Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MALURI

KUALA LUMPUR
KERTAS KERJA
PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-58
PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2015
Pengenalan
Tarikh 16 SEPTEMBER pada setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi seluruh warga
Malaysia. Ini kerana pada tarikh ini Malaysia setahun lagi melangkah megah ke hadapan dengan
dibarisi warganya yang tetap kental dan gah mempertahankan maruahnya.
Tahun ini genaplah 58 tahun negara kita MERDEKA. Jika dikira usia sebegitu negara kita
masih lagi dianggap sebagai sebuah negara baru yang serba serbinya kekurangan. Namun, negara
kita Malaysia dalam usia ini sudah melangkah jauh ke hadapan setanding dengan negara-negara
maju di dunia. Siapa tidak kenal Malaysia? Sebut sahaja pemimpin dunia mana yang tidak pernah
datang dan mengagumi Malaysia.
Justeru, kita sebagai warga yang bertanggungjawab perlu memikirkan apakah pengisian
terbaik yang wajib dilaksanakan ke arah memastikan negara kita Malaysia akan sentiasa berdiri
gah di mata dunia. Apakah cara dan perlakuan yang perlu dilakukan setiap warganya dalam usaha
memastikan Malaysia bukan sahaja maju daripada segi fizikalnya tetapi juga maju daripada segi
pemikiran, bertatasusila serta bertamadun tinggi yang terkandung warganegaranya yang
bersahsiah, berpendidikan kelas dunia, saling menghormati pelbagai kaum dan sebagainya lagi.
Rasional
Sambutan Malaysia Merdeka 58 Tahun disambut pada 31 Ogos 1957 setelah mendapat
kemerdekaan daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957. Sambutan ini bukan hanya diadakan
pada hari tersebut tetapi juga sepanjang tahun. Semenanjung Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos
1957. Sementara Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia pada 16 September 1963. Namun
31 Ogos 1957 dikira sebagai tarikh rasmi negara Malaysia merdeka.
Menyedari bahawa betapa perlunya rakyat Sabah dan Sarawak juga turut sama merasa
bahang kemerdekaan ini maka sambutan selama sebulan dimulakan mulai 16 SEPTEMBER setiap
tahun. Ini merupakan fakta sejarah hakiki yang tidak boleh diubah dan dipinda oleh sesiapa pun
jua kerana kekuatan dan keharmonian negara kita Malaysia kini bukan hanya disandarkan kepada
rakyat Tanah Melayu semata-mata tetapi juga rakyat Sabah dan Sarawak.
Diyakini bahawa dewasa ini pengisian sambutan Hari Kemerdekaan semakin hari semakin
tersasar daripada matlamat asalnya. Sambutan kemerdekaan yang bertujuan untuk
mengembalikan semangat nasionalisme dan cintakan negara kini seolah-olah dijadikan wadah
untuk merosakkan serta mencemarkan jiwa dan identiti bangsa. Buktinya, rata-rata program
sambutan Hari Kemerdekaan di seluruh negara lebih menjurus kepada aktiviti hiburan sematamata.
Laungan keramat Merdeka ! Merdeka ! Merdeka! oleh Tunku Abdul Rahman sememangnya
memberi semangat yang mendalam kepada seluruh rakyat ketika itu. Namun setelah 58 tahun
negara merdeka, sambutan yang diadakan semakin jauh terpesong . Sajian hiburan dan
keseronokan yang keterlaluan jelas sekali bertentangan dengan matlamat. Banyak wang yang
dibazirkan dan kesannya mungkin lebih merosakkan sahsiah generasi muda hari ini. Apakah
dengan menyediakan hiburan demi hiburan kepada generasi muda hari ini, jiwa mereka itu terdidik
ke arah kebaikan termasuk mencintai negara?
Ingatlah, ada negara yang lebih lama menikmati kemerdekaan daripada Malaysia, akhirnya
dijajah semula dan hancur akibat kelalaian serta kealpaan rakyat dan pemimpin. Seperkara lagi,

dalam memahami erti perjuangan menuntut kemerdekaan, saban tahun kita hanya dipaparkan
dengan nama-nama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak serta lain-lain tokoh yang seangkatan
dengannya. Apakah kita melupai perjuangan Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Datuk
Maharajalela, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong serta ramai lagi pahlawan Melayu terdahulu?
Berdasarkan kepada pernyataan di atas, maka usaha pihak sekolah menganjurkan program
ini adalah amat tepat sekali sebagai salah satu cara untuk menarik minat golongan pelajar ke arah
mengenali seterusnya menghayati nilai-nilai yang sepatutnya diamalkan bagi bangsa yang merdeka.
Program ini diyakini sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar
bagaimana cara yang betul dan yang benar untuk menyambut seterusnya menghayati Hari
Kemerdekaan negara kita tanpa melakukan banyak perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
Objektif Khas
i. Mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar SMKTM
ii. Menyedari dan menghayati semangat cintakan sekolah dan Negara
iii. Mewujudkan suasana kemerdekaan di sekolah
Sambutan Bulan Kemerdekaan yang setiap tahun diadakan di sekolah merupakan salah
satu daripada pengisian wajar warganya bagi mengenang dan menghargai negara Malaysia. Di
samping itu juga, sambutan ini bermatlamat untuk;
a. Mengenang dan mengimbas kembali perjuangan tokoh-tokoh negara ke arah mencapai
kemerdekaan
b. Menanamkan sikap bertanggungjawab dan semangat cintakan negara pelajar kepada
negara Malaysia
c. Menyemai perasaan hormat-menghormati antara semua kaum yang menjadi warga negara
Malaysia
d. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa penting hidup dalam keadaan aman damai
e. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa beruntungnya kita menjadi warganegara
Malaysia
Tarikh, Tempat & Masa
Tarikh Tentatif : 1 Ogos 16 September 2015
Masa
: Sepanjang tempoh masa program
Tempat
: SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur
Sasaran Program

Seluruh warga SMK Taman Maluri (Guru, Staf & Pelajar)

Jawatankuasa Kerja Induk Terlibat


Penasihat
Pengerusi
Naib Pengerusi

Penyelaras
Setiausaha
Naib Setiausaha
BIL

: Pengetua
: En Zainudin bin Mohamad (PK HEM)
: Pn Selvam Amertha a/p V.Dhanaraj
Pn Jasma bt Hassan (PK Kokurikulum)
Pn Rozita bt Hussain (Penyelia Petang)
1. Datin Lai Chuai Peng (GK Kemanusiaan)
2. Encik Sohaidie bin Mohd Zain (Guru Cemerlang Sejarah)
: Pn Jayaletchemy a/p Ramasamy
: Pn. Norashikin binti Abdul Rahman

AJK KERJA

TUGAS-TUGAS

CATATAN

1.0

Banner/Banting/
Bendera
Panitia PJK
En. Badrulhisham
En.Mohd.Zahri Zabidi
En. Ismail Fauzi

2.0

Persembahan Murid
(Sepanjang bulan
sambutan berlangsung)
KP Bahasa Melayu:
Cik Noraizah
En Mohd Fairus
KP Bahasa Inggeris:
Pn Razidah
Pn Ashuvany
KP Bahasa Cina:
Cik Wan KY

3.0

Pertandingan
Kad Ucapan dan
Lukisan Bendera
Panitia Moral
Pn. May Ding

4.0

Papan Kenyataan
Panitia Sains

Mengadakan mesyuarat untuk pengagihan


tugas
Menyediakan anggaran perbelanjaan dan
serahkan kepada AJK Hadiah
Menyiapkan banner dan gantungkan di
depan pintu pagar masuk Blok A
Banting kecil dipasang pada kawasan
tapak perhimpunan atau di kawasan
sekolah yang difikir sesuai
Bendera Malaysia dikibarkan di tempattempat yang strategik di seluruh
kawasan
sekolah
(cadanganmengibarkan bendera mengikut tema
yang ditentukan oleh pihak sekolah)
Mengadakan
mesyuarat
untuk
menetapkan jenis persembahan dan
agihan tugas untuk sepanjang Bulan
Kemerdekaan
Membuat persiapan / latihan sewajarnya
Memastikan kehadiran pelajar pada hari
persembahan
Bekerjasama dengan AJK Hadiah dan
serahkan
anggaran
perbelanjaan
sebelum atau pada 4 September 2015
Berhubung dengan AJK Siaraya tentang
peralatan
Persembahan juga perlu dibuat semasa
Hari Penutup pada 14 September 2015

Memilih bentuk pertandingan yang sesuai


bersempena Bulan Kemerdekaan
Pastikan penyertaan semua kelas
Aktiviti
tidak
mengganggu
suasana
peperiksaan
Bekerjasama dengan AJK Hadiah dan
memberi anggaran perbelanjaan

Mempamerkan
bahan-bahan
yang
berkaitan dengan Bulan Kemerdekaan
daripada semua aspek sebelum hari
pelancaran bermula
Dapatkan
kerjasama
daripada
Unit
kokurikulum
untuk
mempamerkan
bahan-bahan
berkaitan
di
papan
kenyataan sekolah

Tarikh
Menggantung
Banner:
01 Ogos 2015
Tarikh
Menggantung
Banting/Bendera:
01 Ogos 2015

Hari Pelancaran:
10 Ogos 2015

Sepanjang
Sambutan Bulan
Kemerdekaan

Majlis
Penutupan:
14 September
2015
Tempoh
Pelaksanaan:
19-28 Ogos 2015

Cadangan
Aktiviti:
Membuat kad
ucapan/,
Mewarnakan
bendera

3 7 Ogos 2015

5.0

Keceriaan
Kelas
&
Inspirasi
Suasana
Kemerdekaan
Majlis Ketua Tingkatan
Ketua:
Pn. Siti Nadiatul
AJK Penyelia Tingkatan:
T5 Pn Wahiddah
T4 Pn. Aishah Bee
T3 Pn May Ding
T2 Pn. Firdaus
T1 Pn Lim Cheng Joo

6.0

Pusat Sumber Sekolah


Cik Rosnordiana
Semua Guru PSS

7.0

Kuiz
Panitia Geografi

8.0

Tayangan
Peristiwa
Bersejarah & Nyanyian
lagu2 patriotik
Panitia
Perdagangan/Perakauna
n/Ekonomi Asas

9.0

Hadiah
Panitia Matematik
Pn Chai Hui Choo

Menggalakkan setiap kelas mempamerkan


bahan-bahan yang berkaitan di Sudut
Sejarah dalam kelas
Setiap kelas boleh memilih tema sendiri
untuk membuat pameran tersebut
Bekerjasama dengan AJK Hadiah dan
memberi anggaran perbelanjaan
Tentukan:
- 3 kelas terbaik sesi pagi
- 1 kelas tebaik sesi petang
Cadangan:
- zero sampah
- pameran budaya / model
- kedudukan pelajar mengikut
komposisi kaum
Menyediakan pameran berkaitan dengan
perjuangan tokoh-tokoh dan sumbangan
beserta dengan gambar-gambar
Menceriakan Pusat Sumber Sekolah
sesuai dengan Bulan Kemerdekaan (di
dalam dan di luar)
Menyediakan soalan-soalan kuiz secara
bertulis
Soalan-soalan perlu ada berkaitan dengan
kemerdekaan negara atau perjuangan
tokoh
Bekerjasama dengan AJK Hadiah dan
menyediakan anggaran perbelanjaan
Pilih filem-filem yang berkaitan dengan
semangat patriotik atau kemerdekaan
negara
Sediakan jadual pengisian / waktu
tayangan
Tempat cadangan: Bilik Multimedia
Boleh gunakan waktu relief
Menyiarkan lagu-lagu patriotik pada
waktu pagi & rehat
Pastikan pelajar menyanyi lagu2 patriotik
dengan
penuh
semangat
sambil
mengibarkan bendera Malaysia (3X
seminggu)
Berhubung dengan AJK yang terlibat
dengan pertandingan dan dapatkan
anggaran perbelanjaan
Sediakan anggaran perbelanjaan
Anggaran
perbelanjaan
dibincangkan
dengan Pengetua dan perlu mendapat
kelulusan daripada Pengetua

Taklimat
Pertandingan:
3 Ogos 2015
Cadangan
Pertandingan:
Peringkat 1
Peringkat 2

01 Ogos 2015
hingga
16 Sept 2015

Tarikh Edaran
Kertas Kuiz:
10 Ogos 2015
Tarikh Tutup:
21 Ogos 2015

Tempoh
Pelaksanaan:
3 Ogos
Hingga 15 Sept
2015

Majlis
Penutupan:
14 Sept 2015
(Mengendalikan
penyampaian
hadiah)

10.0

Dokumentasi
Pn
Nor
Abdullah

11.0

Azimah

Siaraya

En Ismail Fauzi

bt

Menyimpan, menyunting dan menyusun


semua
bahan
berkaitan
Bulan
Kemerdekaan
Menyediakan 2 naskah dokumentasi
(boleh menggunakan gambar berlainan)
Menyerahkan
dokumentasi
tersebut
kepada PK HEM selewat-lewatnya pada
30 September 2015

Menyediakan
alat-alat
siaraya
yang
diperlukan oleh AJK Persembahan dan
AJK Pertandingan
Memastikan alat siaraya berfungsi dengan
baik
Menyediakan anggaran perbelanjaan jika
perlu
Menyediakan
siaraya
untuk
Hari
Pelancaran 10 Ogos 2015 dan Majlis
Penutup 14 September 2015
Meletakkan pembesar suara di tempat
yang sesuai
Menyimpan semua alatan selepas majlis
selesai

Tempoh
Pelaksanaan:
01 Ogos 2015
hingga
16 Sept 2015

10 Ogos 2015
hingga
14 Sept 2015

12.0

Pelancaran & Penutup


Bulan Patriotik
Panitia Sejarah
1. Pelancaran
Pn Aishah Bee
En Azzaruddin

2. Ambang
Kemerdekaan
En Sohaidie
Pn
Delaini
Abdullah

Membentuk AJK Pelaksanaan Program


RIMUP
Menyediakan
aktiviti
yang
boleh
melibatkan semua pelajar (komposisi
kaum)
Menyediakan aktiviti yang berlangsung
sepanjang Bulan Kemerdekaan
Menyediakan anggaran perbelanjaan yang
diperlukan sepanjang aktiviti
Mendapatkan kerjasama guru-guru dan
semua pelajar untuk mendapatkan
bahan-bahan buangan atau terpakai

10 Ogos 2015

28 Ogos 2015

bt
14 Sept 2015

3. Penutup
Pn Jaya
Pn Chai Hui Choo

13.0

1.Pertandingan Melukis
Poster ting 2
Penyelaras
Pn Pn Durrani
-Pn Firdaus [T2]

2.Pertandingan banner
I Love Malaysia
Penyelaras

Menyediakan syarat-syarat pertandingan


yang perlu dipatuhi & mengedarkannnya
kepada semua pelajar.
Menyediakan anggaran perbelanjaan yang
diperlukan sepanjang aktiviti
Bekerjasama dengan AJK Hadiah

-Pn Shahruzie
- Pn May Ding [T3]
-Pn Aishah Bee[T4)
Pn Wahiddah ( T5)

Menyediakan syarat-syarat pertandingan


yang perlu dipatuhi & mengedarkannnya
kepada semua pelajar.
Menyediakan anggaran perbelanjaan yang
diperlukan sepanjang aktiviti
Bekerjasama dengan AJK Hadiah
Mempamerkan hasil kerja murid di
kawasan sekolah sebelum 28 Ogos 2015

3. Pertandingan
Nyanyian Lagu-lagu
Patriotik ( T1- T5)

Menyediakan syarat- syarat pertandingan


yang perlu dipatuhi dan mengedarkannya
kepada semua pelajar.
Bekerjasama dengan AJK Hadiah

Cadangan
Tarikh Mula:
5 Ogos 2015
Tarikh Pameran:
10 Ogos 2015

Cadangan
Tarikh:
12 Ogos 2015
hingga
28 Ogos 2015

Cadangan tarikh
4 Ogos 2015 -25
Ogos 2015

Panitia K.Hidup

14.0

Pamplet / Flyer

En Sohaidie

15.0

Bacaan Doa
Encik
Hafiz
Sulaiman

bin

Menyediakan
pamplet/flyer
dan
mengedarkannya pada Hari Pelancaran
10 Ogos 2015 kepada semua guru sesi
pagi & petang
Menyenaraikan semua akiviti yang akan
dijalankan
sepanjang
Bulan
Kemerdekaan bagi sesi pagi dan sesi
petang

Tertakluk kepada
masa sendiri

Membaca doa khas pada Hari Pelancaran


10 Ogos 2015
Kerjasama
Encik
Hafiz
untuk
menyediakan teks doa

Hari Pelancaran:
10 Ogos 2015
Di Ambang
Merdeka:
28 Ogos 2015

16.0

Fotograf
Pn May Ding
AJK Senifoto

17.0

Disiplin Murid

Merakam gambar bagi setiap aktiviti yang


dijalankan sepanjang Sambutan Bulan
Kemerdekaan
Bekerjasama dengan AJK Dokumentasi
untuk tindakan lanjut
Menyediakan anggaran perbelanjaan yang
diperlukan
Menyelia
disiplin
murid
program berlangsung

Tempoh
Pelaksanaan:
01 Ogos 2015
hingga
14 Sept 2015

sepanjang

10 Ogos hingga
14 Sept 2015

Menyedia perabot yang diperlukan untuk


aktiviti
murid
sepanjang
program
berlangsung

10 Ogos 2015
hingga 14 Sept
2015

Menyedia teks ucapan pengetua untuk


pelancaran,ambang kemerdekaan dan
majlis penutup

10 Ogos 2015
28 Ogos 2015
14 Sept 2015

Menggantung banner sambutan bulan


kemerdekaan di tapak perhimpunan dan
di hadapan sekolah pada atau sebelum
10 Ogos 2015
Berbincang dengan pengetua tentang
budget dan layout banner bagi tahun
2015

Sebelum 10 Ogos
2015

En Govind
En Saad

18.0

Penyedia Perabot
En Zahari

19.0

Ucapan Pengetua
Cik Noraizah

20.0

Banner Sambutan 2015


En Rozi

21.0

Pelaksanaan
Oleh
JKuasa Panitia Sejarah
Hari Pelancaran:
1. Pn Aishah Bee
2. En Azzaruddin
3. Pn. Norashikin

Ambang Kemerdekaan:
1. En Sohaidie
2
Pn. Delaini bt
Abdullah
3. Pn Norashikin

Majlis Penutup
1. Pn. Jaya
2. Pn. Norashikin
AJK Hadiah

Memilih bentuk pelancaran / gimik bagi


membangkitkan kelainan
Bekerjasama dengan semua AJK lain bagi
tujuan melicinkan acara pelancaran
Menyediakan
anggaran
perbelanjaan
sekiranya diperlukan
Memeriahkan
majlis
dengan
wajib
mengibarkan
bendera
Malaysia
dan
memakai topi/songkok/cap jalur gemilang.
Pakaian guru : komposisi warna Jalur
Gemilang, bertema zaman 60-an dan 70an.
Lagu patriotik, lagu muhibah dan bahasa
jiwa bangsa.

Memilih bentuk aktiviti yang sesuai


merangkumi komposisi kaum
Mendapatkan kerjasama daripada pelajar
terlibat
Menyediakan
semua
alatan
yang
diperlukan

Mendapatkan kerjasama dari pelajar dan


guru-guru untuk menyanyi lagu-lagu
patriotik dengan penuh semangat.
Memeriahkan
majlis
dengan
wajib
mengibarkan
bendera
Malaysia
dan
memakai topi/songkok/cap jalur gemilang.

Hari Pelancaran:
10 Ogos 2015

Tarikh
28 Ogos 2015

Tarikh
14 Sept 2015

Cadangan Aktiviti & Tarikh Pelaksanaan (Ikut jadual Kerja seperti dalam Kertas Kerja)
Persembahan
Bahasa Melayu (Sajak, Lakonan, Syair)
Bahasa Inggeris (Poem)
Bahasa Cina
Pameran Berkaitan Sejarah - Papan Kenyataan Kelas
Pameran gambar Tokoh - Pusat Sumber Sekolah
Kuiz Spontan & Bertulis
Tayangan Filem

Aktiviti 1 Malaysia
a. Melukis Poster
b. Pertandingan Keceriaan Kelas & Inspirasi Suasana Kemerdekaan
c. Pertandingan Menulis Mesej Patriotik
d. Kelas Bersemangat Patriotik Kibarkan Jalur Gemilang warga sekolah
e. Menyediakan kad ucapan

Anggaran Perbelanjaan & Sumber


Tidak dapat dinafikan bahawa untuk menjayakan sesuatu program, yang paling penting ialah
sumber kewangan. Tanpa peruntukan yang disediakan agak mustahil untuk sesiapa sahaja
melaksanakan program yang dirancang itu dengan baik dan lancar.
8.1 Anggaran Perbelanjaan;
Pihak jawatankuasa telah mengenal pasti kos yang terlibat adalah sebanyak RM900. 00
Perincian perbelanjaan adalah seperti berikut;
i. Hari pelancaran [ barang hiasan]
ii. Banner
iii. Hadiah- sesi pagi & sesi petang
( Alat tulis dan buku)
iv. Hadiah- Hamper 6x RM40.00

_______________________________________________________________
JUMLAH BESAR

RM 100.00
RM 60.00
RM 500.00

RM 240.00

RM 900.00

8.2 Sumber Pendapatan;


Beberapa punca untuk mendapatkan peruntukan juga telah dikenal pasti, antaranya;
i. Sekolah
RM 900.00
______________________________________________________________
JUMLAH BESAR
Kesimpulan & Harapan

RM 900.00

Langkah pihak sekolah untuk mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-58
merupakan satu langkah amat positif dan perlu ke arah mewujudkan situasi kemerdekaan di
samping mendedahkan para pelajar tentang bagaimana sepatutnya kemerdekaan negara kita
diraikan.

10

Kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara kita selama 58 tahun bukanlah datang secara
percuma. Pengorbanan, semangat kental dan iltizam mereka yang terdahulu untuk membebaskan
tanah air kita daripada belenggu penjajahan selama lebih 4 abad menjadi pencetus dan pemangkin
kepada kejayaan ini. Walaupun kita mengakui bahawa kemerdekaan yang diperolehi adalah atas
titik tolak perundingan yang telah diketuai Tunku Abdul Rahman, namun kita tidak seharusnya
melupakan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah gugur dalam mencapai aspirasi
yang sama, dan juga perwira yang telah menggadai nyawa demi mempertahankan negara selepas
kemerdekaan.
Kepada seluruh warga SMK Taman Maluri, diharapkan kita semua dapat turut serta dalam
program-program yang telah diatur oleh pihak Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan,
dengan harapan akan menyemarakkan rasa kecintaan dan apresiasi kita kepada negara tercinta.
Usah dibangkitkan bebanan tugas yang terpaksa dipikul secara individu malah lakukanlah ia
secara bijaksana, cemerlang dan yg penting biarlah IKHLAS. Sama-samalah kita mengibarkan Jalur
gemilang sebagai memperingati Hari Kemerdekaan Negara dan menyedarkan kita sebagai rakyat
Malaysia tentang hakikat sebenar kemerdekaan.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-58.
Disediakan Oleh:
..........................................................
Pn Jayaletchemy a/p Ramasamy
Setiausaha Bulan Kemerdekaan
Disemak Oleh:

Disahkan oleh:

.........................................
En. Zainudin bin Mohamad
PK HEM

.....
Pn Selvam Amertha V.Dhanaraj
GPK Tadbir & Kurikulum
SMK Taman Maluri

11