Anda di halaman 1dari 25

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.0

PENDAHULUAN
Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau
persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan
akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau
tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan
keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang
bertindak sebagai konduktor.
Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk
menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan
itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan
garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang
nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai
suara solo.

2.0

PENGENALAN
Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit
Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat
menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa
Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam kalangan murid-murid
sekolah menengah khasnya.

3.0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
3.1 Sasaran
Pertandingan ini terbuka untuk murid menengah rendah (Tingkatan
Peralihan, 1,2 dan 3) sekolah bantuan kerajaan di Malaysia TIDAK
TERMASUK MRSM DAN KOLEJ VOKASIONAL. MANAKALA
SEKOLAH AGAMA NEGERI BOLEH BERTANDING PADA
PERINGKAT NEGERI SAHAJA. Setiap kumpulan/pasukan mestilah
dari sekolah yang sama. Digalakkan penyertaan berbilang kaum.
3.2 Masa
Persembahan hanya dihadkan selama 12 hingga 15 minit. Loceng
akan dibunyikan sekali pada minit yang ke-12 dan dua kali pada minit
141

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


KERTAS KONSEP

yang ke-15 menandakan masa telah tamat. Masa akan dikira mulai
ujaran pertama para peserta ketika berada di atas pentas.
3.3 Pasukan
Setiap pasukan mesti berjumlah 30 orang termasuk
seorang
konduktor. Setiap pasukan mestilah diiringi oleh 3 orang guru
pengiring.
3.4 Teks/Skrip
3.4.1. Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa yang
dikarang/reka sendiri dan autentik.
3.4.2. Skrip yang dikarang/reka mestilah tidak menyentuh isu-isu
sensitif seperti agama, kaum, politik, budaya masyarakat
setempat dan peribadi seseorang.
3.4.3. Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur
dalam lima salinan sebelum pertandingan/semasa pendaftaran.
3.4.4. Markah kreativiti dinilai berdasarkan persembahan fizikal buku
skrip dan isi kandungannya.
3.4.5. Skrip yang dikarang/reka hendaklah mempunyai sinopsis,
kerangka cerita, segmen dan nombor mengikut ujaran. (Sila
rujuk rangka skrip yang telah disediakan).
3.4.6. Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk
nota/teks/bahan bercetak dan bertulis semasa membuat
persembahan.
3.5 Pakaian
Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah
(pakaian pengawas/pengawas pusat sumber/uniform asrama
dibenarkan) sahaja. Sebarang aksesori yang tidak menepati pakaian
seragam sekolah tidak dibenarkan. Hanya konduktor dibenarkan
memakai sarung tangan putih.
3.6 Alatan
Penggunaan mikrofon adalah dibenarkan. Mikrofon
hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada peserta.

tersebut

3.7 Sokongan
Sebarang alatan/sokongan seperti lakonan, berdrama, prop, bahan
latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama
ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan.
Nyanyian hanya dibenarkan tidak melebihi 3 minit sepanjang
persembahan. Rakaman muzik "minus one" (Muzik tanpa suara)
sahaja dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup
persembahan tetapi tiada sebarang markah diberi.

141
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


KERTAS KONSEP

3.8 Pentas
Susunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan
masing-masing. Susunan yang dibenarkan tidak melebihi tiga baris.
Pergerakan setempat sahaja dibenarkan.
4.0 LARANGAN
Peniruan bunyi
kaum, agama
Pergerakan kaki
ataupun ke kiri
sahaja.

dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti


dan budaya masyarakat Malaysia secara langsung.
melangkah sama ada ke hadapan, ke belakang, ke kanan
DIBENARKAN hanya dengan melibatkan sebelah kaki

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN


5.1 PERSEMBAHAN (100 markah)
5.1.1

Persembahan Ujaran (30 markah)


Idea cerita (idea berdasarkan isu semasa menjadi keutamaan),
kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan
dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai.

5.1.2

Keseragaman persembahan (20 markah)


Formasi/gerakan badan berbentuk objek seperti bulatan, segi
empat dan sebagainya serta pergerakan setempat yang sesuai
dengan skrip. Walau bagaimanapun, pergerakan kaki melangkah
sama ada ke hadapan, ke belakang, ke kanan ataupun ke kiri
DIBENARKAN hanya dengan melibatkan sebelah kaki sahaja.

5.1.3

Kreativiti (15 markah)


Kepelbagaian dan keselarasan suara
sesuai dan bermakna.

serta pergerakan

yang

5.1.4

Kesan bunyi (10 markah)


Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan
kaki dan lain-lain lagi.

5.1.5

Penghayatan (15 markah)


Ekspresi mimik muka (tanpa bantuan alat solek) dan bahasa tubuh.

5.1.6

Tempo dan ritma (10 markah)


Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara
segmen, ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan
SUARA RAMAI.
141

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


KERTAS KONSEP

5.1.7

Penalti (Dilakukan oleh KETUA HAKIM Sahaja) (tolak 10 markah)


Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat
pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan,
melebihi had masa atau kurang 5 minit dan persembahan yang
keterlaluan. Markah maksimum penalti (10 markah) hanya
dikenakan
berdasarkan
pelanggaran
keseluruhan
aspek
penghakiman yang telah disenaraikan. Walau bagaimanapun,
hanya KETUA HAKIM yang berhak mengenakan markah penalti.

5.2 SKRIP (100 markah)


5.2.1 Gagasan idea/Tema/Mesej (10 markah)
Idea yang bernas dan terkini, sesuai dan jelas mengikut tema dan
mencapai kehendak audiens.
5.2.2 Bahasa (40 markah)
Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan.
Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan
bahasa bombastik dan dialek tidak dibenarkan (kecuali mengikut
tema dan jalan cerita yang sesuai).
5.2.3 Cerita (30 markah)
Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita jelas dan menampakkan
keaslian (original). Arahan dalam skrip dinyatakan dengan jelas
dan difahami
5.2.4 Watak (10 markah)
Mempunyai watak SUARA SOLO
dan
Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.

SUARA RAMAI.

5.2.5 Kreativiti (5 markah)


Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita,
menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak
dan sesuai dengan tema.
5.2.6 Markah Bonus (5 markah)
Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihatkan
kesungguhan pasukan. Menyediakan sinopsis atau kandungan
dalam skrip.
5.3

KONDUKTOR (100 Markah)


5.3.1 Keselarasan Gerakan Tangan (20 markah)
Formasi/gerakan tangan dan tubuh badan selari dengan pasukan.
141

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


KERTAS KONSEP

5.3.2 Mimik Muka (20 markah)


Ekspresi mimik muka (tanpa bantuan alat solek) selari dengan
pasukan.
5.3.3 Kawalan Tempo (20 markah)
Sela masa yang tetap dalam memberi arahan, jeda antara segmen,
ad-lib (sahut menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.
5.3.4 Bahasa Badan (20 markah)
Bahasa badan sesuai dengan pergerakan dan arahan yang
ditunjukkan.
5.3.5 Kepimpinan (20 markah)
Mampu memimpin pasukan dengan baik melalui arahan dan
pergerakan.
6.0

HADIAH PERTANDINGAN
6.1

Bahagian Skrip
Pertama
Kedua
Ketiga

6.2

Bahagian Konduktor
Pertama
Kedua
Ketiga

6.3

: Piala Iringan dan Sijil


: Piala Iringan dan Sijil
: Piala Iringan dan Sijil

: Piala Iringan dan Sijil


: Piala Iringan dan Sijil
: Piala Iringan dan Sijil

Bahagian Persembahan
Johan
: Piala Pusingan, Piala Iringan, Sijil dan Cenderamata
Naib Johan : Piala Iringan, Sijil dan Cenderamata
Ketiga
: Piala Iringan, Sijil dan Cenderamata

7.0

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Pertandingan akan dijalankan menerusi sistem juri.
Pemarkahan
persembahan, skrip dan konduktor adalah tiga kategori berbeza dan
tidak boleh dicampurkan untuk menentukan pemenang. Pemenang
keseluruhan adalah berdasarkan pasukan yang mendapat markah
BAHAGIAN PERSEMBAHAN yang paling tinggi. Bagi perkara-perkara
yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan pihak Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan keputusan
HAKIM adalah muktamad.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

141

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


KERTAS KONSEP

8.00

AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum
dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

141
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


BORANG KEHAKIMAN

BORANG PENGHAKIMAN (MARKAH PERSEMBAHAN)


PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN
Pasukan : ............................................................ Giliran :..................... Tema/Tajuk Bicara Berirama: ...........................................................
1
Lemah

2
Sederhana

3
Baik

4
Amat Baik

5
Cemerlang

PERSEMBAHAN UJARAN
Idea cerita (berdasarkan isu semasa menjadi keutamaan),kejelasan,
ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan
intonasi, rima dan irama yang sesuai.
KESERAGAMAN PERSEMBAHAN
Formasi/gerakan badan berbentuk objek bulatan, segi empat dan
sebagainya serta pergerakan setempat.

1-6

7-12

13-18

19-24

25-30

1-4

5-8

9-12

13 -16

17-20

KREATIVITI
Kesesuaian kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang
bermakna serta rakaman muzik minus one yang sesuai.

1-3

4-6

7-9

10-12

13-15

KESAN BUNYI
Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan
kaki dan lain-lain lagi.

1-2

3-4

5-6

7-8

9-10

PENGHAYATAN
Ekspresi mimik muka (tanpa bantuan alat solek) dan bahasa tubuh.

1-3

4-6

7-9

10-12

13-15

TEMPO DAN RITMA


Sela masa yang tetap dalam bentuk kumpulan, Jeda antara segmen,
Ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.

1-2

3-4

5-6

7-8

9-10

KRITERIA

Ulasan

MARKAH PENALTI (Maksimum -10/ Ketua Hakim Sahaja)

TANDATANGAN

: ................................................

Untuk Tindakan Urus Setia


Jumlah markah keseluruhan

100

NAMA HAKIM: ................................................


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

148

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


BORANG KEHAKIMAN

BORANG PENGHAKIMAN (MARKAH SKRIP)


PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN
Pasukan : ........................................................... Giliran :.....................Tema/Tajuk Bicara Berirama: .............................................................
KRITERIA
TEMA/MESEJ
Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai
kehendak audiens.
BAHASA
Baku dan gramatis, penggunaan kata, frasa dan ungkapan
bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai.
Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak dibenarkan.
CERITA
Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita jelas dan
menampakkan keaslian. Arahan dalam skrip dinyatakan dengan
jelas dan difahami.
WATAK
Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI .
Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.
KREATIVITI
Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita,
menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar
khalayak dan sesuai dengan tema.
MARKAH BONUS
Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk
memperlihatkan kesungguhan pasukan.
Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip.
TANDATANGAN

: ................................................

NAMA HAKIM: ................................................


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1
Lemah

2
Sederhana

3
Baik

4
Amat Baik

5
Cemerlang

1-2

3-4

5-6

7-8

9-10

1-8

9-16

17-24

25-32

33-40

1-6

7-12

13-18

19-24

24-30

1-2

3-4

5-6

7-8

9-10

Ulasan

Untuk Tindakan Urus Setia


Jumlah markah keseluruhan

100
148

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


BORANG KEHAKIMAN

BORANG PENGHAKIMAN ( MARKAH KONDUKTOR)


PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN
Pasukan : ............................................................ Giliran :..................... Tema/Tajuk Bicara Berirama: ...........................................................
1
Lemah

2
Sederhana

3
Baik

4
Amat Baik

5
Cemerlang

KESELARASAN GERAKAN TANGAN


Formasi/ gerakan tangan dan tubuh badan selari dengan pasukan.

1-4

5-8

9 - 12

13 -16

17 - 20

MIMIK MUKA
Ekspresi mimik muka ( tanpa bantuan alat solek) selari dengan
pasukan.

1-4

5-8

9 - 12

13 -16

17 - 20

KAWALAN TEMPO
Sela masa yang tetap dalam memberi arahan, jeda antara segmen,
Ad-lib (sahut menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.

1-4

5-8

9 - 12

13 -16

17 - 20

BAHASA BADAN
Bahasa badan sesuai dengan pergerakan dan arahan yang
ditunjukkan.

1-4

5-8

9 - 12

13 -16

17 - 20

KEPIMPINAN
Mampu memimpin pasukan dengan baik melalui arahan dan
pergerakan.

1-4

5-8

9 - 12

13 -16

17 - 20

KRITERIA

TANDATANGAN

: ................................................

Ulasan

Untuk Tindakan Urus Setia


Jumlah markah keseluruhan

100

NAMA HAKIM: ................................................

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

148

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


BORANG KEHAKIMAN

BORANG CATATAN MASA


PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

PASUKAN

MASA DIAMBIL

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

NAMA PENJAGA MASA : ____________________ TARIKH : _____________


TANDATANGAN :________________________

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

148

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


BORANG KEHAKIMAN

BORANG PENJURIAN KEDUDUKAN (PERSEMBAHAN)


PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PERINGKAT : ________________

GILIRAN

KETUA
HAKIM

HAKIM
2

HAKIM
3

HAKIM
4

HAKIM
5

JUMLAH

KEDUDUKAN

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
*Jumlah yang paling sedikit dikira sebagai pemenang.
NAMA KETUA HAKIM: _______________________ TANDATANGAN:__________
NAMA DAN TANDATANGAN HAKIM
HAKIM 2 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 3 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 4 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 5 : __________________________

TANDATANGAN : _________

KIRAAN KEDUDUKAN (SKRIP TERBAIK)


PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PERINGKAT : ________________

KEDUDUKAN

MASA

KETUA
HAKIM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

HAKIM
2

HAKIM
3

HAKIM
4

HAKIM
5

KEDUDUKAN
TEMPAT

148

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


BORANG KEHAKIMAN

1
2
3
4
5
6
7

NAMA KETUA HAKIM: _______________________ TANDATANGAN:__________


NAMA DAN TANDATANGAN HAKIM
HAKIM 1 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 2 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 3 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 4 : __________________________

TANDATANGAN : _________

TARIKH : ________________

KIRAAN KEDUDUKAN (KONDUKTOR TERBAIK)


PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PERINGKAT : ________________

KEDUDUKAN

MASA

KETUA
HAKIM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

HAKIM
1

HAKIM
2

HAKIM
3

HAKIM
4

KEDUDUKAN
TEMPAT

148

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


BORANG KEHAKIMAN

1
2
3
4
5
6
7

NAMA KETUA HAKIM: _______________________ TANDATANGAN:__________


NAMA DAN TANDATANGAN HAKIM
HAKIM 1 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 2 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 3 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 4 : __________________________

TANDATANGAN : _________

TARIKH : ________________

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

148

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


BORANG KEHAKIMAN

BICARA BERIRAMA
BIL

SUKATAN PEMBELAJARAN
Tema cerita
- Isu semasa, persekitaran, kemasyarakatan,
sains, dll
Unsur bahasa / seni yang digabungkan

3.1

Konsep

Berdialog, menyusun kata/frasa, bertutur dengan


betul, menyampaikan mesej dan menghafal skrip

Seni bercerita, seni muzik, seni suara, seni peniruan


suara, seni lakon, seni dramatisasi (dramatik), seni
pergerakan kreatif

Kerangka cerita / jalan cerita /masa


- Mengingati cerita/jalan cerita
Kesinambungan / pertautan idea
- Jalinan antara idea mengikut segmen
3.2

Cerita/Skrip

Ketepatan dialog / bermakna


- Berdasarkan tema, suara solo dan suara
beramai-ramai
Bahasa (ringkas, padat, bermesej)
Tema yang jelas

3.3

Melodi

Kesesuaian
- Pelbagai jenis nada dalam penceritaan dan
penyampaian
Suara / suara latar
- Kawalan suara, lontaran suara, kejelasan
sebutan, suara dalam atau suara luaran
Sebutan / nada / intonasi (BERIRAMA)
Korus = sekumpulan peserta yang menyanyi
bersama-sama dalam sesuatu persembahan
- ditekankan keseragaman persembahan
ad lib (sahut-menyahut) suara solo (soloist)
- nada suara yang lantang

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

151

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


BORANG KEHAKIMAN

Kepelbagaian irama
- Tempo muzik berentak perlahan atau cepat
- Kata dan frasa yang puitis
Tempo / jeda
- Berdasarkan ujaran kata atau dialog serta
ekspresi emosi
Susunan cerita
- Berplot (pengenalan, perkembangan, klimaks
dan kesudahan cerita)
Kesatuan dan harmoni
- Keseragaman korus, melodi dan irama
Keseragaman keseluruhan
- Suara ramai, suara solo dan konduktor

3.4

Teknik
Penyampaian

Kreativiti
- Bahasa badan dan bergantung pada arahan
konduktor
Ekspresi
- Mimik muka terhad kepada ujaran kata atau
frasa
- Sorotan mata dan lirikan mata
- Suara tinggi, rendah dan lantang
- Bunyi selingan muzik atau kesan bunyi
- Penghayatan watak

3.5

Gerak Kreatif

Unsur kecindanan (kata-kata atau perlakuan yang


berunsur jenaka yang tidak keterlaluan)
- Rujuk situasi dalam cerita, dialek, peniruan
bunyi atau suara watak tertentu
Kesesuaian gerak
- Disiplin bahasa badan (dari paras pinggang ke
kepala)
Gerak yang bermakna (fungsi)
- Memberi kesan kepada mesej menggunakan
kata dan frasa
Keseragaman gerak
- Arahan daripada konduktor menggunakan
isyarat tangan dan mimik muka
151

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


BORANG KEHAKIMAN

Bentuk-bentuk gerak (formasi)


- Gerakan statik, gerakan memukau, gerakan
bermakna serta kreatif
Kesinambungan dan keselarasan
- Menyesuaikan lirik
Peserta
- Suara solo dan suara beramai-ramai
Muzik
- Muzik latar
Kesan bunyi
- Terhad dan disesuaikan mengikut situasi yang
diwujudkan

3.6

Teknikal

Alat / props
- CD, DVD, buku rujukan, rakaman video, dll
Pencahayaan
- Lampu sorot dan lampu limpah jika diadakan di
dalam dewan
Konduktor
- Memahami kerangka cerita
- Mencipta gerak tangan dan mimik muka
mengikut situasi serta segmen
- Mengawal tempo, ad lib, melodi dan ujaran
frasa
- Berdiri tegak di hadapan kumpulan

151
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


BORANG KEHAKIMAN

KERANGKA CERITA/ISI SKRIP BICARA


BERIRAMA
Memilih bahan berdasarkan tema persembahan Bicara Berirama
- Pastikan tema untuk bahan sesuai berdasarkan khalayak
- Contoh isu dasar-dasar negara; alam sekitar, cerita binatang; dll
Menyaring isi melalui pemetaan cerita
- Melakar plot cerita berdasarkan pengenalan, perkembangan (isi) cerita, klimaks dan
kesudahan (isi) cerita
- Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB)
- Menulis ujaran kata, frasa dan ayat berserta watak
- Penentuan watak individu (solo) dan suara ramai
Menentukan isi berdasarkan segmen
- Menetapkan tempoh masa penyampaian isi
- Menentukan aksi, pergerakan badan (gesture), mimik muka
- Memasukkan kesan visual, elemen nyanyian berirama dan selingan muzik
Mengedit isi
- Menentukan istilah, kata seru
- Pemilihan ayat mudah, ringkas dan bermakna
- Pemilihan frasa dan ungkapan yang menarik
- Memetik ujaran tertentu yang biasa didengar oleh khalayak
Menghafal skrip
- Menghafal berdasarkan segmen skrip, nombor ujaran/arahan cerita/pergerakan
tubuh

CONTOH KERANGKA SKRIP


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

151

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


BORANG KEHAKIMAN

Tema

: ................................................

Tajuk

: ................................................

Sinopsis Skrip :

Watak :
Watak Solo 1 :
Watak Solo 2 :
Watak Ramai :

Rangka Skrip :

151
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH


BORANG KEHAKIMAN

SEGMEN 1
KEY

NO

SR
SR
SO1
SO2
SR
SR
SO3
SO4
SR
SR

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Petunjuk

SKRIP

SO Suara Solo
SR Suara Ramai

Disediakan oleh:
.
(

151
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SKRIP TERBAIK PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA


SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
SINOPSIS BICARA BERIRAMA
TEMA : GAYA HIDUP SIHAT
Bicara berirama ini bertemakan gaya hidup sihat. Namun demikian, gaya hidup sihat
kurang diutamakan oleh masyarakat kini kerana kesibukan dalam menjalani kehidupan zaman
serba maju ini. Seorang yang sihat akan kelihatan ceria dan pandai mengawal emosinya.
Cara menjaga kesihatan yang baik ialah amalan pemakan yang seimbang. Pemakanan
seimbang akan membantu meningkatkan kesihatan tubuh dan mengurangkan obesiti yang
menyebabkan risiko mendapat pelbagai penyakit. Makanan seimbang perlu berpandukan
piramid makanan supaya mendapat zat-zat makanan yang diperlukan oleh badan secukupnya.
Bersenam dan beriadah adalah antara cara menjaga kesihatan. Untuk meningkatkan
tahap kesihatan setiap orang perlu meluangkan masa untuk bersenam. Dengan bersenam
badan akan sihat dan cergas. Namun demikian, ramai yang kurang mengambil berat tentang
aktiviti bersenam dalam kehidupan seharian.
Selain itu, amalan menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian antar gaya hidup
sihat. Kebersihan diri perlu diutamakan selain kebersihan tempat kediaman dan persekitaran.
Menjaga kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab kita bersama. Amalan bergotongroyong adalah antara amalan yang baik diamalkan untuk menjaga kebersihan persekitaran
tempat tinggal.
Cara hidup sihat juga dapat membantu menjaga kesihatan. Amalan menjauhi kegiatan
tidak bermoral, seperti menjauhi najis dadah, minuman keras, pergaulan bebas, dan
sebagainya menjadikan kehidupan lebih ceria dan bebas daripada ancaman penyakit.
Kehidupan berlandaskan agama dalam kehidupan menjadi benteng kepada gejala yang tidak
sihat. Oleh hal yang demikian, amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan agar kehidupan lebih
bermakna.

151
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TEMA : GAYA HIDUP SIHAT


(Murid masuk dengan iringan muzik)
Segmen 1
1. (SRP) Dari Melaka ke negeri Pahang, Singgah di Johor beli berangan;(Nyanyian lagu Joget
Pahang)
2. (SRL) (Kumpulan murid mengulang nyanyian di atas)
3. (SR) Kami dagang datanglah bertandang, Apa yang kurang dicaci jangan. (Nyanyian lagu
Joget Pahang ; 2x )
4. (SR) Salam sejahtera, salam perpaduan, salam satu Malaysia
5. (SR) Sebagai pembuka bicara, dengarlah pantun ini.
6. (SP) Duduk memancing di atas titi, Dapat siakap buat hidangan;(Gaya pengucapan pantun)
7. (SP) Ramai runsing gejala obesiti, mungkin silap cara pemakanan. (Gaya pengucapan
pantun)
8. (SL) Oooo Makanan tak seimbanglah tu!
9. (SL) Pandainya. (Memuji)
10. (SP) Hayati pantun ini pula.
11. (SL) Pagi hari menganyam tikar, Tikar dilipat bawa ke surau; (Gaya pengucapan pantun)
12. (SL) Zaman beralih musim bertukar, Amalan sihat kurang dihirau. (Gaya pengucapan
pantun)
13. (SR) Itulah fenomena masyarakat kini.
14. (SR) Hadirin sekalian
15. (SR) Sudah terang lagi bersuluh, bicara kami adalah tentang gaya hidup sihat
16. (SR) Marilah kita hayati,
17. (SR) Bicara ini pasti berinformasi.
Segmen 2
18. (SL) Apakah petunjuk gaya hidup sihat?
19. (SL) Cuba cerita! Cuba cerita!
20. (SRP) Tubuh yang sihat, tidak mudah berasa letih.
21. (SRP) Sentiasa cergas dan tidak mudah sakit.
22. (SRP) Ini menunjukkan organ-organ dalam badan berfungsi dengan baik
23. (SL) Apa lagi ya?
24. (SRL) Kesihatan mental juga satu kayu pengukur kepada gaya hidup sihat.
25. (SRL) Jika mental kita sihat, jiwa kita akan tenang, dan kita akan bertindak dengan matang.
26. (SRP) Pandai menguasai emosi juga merupakan orang yang sihat.
27. (SRP) Jika emosi kita sihat, kita tidak akan naik darah tiba-tiba.
28. (SRP) Kalau naik darah, jantung kita akan terganggu.
29. (SR) Bahaya tu
30. (SR) Jantungku Nyawaku.
Segman 3
31. (SL) Bagaimana menjaga kesihatan tubuh?
32. (SL) Sorong papan tarik papan, Buah keranji dalam perahu, Jangan makan sebarang
makan; makanan bergizi perlulah tahu.(Gaya pengucapan pantun)
33. (SR) (Suara ramai mengulang pantun di atas)
34. (SRP) Kita perlu mengambil berat terhadap pemakanan.
35. (SRP) Utamakan makanan seimbang dalam menu seharian.
36. (SRP) Amalkan pemakanan berpandukan piramid makanan seimbang.
37. (SRP) Piramid makanan umpama disiplin dalam pemakanan.

151
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

38. (SL) Disiplin? Tak fahamlah.(Menggaru-garu kepala)


39. (SRL) Makanan seimbang mengandungi semua zat yang diperlukan oleh badan.
40. (SRL) Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mendapatkan vitamin.
41. (SRL) Kurangkan lemak dan minyak untuk mengurangkan kolesterol
42. (SRL) Dan cara memasak makanan yang baik ialah
43. (SRP) Kukus, gril, panggang. Kukus, gril, panggang. Kukus!(Gerakan kepala menoleh ke
kanan ke kiri)
44. (SL) Boleh makan makanan segera.
45. (SRP) Walaupun semua makanan nampak enak jangan ikut selera, nanti badan terseksa.
Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak makan badan terlebih subur.
46. (SP) Natijahnya?
47. (SL) Opps! Obesiti. Penyakit menanti
48. (SRL) Pil kurus, silih berganti. Silap makan, ICU
49. (SL) ICU? Saya lihat awak? (Dua orang murid melafazkan dialog sambil berpandangan
antara satu sama lain)
50. (SRP) Bukan. Unit rawatan rapi!
51. (SRP) Masuk sekali, hidup tak pasti.
52. (SRL) Jadi
53. (SR) Makanlah makanan seimbang, badan sihat, hati tak bimbang.
Segmen 4
54. (SL) Apa lagi amalan gaya hidup sihat?
55. (SRP) Jalan-jalan dalam taman, badan sihat kalau senaman.
56. (SL) Betul! Betul! Betul!
57. (SL) Kita ni, bila nak bersenam?
58. (SP) Sekarang pun boleh.
59. (SL) PrittPrittPritttt. (Membuat bunyi wisel)
60. (SRP) Satu dua, satu dua, tiga, empat. Lepas lari, lepas lari, kita lompat (Pengucapan
berlagu sambil bersenam 2x)
61. (SRL) Lima enam, lima enam, tujuh lapan. Rajin senam, rajin senam, sihat badan.
(Pengucapan berlagu sambil bersenam 2x)
62. (SL) Pritt Pritt (membuat bunyi wisel)
63. (SL) Baik. Tarik nafas(Semua murid menarik nafas mengikut arahan) Hembus
64. (SL) Huuuhh! (Aksi menghembus nafas seperti keletihan)
65. (SL) Tak bersemangatlah. Sekali lagi.
66. (SL) Tarik nafas (Semua murid menarik nafas mengikut arahan) Hembus
67. (SR) Huhh! (Menghembus nafas dengan bunyi hembusan yang kuat)
68. (SL) Ha, macam itulah!
69. (SRP) Joging, aerobik, barulah keluar peluh.
70. (SR) Tetapi fenomena kini
71. (SL) Saya malaslah nak bersenam, nak tengok tv(Suara mengeluh)
72. (SL) Saya tiada masa.
73. (SL) Saya sibuk bekerja.
74. (SL) Saya nak tambah pendapatan.
75. (SRP) Itulah alasan yang selalu kita dengar.
76. (SRP) Kesihatan lebih penting. Luangkanlah kira-kira 10 minit sahaja sehari untuk
bersenam.
77. (SRL) Hasilnya
78. (SR) Badan sihat otak cerdas, hidup bahagia gerak cergas.
79. (SRL) Nilai tambahnya, kerja bertenaga, ekonomi berganda.

151
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Segmen 5
80. (SL) Dan jangan lupa
81. (SR) Amalan menjaga kebersihan penting untuk kesihatan.
82. (SP) Kebersihan diri
83. (SP) Tempat kediaman
84. (SP) Persekitaran juga..
85. (SRL) Bersih jangan tak bersih.
86. (SRP) Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama.
87. (SP) Amalkan gotong-royong
88. (SRP) Biar bersih satu kampung.
89. (SRP) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
90. (SRP) Kudrat sama dikumpul, beban sama dirunding.
91. (SP) Utamakan kebersihan diri
92. (SRP) Wajah ceria nampak berseri.
93. (SL) Jangan biarkan rumah kotor
94. (SRL) Lalat, nyamuk, datang bertelur.
95. Aedes, denggi, perlu dijauhi.
96. (SRP) Jika terkena, merana diri.
97. (SR) Amalkan kebersihan, dalam kehidupan seharian
98. (SRL) Negara bersih, rakyat sihat!
99. (SRO) Penyakit tersisih, jiwa selamat!
Segmen 6
100. (SL) Adat hidup banyak diuji, usah kita turutkan hati, Buat baik berpada-pada, buat jahat,
jangan sekali. (Pengucapan seloka)
101. (SR) (Suara ramai mengulang seloka di atas)
102. (SRL) Marilah kita amalkan gaya hidup sihat.
103. (SP) Seperti
104. (SP) Menjauhi kegiatan tidak bermoral.
105. (SL) Elakkan najis dadah, minuman keras, pergaulan bebas kalau tidak
106. (SRL) Mudah terdedah kepada HIV, AIDS dan
107. (SRL) Penyakit ini sukar diubati, boleh membawa maut.
108. (SR) Uuuu. Takutnya!
109. (SRP) Kalian renungkanlah
110. (SRP) Amalan hidup sihat yang paling penting
111. (SP) Landasan agama harus diikuti,
112. (SRP) Nescaya petaka dapat dijauhi.
113. (SL) Betapa hebat dan maju sekalipun,
114. (SRL) Pegangan agama jangan diabaikan.
115. (SL) Kesimplannya
116. (SP) Kesihatan hak milik setiap insan.
117. (SR) Amalkan gaya hidup sihat,
118. (SR) Pasti bahagia dunia akhirat.
Segmen 7
(Nyanyian irama lagu Jong Jong Inai)
119. (SR) Mari kita menjaga pemakanan,
120. (SR) Mari kita menjaga kebersihan,
121. (SR) Mari kita menjaga kesihatan,
122. (SR) Gaya hidup sihat, jadikanlah amalan.
123. (SR) Sekian sahaja bicara kami, tentu bermakna kalau dihayati.

151
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

124.
125.

(SR) Sekian sahaja bicara kami, salah dan silap harap dimaafi
(SR) Terima kasih, kami mohon diri. (mengulang)

Petunjuk:
SR Suara ramai lelaki dan perempuan
SL Solo lelaki
SP Solo perempuan
SRP Suara ramai perempuan
SRL Suara ramai lelaki
Disediakan oleh:
Raja Nur SHafieza Bt Raja Mohamad

151
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

151
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA