolah

iaitu,

unit

beruniform, kelab dan persatuan dan jugak sukan dan permainan.


Ketiga-tiga aktiviti ini mempunyai kelebihan serta keistimewaan

mereka sendiri yang dapat memberi impak yang positif terhadap


pelajar dan masyarakat umumnya.

2.0

PERANAN

GURU

SEBAGAI

EJEN

PERUBAHAN

KEPADA

MASYARAKAT
2.1 Nilai kerjasama dan toleransi
Guru berperanan dalam mewujudkan suasana masyarakat
yang berkerjasama dan toleransi antara satu sama lain dalam
apa jua aktiviti yang dilakukan bersama di dalam sesebuah
masyarakat. Di sekolah, unit beruniform merupakan salah satu
aktiviti kokurikulum yang memupuk nilai-nilai seperti semangat
bekerjasama, tolong-menolong dan toleransi dalam kalangan
pelajar. Sebagai contoh, unit beruniform yang terdapat dia
sekolah ialah Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM),
Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Kadet Bomba
dan lain-lain.
Unit-unit beruniform ini merupakan aktiviti kokurikulum
yang banyak melakukan aktiviti berkumpulan di mana pelajar
dapat mempelajari nilai-nilai kehidupan yang positif dalam
masyarakat. Antara aktivitinya ialah kawad kaki yang merupakan
salah satu aktiviti yang dapat mendidik pelajar dari segi disiplin

dan mendengar arahan dengan baik. Selain itu, unit beruniform


juga selalu mengadakan aktiviti seperti perkhemahan di mana
disini para pelajar belajar erti kerjasama dalam kumpulan dan
bertolak ansur dalam membuat keputusan. Tambahan lagi, unit
beruniform juga mempunyai aktiviti kemasyarakatan seperti
turun ke lapangan masyarakat untuk membuat aktiviti gotongroyong seperti di kawasan masjid, surau, perpustakaan awam,
kawasan kampung atau pun padang permainan.
Oleh sebab itu, guru dapat mengaplikasikan semua nilai
positif ini ke dalam masyarakat sekitarnya dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong dengan melibatkan seluruh masyarakat
tidak kira umur, kaum dan agama. Sikap kerjasama dan toleransi
ini sekali gus bukan sahaja dapat diserapkan sewaktu aktiviti
berjalan

malah

penduduk

setempat

dapat

silaturrahim sehingga ke generasi seterusnya.

2.2

Nilai kepimpinan

mengeratkan

Peranan seorang guru sebagai contoh tauladan adalah


suatu pendekatan yang menunjukkan bahawa guru merupakan
seorang pemimpin yang memimpin anak bangsa ke arah
kebaikan. Sifat kepimpinan ini boleh diterapkan melalui melalui
aktiviti kokurikulum seperti kelab dan persatuan. Terdapat
banyak kelab dan persatuan yang wujud dalam sesebuah
sekolah antaranya Kelab Rakan Sebaya, Kelab Fotografi, Kelab
Debat, Persatuan Bahasa, Persatuan Sains dan Matematik,
Persatuan

IT

dan

Multimedia

dan

sebagainya.

Kelab

dan

persatuan ini diwujudkan bagi menvariasikan aktiviti kokurikulum


para pelajar di sekolah sekali gus mendidik nilai kepimpinan
dalam diri mereka.
Misalnya, di dalam sebuah kelab atau persatuan, guru
berperanan untuk menjadi guru penasihat dan mengelola setiap
aktiviti yang dijalankan di dalam kelab atau persatuan tersebut.
Begitu juga para pelajar, mereka diberi kepercayaan untuk
memilih dan memegang jawatan tertinggi dalam persatuan
seperti Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan
jugak ahli jawatankuasa. Melalui lantikan dan mandat yang diberi
ini, para pelajar akan melatih sifat kepimpinan dalam diri
mereka. Mereka akan cuba untuk berani melontarkan idea dan
pendapat untuk kebaikan setiap persatuan atau kelab yang
diceburi. Selain daripada itu, para pelajar juga belajar untuk

menepati masa pada setiap perjumpaan atau aktiviti yang akan


dijalankan. Tuntasnya, dengan aktiviti ini, maka akan lahirlah
generasi yang dapat memimpin masyarakat ke arah nilai-nilai
positif dan juga generasi yang proaktif dalam setiap perkara
yang dilakukan.

2.2

Kesihatan jasmani dan rohani


Bagi mencapai hasrat untuk melahirkan masyarakat yang
celik akal dan positif, kesihatan tubuh badan jasmani dan rohani
juga salah satu elemen yang terpenting dan menjadi peranan
utama seorang guru dalam mendidik para pelajar terutamanya
generasi masa kini. Umum sedia maklum bahawa dengan
kepesatan teknologi masa kini, statistik menunjukkan para
pelajar kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukan luar bilik
darjah. Ini disebabkan oleh teknologi yang serba canggih seperti
peralatan atau gadget iaitu iPhone, Android, iPad telah pun
menjadi medium utama para pelajar untuk beriadah. Walhal

secara zahirnya, mereka lebih tertumpu pada permainan alam


maya yang hanya dapat memberi kerencatan pada akal mereka
jika mereka bermain secara berlebihan.
Oleh sebab itu, aktiviti sukan dan permainan juga menjadi
suatu aktiviti kokurikulum yang wajib disertai oleh para pelajar di
sekolah. Ia antara aktiviti yang akan memberi mereka markah
sampingan dalam buku rekod pelajaran mereka kelak. Antara
sukan dan permainan yang terdapat di sekolah adalah bola
sepak, bola jarring, bola baling, hoki, bola keranjang, petanque,
olahraga dan balapan serta lain-lain lagi. Setiap tahun, sekolah
akan mengadakan Hari Sukan dan para pelajar boleh melibatkan
diri dalam acara sukan yang digemarinya dan mewakili rumah
sukan yang mereka sertai. Setiap peserta yang memenangi
acara olahraga mahupun balapan akan dipilih pula oleh pihak
sekolah untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah kemudian
negeri dan jika bernasib baik mereka yang terbaik akan mewakili
ke peringkat kebangsaan.
Oleh hal yang demikian, sukan dan permainan dapat
memupuk semangat komited dan berdaya saing dalam diri para
pelajar kerana mereka akan merasa kepercayaan yang diberi
oleh sekolah buat mereka yang terpilih dan bersemangat untuk
melakukan

yang

terbaik

dalam

setiapa

acara

yang

dipertandingkan. Guru juga memainkan peranan yang amat


penting sebagai ejen perubahan masyarakat dalam membentuk
masyarakat berdaya saing. Guru boleh berkerjsama dengan
masyarakat setempat untuk mengadakan sukan rakyat yang
mana sukan-sukan seperti olahraga dan juga sukaneka kanakkanak seperti lari dalam guni, gula-gula dalam tepung, tiup belon
sampai pecah dan sebagainya. Aktiviti seperti ini bukan sahaja
dapat menyihatkan malah guru telah berjaya menyebarkan
impak

yang

positif

masyarakat setempat.

dan

semangat

kesukanan

dalam

diri

3.0

KESIMPULAN
Institusi kekeluargaan perlu mula sedar bahawa tugas guru
bukan lah sekadar mendidik tetapi ia juga lebih dari itu. Ibu bapa tidak
seharusnya sekadar menuding jari kepada guru apabila terdapat
kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak mereka terutama sekali dari
segi sahsiah. Ini kerana, pendidikan awal yang diterima oleh anak-anak
adalah melalui institusi kekeluargaan iaitu daripada ibu bapa itu sendiri
dalam mencorakkan peribadi serta masa depan anak-anak mereka.
Selain ibu bapa, masyarakat juga perlu mula sedar akan perihal
tanggungjawab seorang guru. Guru bukan sahaja menjalankan amanah
mereka di sekolah tetapi guru juga memainkan peranan di luar pada
waktu sekolah. Ada sesetengah guru yang membuka pusat tuisyen
kepada penduduk setempat sama ada percuma atau berbayar bagi
membantu anak bangsa yang memerlukan bantuan dalam soal

pendidikan. Ada juga diantara guru-guru yang bertandang rumah ke


rumah anak didiknya kerana ingin mengambil berat soal kebajikan
mereka dan sanggup untuk membiayai beberapa keperluan yang
diperlukan oleh pelajarnya. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang
cakna pada arus semasa tidak sepatutnya mudah terpengaruh dengan
media massa yang seringkali cuba memutar belitkan fakta atau khabar
angina yang tidak molek dijadikan pengajaran buat anak-anak bangsa.
Media massa juga tidak lari daripada tanggungjawab mereka
untuk menjual hasil tulisan mereka diterima oleh masyarakat. Namun
begitu, media massa seharusnya memainkan peranan mereka untuk
memaparkan tugas sebenar yang dipikul oleh seorang guru pada masa
kini. Media massa yang melibatkan seni tulisan seperti surat khabar,
jurnal,

majalah

seharusnya

memberi

focus

kepada

profession

perguruan ini lebih meluas agar dapat membuka mata masyarakat


setempat mengenai pengorbanan seorang pendidik. Mungkin tidak
semua pendidik berjaya menjadi seorang pendidik yang disanjungi
tetapi

sekurang-kurangnya

media

massa

dapat

menggunakan

pengaruhnya untuk menjaga nama baik profesion ini terutama sekali di


zaman yang penuh dengan tipu muslihat kini.
Konklusinya, kerjaya seorang guru itu bukan lah suatu kerjaya
yang perlu diambil mudah oleh semua lapisan masyarakat. Terdapat
segelintir

yang

selalu

memandang

enteng

terhadap

profesion

perguruan ini walhal menjadi seorang guru bukan sahaja perlu


menyampaikan ilmu di bilik darjah dan kemudian pulang ke rumah

untuk berehat tetapi ia sebenarnya menjangkaui skop kerja yang


sebenarnya. Seperti kata pepatah Bahasa Inggeris, Teaching is a
profession that teaches all other professions.

4.0

RUJUKAN
1. Nor Hasmaliza Binti Hassan. (2013, Nov 13).
http://www.slideshare.net/aizatoor/guru-sebagai-agenperubahanmasyarakat
2. Nurul Shamira. (2010, Apr 5)
https://www.scribd.com/doc/29456374/Guru-Adalah-Agen-Perubahan

Anda mungkin juga menyukai