Anda di halaman 1dari 3

3.

ULASAN ARTIKEL ATAU JURNAL KECEDERAAN DALAM SUKAN

nk tulis definesi kecederaan, sukan bgai. Ala2 pendahuluan gitu dulu kt sini tp ak x tulis lagi
sbb xde bahan lg..
Artikel 1
Broken jaw and dislocated (mandibular fracture)
Terry Zeigler, EdD, ATC
http://www.sportsmd.com
Tajuk artikel ini adalah kepatahan dan rahang yang terkehel (dislocate). Objektif artikel
ini adalah untuk mendedahkan tentang pendedahan kepatahan rahang terutamanya dari segi
tanda-tanda kepatahan rahang. kesan kepatahan rahang dan cara untuk merawatnya dan
mencegahnya. Dalam penulisan ulasan artikel ini, saya akan menggariskan bahagian yang
tertentu khususnya dalam konteks pendidikan jasmani dan sukan.
Sendi temporomandibular terletak pada atas rahang dan ianya menyambungkan antara
tulang rahang dan tulang kerangka yang dipanggil sebagai tulang Temporal. Pergerakan mulut
berlaku di sekitar sendi ini dan ia mengawal pergerakan mulut. Jika berlaku sebarang
kecederaan pada struktur sendi ini akan menyebabkan kerosakan pada sendi ini. Patah, retak
ataupun terkehel pada bahagian ini akan menyebabkan masalah dan kesukaran untuk makan
dan bernafas. Rawatan yang segera adalah sangat wajar bagi mengurangkan komplikasi dan
mencepatkan proses penyembuhan.

Gambar : menunjukkan anatomi ringkas bahagian rahang manusia

Antara faktor dan perkara yang menyebabkan berlakunya kepatahan rahang adalah
kontak secara terus ke arah muka, kemalangan jalan raya, kemalangan di tempat kerja atau
tempat tinggal dan kecederaan dalam sukan seperti terjatuh (tersemban) dan terkena peralatan
sukan.
Terdapat tanda-tanda bagi kepatahan rahang. Antara simpton yang mudah untuk dikenalpasti
adalah rasa pedih, sakit, bengkak dan berdarah. Bagi sesetengah orang, kepatahan rahang
juga mampu membuatkan keseluruhan muka individu terbabit bengkak dan rasa sakit.
Pendarahan dalam mulut juga turut akan berlaku. Apabila hal ini berlaku, kesukaran untuk
bernafas juga turut sama berlaku kerana darah telah menghalang laluan pernafasan anda.
Pesakit juga akan mengalami kesukaran yang teramat ketika mengunyah dan bercakap. Jika
mempunyai banyak kepatahan pada bahagian rahang, maka pesakit juga akan mempunyai
pergerakan mulut yang sangat terhad dan mungkin tidak boleh bergerak langsung. Bahagian
gusi juga akan kelihatan pudar dan gelap akibat kurangnya pengaliran darah. Kepatahan
rahang juga akan menyebabkan muka menjadi lebam, kebas dan mempunyai rupa yang kurang
normal daripada kebiasaannya. Bukan itu sahaja, kecederaan ini juga akan membuatkan gigi
menjadi longgar dan tercabut.

Bagi kecederaan rahang terkehel (dislocate), tanda atau simpton mungkin berbeza
daripada kepatahan rahang. Kesakitan akan bertambah teruk apabila pesakit menggerakkan
mulut dan badan pada julat yang tinggi. Antara simpton lain yang dapat dikenalpasti adalah
kunyahan menjadi tidak sempurna iaitu makanan tidak lumat, mulut tidak selesa dan tergigit
lidah atau bibir (overbite). Ini adalah kerana gigi rahang bawah dan gigi rahang atas tidak
bersekedudukan dan selari. Gigi yang tidak sekata menyebabkan kesukaran untuk
membersihkannya.

Ia

juga

menjejaskan

pengunyahan

dan

boleh

mengakibatkan

ketidakhadaman sekali gus penyerapan nutrisi. Selain itu, kecederaan ini mengakibatkan rasa
rendah diri kerana penampilan rahang dan susunan gigi yang tidak normal serta boleh
mengakibatkan kesakitan pada sendi rahang (Temporomandibular). Pesakit turut akan
mengalami kesukaran tidur (Sleep apnoea). Bukan itu sahaja, pesakit akan mengalami
kesukaran untuk menyebut sesetengah perkataan ataupun boleh menjejaskan pertuturan
secara amnya.
Setiap kecederaan mempunyai cara rawatan. Untuk rawatan kecederaan ini pesakit
memerlukan pemeriksaan yang terperinci di klinik bersepadu (Bedah Mulut - Ortodontik)

berserta dengan filem x-ray dan model gigi yang berkenaan. Pesakit akan ditanya mengenai
sejarah kejadian dan mungkin akan menjalani sedikit ujian fizikal. Kecederaan rahang iaitu
kepatahan diklasifikasikan sebagai kecederaan berat dan memerlukan rawatan dengan kadar
segera.
Untuk rahang terkehel, Biasanya doktor akan sarankan pesakit untuk membuat terapi
perubatan bagi menangani masalah ini. Rawatan fisioterapi Kebiasaannya terapi menggunakan
stimulasi elektrikal seperti TENS atau IFC dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit. Selain itu
terapi Ultrasound juga sering digunakan bagi proses penyembuhan. Terapi manual juga
digunakan untuk mengembalikan pergerakan sendi dan kekuatan otot sokongan.

Gambar : penggunaan intrafacility fibre cable (ifc) dalam


rawatan rahang terkehel (dislocate)