Anda di halaman 1dari 1

Faktor risiko gdm

Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Ibu mengandung yang
sememangnya menghidapi diabetes melitus berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita
boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya. Faktor-faktor yang
berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah sejarah keluarga ibu mengandung
yang menghidap diabetes seperti ibu atau bapa pesakit.
Selain itu, Ibu mengandung yang berumur terutama golongan yang berumur 35 tahun dan
keatas adalah merupakan salah satu puncanya selain ibu mengandung yang gemuk dengan
mempunyai indeks jisim badan melebihi 30. Tambahan lagi, Ibu mengandung yang mengalami
masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan
(polihidramnios), dan keguguran berisiko untuk mengalami GDM.
Dalam sudut lain pula, wanita yang pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya
iaitu melebihi 4 kilogram, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat dan wanita yang pernah
mengalami infeksi pada genetelia seperti kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan
kulat pada kulit adalah merupakan faktor risiko seseorang ibu mengandung tersebut untuk
mendapat GDM.

Reference
1. Vuk Vrhovac, Clinic Of Diabetes, Praskasam Diste, Andhra Pradesh, India.

Anda mungkin juga menyukai