Anda di halaman 1dari 5

SK PEKAN TAMBUNAN

SKRIP BICARA BERIRAMA


TAJUK : SEMANGAT PERPADUAN
SEGMEN

SKRIP
Salam sejahtera
Dan salam 1 Malaysia
Andai patah sayap rajawali,
Bertongkat jua kami ke mari,
Bukan kerana ingin bermimpi,
Tetapi untuk sampaikan hajat dihati.
Pada pagi yang ceria ini, kami akan
Menyampaikan bicara berirama yang bertajuk,
Semangat Perpaduan

Kata orang
Tak kenal maka tak cinta
Wah....cinta?
Cintai budaya
Dan warisan bangsa
Tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan
Lagi?
Cintai Bahasa
Bahasa Jiwa Bangsa
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Jangan lupa
Cinta akan negara
Ooo... patriotisme
Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Rakyat Malaysia pelbagai etnik


Hampir sama
Tapi tidak seiras
Hampir seiras
Tapi tidak serupa
Hampir serupa tapi pelbagai rupa
Ajaibnya
Boleh campur?
Air batu campur
Bukan...
Kahwin campur
Melayu campur cina
Mena
Cina campur India
Nadia
India campur Melayu
mmm.....
Imel
Ooo...patutlah
Kitakan zaman ICT
Keluarga bahagia masyarakat sejahtera.

Seronoknya
Lihat orang Malaysia
Berbudi bahasa
Budi bahasa budaya kita

CATATAN

SK PEKAN TAMBUNAN
SKRIP BICARA BERIRAMA
TAJUK : SEMANGAT PERPADUAN
Bertegur sapa
Hai, apa khabar?
Kami tanya apa khabar?
Kami tanya apa khabar?
Semua...
Khabar baik
Senyumlah senyumlah
Ahai...cek mek molek
Senyum itu sedekah
Bukan ketawa berdekah-dekah
Ha...ha...ha...
Tolong menolong
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
Ziarah-menziarahi
Ada buah tangan?
Alhamdulillah
Jiran kita siapa?
Belakang rumah?
Raju
Kanan pula
Ah Seng
Kiri?
Anthony
Bagai aur dengan tebing
Jiran sepakat membawa berkat

Wah!
Meriahnya
Musim perayaan
Selamat Hari Raya
Gong Xi F Cai
Deepavali
Apa?
Deeparaya
Bukan itu saja
Kongsi raya juga diraikan
Oh, ya!
Rumah terbuka
Jemputlah datang
Janganlah segan
Pakai saja baju kurung
Cheongsam
Kebaya
Saripun boleh
Kitakan 1 Malaysia
Maruku, baulu kuih bulan
SEGMEN

SKRIP
Laksa
Char kuetiau, char kuetiau
Chapati
Lazatnya
mmm....nyum...nyum...nyum..
Menyelerakan
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati

CATATAN

SK PEKAN TAMBUNAN
SKRIP BICARA BERIRAMA
TAJUK : SEMANGAT PERPADUAN
Ingat
Berhenti sebelum kenyang
Mencegah lebih baik dari mengubati

Sesekali ambillah masa


Rilekskan minda
Hiburkan hati tenangkan jiwa
Rasa sayang eh, rasa sayang sayang eh, oh
Lihat nona jauh rasa sayang sayang eh.
Geluk bahagia hidup bersama
Rasa dan gama sempadan tiada
Satu wirama mengelek budaya
Adat pusaka indah terpelihara
Rasa sayang eh, rasa sayang sayang eh, oh
Lihat nona jauh rasa sayang sayang eh.
Petikan sita
Er hu
Dan sape
Sangat mengasyikkan
Elok kita atur langkah
Bukan berdansa atau bercaca
Perlihatkan citra Malaysia
Zapin
Joget
Ngajat
Sewang pun boleh
Ulek...mayang diulik
Ulik dengan jala jemala
Ok, bagus. Satu lagi!
Wau bulan
Wau bulan
Wau bulan teraju tiga

SEGMEN

Eh, lihat sana!


Semua riang ceria
Tiada jiwa sengketa
Tiada rasa skeptikal
Tidak dibumbui gelojak rasa
Tanpa mengira warna kulit
Kita serupa

Baju kurang berpesak gantung

Baju kebaya bersulam tekat

Bulat air kerana pembentung

Bulat manusia kerana muafakat


SKRIP
Kita tukarlah pula
Kalau anda gembira tepuk tangan
Kalau anda gembira petik jari
Kalau anda gembira katakan pada kami
Horey.......

Kejayaan negara

CATATAN

SK PEKAN TAMBUNAN
SKRIP BICARA BERIRAMA
TAJUK : SEMANGAT PERPADUAN
Diukir dengan tinta emas
Bersinar
Berkilauan
Bintang berkelipan serata alam
Nama
Jadi sebutan
Wajah
Jadi igauan
Datuk Lee Chong Wei
Datuk Nicol Ann David
Datuk Dr Syeikh Muszafar
Datuk Siti Nurhaliza
Boleh saya ikut jejak mereka?
Boleh...
Yakin boleh!
Bagaimana ya?
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Yang bulat tak datang bergolek
Yang pipih tak datang melayang
Kejayaan
Tak semudah yang disangka
Tidak datang sekelip mata
Ohhh...mesti berusaha
Betul....tepat sekali

Bertuahnya
Menghirup udara nyaman
Nyaman?
Nyaman sangat
Tidak disapa ledakan nuklear
Tiada juga malapetaka
Syukur alhamdulillah
Arus pemodenan mengalir deras
Status maju jadi dambaan
Pertumbuhan ekonomi mekar berkembang
Sikit
Sama dirasa
Banyak
Sama merasa
Tiada sesiapapun akan terasa
SEGMEN

SKRIP
Anak-anak Malaysia
Biarpun jauh kaki melangkah
Biarpun tinggi terbang di awan
Biarpun gah nama dijulang
Asalnya kita di sini
Tak sungguh seluang melaut
Akhirnya balik ke tepi jua
Hujan emas di negara orang
Hujan batu di negara sendiri
Mari kita sama-sama
Menggembleng tenaga
Tidak boleh harapkan orang lain
Harapkan pagar, pagar makan padi

CATATAN

SK PEKAN TAMBUNAN
SKRIP BICARA BERIRAMA
TAJUK : SEMANGAT PERPADUAN
Kelangsungan kemerdekaan negara
Kita pikul bersama
Kita satu bangsa
Kita satu negara
Kita satu matlamat
1 Malaysia

Sekian, terima kasih