Anda di halaman 1dari 17

Pengenalan

Kerja kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanakkanak, pandangan tokoh-tokoh pendididkan awal kanak-kanak dan hak asasi
kanak.
Pendidikan prasekolah merupakan program pendidikan bagi murid yang
berumur dari empat hingga enam tahun sebelum masuk ke Tahun Satu. Ia
sebagai persediaan kepada kanak-kanak sebelum memasuki sekolah rendah.
Menurut Sharifah (2007), pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi
meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak. Justeru, pentinglah
untuk kita memahami konsep pendidikan awal kanak-kanak untuk membantu
mereka bersedia dari segi fizikal dan mental.
Terdapat pelbagai pandangan dari tokoh-tokoh pendidikan awal kanakkanak bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada
peringkat awal. Kerja kursus ini lebih fokus kepada pandangan daripada
Friedrich Froebel dan Ibnu Khaldun. Pengaruh dan implikasi pandangan
mereka dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dari segi
pengurusan bilik darjah dan kurikulum akan dibincangkan dalam tugasan ini.
Selain itu, kerja kursus ini juga akan membincangkan Hak Asasi Kanakkanak. Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20
November 1989 telah mengadakan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC)
dan membincangkan beberapa perkara mengenai hak asasi kanak-kanak.
Pelaksanaannya di Malaysia terutamanya dalam pendidikan kanak-kanak
akan diterangkan dalam tugasan ini. Sebagai seorang guru, kita hendaklah
sedar bahawa hak kanak-kanak dan melindungi hak mereka dengan baik dan
berkesan.
Akhirulkalam, guru merupakan orang yang membimbing dan mendidikan
kanak-kanak. Dalam tadika pula, bagi meneruskan pembelajaran yang
bermakna berlaku, guru tadika hendaklah memberi perhatian kepada segala
perkara yang tersebut di atas.
Soalan 1
Biodata Friedrich Froebel
Dalam tugasan ini, saya telah mengkaji implikasi seorang tokoh barat,
Friedrich Froebel (1782 1852) dalam sistem pendidikan prasekolah di
Malaysia. Nama penuhnya Friedrich Wilhelm August Froebel merupakan
salah satu seorang tokoh Barat yang membawa implikasi yang besar dalam
sistem pendidikan prasekolah di seluruh dunia, termasuk negara Malaysia.
Beliau seorang ahli pendidikan dari Jerman dan digelar sebagai Bapa
Tadika. Hal ini demikian beliau telah mencipta konsep Kindergarten pada
1

tahun 1837. Selepas itu, Taman Didikan Kanak-kanak (tadika) juga


ditubuhkan di Malaysia di bawah pengaruh tersebut.
Pandangan Froebel dari aspek pengurusan bilik darjah
Beberapa idea yang diperkenalkan oleh Friedrich Froebel telah
membawa implikasi kepada sistem pendidikan prasekolah di Malaysia dari
aspek pengurusan bilik darjah. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak
hendaklah belajar dalam persekitaran yang terancang. Menurut Friedrich
Froebel, taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk
menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna
yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi
dengan gambar-gambar.
Beliau juga berpendapat bahawa suasana di taman kanak-kanak
hendaklah dapat mengelakkan kanak-kanak daripada pengaruh jahat
yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semula jadi. Kelas
prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objekobjek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan
warna. Contohnya, objek gift boleh disediakan di dalam kelas. Gift ialah satu
alat permainan yang dicipta oleh Friedrich Froebel. Ia merupakan modelmodel yang berbagai bentuk yang bertiga dimensi, seperti piramid, kuboid,
kube, dan silinder. Kelasnya juga perlu dilengkapi dengan kerusi dan meja
yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik juga hendaklah luas untuk
memudahkan pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi Froebel dari aspek pengurusan bilik darjah
Implikasi idea Friedrich Froebel dalam pengurusan bilik darjah
prasekolah adalah jelas dilihat dalam Dokumen Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010. Berdasarkan seksyen Standard
Pengajaran dan Pembelajaran Keempat , guru prasekolah hendaklah
menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan mesra dalam
kelas. Selain itu, guru melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan yang
sesuai, mencukupi dan updated. Sebagai contoh, guru prasekolah boleh
menyediakan buku cerita, piano, permainan dan pensil warna di dalam kelas.
Di samping itu, pengaruh idea Friedrich Froebel dari aspek pengurusan
bilik darjah prasekolah juga boleh dilihat daripada pandangan beberapa tokoh
Malaysia. Menurut Saporan Sipon (2002), persekitaran tempat kerja di bilik
darjah prasekolah yang sesuai dan kondusif amat penting dalam usaha
pengurusan stres kerja. Persekitaran bilik darjah prasekolah seharusnya
memiliki susunan perabot yang teratur, gambar yang berwarna-warni,
pengudaraan cahaya yang terang, mempunyai peralatan pengajaran yang
mencukupi dan sebagainya. Susunan setiap peralatan pembelajaran dan
perabot yang kemas boleh membantu guru, memudahkannya melaksanakan
2

aktviti pengajaran dan pembelajaran tanpa rasa tertekan. Azizah Lebai


Nordin (2002), turut menyatakan persekitaran prasekolah yang baik juga
membolehkan guru dan pengasuh bekerjasama dalam suasana yang
gembira, tenang dan selesa.
Pandangan Froebel dari aspek kurikulum
Seterusnya, dari aspek kurikulum pendidikan prasekolah, Friedrich
Froebel menitikberatkan kaedah bermain dan belajar melalui membuat atau
mencipta sesuatu objek. Menurut Friedrich Froebel, di taman kanak-kanak
perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak.
Beliau juga berpendapat bahawa pendidikan adalah pembinaan watak atau
personaliti kanak-kanak. Contohnya, jika pendidikan moral yang baik dan
berkesan boleh diajar kepada kanak-kanak pada peringkat awal, personaliti
yang bermoral boleh dibentuk dalam sikap mereka. Pendidikan kanak-kanak
juga hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan mereka
seperti ekspresi kreativiti.
Implikasi Froebel dari aspek kurikulum
Implikasi Friedrich Froebel dalam kurikulum prasekolah di Malaysia boleh
jelas dilihat dalam Dokumen KSPK 2012, bahawa guru merancang
pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyokong perkembangan murid
dalam aspek berikut: kreativiti, pemikiran logikal, kemahiran menaakul,
perkembangan rohani, pembentukan sikap positif dan nilai murni,
perkembangan fizikal dan kesihatan kreativiti dan estetika. Selain itu, guru
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyokong
pembangunan komuniti murid yang kreatif dan berfikiran terbuka dengan
menunjukkan sikap positif terhadap idea baharu murid. Guru prasekolah juga
menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira tentang
keperluan individu murid. Justeru, sudah teranglah bahawa implikasi idea
Friedrich Froebel terhadap sistem pendidikan prasekolah di Malaysia dari
aspek kurikulum.

Biodata Ibnu Khaldun


Tokoh timur yang telah saya mengkaji ialah Ibnu Khaldun (1332 1406).
Beliau merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman
pertengahan yang telah menasihatkan ibu bapa dan golongan pendidik.
Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar,
pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan
latihan.
Pandangan dan implikasi Ibnu Khaldun dari aspek pengurusan bilik
darjah
Beberapa ideanya telah mempengaruhi pengurusan dan kurikulum
prasekolah di Malaysia. Dari segi aspek pengurusan bilik darjah, sama
dengan pendapat kebanyakan ahli pendidikan seperti Friedrich Froebel,
beliau juga berpendapat bahawa persekitaran yang sesuai hendaklah
disediakan kepada kanak-kanak prasekolah. Contohnya, kelas yang terang,
luas, dipenuhi dengan gambar-gambar dan selamat daripada pengaruh luar.
Persekitaran yang sesuai dapat memudahkan proses P & P dan menarik
minat murid-murid untu belajar.
Pandangan dan implikasi Ibnu Khaldun dari aspek sukatan P & P
Dari aspek kurikulum pula, Ibnu Khaldun tidak menggalakkan hukuman
fizikal seperti merotan kanak-kanak kerana ia akan mengakibatkan kepada
kepura-puraan, penipuan dan kemalasan mental mereka.
Menurut beliau, guru sepatutnya mengajar kanak-kanak perkara yang
mudah tetapi bukan susah. Hal ini demikian kanak-kanak akan tidak mahu
belajar jika dibebankan dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan
mereka. Implikasinya jelas dalam Dokumen KSPK, menerangkan bahawa
guru perlu memilih kandugan, bahan dan kaedah pengajaran yang sesuai
dengan minat, tahap kebolehan, pengalaman dan pengetahuan murid-murid.
Contohnya, mengajar murid-murid untuk mengenali nama-nama binatang
dengan panduan gambar atau objek sebenar. Sukatan seperti yang tersebut
4

adalah mudah dan sesuai kepada kanak-kanak, serta boleh menarik minat
mereka.
Bagi murid-murid yang beragama Islam, Ibnu Khaldun menyarankan
pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Berdasarkan
Dokumen KSPK 2010 (muka surat 80 dan 81) pula, murid akan diajar untuk
mengetahui bahasa Al-Quran dan huruf jawi sebelum menghafal surah AlQuran.

Pandangan dan implikasi Ibnu Khaldun dari aspek tempoh masa P&P
Selain itu, beliau berpendapat bahawa masa belajar yang terlalu panjang
untuk kanak-kanak boleh menyebabkan mereka tidak dapat ingat apa-apa
yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, waktu belajar yang pendek (minimum 3
jam sahaja seperti yang dijelaskan dalam Dokumen KSPK) adalah sesuai
untuk kanak-kanak supaya mendapat hasil pembelajaran yang baik.
Beliau juga menitikberatkan bahawa jadual pembelajaran hendak disusun
dengan baik supaya murid-murid dapat memahami apa yang ingin
disampaikan. Kanak-kanak juga hendaklah diajar secara berperingkatperingkat (dari mudah ke susah). Contohnya, murid-murid akan diajar
nombor sebelum mereka belajar tambahan matematik. Berdasarkan Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550), seksyen Peraturan-peraturan Pendidikan
(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002*, setiap tadika hendaklah
menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh
Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa. Ia sebagai satu panduan kepada
guru untuk menguruskan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk
kanak-kanak dengan tersusun, berkesan dan sesuai.

Soalan 2(a) Konvesyen Hak Kanak-Kanak


Pada 20 November 1989, Perhimpunan Agong Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu telah menubuhkan Convention on the Rights of Children
(CRC) atau Konvensyen Hak Kanak-Kanak. Menurut Youssouf Oomar
(2009), CRC menyedarkan kita bahawa perlindungan alam kanak-kanak yang
baik mestilah berdasarkan pada hak asasi yang sejagat dan bukannya
kepada keperluan tertentu yang boleh berubah mengikut masa dan tempat.
Konvensyen ini adalah dokumen yang paling komprehensif yang menetapkan
5

prinsip-prinsip etika dan norma-norma tingkah laku antarabangsa terhadap


kanak-kanak.
Hak kanak-kanak bermaksud hak asasi manusia untuk setiap kanakkanak dan remaja di bawah umur 18 tahun, tanpa mengira tempat kelahiran,
bangsa atau etnik mereka, jantina, miskin atau kaya, berupaya atau kurang
berupaya, ada penyakit atau tidak.
Pada pendapat saya, hak kanak-kanak melindungi kanak-kanak daripada
dipengaruhi oleh faktor negatif dan terancam oleh mana-mana pihak
termasuk ibu bapa mereka. Selain itu, ia juga memastikan kanak-kanak
mendapat apa-apa yang sepatutnya, contohnya pendidikan, keselamatan dan
perubatan.
CRC menitikberatkan beberapa hak asasi manusia setiap kanak-kanak
dari aspek kehidupan, perkembangan, perlindungan, penyertaan dan
pendidikan.
Dari aspek kehidupan, kanak-kanak berhak untuk hidup dan mendapat
keperluan asas seperti makanan berkhasiat, tempat tinggal, penjagaan
kesihatan dan taraf hidup yang mencukupi. Perkara ini sangat penting dan
perlu diutamakan supaya kanak-kanak boleh meneruskan hidupan mereka
secara sihat.
Dari aspek perkembangan pula, setiap kanak-kanak berhak untuk
mendapat pendidikan, bermain, bersukan, mendapat maklumat dan
kebebasan berfikir.
Selain itu, kanak-kanak berhak untuk mendapat perlindungan. Mereka
berhak mempunyai identiti dan hendaklah sentiasa dilindungi daripada
penganiayaan, pengabaian dan eksploitasi. Contohnya, kanak-kanak berhak
untuk memiliki nama dan kewarganegaraan.
Kanak-kanak juga dibenarkan untuk memainkan peranan di dalam
masyarakat secara aktif. Mereka berhak memberi pandangan dan pendapat
terhadap sebarang keputusan yang memberi kesan terhadap hidup mereka.
Mereka seharusnya disokong untuk menyuarakan pandangan mereka.
Seperkara lagi, kanak-kanak mempunyai hak berpendidikan.
Pendidikan dan pembelajaran adalah penting kepada kanak-kanak supaya
mereka dapat menghadapi kehidupan sebagai seorang dewasa yang lengkap
dan aktif.

Soalan 2(b) Pelaksanaan Hak Asasi Kanak-Kanak Terhadap Pendidikan


Kanak-Kanak di Malaysia
Kanak-kanak yang mudah dipengaruhi memerlukan jagaan dan
perlindungan khas terutamanya perlindungan daripada keluarga,
perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain. Ia meliputi hak
sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan
komuniti kanak-kanak. Semua pihak dari seluruh dunia memainkan peranan
yang penting dalam menjamin hak asasi kanak-kanak. Konvensyen Hak
Kanak-Kanak mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara
yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak
terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan
Perkara 29. Perkara-perkara yang disenaraikan telah digunapakai dalam
sistem pendidikan Malaysia.
PERKARA 6
1.
2.

Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanakkanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup.
Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang
sebanyak mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanakkanak.

Kewujudan dan perkembangan


Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan
Negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan
perkembangan kanak-kanak itu.

Berdasarkan kepada Perkara 6, kerajaan Malaysia telah menyediakan


pendidikan asas yang percuma untuk setiap kanak-kanak mulai tahun
1962. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula telah melaksanakan
Dasar Pendidikan Wajib di bawah Seksyen 29A, Akta 550 mulai Januari
2003 yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai
Tahun 1 sekolah rendah. Contoh tindakan KPM adalah ibu bapa yang gagal
mendaftar sekolah untuk anak mereka akan dikenakan denda tidak melebihi
RM 5000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan, Kementerian akan
menambah baik laluan kerjaya untuk guru prasekolah dan memperkenalkan
7

inovasi berteraskan ICT untuk digunakan dalam bilik darjah bagi membantu
perkembangan murid.

PERKARA 18
1.

Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka


untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa
mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan
kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,
penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi
didikan dan perkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanakkanak akan menjadi perhatian asas.

Tanggungjawab ibu bapa


Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak,
dan Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah
memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran
anak.
2.

Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam


Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang
sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam
melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah
memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi
jagaan kanak-kanak.

3.

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar


untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja
berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan
anak yang mereka layak.

Dalam sistem pendidikan prasekolah, pihak berkuasa telah mengambil


beberapa tindakan berasaskan Perkara 18. Contohnya, guru perlu memberi
penerangan tentang kurikulum prasekolah termasuk kaedah pentaksiran
kepada ibubapa. Selain itu, pihak pengurusan sekolah dan guru perlu
membuat lawatan ke rumah untuk murid yang bermasalah jika perlu. Sebagai
contoh, guru akan membuat lawatan ke rumah seorang murid yang mungkin
bermasalah mental untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini adalah
penting untuk memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan
penjaga dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan pula, Gelombang 1 meliputi
usaha menyokong pelibatan ibu bapa dalam menyumbang kepada kejayaan
anak-anak dalam pendidikan.

PERKARA 27
1.

Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada


taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental,
kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.

Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi
bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan
pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk
memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi.
Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini
boleh dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan
material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.
2.

Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang


bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab
utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan
kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan
kanak-kanak itu.

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut


kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang
sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang
bertanggungjawab

10

bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini


dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan
program sokongan, terutamanya berhubungan dengan pemakanan,
pakaian dan perumahan.
4.

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang


sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk
kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai
tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam
Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang
yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak
itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada negara kanakkanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan kesertaan
dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian
sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.

KSPK 2012 telah menyediakan standard kandungan dan standard


pembelajaran yang sebagai panduan kepada guru prasekolah. Ia boleh
membantu murid-murid dalam perkembangan fizikal, mental, kerohanian,
kemoralan dan pembangunan sosial.
Di samping itu, KSPK juga mengandugi seksyen Penglibatan ibubapa
dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara
sekolah dan ibubapa murid. Seksyen ini pula sebagai panduan kepada guru
untuk membantu ibubapa kanak-kanak menjalankan tanggungjawab mereka
dalam penjagaan kanak-kanak.
Seperkara lagi, Pelan Pembangunan Pendidikan juga meliputi aspirasi
murid yang merangkumi 6 elemen, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta
identiti nasional. Keenanm-enam elemen ini amat penting untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang.

11

PERKARA 28
1.

Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada


pendidikan, dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara
berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka
hendaklah, secara khususnya:
(a)
(b)

(c)
(d)
(e)

Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan


secara percuma kepada semua;
Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam
berbagai bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional,
mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap
kanak-kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya
seperti
memperkenalkan
pendidikan
percuma
dan
menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan;
Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar
keupayaan melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;
Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan
bimbingan diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak;
Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran
secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara
untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib,
menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah
diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan
tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah
hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara
hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk
melaksanakan hak ini.

12

2.

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang


sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan
mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan
dengan menepati Konvensyen ini.

3.

Negara-Negara
Pihak
hendaklah
mempromosikan
dan
menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang
berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk
menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di
seluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik
dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden. Dalam hal ini,
perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada keperluan
negara-negara membangun.

Bagi memastikan setiap kanak- kanak mendapat pendidikan sekolah


rendah. Ibubapa yang gagal mendaftar sekolah untuk anak mereka akan
dikenakan denda tidak melebihi RM 5000 atau dipenjarakan tidak lebih 6
bulan atau kedua-duanya sekali. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan,
walaupun pendidikan prasekolah tidak akan diwajibkan, Kementerian akan
mengurangkan halangan kepada akses bagi menggalakkan enrolmen dan
kehadiran pada peringkat prasekolah. Usaha ini melibatkan peningkatan
kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang kepentingan pendidikan
prasekolah dan juga penyediaan bantuan kewangan kepada keluarga
berpendapatan rendah.
Di samping itu, menurut Dokumen KSPK 2010, pihak pengurusan
sekolah dan guru perlu cuba menjalin perhubungan yang baik dengan
ibubapa atau penjaga melalui pelbagai cara. Perkara ini penting untuk
menggalakkan kehadiran secara tetap di prasekolah dan mengurangkan
kadar keciciran.

13

PERKARA 29
1.
Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak
hendaklah dihalatujukan kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal
kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi.
Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan
asasi, dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti
kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan
negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang
daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada
tamadunnya sendiri.
Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam
masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman,
keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di
kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama
dan orang yang asal usulnya penduduk asli.

KSPK 2010 mengandungi 6 tunjang, iaitu komunikasi, kerohanian, sikap


dan nilai, kemanusiaan, ketrampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika,
serta sains dan teknologi. Hal ini untuk memastikan kanak-kanak berkembang
secara seimbang dari pelbagai segi seperti fizikal dan mental. Ia juga
memainkan peranan penting untuk tanam nilai moral yang kukuh di dalam
kanak-kanak supaya mereka dapat menjadi modal insan.
Sebagai contoh, dalam Gelombang 1 (Pelan Pembangunan
Pendidikan), Kementerian akan melaksanakan inisiatif untuk menambah baik
kurikulum bertulis, kurilkulum yang diajarkan, dan kurikulum untuk pentaksiran
bagi memastikan kesepaduan yang lebih manttap antara kedua-duanya. Hal
ini jelaslah menunjukkan pelaksanaan perkara-perkara tersebut di Malaysia.
Kesimpulan
Pandangan dan pengaruh Friedrich Froebel dan Ibnu Khaldun amat
mempengaruhi pengurusan bilik darjah dan kurikulum prasekolah di Malaysia.
14

Implikasinya dalam sistem pendidikan prasekolah membolehkan pengajaran


dan pembelajaran di dalam dijalankan dengan lebih berkesan.
Idea-idea mereka dicipta melalui kajian terhadap fitrah kanak-kanak, iaitu
suka bermain. Oleh itu, mereka menekankan bilik darjah hendaklah dipenuhi
dengan gambar dan hendaklah luas supaya kanak-kanak berminat dalam
pembelajaran. Selain itu, perkara yang susah dan luar daripada kemampuan
kanak-kanak juga tidak digalakkan untuk diajar kerana akan hilangkan minat
mereka untuk belajar. Sumbangan tokoh-tokoh tersebut boleh dilihat dala
Dokumen KSPK 2010 Malaysia. Beberapa idea mereka telah digunakan
dalam pengurusan prasekolah pada masa kini.
Konvensyen Hak Kanak-Kanak telah diterima pada tahun 1989 dan ia
merupakan dokumen paling komprehensif yang menetapkan prinsip-prinsip
etika dan norma-norma tingkah laku antarabangsa terhadap kanak-kanak. Ia
mangandungi 54 perkara. Perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan
perkembangan kanak-kanak pula terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18,
Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29. Hal ini perlu diberi perhatian untuk
menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak.
Kesimpulannya, kanak-kanak mudah dipengaruh oleh faktor alam
sekeliling. Mereka memerlukan jagaan dan perlindungan khas. Justeru,
semua pihak hendaklah bekerjasama dan bertanggungjawab untuk
mamajukan sistem pendidikan prasekolah dan melindungi hak kanak-kank.

Refleksi
Tugasan yang diberikan ini merupakan tugasan pertama untuk mata
pelajaran PRA 3101- Asas Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Sebagai seorang
guru pelatih, saya berasa tugasan ini amat bermakna kerana membantu saya
untuk mendalami pengetahuan saya dalam pendidikan prasekolah di
Malaysia.
Melalui kerja kursus ini, saya telah mengenali beberapa tokoh terkenal
yang membawa implikasi dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak di
Malaysia. Saya telah mengumpul maklumat dan mengkaji tokoh barat seperti
Jean-Jacques Rousseau, Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan
Marid Montessori. Tidak dilupa juga tokoh timur iaitu Imam Al-Ghazali dan
Ibnu Khaldun. Sebahagian pandangan, teori atau konsep yang diperkenalkan
oleh tokoh-tokoh tersebut telah membawa implikasi yang besar dalam sistem
15

pendidikan prasekolah di seluruh dunia, mahupun Malaysia. Tanpa


sumbangan mereka, kemungkinan tidak wujudnya sistem pendidikan awal
kanak-kanak yang lengkap pada hari ini. Idea-idea mereka juga akan sebagai
panduan kepada saya untuk mendidik kanak-kanak pada masa depan.
Melalui kerja kursus ini, saya mengetahui bahawa asal usul penubuhan
tadika. Konsep tadika telah diperkenalkan oleh Friedrich Froebel. Menurut
beliau, tadika bukan sekolah, sebaliknya, ia sebagai satu taman untuk kanakkanak bersedia dari segi mental dan fizikal untuk masuk ke peringkat sekolah
rendah. Dalam tadika, salah satu matlamatnya adalah menarik minat muridmurid untuk belajar. Justeru, saya hendaklah memastikan juga bahawa saya
tidak akan membebankan murid-murid supaya mereka sentiasa berminat
belajar.
Kerja kursus ini membantu saya untuk mamahami pengaruh dan
implikasi tokoh-tokoh dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak. Dua tokoh
yang telah saya pilih untuk mengkajinya dengan lebih mendalami ialah
Friedrich Froebel dan Ibnu Khaldun. Pada pendapat saya, mereka membawa
implikasi yang lebih besar dalam sistem prasekolah di Malaysia jika
berbanding dengan tokoh-tokoh lain.
Pengaruh Friedrich Froebel dan Ibnu Khaldun dalam pengurusan bilik
darjah dan kurikulum sistem prasekolah di Malaysia adalah jelas. Mereka
berpendapat bahawa persekitaran yang sesuai hendaklah disediakan dalam
prasekolah untuk mewujudkan proses P&P yang berkesan. Mereka juga
menekankan sukatan yang disediakan hendaklah sesuai dengan tahap
kanak-kanak supaya tidak mengurangkan minat mereka dalam pembelajaran.
Semua maklumat ini amat berfaedah kepada saya untuk menguruskan bilik
darjah dan kurikulum prasekolah dengan berkesan. Hal ini sangat penting
kepada saya untuk menjadi seorang guru prasekolah yang cemerlang.
Selain itu, saya juga telah mengumpul maklumat Konvensyen Hak
Kanak-Kanak (CRC). CRC menitikberatkan beberapa hak asasi manusia
setiap kanak-kanak dari aspek kehidupan, perkembangan, perlindungan,
penyertaan dan pendidikan. Kerajaan Malaysia juga melaksanakan
tanggungjawab dalam memastikan hak kanak-kanak dilindungi, contohnya,
memastikan setiap kanak mendapat pendidikan sekolah rendah.
Sebagai seorang guru, kita memainkan peranan yang paling penting
dalam pendidikan kanak-kanak. Kita hendaklah menghormati hak mereka
dengan memberi pendidikan yang paling baik kepada mereka. Kita bukan
sahaja memperkembangkan kefahaman, pengetahuan dan kemahiran
mereka, tetapi juga hendaklah meningkatkan sikap, nilai, kerohanian dan
16

pendidikan persekitaran kanak-kanak.


melahirkan modal insan yang berguna.

Hal

ini

sangat

penting

untuk

Kesimpulannya, melalui kerja kursus ini, saya lebih memahami


pendidikan awal kanak-kanak. Saya juga sedar bahawa betapa pentingnya
peranan seorang guru dalam melindungi hak kanak-kanak. Saya berharap
apa-apa yang telah dipelajari dalam kerja kursus ini boleh diaplikasikan
dengan baik pada masa yang akan datang.

17

Anda mungkin juga menyukai