Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN
Appendiks ( appendiks vermiformis ) terletak pada posteromedial dari caecum pada
region abdomen kanan atas. Appendiks merupakan sisa dari sekum yang tidak
berkembang dan fungsinya tidak diketahui. Appendiks memiliki komponen yang
sama dengan usus lain, yang membezakannya adalah appendiks kaya dengan jaringan
limfoid pada mukosa dan submukosa. Jaringan ini mulai berkembang pada masa awal
bayi, mencapai ukuran terbesar semasa dewasa dan kemudian, atrofi secara progesif
pada usia emas.
Appendiks merupakan organ intraperitoneal tetapi kadang kala juga dikenali
sebagai organ retroperitoneal. Organ ini tidak mempunyai kedudukan tetap di dalam
rongga perut ( rongga retroperitoneal ). Panjangnya 5-10 cm dengan pelbagai posisi
( retrocaecal, pelvical dan lain-lain ). Ia sangat jarang dijumpai pada region abdomen
kiri bawah. Appendiks mendapat aliran darah dari cabang arteri ileocaecal yang
merupakan satusatunya saluran arteri untuk appendiks, sehingga apabila terjadi
trombus akan mengakibatkan terbentuknya gangren dan kemudian boleh menjadi
perforasi appendiks.
Appendisitis Akut merupakan kes kecemasan abdomen yang kerap kali
berlaku ke atas mereka yang berumur antara 10 tahun hingga 30 tahun. Manakala,
kanak-kanak berumur kurang dua tahun pula jarang mendapat penyakit ini. Selain dari
kanak-kanak, kes Appendisitis Akut ini juga banyak berlaku dalam kalangan ibu-ibu
mengandung.

1 | Page

Sakit pada abdomen dan anoreksia merupakan gejala yang predominan.


Pemeriksaan fizikal sangat penting untuk menemukan kesakitan pada bahagian kanan
bawah abdomen sewaktu palpasi dilakukan ke atas pesakit. Selain itu, pemeriksaan
darah yang lengkap dan melakukan ujian urinalisis kadang kala dapat membantu
dalam proses mengenalpasti diagnosis pesakit iaitu Appendisitis Akut. Kelewatan
mendiagnosis Appendisitis Akut dapat meningkatkan risiko perforasi dan komplikasi
lain yang teruk ( Yopi et.al., 2008 ; Zeller et.al, 2007).

2 | Page

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Bertarikh 14 hb februari 2016, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun telah datang ke
kecemasan dengan aduan sakit perut di bahagian kanan (Right Illiac Frosa Pain)
selama 4/7 hari , Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada pukul 10 pagi
setelah didagnosis oleh doktor mengalami Appendisitis Akut yang agak teruk.
Objektif kajian
Tujuan kajian ini dilakukan bagi mengetahui bagaimana cara untuk mengendalikan
ke appendicitis dan apakah rawatan yang perlu dilakukan terhadap pesakit yang
mengalami appendicitis.

3 | Page

3.0 PENCARIAN LITERATURE


Kajian kes yang saya kaji iaitu Kes Appendisitis Akut telah dibuktikan dengan
beberapa pencarian literature yang sangat relevan dan koherent.
Antaranya ialah

Appendisitis Akut boleh didefinisikan sebagai

keradangan yang berlaku pada lumen appendiks disebabkan oleh beberapa faktor
termasuklah penyumbatan pada lumen appendicular oleh perasit (ringworm),
bendasing (biji-bijian), tumor, faecolith (najis keras) atau terdapat banyak submucus
pada lumen tersebut. Selain itu, ia juga disebabkan oleh agen jangkitan seperti
Escherichia Coli, Coliform Bacilli atau Streptococcus Faecalis yang menjangkiti
lumen tersebut menyebabkan berlaku keradangan. Pengambilan diet yang
mengandungi kurang fiber juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit Appendisitis
Akut di mana ia boleh menyebabkan berlakunya peningkatan kepada tekanan intracaecal (R.A. Muhammad, 2008).
Appendisitis Akut adalah peradangan dari appendiks vermiformis. Ia
merupakan penyebab kepada penyakit Abdomen Akut yang kerap kali terjadi kepada
masyarakat. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sehaja tidak kira lelaki mahupun
wanita. Tetapi, ia sering kali menyerang golongan lelaki yang berusia antara 10
hingga 30 tahun di seluruh dunia (Kapita Selekta,2000).
Gejala awal Appendisitis Akut ini adalah sakit pada bahagian epigastrium
terutama di sekitar kawasan umbilikus atau periumbilikus. Ia juga turut disertai
dengan rasa nausea, muntah dan pada umumnya, kurang selera makan. Kemudian,
dalam beberapa jam, sakit tersebut akan beralih ke bahagian kanan bawah abdomen
iaitu ke titik Mc Burney. Di titik ini sakit terasa lebih tajam dan mencucuk. Namun
4 | Page

begitu, kadang kala tidak dirasakan kesakitan pada bahgian epigastrium kerana
pesakit mengalami konstipasi. Appendisitis Akut juga turut disertai dengan low grade
fever sekitar suhu badan 37.5 38.5C (Mansjoer et.al., 2005 ; Sjamsuhidajat et.al.,
2005 ; Yopi Simargi et al., 2008 ).
Pada peringkat kehamilan, aduan utama wanita hamil yang menghidap
Appendisitis Akut ialah sakit perut, mual dan muntah. Perkara yang perlu diberi
perhatian oleh wanita hamil ialah pada peringkat kehamilan trimester pertama, sering
juga terjadi mual dan muntah. Pada kehamilan selanjutnya, sekum dan appendiks
terdorong ke kraniolateral sehingga sakit tidak dapat dirasai di bahagian kanan bawah
abdomen tetapi lebih ke regio lumbal kanan. (De Jong, 2005).
Penyumbatan lumen appendiks disebabkan oleh hyperplasia folikel limfoid,
fekalit, struktur kerana fibrosis akibat peradangan sebelumnya, cacing usus atau
neoplasma. Penyebab lain yang dirasakan dapat menyebabkan berlakunya
Appendisitis Akut ialah erosi mukosa appendiks kerana parasit seperti E. Histolityca.
(Schwartz, 2000).
Penyebab sumbatan 60% adalah hyperplasia kelenjar getah benign. 35% pula
disebabkan oleh fekalith. Manakal, 4% oleh benda asing (termasuk cacing) dan 1%
oleh struktur lumen yang disebabkan oleh karsinoma (Aksara_Medisina,1997).
Komplikasi yang mungkin timbul adalah peritonitis, abses subfrenikus,
infiltrat dan fokal sepsis intraabdominal lain (www.medicastore.com, 2006).

5 | Page

4.0 PERBINCANGAN
Data Pengenalan pesakit

Nombor Pendaftaran:
AS 00537209

Nombor K/P:
970630-05-5215

Nama:
- TIDAK PERLU DIISI Jantina: Lelaki/
Perempuan*

Bangsa:
Melayu

Pekerjaan:
Pelajar

Umur:
14 tahun

Alamat:
-TIDAK PERLU DIISI -

No. Tel:
-TIDAK PERLU
DIISI -

Hospital/Klinik:
Hospital Sultanah Bahiyan (Jabatan Kecemasan Dan Trauma)

Tarikh:
14.02.2016

Pemeriksaan

Pemeriksaan Am: Pesakit dalam keadaan sedar, boleh berkomunikasi dengan

baik serta orientasi terhadap keadaan,masa dan juga orang disekelilingnya.


Penilaian kesakitan: 6/10
Suhu Badan: 37.8C
Kadar Pernafasan: 22 /minit
Tekanan Darah:118/73 mmHg
Kadar Nadi: 75 /minit
Ritma Nadi: Regular
Isipadu Nadi: Baik
Berat Badan: 45 kilogram

6 | Page

Pemeriksaan Fizikal

Inspeksi
- Lidah kotor (furring tongue)
- Nafas berbau busuk (fetor oris)

Palpasi
- Mc Burney test positif
- Rebound tanderness positif
- Abdominal rigidity or distension di mana menunjukkan appendicitis
-

telah pecah dan menjadi peritonitis.


Rovsing sign positif dengan palpasi pada bahagian Iliac Fossa kiri,

getaran kesakitan dirasai di bahagian Iliac Fossa kanan.


Pemeriksaan per rektal dilakukan di mana kesakitan dirasai di kawasan

terletaknya appendix.
Pointing test dilakukan di mana apabila ditanya kepada pesakit
kawasan kesakitan yang dialami, pesakit menunjukkan dengan

menggunakan satu jari di bahagian Illiac Fossa kanan.


Psoas sign dan Obturator sign positif.
Straight leg rising sign positif di mana kesakitan akan bertambah
apabila kaki pesakit diangkat.

Auskultasi
- Bunyi peristalsis berkurangan.
- Tiada bunyi bowel dikesan.

7 | Page

Definisi penyakit
Appendisitis Akut boleh didefinisikan sebagai keradangan yang berlaku pada lumen
appendiks disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah penyumbatan pada lumen
appendicular oleh perasit (ringworm), bendasing (biji-bijian), tumor, faecolith (najis
keras) atau terdapat banyak submucus pada lumen tersebut. Selain itu, ia juga
disebabkan oleh agen jangkitan seperti Escherichia Coli, Coliform Bacilli atau
Streptococcus Faecalis yang menjangkiti lumen tersebut menyebabkan berlaku
keradangan. Pengambilan diet yang mengandungi kurang fiber juga boleh
menyebabkan berlakunya penyakit Appendisitis Akut di mana ia boleh menyebabkan
berlakunya peningkatan kepada tekanan intra-caecal
Patofisiologi
Gejala awal Appendisitis Akut ini adalah sakit pada bahagian epigastrium terutama di
sekitar kawasan umbilikus atau periumbilikus. Ia juga turut disertai dengan rasa
nausea, muntah dan pada umumnya, kurang selera makan. Kemudian, dalam beberapa
jam, sakit tersebut akan beralih ke bahagian kanan bawah abdomen iaitu ke titik Mc
Burney. Di titik ini sakit terasa lebih tajam dan mencucuk. Namun begitu, kadang kala
tidak dirasakan kesakitan pada bahgian epigastrium kerana pesakit mengalami
konstipasi. Appendisitis Akut juga turut disertai dengan low grade fever sekitar suhu
badan 37.5 38.5C

8 | Page

Etiologi
Penyumbatan lumen appendiks disebabkan oleh hyperplasia folikel limfoid, fekalit,
struktur kerana fibrosis akibat peradangan sebelumnya, cacing usus atau neoplasma.
Penyebab lain yang dirasakan dapat menyebabkan berlakunya Appendisitis Akut ialah
erosi mukosa appendiks kerana parasit seperti E. Histolityca
Manifestasi klinikal

Pesakit mengalami sakit seperti mencucuk bermula di bahagian umbilical dan


selepas beberapa jam, kesakitan tersebut menjalar ke bahagian Iliac Fossa

kanan 4/7.
Kesakitan tersebut bertambah ketika pesakit berjalan, batuk dan bergerak.
Pesakit mengalami abdominal discomfort atau dyspepsia seperti angin yang

tidak lepas untuk dikeluarkan.


Pesakit turut mengalami nausea dan muntah yang teruk 4/7.
Pesakit mengalami odynophagia atau kesakitan semasa menelan 4/7.
Pesakit juga mengalami loss of appetite (LOA) kerana odynophagia yang

dialami.
Pesakit turut mengalami loss of weight (LOW) sebanyak 3 kilogram dalam

masa seminggu.
Pesakit mengalami low grade fever iaitu 37.8C.
Pesakit mengalami diarrea dan konstipasi on dan off.
Pesakit mengalami kerap kencing (disuria) di mana berlaku dalam pelvik

appendicitis apabila appendix yang inflamasi melekat pada pundi kencing.


Bowel Open dan Pass Urine pesakit adalah normal seperti biasa.

Penyiasatan penyakit

Total White Differential Count di mana berlaku peningkatan dari paras normal
(4000-11000 mmol/L).

9 | Page

Ultrasound dilakukan untuk mengesan sama ada appendiks membesar atau

terdapat pengumpulan abses.


Barium enema dilakukan di mana cecair barium dimasukkan ke dalam kolon

melalui anus dan kemudian, X-ray dilakukan ke atas pesakit.


Urine Full Examination Microscopic Examination (FEME) dilakukan di mana
untuk mengesan White Bllod Count (WBC), Red Blood Count (RBC) dan
bakteria selain untuk mengesan UTI, diagnosa perbezaan dengan Appendicitis
Akut.

Rawatan
Pada kebiasaannya, doktor akan mencadangkan kepada pesakit yang mengalami
Appendisitis Akut yang teruk untuk menjalani pembedahan yang dipanggil Open
Appendicectomy di mana ia merupakan proses pembuangan appendiks vermiform.
Sebelum sesuatu pembedahan dijalankan, pesakit perlu mematuhi beberapa aspek
penjagaan sebelum pembedahan (pra pembedahan) untuk mengelakkan sebarang
komplikasi lain semasa pembedahan dijalankan.
Persediaan Pra-Operatif

Nil By Mouth (NBM) atau puasakan pesakit selama 6 atau 8 jam bagi
mengosongkan

gaster

pesakit

sebagai

persediaan

pembedahan

dan

mengelakkan aspirated pneumonia semasa pembedahan.

Beritahu pesakit mengenai pembedahan yang bakal dilakukan dan komplikasi


yang kemungkinan akan berlaku.

Perlu mendapatkan konsen atau kebenaran dari pesakit atau penjaga pesakit.

Penyiasatan di lakukan ke atas pesakit dengan mengambil ujian seperti Total


White Differential Count (TWDC), Urine FEME, cX-Ray, GXM (Group and
Cross Match) untuk memastikan pembedahan berjalan dengan lancar.

10 | P a g e

Pemeriksaan tanda-tanda vital ke atas pesakit seperti bacaan tekanan darah,


suhu badan, kadar respirasi dan bacaan suhu badan untuk elak sebarang
komplikasi lain.

Jika gaster telah dikosongkan, General Anaesthesia biasanya diberikan kepada


pesakit atau Spinal Anaesthesia boleh juga diberikan bergantung kepada Pakar
Anaesthesia.

Pemberian antibiotik profilaksis seperti Cefuroxime dan Metronidazole secara


intravenous kepada pesakit untuk membantu membunuh bakteria dan
seterusnya mengurangkan infeksi pada bahagian abdomen dan komplikasi
pos-operatif pada bahagian abdomen dan luka pembedahan.

Pemberian cecair 2 pain Dextrose Saline dan 3 pain Dextrose 5% untuk hidrat
pesakit.

Skin preparation (jika ada) ke atas pesakit dengan mencukur bulu-bulu di


kawasan pembedahan untuk melancarkan lagi proses pembedahan.

Menyediakan pakaian pembedahan dan OT cap kepada pesakit.

Menanggalkan peralatan atau barang-barang yang boleh mengganggu semasa


proses pembedahan berlangsung seperti gigi palsu pesakit, jam tangan, cincin
dan sebagainya yang dirasakan perlu.

Bowel preparation seperti pemasangan CBD ke atas pesakit untuk


memudahkan proses pembedahan.

Penjagaan Post-Operatif

Penjagaan respiratori ke atas pesakit dengan memberikan oksigen secara face


mask atau nasal prongs sehingga pesakit stabil.

11 | P a g e

Pemerhatian tanda-tanda vital seperti tekanan darah, kadar nadi, suhu badan,
kadar respiratori dan SPO2 direkodkan setiap 15-30 minit sehingga pesakit
stabil.

Tekanan central venous (CVP) hendaklah direkodkan secara berkala pada awal
post-operatif jika terdapatnya kehilangan darah yang banyak or fluid shift.

Pemerhatian terhadap tahap kesedaran pesakit dan kebolehan pesakit untuk


mendengar arahan selepas menjalani pembedahan.

Recovering dari muscle paralysis di mana dengan memastikan sama ada


pesakit dapat batuk, hand grip, boleh menggerakkan kepala dan boleh
menjelirkan lidah.

Pemerhatian tahap kesakitan (pain score) pesakit. Jika pesakit masih lagi sakit,
pemberian analgesik diberikan jika perlu untuk mengurangkan kesakitan.

Fluid balance di mana semua jenis cecair yang keluar dari badan pesakit dan
urin pesakit perlu dikekalkan dan direkodkan.

Memastikan pesakit dalam kedudukan yang selesa semasa berehat di atas


katil.

Pemerhatian dan penjagaan ke atas tempat pembedahan seperti luka


pembedahan perlu diberi perhatian untuk mengelakkan infeksi.

Pemberian diet yang betul dan seimbang untuk mempercepatkan proses


penyembuhan luka pembedahan.

12 | P a g e

Nasihat relevan kepada pesakit/ penjaga


-Ambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk mempercepatkan proses
penyembuhan luka pembedahan.
-Amalkan meminum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.
-Ambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor.
-Jangan merokok kerana bahan kimia dalam rokok boleh menyebabkan berlakunya
komplikasi lain.
-Jangan mengambil minuman keras.
-Sentiasa melakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan setiap 30 minit pada setiap
hari untuk mengelakkan muscle paralysis.
-Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang berat.
-Penjaga/keluarga pesakit hendaklah memberikan sokongan moral yang sewajarnya
kepada pesakit supaya pesakit tidak mengalami depresi.
-Memberikan pendidikan kesihatan kepada penjaga/keluarga pesakit mengenai
penyakit ini.
-Amalkan gaya hidup yang sihat.
-Selepas melakukan pembedahan, jaga kawasan pembedahan dengan baik.
-Datang untuk rawatan susulan (TCA-To Come Again).
-Segeralah berjumpa doktor sekiranya terdapat sebarang komplikasi.

13 | P a g e

5.0 KESIMPULAN
Kebanyakkan kes Appendisitis Akut ini dapat diatasi dengan melakukan pembedahan.
Tetapi, komplikasi seperti Peritonitis akan berlaku jika pesakit lambat mendapatkan
rawatan yang sepatutnya. Masa penyembuhan untuk penyakit ini bergantung kepada
umur, keadaan pesakit, komplikasi yang dihadapi dan juga keadaan lain termasuklah
jumlah alkohol yang diambil tetapi, biasanya antara 10 dan 28 hari. Untuk kanakkanak (sekitar umur 10 tahun), proses penyembuhan mengambil masa 3 minggu.
Walaupun kadar kematian adalah rendah dalam kes Appendisitis Akut ini,
tetapi kematian boleh juga terjadi. Kadar kematian dalam kes Appendisitis Akut yang
biasa adalah kira-kira 0.1% dan ia tidak berubah sejak tahun 1930. Pemantauan dalam
penjagaan Pre-operatif dan Pos-operatif secara berkesan dapat mengurangkan kadar
kematian sebanyak 5%.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa kes infeksi Pos-operatif boleh terjadi di
mana

30% melibatkan kes gangreneous atau perforated appendix. Walaupun

kebanyakkan pesakit boleh sembuh, tetapi mereka perlu tinggal lama di hospital untuk
proses rawatan susulan.

14 | P a g e

6.0 RUJUKAN
Jong, W.D., 2005, Buku Ajar Ilmu Bedah, EGC, Jakarta.Mansjoer, et al, 2000, Kapita
Selekta Kedokteran, Edisi Ketiga Jilid Kedua,Media Aesculapius, FK UI

Schwartz, et al, 2000, Intisari Prinsip-prinsip Ilmu Bedah, Edisi Keenam,EGC,Jakarta.

Anonim, 1997, Kumpulan Kuliah Khusus Ilmu Bedah, Aksara Medisina, Jakarta
Anonim,2003,Appendicitis
www.wikipwedia.org/wiki/appendicitis.com

Accessed
Anonim,

on

June
2003,

www.medicastore.com

15 | P a g e

29th,
Gangguan

2006

at
Saluran

19.00

p.m

Pencernaan