Anda di halaman 1dari 20

5.

ANALISIS TEKS (HIKAYAT HANG TUAH)


5.1

Latar

Dalam Hikayat Hang Tuah kit dalat mengenali waktu dan tempat di mana dan bila
cerita ini berlaku. Sungguhpun pada awalnya cerita ini bermula di alam kayangan
tetapi kemudian ia turun ke bumi nyata yang dapat dikenali. Nama-nama negeri
disebutkan dengan nyata. Begitu juga dengan waktunya. Kita dapat mengenali
zaman dalam cerita ini dari permulaan kerajaan Melaka didirikan sampai pada
akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda. Dalam hal ini kita dapat dilihat Hikayat
Hang Tuah berbeza dari kebanyakan cerita penglipur lara yang lain.
Namun begitu peranan waktu dalam hikayat ini tidak sama dengan peranan
waktu dalam cereka moden seperti novel. Bukan sahaja jangka waktu dalam cerita
ini terlalu panjang, peristiwa berlaku demi peristiwa sedangkan jarak waktu di antara
satu sama lain tidak diketahui. Memang benar pada beberapa tempat ada
disebutkan jarak waktu seperti
setelah hari siang, :pada keesokan harinya , antara tujuh hari tujuh
malam, dan sebagainya.
Tetapi pada bahagian-bahagian lain waktu itu dinyatakan dengan umum sahaja
seperti
beberapa lamanya belayar itu, setelah sudah dan setelah lengkap.
Tetapi penjelasan waktu seperti ini tidak memperlihatkan kesinambungan peristiwa
dari segi waktu. Malahan kebanyakan peristiwa muncul dengan begitu sahaja
dengan menggunakan kata-kata penghubung seperti
alkisah maka tersebutlah perkataan.., maka raja Melaka pun. dan
sekali peristiwa raja Melaka..
5.2

Watak

Jika dilihat pada Hikayat Hang Tuah, tidak ada gambaran mengenai watak-wataknya
yang dapat dikatakan menjelaskan sifat-sifat individu mereka masing-masing baik
yang bercorak lahiriah atau pun batiniah. Pada watak-watak yang penting seperti
Hang Tuah dan Hang Jebat pun sedikit sekali hal-hal mengenai peribadi mereka

yang kita ketahui. Hanya melalui pertuturan watak lain yang ada dalam hikayat ini
sahaja seperti baik juga sikapnya, tubuhnya putih, rambutnya ikal. Mengenai rajaraja dan putera-puteri mereka terdapat sedikit-sedikit gambaran tetapi gambaran ini
bersifat stereotaip sehingga memberi kesan seolah-olah semua puteri-putera raja itu
mempunyai ciri tubuh dan kelakuan yang hampir sama.
Tiap watak memainkan peranan masing-masing sebagai anggota suatu
masyarakat yang mematuhi cara-cara hidup yang tertentu. Dengan begitu peranan
mereka adalah untuk menegakkan cara hidup yang telah diterima itu. Dalam hikayat
ini Hang Tuah dan Hang Jebat memainkan peranan masing-masing sebagai
pegawai-pegawai istana. Mereka mempunyai persamaan dalam beberapa perkara,
punya keberanian dan kegagahan. Tetapi mereka berbeza dalam hal kesetiaan
kepada raja. Sementara di sebelah pihak, dapat dilihat kesetiaan Hang Tuah
terhadap keturunan Bukit Seguntang tanpa batasan, di pihak lain pula kita dapat lihat
penderhakaan yang dapat dikatakan melampau dari Hang Jebat.
Dalam hikayat ini kita telah diperkenalkan dengan peranan seorang
Laksamana bernama Hang Tuah yang telah memberikan kesetiaan kepada
keturunan Bukit Segantung. Baginya tidak ada tolak ansur sama sekali dalam hal
kesetiaan kepada raja. Sewaktu bertikam dengan Hang Jebat, dia berkata kepada
Hang Jebat,
sayang engkau berdosa. Jika lain daripada dosa ini, tiada engkau mati,
barang tipunya dayakan pun kulepaskan juga engkau daripada mati.
Jelas bagi Hang Tuah derhaka itu dosa yang tidak dapat diampunkan. Hang Tuah
telah membuktikan bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja untuk raja Melaka.
Jika dianalisis perwatakan Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah ini,
peristiwa Hang Jebat menderhaka akan dibincangkan secara terperinci dan lebih
mendalam.

Tindakan-tindakan

Hang

Jebat

sewajarnya

dilihat

dari

sudut

perwatakannya. Jika disusuli peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelumnya, dapat


dilihat pada mulanya Hang Jebat tidak kelihatan begitu marah dengan pemergian
Laksamana Hang Tuah. Memang benar dia turut bersedih dengan tindakan raja yang
kejam dan bersimpati dengan nasib yang menimpa Hang Tuah. Tetapi dia masih
tetap taat dengan perintah raja apabila dia tanpa membantah telah pergi meminta
kembali keris pandak dari Hang Tuah. Kemudian apabila keris itu diserahkan

kepadanya, dia tidak sedikit pun memperlihatkan bantahan, malahan menerimanya


dengan gembira.
Dalam hatinya, ia bekata, aku pula rupanya menjadi Laksamana
Setelah itu hubungan Jebat dan raja kemudiannya menjadi mesra sekali seperti
terlihat pada kutipan awal kata pengenalan ini.
Kemudian raja memutuskan untuk menganugerahkan gelaran Paduka
Raja.
Gelaran tersebut merupakan suatu gelaran yang cukup tinggi dan biasanya
diberikan kepada Bendahara sahaja. Namun, raja telah memberikan gelaran tersebut
kepada Hang Jebat. Sejak itu, sikap Hang Jebat yang sudah mulai berubah itu
menjadi lebih sumbang lagi. Dia tidak membenarkan pegawai-pegawai datang
mengadap raja. Malahan pada waktu dia hendak dianugerahkan Paduka Raja, dia
tidak membenarkan Bendahara dan Temenggung dipanggil untuk menyaksikan
upacara itu.
Hang Jebat terus tinggal di istana raja dan tidak pulang langsung ke
rumahnya sendiri. Dia menghabiskan masa dengan berfoya-foya dengan dayangdayang istana dan gundik-gundik yang dikasihi raja. Jika dilihat akan peristiwa ini,
belum timbul sama sekali soal membalas dendam terhadap kematian Hang Tuah.
Malahan apabila perbuatannya yang sumbang itu ditegur oleh Hang Kasturi, dia
menjawab:
Adapun Laksamana itu sebagaimana maka Bendahara tiada kasih akan dia
kerana anaknya diangkat anak oleh Bendahara dan barang kata Laksamana
kata Bendaharalah. Sebab itulah maka Datuk Bendahara tiada mahu
membunuh Laksamana. Dalam pada itu pun entah hidup, kerana Datuk
Bendahara itu terlalu kasih akan dia. Adapun hamba, bagaimana Bendahara
kasih, kerana namanya dikurnia oleh Dili Yang Dipertuan akan hamba. Sebab
itulah maka datuk Bendahara tiada masuk mengadap. Pada bicara hamba,
jika perbuatan Bendahara dan Temenggung tiada suka rupanya akan hamba
digelar Paduka Raja ini, hukumnya derhakalah Bendahara dan Temenggung,
baiklah diperhamba sembahkan kelak.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 317)

Beberapa hal dapat difahami dari ucapan Hang Jebat seperti terdapat pada
teks di atas, pertamanya tidak dapat dilihat simpati Jebat terhadap Hang Tuah atas
penderitaanya itu. Selain itu, Jebat memperlihatkan rasa tidak senangnya terhadap
Bendahara dan Temenggung seolah-olah mereka ini merupakan saingan kepadanya.
Seterusnya ayat terakhir memperlihatkan taat setia kepada raja itu penting dan
derhaka itu dosa.
Melalui Hikayat Hang Tuah ini juga, dapat dilihat kelakuan Hang Jebat di
istana semakin menyakitkan mata sehingga raja tidak tahan lagi melihatnya. Di
peringkat ini barulah timbul soal balas dendam terhadap kematian Hang Tuah.
Apabila Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu datang untuk mengusirnya dari
istana, dia berkata
sehingga luput nyawa sudahlah si Jebat, tetapi akan kita orang yang tahu
jika berhimpun segala rakyat dalam negeri itu pun dititahkan membunuh si
Jebat, tiada aku mati. Akan sekarang Laksamana tiadalah dalam dunia ini:
betapa aku mati? Sebab pun aku berbuat pekerjaan demikian kerana
Laksamana tiada dalam dunia ini. Adapun akan darah Laksamana itu akulah
yang membalas dia pada Raja Melaka dan segala pegawai yang dengkii
akan dia. Sekarang mengapa maka segala pegawai yang dengki akan
Laksamana itu tiada dititahkan raja membunuh aku supaya aku penggal
lehernya! Adapun saudaraku yang tiga itu bukanlah lawanku padaku dan aku
tiada mahu mendapatkan tangan kepada saudaraku ketiga itu. Demi Allah
dan RasulNya, bahawa aku tiada mahu bertikam dengan saudaraku.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
323)
Dari urutan peristiwa seperti yang dikemukakan di atas jelaslah terlihat
perubahan sikap yang cepat lagi mendadak pada Hang Jebat terhadap perbuatan
terburu-buru Raja Melaka menghukum bunuh Hang Tuah. Pada mulanya dia sama
sekali tidak memprotes, malahan memberikan kerjasama apabila dia bersetuju pergi
meminta keris dari Hang Tuah. Kemudian dia gembira menerima jawatan
Laksamana dan anugerah gelaran Paduka Raja. Sesudah mendapat kurniaan yang
begitu besar dan menikmati keseronokan tinggal di istana, dia sewenang-wenangnya
melancarkan pemberontakan dan menimbulkan soal balas dendam terhadap
kematian Hang Tuah.

5.3

Gaya Bahasa

Gaya bahasa terdiri daripada dua perkataan iaitu perkataan gaya dan bahasa.
Secara umumnya, gaya boleh didefinisikan sebagai cara dan ragam.

Sebagai

contoh, jika dilihat pada manusia, gaya yang dimaksudkan ialah cara berpakaian,
tingkah laku, cara berinteraksi dan pelbagai lagi. Bahasa pula merupakan satu
sistem yang mewakili benda, tindakan, idea dan perasaan.

Gaya bahasa pula

membawa maksud cara atau ragam sesuatu bahasa itu diguna pakai terutamanya
dalam penulisan karangan. Hal ini demikian kerana, melalui penulisan, pembaca
tidak boleh mengetahui cara atau tindakan penulis ketika menulis sesuatu perkara.
Penggunaan bahasa terlalu luas terutamanya dalam bidang komunikasi.
Komunikasi boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu komunikasi lisan dan komunikasi
bukan lisan. Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang berlaku secara terus dan
disampaikan melalui perbualan, manakala komunikasi bukan lisan boleh berlaku
dalam penulisan. Gaya dalam komunikasi bukan lisan ialah gaya penulisan yang
digunakan oleh seseorang penulis. Setiap penulis memiliki gaya penulisan yang
berbeza walaupun perkara atau topik perbincangan yang ditulis adalah sama.
Gaya bahasa dalam kesusasteraan pula merupakan gaya bahasa yang
memiliki kesenian dan mengandungi nilai estetik yang merupakan nilai yang mampu
membangkitkan perasaan serta mengharukan pembaca sesebuah karya sastera.
Selain itu, gaya bahasa sastera ini juga berperanan untuk menyampaikan maklumat
serta merangsang daya pemikiran pembaca. Penggunaan nilai estetika dalam
penulisan ini menjadikan penulisan tersebut memiliki gaya yang tersendiri.
Sebenarnya, dalam kesusasteraan terdapat banyak jenis gaya bahasa. Antaranya
ialah gaya bahasa kiasan, sindiran, hiperbola dan peribahasa. Melalui karya agung
Hikayat Hang Tuah, didapati bahawa terdapat penggunaan keempat-empat gaya
bahasa ini.
5.3.1

Kiasan

Sebenarnya, peribahasa, perumpamaan, bidalan dan ungkapan merupakan


cabang kepada bahasa kiasan.

Bahasa kiasan ini berfungsi menyindir

seseorang secara halus dan bersopan. Bahasa ini juga terbentuk daripada
analogi dan perbandingan yang berlaku antara satu perkara dengan perkara
yang lain. Bahasa kiasan ini sebenarnya telah wujud sejak zaman dahulu
lagi. Buktinya, nenek moyang kita telah mula menggunakan peribahasa,

perumpamaan, pepatah malah pantun untuk menyindir terutamanya untuk


menyindir golongan pemerintah sekiranya terdapat perkara yang tidak kena
dengan pemerintahan tersebut. Penggunaan kiasan ini menunjukkan adanya
rasa hormat dalam kalangan masyarakat terutamanya perasaan hormat
golongan rakyat jelata terhadap golongan pemerintah.
Dalam Hikayat Hang Tuah juga terdapat penggunaan unsur gaya
bahasa berbentuk kiasan ini. Penggunaan bahasa kiasan dalam hikayat ini
tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menyindir, di samping memberikan
nasihat kepada individu yang disindir.

Antara bahasa sindiran yang

digunakan oleh penulis dalam hikayat adalah seperti di bawah, iaitu:


Ular cintamani yang ditangkap oleh Hang Tuah di Pulau Biram Dewa
telah digambarkan sebagai :
..rupanya dan besarnya seperti pisang emas dan warnanya
seperti emas sepuluh mutu.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
43)
Berdasarkan petikan daripada hikayat di atas, didapati bahawa
penulis telah menggunakan bahasa kiasan dengan membandingkan saiz
pisang emas dan warna emas untuk menerangkan saiz serta warna ular
cintamani yang telah ditangkap oleh Hang Tuah di Pulau Biram Dewa.
Seperti yang kita sedia tahu, pisang emas bersaiz dan berdiameter besar,
manakala emas sepuluh mutu merupakan emas yang diterangkan sebagai
emas yang sangat bermutu tinggi. Oleh hal yang demikian, didapati bahawa
penulis ingin menerangkan warna ular cintamani tersebut sangat bersinar
seperti emas yang bermutu tinggi.
Selain ayat di atas, dapat dikenal pasti bahawa penulis telah
menggunakan bahasa kiasan ini pada halaman yang lain. Selain daripada
menggunakan bahasa kiasan untuk menyindir, bahasa kiasan ini juga boleh
digunakan untuk menggambarkan sesuatu keadaan, benda, perkara atau
seseorang. Berdasarkan ayat di bawah, didapati bahawa penulis berupaya

menggunakan bahasa kiasan untuk menggambarkan kecantikkan fizikal


seseorang wanita. Ayat yang dimaksudkan adalah seperti di bawah, iaitu:
Kecantikan dan kejelitaan Tun Teja di bandingkan dengan,

. bulan purnama empat belas haribulan, gilang gemilang,


berkilau-kilauan.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 111)
Berdasarkan petikan di atas, didapati bahawa penulis menggunakan
bahasa kiasan untuk menggambarkan kecantikan Tun Teja. Bahasa kiasan
yang digunakan dalam petikan di atas adalah untuk menunjukkan
perbandingan unsur alam sekitar dengan rupa paras seseorang. Didapati
bahawa penulis menerangkan kecantikan dan kejelitaan Tun Teja adalah
seperti bulan purnama empat belas hari bulan. Bulan purnama empat belas
hari bulan ialah bulan mengambang yang terang dan kelihatan sangat cantik.
Selain itu, penulis juga menyatakan bahawa kecantikan Tun Teja juga seperti
bulan yang gilang gemilang dan berkilau-kilauan. Perkataan gilang gemilang
dan berkilau-kilauan memang menggambarkan bahawa rupa paras yang
sangat cantik dan berseri-seri.
5.3.2

Sindiran

Sindiran merupakan salah satu bentuk bahasa yang termasuk dalam bahasa
kiasan.

Bahasa sindiran terdiri daripada tiga jenis iaitu sindiran halus,

sindiran tajam dan sindiran kasar. Bahasa sindiran ini merupakan bahasa
yang digunakan adalah bertentangan maksudnya dengan perkara yang
diujarkan. Selain disebut sebagai sindiran halus, bahasa ini juga dinamakan
sebagai ironi dan bukan digunakan untuk mengguris hati, memalukan orang
lain, tetapi juga bukan bertujuan untuk tidak mengguris atau memalukan
pihak lain.
Dalam

karya

agung

Hikayat

Hang

Tuah,

penulis

banyak

menggunakan bahasa sindiran untuk menyindir pihak yang tidak jujur serta
pihak yang mendatangkan masalah dalam sesuatu perkara. Penggunaan

bahasa sindiran dalam Hikayat Hang Tauh dapat dilihat melalui petikan di
bawah, iaitu:
Maka sahut Tun Tuah, Pada bicara manira, janganlah seperti
pelenter itu tiadakan manira tikam, jikalau penggawa Majapahit itu
sekalipun manira tikam juga.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 153)
Berdasarkan petikan dalam Hikayat Hang Tuah di atas, didapati
bahawa Hang Tuah menunjukkan keberanian beliau terhadap Patih Gajah
Mada. Beliau menyatakan bahawa beliau bukan sahaja boleh membunuh
pencuri, malah beliau mampu membunuh penghulu bernama Majapahit.
5.3.3

Peribahasa

Peribahasa merupakan salah satu jenis percakapan yang mengandungi


kepandaian akal fikiran yang telah disusun serta indah dan sedap didengar.
Sebenarnya, peribahasa ini telah wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi.
Mereka mencipta peribahasa berdasarkan kepada keadaan sekeliling dan
pemerhatian mereka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
Peribahasa ini juga sebenarnya merupakan salah satu bentuk bahasa kiasan
yang

digunakan

dalam

kehidupan

bermasyarakat.

Peribahasa

ini

mengandungi makna tersirat atau lebih dikenali sebagai makna dua lapis iaitu
perkara yang diujarkan adalah tidak sama dengan maksud yang ingin
disampaikan.
Dalam karya Hikayat Hang Tuah, penulis turut menggunakan
peribahasa yang jarang digunakan mahu pun didengar oleh masyarakat
masa ini. Peribahasa yang digunakan adalah seperti di bawah, iaitu:
Maka sahut Jebat, Inilah pekerjaan yang sempurna. Sepala-pala
jahat jangan kepalang, seperti pantun Melayu: Rosak bawang ditimpa
jambaknya,. Maka Laksamana berkata pula, Hai Si Jebat, segeralah
bukakan aku pintu ini.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
356)

Berdasarkan petikan di atas, didapati bahawa penulis menggunakan


peribahasa sepala-pala jahat jangan kepalang iaitu perkataan yang
digelapkan.

Peribahasa ini telah jarang didengar masa ini.

Maksud

peribahasa yang digunakan di atas ialah jika sudah terlanjur melakukan


kejahatan, jangan berhenti separuh jalan.

Perkara ini membawa maksud

Jebat telah menuduh Laksamana Hang Tuah melakukan kejahatan dan


menyatakan bahawa kejahatan yang dilakukan itu hendaklah diteruskan
sehingga akhirnya. Jelas dilihat peribahasa yang digunakan di atas bertujuan
untuk menyindir sikap Laksamana tersebut.
Peribahasa lain yang terdapat dalam petikan di atas ialah rosak
bawang ditimpa jambaknya.

Peribahasa tersebut membawa maksud

seseorang yang mendapat kesusahan akibat daripada perbuatan rakannya


sendiri. Berdasarkan situasi yang berlaku antara Jebat dan Laksamana Hang
Tuah dalam petikan di atas, Tuah menyatakan bahawa perbuatan jahat yang
berlaku bukan disebabkan oleh dirinya sendiri, malah ia merupakan satu
tuduhan yang dilemparkan terhadapnya kerana sikap atau perkara buruk
yang telah dilakukan oleh rakannya sendiri iaitu Jebat.
5.4

Struktur Ayat

Karya agung merupakan karya klasik yang telah wujud sejak dahulu lagi. Oleh hal
yang demikian, penulis banyak menggunakan format penulisan klasik.

Terdapat

pelbagai format penulisan karya klasik. Antaranya ialah penggunaan ayat songsang
dan penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang.
5.4.1

Ayat songsang

Seperti yang kita sedia maklum, susunan ayat biasa ialah didahului dengan
subjek dan seterusnya predikat, tetapi, penulisan ayat songsang ialah
predikat didahulukan dan diikuti oleh subjek.

Dalam karya klasik

sememangnya mengandungi banyak penggunaan ayat songsang. Perkara


ini berlaku disebabkan oleh berlakunya pengaruh bahasa Arab yang terdapat
dalam bahasa Melayu klasik. Dalam karya agung Hikayat Hang Tuah juga
ada menggunakan ayat songsang.

Hal ini demikian kerana karya agung

yang merupakan karya klasik. Penggunaan ayat songsang dalam Hikayat


Hang Tuah dapat dikenal pasti melalui petikan di bawah, iaitu:

Hatta, berapa lamanya belayar itu, maka nakhoda itu pun hampirlah
akan sampai ke Palembang.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
13)
Setelah sudah bermuat maka nakhoda itu pun turunlah ke perahunya
lalu belayar menuju Palembang.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
13)
Berdasarkan petikan pertama, didapati bahawa subjek bagi ayat
tersebut ialah nakhoda itu, manakala predikat bagi ayat tersebut ialah pun
hampirlah akan sampai ke Palembang dan Hatta, berapa lamanya belayar
itu. Oleh hal yang demikian, ayat tersebut sepatutnya ditulis Nakhoda itu
pun hampirlah akan sampai ke Palembang setelah berapa lamanya belayar.
Merujuk kepada ayat kedua pula, subjeknya ialah nakhoda itu dan predikat
bagi ayat tersebut ialah pun turunlah ke perahunya lalu belayar menuju
Palembang dan Setelah sudah bermuat maka. Oleh hal yang demikian,
ayat yang sepatutnya mengikut rumus subjek + predikat ialah Nakhoda itu
pun turunlah ke perahunya lalu belayar menuju Palembang setelah sudah
bermuat.
5.4.2

Ayat panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit

Ayat panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit merupakan salah satu ciri


bahasa Melayu klasik. Penggunaan ayat yang meleret-leret juga dapat dilihat
dalam karya klasik. Penggunaan ayat yang panjang dalam Hikayat Hang
Tuah dapat dilihat melalui petikan di bawah, iaitu:
Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian
dan melihat segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang
dengan pakaiannya terlalu indah-indah - rata terbang itu pun dengan
perhiasan keemasan datang mendapatkan Sang Perta Dewa itu
bertatahkan ratna mutu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam pun
tahulah akan Sang Perta Dewa itu anak raja besar turun dari
keinderaan.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 6)

Berdasarkan

pernyataan

di

atas,

didapati

bahawa

penulis

menggunakan ayat yang terlalu panjang untuk menerangkan sesuatu


perkara. Petikan di atas menggunakan 58 perkataan hanya dalam satu ayat.
Bilangan perkataan yang terlalu maksimum dalam satu ayat dapat
membuktikan bahawa ayat tersebut ditulis dengan panjang. Penggunaan ayat
yang berulang-ulang dalam karya klasik juga dapat dilihat melalui Hikayat
Hang Tuah pada halaman sebelas dan petikan tersebut adalah seperti di
bawah, iaitu:
Hatta, berapa lamanya, tuan puteri pun hamillah.

Maka Sang

Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genaplah


bulannya, maka tuan puteri pun berputerakanlah seorang lelaki;
terlalu elok rupa dan sikapnya.

Maka Sang Sapurba pun terlalu

sukacita hatinya kerana melihat anakanda baginda itu. Maka dinamai


baginda Sang Manika.

Maka dipeliharakan dengan sepertinya.

Syahadan maka baginda pun mengias akan anakandanya dengan


inang pengasuh dan pupuk rabun sekalian akan Sang Manika. Hatta,
beberapa lama antaranya, maka tuan puteri pun hamillah. Setelah
genap bulannya, maka tuan puteri berputera pula seorang laki-laki
elok rupanya.

Maka dinamai oleh baginda, Sang Jaya Nantaka.

Maka dipeliharakan ayahanda baginda dengan inang pengasuhnya,


ditahunya akan anakanda baginda itu jadi raja besar tetapi merasai
hal dahulu, makan pagi dan petang pun tiada diperoleh.

Hatta,

berapa lamanya, maka tuan puteri pun hamillah pula. Setelah genap
bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang laki-laki terlalu
elok rupanya. Maka dipeliharanya akan baginda seperti anak yang
dahulu itu. Maka dinamai oleh baginda, Sang Saniaka.

Hatta

beberapa bulan lamanya, maka tuan puteri pun hamillah pula.


Setelah genap bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang
laki-laki terlalu elok rupanya dan parasnya. Maka baginda pun terlalu
kasihnya

akan

anakanda

baginda

itu,

dipeliharakan

dengan

sepertinya. Maka dinamai oleh baginda, Sang Satiaka.


(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
11)
Berdasarkan petikan di atas, didapati bahawa penulis banyak
menggunakan frasa maka tuan puteri pun hamillah dalam satu perenggan

yang sama. Penggunaan frasa yang sama iaitu sebanyak empat kali dalam
satu perenggan membuktikan bahawa karya klasik sememangnya banyak
menggunakan pengulangan ayat.
5.5

BAHASA

Penggunaan bahasa yang pelbagai sangat berleluasa dalam bidang penulisan


terutamanya penulisan karya klasik. Hal ini demikian kerana pada zaman dahulu,
masyarakat

mempelajari

pelbagai

bidang

bahasa

dan

kemahiran

tersebut

diaplikasikan dalam penulisan. Penggunaan bahasa yang pelbagai ini adalah


pengaruh daripada masyarakat Arab, Jawa dan Parsi yang datang ke alam Melayu
dengan tujuan perdagangan dan menuntut ilmu. Selain daripada itu, terdapat juga
penggunaan bahasa istana terutamanya dalam aspek gelaran.

5.5.1

Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang digunakan oleh golongan kasta


tinggi dalam kalangan masyarakat beragama Hindu. Oleh hal yang demikian,
masyarakat

berkasta

rendah

tidak

dibenarkan

sama

sekali

untuk

menggunakan bahasa ini. Pada masa ini, bahasa Sanskrit tidak lagi
digunakan dan banyak perkataan daripada bahasa Sanskrit ini telah diserap
ke dalam bahasa moden. Dalam Hikayat Hang Tuah juga ada menggunakan
perkataan Sanskrit. Buktinya dapat dilihat melalui petikan di bawah, iaitu:
maka baginda pun memandang kepada Laksamana seraya
bertitah, Hai Laksamana, apa bicara Laksamana kita hendak suruh
ke Benua Rom itu?
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
491)
Berdasarkan

petikan

di

atas,

didapati

penulis

menggunakan

perkataan Sanskrit iaitu perkataan Laksamana yang mana perkataannya


digelapkan dalam petikan di atas. Dalam bahasa Melayu, perkataan
Laksamana membawa maksud tanda atau markah utama.

Berdasarkan

hikayat ini, penulis ingin menegaskan bahawa Hang Tuah yang digelar
Laksamana Hang Tuah kerana sifat kepewiraan dan keberanian beliau.
Selain itu, terdapat beberapa lagi petikan yang mana menunjukkan wujudnya

penggunaan perkataan Sanskrit dalam Hikayat Hang Tuah. Petikan di bawah


menunjukkan wujudnya penggunaan perkataan Sanskrit, iaitu:
Maka kata syahbandar, Apatah salahnya yang anakku mengakukan
hamba bapa? Adapun yang anakku ini anaklah kepadaku. Maka kata
syahbandar, Apa nama rajadutanya dan upadutanya?
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
507)
Tatkala ini Kisna Rayan pun sudah keluar diadap oleh segala raja-raja
dan ceteria dan perdana menteri, sida-sida, bentara dan hulubalang
sekalian.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
392)

Adapun bicara manira, mana segala penggawa dan penjurit yang


bercakap hendak menikam Ratu Melaka itu, pada ketika inilah baik
dititahkan pergi ke Tuban juga; masakan ia sampai ke Majapahit ini.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
299)
Berdasarkan ketiga-tiga petikan di atas, didapati pengarang Hikayat
Hang Tuah menggunakan perkataan Sanskrit. Dalam petikan pertama,
didapati bahawa penulis menggunakan perkataan rajaduta dan upaduta.
Perkataan rajaduta tersebut membawa maksud ketua dalam sesebuah
perwakilan atau lebih dikenali sebagai duta besar, manakala upaduta
membawa maksud penolong kepada rajaduta atau duta besar tersebut.
Petikan kedua pula memperlihatkan penulis menggunakan perkataan
Sanskrit ceteria yang membawa maksud kesatriaan atau hulubalang.
Hulubalang ini merupakan salah satu jawatan dalam sesbuah kerajaan lama.
Seterusnya, penulis turut menggunakan perkataan Sanskrit penggawa dalam
petikan ketiga di atas yang membawa maksud ketua atau penghulu
kampung.
5.5.2

Bahasa Arab

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang digunakan oleh penulis
zaman dahulu dalam penulisannya.

Hal ini demikian kerana pengaruh

bahasa Arab ini berleluasa di alam Melayu akibat daripada masyarakat Arab
yang berhijrah serta menuntut ilmu di alam Melayu sehinggakan bahasanya
boleh mempengaruhi penulisan karya-karya Melayu.

Hikayat Hang Tuah

yang merupakan salah satu karya Melayu tidak terlepas daripada mendapat
pengaruh daripada bahasa Arab. Terdapat pelbagai perkataan Arab yang
digunakan dalam karya tersebut. Contoh perkataan Arab yang digunakan
adalah seperti dalam petikan di bawah, iaitu:
Bismi'llahi'rrahmani'rrahim; wabihi nasta'inu bi'llahi'l-a'la. Ini hikayat
Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat
berbuat kebaktian kepada tuannya.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
3)
Setelah baginda menengar Tun Tuah demikian itu maka baginda
dengan sepah.

Maka disambut oleh Tun Tuah sepah raja itu lalu

dijunjungnya serta dimakannya seraya berkata, Daulat tuanku, insyaAllah Taala, disampaikan Allah Taala juga tuanku ke Majapahit itu dan
selamat kembali juga ke Melaka.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
132)
Maka dalam hati Tun Tuah. Ya rabbi, ya saiyidi, ya maulana, ya
Tuhanku, Engkau juga yang terlebih tahu dan amat berkuasa dan
Engkau juga yang mengetahui dalam hati hambamu bahawa
perempuan ini ibuku
(Dipetik daripada Hikayat Hang
Tuah:221)
Sesungguhnya tuan anak kepadaku.

Bermula pisau itu sebuah

negeri dengan isinya tiada kutukarkan. Adapun yang kasih anakku itu
Allah Taala juga membalas dia, tetapi insya-Allah Taala, barang di
mana tempat anakku itu dipeliharakan Allah Subhanahu wa Taala
juga; bala dijauhkan Allah Taala pada kadam.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:


347)
Berdasarkan keempat-empat petikan di atas, didapati bahawa
terdapat penggunaan kata atau frasa Arab iaitu kata atau frasa yang
digelapkan. Dalam petikan pertama, penulis menggunakan frasa Arab iaitu
Bismi'llahi'rrahmani'rrahim; wabihi nasta'inu bi'llahi'l-a'la, manakala dalam
petikan kedua, penulis menggunakan perkataan Arab insya-Allah Taala.
Dalam petikan ketiga, penulis menggunakan perkataan Arab Ya rabbi, ya
saiyidi, ya maulana dan dalam petikan terakhir, penulis telah menggunakan
frasa Arab Allah Subhanahu wa Taala.
5.5.3

Bahasa Jawa

Bahasa Jawa merupakan salah satu bahasa yang mempengaruhi penulisan


karya klasik.

Dalam penulisan Hikayat Hang Tuah turut memuatkan

perkataan Jawa terutamanya dalam kisah Hang Tuah ke Jawa. Penggunaan


perkataan Jawa dalam Hikayat Hang Tuah dapat dilihat melalui petikan di
bawah, iaitu:
Maka kata Barit Ketika, Nyaris manira mati bersembunyi di bawah
kedai. Maka Petala Bumi pun berkata, seraya tertawa, Masakan
engkau seorang merasai? Aku pun nyarisnya mati; baik sempat aku
menjadikan diriku tunggul.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
310)
Maka Patih Gajah Mada pun mengarang surat dan bingkis dan segala
permainan dua belas ragamnya akan permainan cucunda itu dan
perempuan yang baik-baik rupanya yang tahu memalu bunyi-bunyian
empat puluh dan anak priyai empat puluh dan keris berulu emas
bersarungkan permata empat puluh bilah dan budak-budak yang
bongkok empat puluh dan tombak pengawitan yang bertatahkan ratna
murni manikam dan bersampak emas empat puluh bilah.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
266)
Maka Laksamana pun rebah tidur.

Maka setelah dilihat oleh

Laksamana penjurit itu tidur terlalu nyedarnya, maka Laksamana pun

bangun lalu dihunusnya penduanya itu lalu ditendasnya kepala Sang


Marga Paksi itu ketujuhnya
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
320)
Maka Rangga pun segera mengunus kerisnya, seraya berkata, Hai
Laksamana, den eling, pakanira, kerana orang mengamuk itu
banyak.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
271)
Berdasarkan petikan yang pertama di atas, didapati bahawa penulis
telah menggunakan perkataan Jawa iaitu manira yang membawa maksud
saya. Dalam petikan yang kedua di atas pula, penulis menggunakan
perkataan priyai iaitu perkataan Jawa yang merupakan gelaran bagi
golongan yang berpangkat tinggi. Petikan ketiga pula memperlihatkan
penggunaan perkataan Jawa penjurit yang membawa maksud pejuang atau
askar upahan serta dalam petikan keempat pula penulis menggunakan
perkataan den eling yang bermaksud supaya ingat atau beringat.
5.5.4

Bahasa Parsi

Dalam Hikayat Hang Tuah turut melibatkan penggunaan bahasa Parsi.


Penggunaan perkataan dalam bahasa Parsi ini dapat dilihat melalui petikan di
bawah, iaitu:
Setelah sudah diajarnya, Laksamana pun menuangkan arak lalu
diberikannya pada Marga Paksi itu. Adapun arak itu dibihaus. Maka
kata Marga Paksi, Arak ini kalau-kalau engkau bubuh racun,
minumlah engkau dahulu kulihat.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:
320)
Berdasarkan petikan di atas, didapati terdapatnya perkataan dibihaus iaitu
perkataan Parsi yang membawa maksud dibius.
5.6

Pantun

Pantun ialah ragam puisi yang hidup dalam kalangan rakyat dan bersifat
kemelayuan. Khasnya pantun mempunyai sajak dan irama, pilihan suku kata dan
perkataan. Pantun telah sedia hidup dalam masyarakat Melayu sudah lama sebelum
orang-orang Melayu tahu menulis dan membaca. Orang Melayu mencipta pantun
untuk melahirkan pelbagai bentuk perasaan dan merupakan satu seni yang indah.
Mereka menggunakan pantun untuk berkasih-kasihan, memberi nasihat, suka-suka,
berjenaka, menyindir dan untuk menyatakan rasa sedih.
Menurut Mohd Rashid Md Idris (2011) pantun ialah karya puisi Melayu lama
yang bukan sekadar sarat dengan makna tetapi juga padat dengan nilai
keindahannya. Nilai keindahannya dapat dilihat jika kita sensetif dan peka dengan
struktur binaan dan gaya bahasa sesebuah rangkap pantun. Menurutnya lagi,
struktur binaannya tidaklah dibina dengan sewenang-wenangnya tetapi memerlukan
perhatian dan kepekaan daripada semua aspek termasuklah pemilihan leksikal,
sukatan suku kata, dan jumlah barisnya yang terhad. Semua perkara itu disusun
dengan rapi dan teliti dalam satu bentuk pemikiran yang mantap dan dijelmakan
dalam ungkapan yang indah melalui rangkap-rangkap pantun.
Dalam hikayat Hang Tuah, banyak pantun yang dimasukkan oleh pengarang
teks ini. Terdapat satu adegan Hang Tuah berbalas pantun bersama-sama dengan
sahabat-sahabatnya. Mereka berbalas pantun sambil bersuka ria di taman larangan
Betara Majapahit. Hang Jebat dan Hang Kasturi memulakan pantun tersebut:
Hang Jebat Hang Kasturi,
Budak-budak raja Melaka,
Jika hendak jangan dicuri,
Mari kita bertentang mata.
Laksamana pun membalas pantun:
Lokan melata di perahu,
Belah baling bertandan,
Bukan aku tiada tahu,
Akulah hulubalang minta lawan.
Hang Lekir membalas pantun, demikian bunyinya:
Adakah perisai bertali rambut,
Rambut dipintal akan cemara,

Adakah bisa tahu takut,


Kami pun muda lagi perkasa.
Hang Lekiu berpantun yang berbunyi:
Ambil galah kaitkan jantung,
Banyak makan di jalan,
Pada Allah tempat bergantung,
Datang tombak kita melawan.
(Hikayat Hang Tuah: 182-183)
5.7

Fungsi Teks

Hikayat Hang Tuah (HHT) dikenal sebagai salah satu karya sastera tradisional
Melayu. HHT sudah dikenal sejak lama oleh para pengkaji sastera di dunia. HHT
secara umum mengisahkan tentang seseorang yang bernama Hang Tuah. Hang
Tuah adalah tokoh penting dalam alam pemikiran bangsa Melayu. Ungkapan paling
terkenal yang berasal dari Hang Tuah adalah Tak Kan Melayu hilang di dunia.
Dalam HHT, Hang Tuah diceritakan berlayar mengelilingi dunia dari Indonesia hingga
Madagaskar, Afrika. Berdasarkan perjalanan Hang Tuah inilah, masyarakat Melayu
meyakini baahwa bangsa Melayu juga tersebar dari Indonesia hingga Madagaskar,
Afrika.
Sebagai sebuah karya sastera Melayu, HHT telah menjadi bahan kajian dari
berbagai disiplin ilmu, baik oleh ahli sastera dari luar dan dari ahli sastera Melayu
sendiri. Kajian-kajian tersebut memiliki sudut pandang yang berbeza-beza sehingga
menghasilkan pandangan yang berbeza-beza juga. Nama HHT dikatakan pertama
kali telah disebut oleh pendeta Belanda yang bernama Francois Valentijn dalam
bukunya Oud en Niuews Oost-Indien (1726) yang terdiri dari tujuh jilid. Pada jilid V,
dalam gambarannya tentang Malaka, dia menyebutkan sebuah karya Melayu yang
indah yang bernama Hikayat Hang Tuah. Namun, dalam buku ini HHT disalahertikan
dengan kitab Sulalatus Salatin (sultan-sultan Malaka), iaitu nama lain untuk Sejarah
Melayu. Hal yang sama juga dilakukan oleh G.H. Werndly, seorang pendeta Swiss.
Menurutnya, Hang Tuah adalah pengarang buku sejarah Melayu dan Iskandar
Zulkarnain adalah nenek moyang raja-raja Melayu.
Pada tahun 1854, E. Netscher menolak anggapan tentang HHT sebagai
karangan sejarah. Baginya, HHT adalah sebuah karya yang amat penting, yang
menampilkan tatacara hidup Melayu beberapa abad yang lalu. Sementara itu,

pengkaji Inggeris yang bernama John Eyden menyebut HHT sebagai sastera sejarah
yang di dalamnya fiksi dan data sejarah tercampur.
Dalam

buku

History

of

Indian Archipelago

(1820),

John

Crawfurd

menganggap HHT sebagai cerita yang tidak masuk akal dan keanak-anakan. HHT
hanya mengisahkan tentang budi pekerti dan cara hidup orang Melayu. Sementara
itu, seorang ahli bahasa dan sastera Melayu dari Rusia yang bernama B. Parnickel,
dalam buku An Epic Hero and: an Epic Traitor in the Hikayat Hang Tuah,
menganggap HHT sebagai karya sastera hasil masyarakat feudal. Baginya, pada
awalnya Hang Tuah adalah pahlawan rakyat yang membela kepentingan kalangan
kelas menengah melawan Raja yang zalim. Buku tersebut kemudian jatuh ke tangan
kelas feudal dan diubah mengikut kepentingan kaum feudal tersebut.
Dalam buku A study of Genre: Meaning and Form in The Malay Hikayat Hang
Tuah (1975), dan dalam kertas kerjanya berjudul Some Comments on Style in The
Meaning of The Past (1976), Erington memandang HHT sebagai sejenis karya
sejarah dalam hal menyimpan peristiwa-peristiwa sejarah, terutama adanya
pengiriman utusan Melayu ke Rom untuk membeli senjata dan peristiwa penaklukan
Malaka oleh Portugis.
Para peneliti dari kaum Melayu memandang HHT dengan cara yang
beragama pula. Sebahagian besar menganggap karya ini sebagai karya fiksi.
Pandangan ini disampaikan oleh Abdul Azis Mone (1972) dalam buku Hikayat Hang
Tuah dalam Kesusasteraan Indonesia Lama. Pandangan serupa juga diungkapkan
oleh Abdul Ghani Suratman (1963) dalam buku Hikayat Hang Tuah dalam Bidang
Sastera Melayu Lama, Anas Haji Ahmad (1962) dalam buku Kenapa Hikayat Hang
Tuah bukan Satu Penulisan sejarah?, dan MD. Zahari bin Md. Zain (1970) dalam
buku Persamaan dan Perbedaan antara Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu.
Ada juga pengkaji yang memandang HHT sebagai karya sejarah. Pandangan
ini diungkapkan antara lain oleh Abdul Khadi Ahmad 1963 dalam buku Hang Tuah
Sebenarnya Ada Hidup - Buku Sejarah Melayu menjadi Buktinya, Ahmad Sarji Abdul
Hamid (1960) dalam buku Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah
Melayu, dan Abu Hasan Syam (1976) dalam buku Wanita dalam HHT: Imej Wanita
dalam Hikayat Hang Tuah. Ada juga pengkaji yang lain mengklasifikasikan HHT
sebagai karya sastera dengan kategori karya sastera lain. Pandangan ini
disampaikan oleh Abu Hasan Sham (1976) dalam buku Perbandingan antara Hikayat

Hang Tuah dan Hikayat Inderaputera dan Nilai-nilai Tradisional dalam HHT. Nilai-nilai
Masyarakat Melayu Tradisional dilihat dari Hikayat Hang Tuah.
Kassim Ahmad dari Universiti Malaya dalam buku teks Hikayat Hang Tuah
(1964) menganggap bahawa HHT bukan karya sejarah melainkan karya sastera
Melayu asli yang melahirkan cita-cita dan kebesaran bangsa Melayu. Menurut
Kassim Ahmad, pengarang HHT tidak mempedulikan tatatertib sejarah. Dia hendak
menciptakan manusia Hang Tuah yang luar biasa. HHT memang merupakan sebuah
karya sastera yang besar dan penting untuk dikaji jika kita melihat dari berbagaibagai kajian di atas. Kesimpulan yang berbagai-bagai tentang HHT menunjukan
bahawa HHT telah memartabatkan kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan besar
dunia.
Hikayat Hang Tuah banyak mengemukakan sifat-sifat keperwiraan seperti
gagah perkasa dan berani, ia juga memperlihatkan nilai-nilai yang baik pada seorang
pegawai istana. Kesetiaan merupakan nilai yang diberi tempat yang utama pada
seorang pegawai. Pada seorang raja pula nampaknya nilai yang diutamakan adalah
adil, periksa dan peri kemanusiaan.

Anda mungkin juga menyukai