Anda di halaman 1dari 38

SESI

DIS 2015

PANDUAN
PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU
Selamat Datang Pelajar Baharu PSAS

Disediakan oleh:

Datang dengan harapan,


Pulang dengan kejayaaan

Azlida binti Abdullah


Noraimi binti Ahmad
Rahimah binti Ibrahim
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Kandungan
BAHAGIAN 1: PENGENALAN
Perutusan Pengarah PSAS .................................................................................................................................. 4
Kata Alu-Aluan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS ...................................................................................... 5
PSAS Sepintas Lalu ......6
Carta Organisasi PSAS ......9
Visi, Misi dan Dasar Kualiti PSAS ..........10

BAHAGIAN 2: MAKLUMAT AM PENDAFTARAN


2.1 Panduan Ke Politeknik Sultan Azlan Shah .12
2.2 Peringatan Sebelum Pendaftaran 12
2.3 Bayaran Yuran Pengajian & Asrama dan Bayaran Pelbagai Politeknik .13
2.3.1 Pecahan Bayaran Pelbagai Politeknik ..14
2.4 Penempatan Asrama 16
2.5 Bantuan Kewangan 17
2.6 Rupa Diri Pelajar .19
2.7 Kenderaan Pelajar .22
2.8 Kawasan Larangan Merokok ..22
2.9 Petikan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) ........23
2.10 Perkara - Perkara Lain ..25

BAHAGIAN 3: PANDUAN SEMASA MENDAFTAR


3.1 Hari Pendaftaran .28
3.2 Perkara-perkara Yang Mesti Dibawa Semasa Hari Pendaftaran. ..28
3.3 Pakaian Dan Rupa Diri Semasa Hari Pendaftaran ...29
3.4 Minggu Suaikenal (MSK) ...30

BAHAGIAN 4: LAMPIRAN
Lampiran A:
i. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) ....32
ii. KAEDAH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) ....34
Lampiran B: PETA LOKASI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH ....35
Lampiran C: PELAN KAMPUS POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH .....36
Lampiran D:
i. SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN ..................37
ii. SENARAI SEMAK SALINAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN ......................38

2|Page

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PENGENALAN

3|Page

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PERUTUSAN PENGARAH
Assalamualaikum warahmatullah, Salam 1 Malaysia dan salam
perkenalan kepada siswa dan siswi baharu.

Alhamdulillah terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan


syabas kerana telah berjaya ditawarkan program pengajian di Politeknik
Sultan Azlan Shah (PSAS). Kejayaan anda melangkah kaki ke PSAS
merupakan satu amanah dan tanggungjawab terhadap diri sendiri,
keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Anda insan yang terpilih untuk berada di PSAS bagi menelaah ilmu sebanyak mungkin sebelum menjadi
warganegara yang mempunyai mentaliti kelas pertama.Bagi makluman pelajar baharu, PSAS adalah salah
sebuah dari Politeknik Malaysia yang sedang berusaha untuk transform ke arah menjadi institusi pendidikan
teknikal bertaraf global. Sehubungan dengan itu usaha mentransformasi Politeknik dibuat secara terancang
dan berkesan. Pelbagai usaha sedang dibuat untuk memperkasa Politeknik sebagai institusi peneraju bidang
teknikal. Program ijazah sarjana muda sudah ditawarkan pada tahun ini di beberapa politeknik termasuk
Politeknik Sultan Azlan Shah.

Sekali lagi, saya ingin mengalu-alukan kehadiran anda ke Politeknik ini dan PSAS akan cuba memberi khidmat
terbaik bagi menjadikan kembara ilmu anda sesuatu yang menyeronokkan dan membantu anda dalam
mengejar impian dan cita-cita murni negara.

Lt. Kol. (PA) ABDUL KARIM BIN JAAFAR AMS

4|Page

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

KATA ALU-ALUAN KJHEP


Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar
baharu kerana telah berjaya terpilih menjadi sebahagian ribuan pelajar
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Tiga tahun yang akan datang ini adalah suatu tempoh masa yang sangat
berharga bagi pembangunan diri anda samada dalam bidang akademik dan
kokurikulum. PSAS telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi anda
untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan jati diri anda.

Kami di PSAS ingin melihat anda berjaya dan meminta anda menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk
menimba ilmu dan pengalaman bagi menyiapkan diri dapat berbakti kepada negara, masyarakat dan
keluarga setelah tamat pengajian kelak. Fikirkan dan lakukanlah pilihan yang terbaik dalam membuat setiap
keputusan penting semasa belajar di PSAS supaya ia merupakan keputusan yang terbaik demi masa depan
anda.

PSAS akan cuba memberikan khidmat yang terbaik untuk anda dan kami berharap anda dapat melalui
kembara ilmu anda di sini dengan jayanya.

AZLIDA BINTI ABDULLAH

5|Page

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PSAS SEPINTAS LALU

Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mula beroperasi pada 01 haribulan Mac 2002 dengan nama Politeknik
Tanjong Malim (PTM) adalah merupakan politeknik yang ke-15 yang ditubuhkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Dengan perbelanjaan sebanyak RM 170 juta, PTM ditubuhkan dalam usaha
kerajaan untuk menghasilkan tenaga separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan
awam dan swasta. Pada ketika itu, PTM ditempatkan secara sementara di Sekolah Menengah Teknik Slim
River.

Pada 10 haribulan April 2003, Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (CF) telah diperolehi dan PTM telah
berpindah ke kampusnya sendiri di Behrang dengan tanah seluas 100 ekar. Kampus ini dilengkapi
kemudahan dan infrastruktur serta prasarana terkini dan menawarkan persekitaran pembelajaran yang
menarik dan kondusif. DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah merasmikan PTM pada tanggal 07 haribulan
Mei 2005 dan ditukar nama menjadi Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Terdapat 6 buah jabatan akademik yang terdapat di PSAS bagi membantu melancarkan urusan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan 14 jabatan atau unit sokongan dalam urusan pentadbiran dan
hal ehwal pelajar. Berikut adalah senarai jabatan akademik dan jabatan serta unit sokongan di PSAS:

6|Page

SESI

DIS 2015

KATEGORI
JABATAN AKADEMIK
(Induk)

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU


JABATAN / UNIT
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
Menawarkan program:
Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)
Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB)
Diploma Ukur Bahan (DUB)
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Menawarkan program:
Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP)
Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (DEE)*
*Bermula Sesi Disember 2015
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Menawarkan program:
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (DTP)
Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DAD)
Diploma Lanjutan Kejuruteraan Reka Bentuk dan Pembuatan
Automotif (AAD)
Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Manufacturing with
Automotive Design*
* Bermula September 2014
JABATAN PERDAGANGAN
Menawarkan program:
Diploma Akauntansi (DAT)
Diploma Pemasaran (DPR)
Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM)
Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)

JABATAN AKADEMIK
(Sokongan)

JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER


Unit Matematik
Unit Sains
Unit Komputer
JABATAN PENGAJIAN AM
Unit Pendidikan Islam & Moral
Unit Bahasa Inggeris

7|Page

SESI

DIS 2015

JABATAN / UNIT
SOKONGAN AKADEMIK

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Unit Pentadbiran & Kewangan


Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Unit Perhubungan & Latihan Industri
Unit Perpustakaan
Unit Kualiti
Unit Psikologi
Unit ICT
Unit Peperiksaan
Unit Asrama (Kamsis)
CISEC
Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan
Unit Pembangunan & Selenggaraan
Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia
Jabatan Sukan, Kebudayaan & Kokurikulum

8|Page

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

CARTA ORGANISASI PSAS

9|Page

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

VISI
PSAS Berazam Menjadi Institusi Pendidikan Dan Latihan Separa Profesional
Terulung Di Malaysia

MISI
PSAS Beriltizam Untuk Memberikan Pendidikan Dan Latihan Separa Profesional
Yang Berkualiti Melalui Sistem Pengurusan Dan Pendidikan Yang Strategik, Efektif, Responsif Dan
Relevan; Prasarana Yang Lengkap Dan Persekitaran Yang Kondusif;
Bagi Memenuhi Keperluan Modal Insan Dan Tenaga Kerja Yang Berketrampilan Berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan

DASAR KUALITI
PSAS Bertekad Untuk Memberikan Perkhidmatan Pendidikan Dan Latihan Separa Profesional Yang
Berkualiti Melalui Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Yang Dipertingkatkan Keberkesanannya Secara
Berterusan Bagi Melahirkan Modal Insan Yang Berdaya Saing Selaras Dengan Keperluan Negara

10 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

MAKLUMAT AM PENDAFTARAN
Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di
dalam panduan ini, fahamkan dan ambil tindakan yang berkaitan
dengan segera agar anda dapat memulakan pengajian anda di
politeknik dengan selesa.

11 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.1 PANDUAN KE POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH


Sila rujuk Peta Lokasi PSAS yang disertakan di BAHAGIAN 4: LAMPIRAN B.

2.2 PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN


a) BAWA DOKUMEN ASAL: Kad Pengenalan, Surat Tawaran, Sijil-sijil Kokurikulum, dan Slip
Keputusan / Sijil Peperiksaan (BAGI LEPASAN SPM) @ Transkrip / Slip Keputusan Peperiksaan
Semester Akhir (BAGI LULUSAN LEPASAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI dan LEPASAN
DIPLOMA POLITEKNIK) pada hari pendaftaran untuk semakan.

PENDAFTARAN ANDA AKAN DITOLAK SEKIRANYA ANDA GAGAL MENUNJUKKAN DOKUMENDOKUMEN ASAL TERSEBUT.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga berhak menarik balik tawaran tempat pengajian
di PSAS sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan
maklumat yang telah anda berikan ke Kementerian Pendidikan Malaysia semasa memohon ke
Politeknik

b) LENGKAPKAN SEMUA BORANG yang terdapat di dalam B u k u Panduan Pendaftaran ini


sebelum diserahkan kepada pihak PSAS pada hari pendaftaran.

12 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.3 BAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA DAN BAYARAN PELBAGAI


POLITEKNIK
a) YURAN PENGAJIAN & ASRAMA
Perkara
Yuran Pengajian
(satu semester)
Yuran Asrama

RM

Kaedah Bayaran

200.00

60.00

Bayaran boleh dilakukan di mana-mana


cawangan Bank Islam (M) Berhad
(BIMB) atas nama POLITEKNIK KPT
melalui 3 saluran berikut SAHAJA:
a. PERBANKAN INTERNET (bagi yang
memiliki akaun BIMB)
b. MESIN ATM BANK ISLAM (bagi yang
memiliki akaun BIMB)
c. MESIN DEPOSIT TUNAI (CDM)
BANK ISLAM (bagi yang TIDAK
memiliki akaun BIMB)

-jika ditawarkan dengan asrama


(satu semester, tidak termasuk
makan & minum)

SILA RUJUK KAEDAH BAYARAN PADA


LAMPIRAN A(i) DI MUKA SURAT 32
Hanya pelajar PRA DIPLOMA kategori MDAIM sahaja DIKECUALIKAN membayar Yuran Pengajian
dan Yuran Asrama. Selain PRA DIPLOMA kategori MDAIM perlu membayar Yuran Pengajian dan
Yuran Asrama.

b) BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK


Kategori Program
i. Diploma bagi LULUSAN SPM/SPMV/
LULUSAN SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ
KOMUNITI/ LULUSAN PRA DIPLOMA /
LULUSAN SIJIL ILKA / LULUSAN SIJIL SKM

RM
600.00

Kaedah Bayaran
Bayaran boleh dilakukan di mana-mana
cawangan Bank Islam (M) Berhad
(BIMB) ke akaun:
Nama penerima:
KOPSAS BERHAD (HEP) (KOD 570)
No.Akaun:08068010020364

ii. Pra Diploma

150.00
Bayaran
Pelbagai
hanya
boleh
dilakukan di kaunter BIMB SAHAJA.
Caj perkhidmatan akan dikenakan oleh
BIMB sebanyak RM0.70.
SILA RUJUK KAEDAH BAYARAN PADA
LAMPIRAN A(ii) DI MUKA SURAT 34

13 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.3.1 PECAHAN BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK


Berikut adalah anggaran pecahan Bayaran Pelbagai Politeknik:

a) Diploma bagi LULUSAN SPM/SPMV/ LULUSAN SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ KOMUNITI/
LULUSAN PRA DIPLOMA / LULUSAN SIJIL ILKA / LULUSAN SIJIL SKM
Bil.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Perkara

Kadar Bayaran Semua Program

Kelengkapan MSK (Barangan Koperasi)


Buku-buku Panduan
Aktiviti MSK
Sukan & Kokurikulum
Peperiksaan/ JPP/Tabung Kebajikan
Aktiviti & Kebajikan Asrama
Saham Koperasi PSAS
Pusat Sumber/ Kaunseling / Kerohanian
Keusahawanan / HEP (Kelab & Persatuan / Jabatan)

RM190.00
RM 30.00
RM 90.00
RM 75.00
RM 15.00
RM 15.00
RM 30.00
RM 20.00
RM 98.30

Insuran Berkelompok (1 tahun)

RM 36.70

JUMLAH BAYARAN

RM600.00

b) Pra Diploma
Bil.
Perkara
1 Kelengkapan MSK
2 Aktiviti Asrama / Kebajikan Asrama / Tabung Kebajikan
3 Kerohanian / JPP / HEP (Kelab & Persatuan / Jabatan)
4
5

Insuran Berkelompok (sepanjang pengajian)


Buku Peraturan Am / Kad Pelajar

JUMLAH BAYARAN

Kadar Bayaran
RM 60.00
RM 20.00
RM 23.30
RM 36.70
RM 10.00

RM150.00

14 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Nota :
A. Akaun Yuran Pengajian & Asrama dan Akaun Bayaran Pelbagai Politeknik adalah
BERBEZA SAMA SEKALI.
B. PASTIKAN ANDA TIDAK MEMBUAT BAYARAN DI DALAM SATU AKAUN YANG SAMA
C. SEMUA bayaran hendaklah dibayar SEBELUM hari pendaftaran bagi mengelakkan
masalah semasa mendaftar. Sila bawa salinan Slip Bayaran sebagai pengesahan dan
untuk semakan. (JANGAN DIPOSKAN)
D. Sila pastikan nama, no. kad pengenalan dan program anda dicatatkan pada Slip
Bayaran yang digunakan.
SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya
anda berhenti dari menjadi pelajar PSAS.
E. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau
swasta hendaklah membawa bersama SURAT PENGESAHAN PENAJAAN yang asal
beserta satu salinan semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung
oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran

PERINGATAN
I.
II.
III.

WANG POS (POSTAL ORDER) TIDAK AKAN DITERIMA


PEMBAYARAN MENGGUNAKAN CEK PERSENDIRIAN & TUNAI TIDAK
AKAN DITERIMA
SEMUA BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN JIKA ANDA MENARIK
DIRI SELEPAS MENDAFTAR.

15 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.4 PENEMPATAN ASRAMA


Penempatan di asrama adalah terhad. Walau bagaimanapun pihak politeknik berusaha menyediakan
kemudahan tersebut kepada semua PELAJAR BAHARU sesi semasa yang datang dari luar kawasan.
Untuk semester berikutnya anda perlu bersedia mengatur sendiri penginapan anda jika tidak
ditawarkan penempatan di asrama. Pelajar baharu yang tidak mahu menginap di asrama dinasihatkan
datang lebih awal untuk mencari bilik / rumah sewa yang berhampiran (sila hubungi JHEP jika
anda perlukan bantuan).

Jika anda ditawarkan asrama dan menerima tawaran tersebut, semasa melaporkan diri di ASRAMA
PSAS sila bawa:

a) Bantal dan Sarung Bantal, Kain Cadar dan Kain selimut (warna bebas).
b) Sepasang Baju Melayu berwarna HITAM dan Songkok HITAM (lengkap dan bersamping) bagi
pelajar lelaki beragama Islam.
c) Pakaian sukan kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP / HITAM, baju-T dan lain-lain.
d) Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 2.6 Rupa diri pelajar, untuk pakaian ke kuliah)
e) Borang BHEP-5, BHEP-6a dan BHEP-6b yang diisi dengan lengkap.
f)

Barang keperluan harian untuk kegunaan anda semasa di asrama (boleh dibeli di Kedai KOPSAS)

g) Kasut kulit / kanvas berwarna hitam

Pelajar Asrama boleh membeli makanan dan minuman di kafeteria. Dianggarkan RM5.00 hingga
RM10.00 sehari untuk perbelanjaan makan.

16 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.5 BANTUAN KEWANGAN


a) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya
untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.

b) Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (kalau


layak) memohon biasiswa/pinjaman dari YAYASAN NEGERI masing-masing atau LAIN-LAIN
AGENSI sebelum mendaftar diri di PSAS. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran ke Politeknik
untuk tujuan tersebut. Setiap pelajar hanya dibenarkan menerima satu biasiswa/pinjaman
sahaja.

c) Semua pelajar DIPLOMA layak memohon pinjaman PTPTN.

NOTA:
PINJAMAN PTPTN
Permohonan

pinjaman

adalah

secara

online

melalui

laman

web

ptptn:

http://www.ptptn.gov.my/gateway
Mulai 1 Jan 2012 semua pemohon PTPTN wajib ada akaun SSPN dengan simpanan minimum RM20.00
Akaun Pembayaran bagi pelajar Politeknik - BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Maklumat

lanjut

atau

sebarang

pertanyaan

boleh

diperoleh

daripada

laman

web

http://www.ptptn.gov.my atau telefon PTPTN HOTLINE: 03-20927788

MAKLUMAT YANG ANDA PERLU ADA SEBAGAI PEMOHON


Senarai maklumat yang diperlukan oleh pemohon bagi memudahkan pengisian butiran di laman web
adalah seperti berikut: -

i. Butiran Peribadi: Nombor Kad Pengenalan Baharu (12 digit) / Tentera / Polis
Alamat eMel yang sah
Nombor Pin BSN (untuk pemohon kali pertama, anda perlu beli nombor pin BSN di mana-mana
cawangan BSN)
Nombor Pendaftaran Kecacatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika berkenaan), Alamat Tetap dan
17 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Surat-Menyurat
Nombor Telefon Bimbit dan Telefon Tetap
Nama Institusi, Kampus & Kursus, Jurusan, Nombor Matriks, Jenis Pengajian, Tempoh & Tarikh Mula
Kursus (jika mempunyai kelayakan pendidikan lain)
Nama & Nombor Akaun Bank Islam (anda perlu membuka akaun sendiri)
ii. Butiran Ibu / Bapa / Pasangan / Penjamin: Nombor Kad Pengenalan Baharu (12 digit) / Tentera / Polis
Alamat Tetap Surat-Menyurat
Nombor Telefon Tetap / Bimbit (jika tiada nombor telefon tetap / bimbit, masukkan nombor telefon
saudara mara yang boleh dihubungi. Isikan kedua-dua nombor telefon tersebut.)
Alamat e-Mel yang sah (yahoo atau gmail)
Gaji Kasar & Bersih (slip gaji yang terkini)
Nombor Cukai Pendapatan
Nombor Ahli KWSP (jika bekerja)
Akuan Bersumpah (Pesuruhjaya Sumpah / Majistret) sekiranya ibu/bapa bercerai atau tidak
dapat dikesan.
Pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN dikehendaki menyediakan SATU SALINAN DOKUMEN
SOKONGAN YANG TELAH DISAHKAN (kertas putih bersaiz A4) seperti berikut:
a. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (salinan muka depan dan belakang Kad Pengenalan pada
satu helaian yang sama);
b. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik;
c. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM, hanya slip yang tidak melebihi
tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai);
d. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : Sijil Politeknik KPM
/ Sijil MLVK;
(sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk
tersebut, jika pemohon belum menerima sijil dan pada transkrip peperiksaan juga tidak dinyatakan
bahawa pelajar telah menamatkan pengajian / layak dianugerahkan sijil);
e. Salinan Pengesahan Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB);
f.

Penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga/suami/isteri pemohon; Slip Gaji atau Borang J (bagi yang
18 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

bermajikan) atau Surat Pengesahan Pendapatan yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan
Pengurusan & Profesional / Pesuruhjaya Sumpah / Jaksa Pendamai / Pengamal Undang-undang /
Wakil Rakyat / Senator / Penggawa / Penghulu (bagi yang bekerja sendiri);
g. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa sebagai maklumat penjamin;
h. Salinan Sijil Kematian / surat pengesahan kematian ibu / bapa pemohon sekiranya telah meninggal
dunia;
i.

Salinan surat Perakuan Penceraian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibubapa pemohon telah bercerai
/ atau tidak dapat dikesan;

j.

Surat Akuan / Pengesahan ibubapa penerima bantuan Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

k. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos

2.6 RUPA DIRI PELAJAR


Pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan seperti terkandung di dalam Buku Peraturan
Am Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia serta apa-apa peraturan bertulis di politeknik.

Secara umumnya pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar
Islam) dan bersopan.

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

Semua pelajar diwajibkan memakai baju-T berkolar (seperti di dalam panduan di muka sebelah), seluar
trek (track bottom) berwarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaian semasa aktiviti
kokurikulum.

19 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Panduan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Semasa Menghadiri Kuliah dan Aktiviti di Kampus:
Pelajar Lelaki

Pelajar Perempuan
Baju/Pakaian

1. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.


2. Baju-T tidak berkolar adalah dilarang. Baju-T jenis
berkolar yang dibenarkan mestilah tidak
mempunyai tulisan atau gambar yang membawa
pengertian liar atau negatif.
3. Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
4. Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan
sempurna.
5. Pemakaian Baju Melayu @ B aju Kebangsaan
dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang
beserta samping dan songkok hitam.

1. Seluar 'slack' panjang.


2. Seluar JEANS TIDAK dibenarkan.
3. Seluar dengan poket yang banyak dan bertampaltampal tidak dibenarkan.

1. Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan


bagi semua pelajar Islam.
2. Baju -T tidak berkolar adalah dilarang. Baju-T jenis
berkolar yang dibenarkan mestilah tidak mempunyai
tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar
atau negatif.
3. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang
ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan
mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti
dada, bahu dan belakang adalah dilarang.
4. Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke
pergelangan tangan.
5. Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras
punggung.
6. Pelajar bukan Islam dilarang memakai 'skirt' yang
lebih pendek dari paras lutut.

Seluar
1. Seluar 'slack' panjang.
2. Seluar JEANS TIDAK dibenarkan.
3. Seluar dengan poket yang banyak dan bertampaltampal tidak dibenarkan.
4. Jika memakai Sarung/Maxi hendaklah labuh,
longgar, tidak jarang & tidak ketat.

Kasut
1. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan
1.
sempurna berstoking.
2. Kasut sukan dibenarkan.
2.
3. Selipar, terompah, capal, sandal dan seumpamanya 3.
adalah dilarang.
4. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising
4.
adalah dilarang.
5.

Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan


sempurna berstoking.
Kasut sukan dibenarkan.
Selipar, terompah, capal, kasut platform dan
seumpamanya tidak dibenarkan.
Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising
adalah dilarang.
Kasut mestilah menutup jari kaki dan tumit.

Rambut
1. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang 1. Pelajar Islam wajib memakai tudung seperti yang
tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak
disyariatkan Islam.
melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak
2. Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar
melebihi aras dahi.
perempuan.
2. Rambut berfesyen seperti afro, punk,
mohawk,k-pop, berekor dan diwarnakan adalah
3. Rambut berfesyen seperti afro, punk, mohawk,
dilarang.
k-pop, berekor dan diwarnakan adalah dilarang.
3. Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.
1. Sebarang bentuk perhiasan adalah dilarang
melainkan cincin. Cincin emas adalah dilarang.
2. Hanya sebentuk cincin sahaja dibenarkan.

Perhiasan
1. Tidak digalakkan memakai barang kemas.
2. Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan
dilarang.
3. Hanya sebentuk cincin sahaja dibenarkan.
20 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

SETIAP HARI ISNIN SEMUA PELAJAR DIKEHENDAKI BERPAKAIAN FORMAL:


LELAKI DIKEHENDAKI MEMAKAI BAJU KEMEJA BERTALI LEHER DAN BERKASUT KULIT WARNA GELAP;
DAN PELAJAR WANITA BERBAJU KURUNG ATAU YANG BERSESUAIAN.
PEMAKAIAN TSHIRT TIDAK DIBENARKAN PADA HARI ISNIN

21 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.7 KENDERAAN PELAJAR


a) Pelajar asrama TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan bermotor.
b) Pelajar harian (tidak tinggal di Asrama) yang memandu kenderaan sendiri hendaklah
mendaftarkan kenderaan masing-masing dengan membeli PAS KENDERAAN (bawa bersama
lesen memandu dan cukai jalan/insuran yang sah) di Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan sahaja.
(Rujuk Papan Tanda dan Arahan Pengawal Keselamatan).

2.8 KAWASAN LARANGAN MEROKOK


Kampus Politeknik Sultan Azlan Shah merupakan KAWASAN LARANGAN MEROKOK. Anda
boleh dikenakan tindakan disiplin sekiranya ditangkap merokok di mana-mana kawasan di
kampus.

22 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.9 PETIKAN AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976


(AKTA 174)
a) Kehadiran Di Kuliah
Kehadiran di kuliah adalah wajib. Pelajar hendaklah dengan seberapa segera memberitahu
pensyarah yang berkenaan sebab-sebab tidak hadir yang memuaskan hatinya dan mendapatkan
kelulusan mengenainya.

b) Pakaian dan Penampilan Diri


Pelajar hendaklah berpakaian secara sopan atau bersesuaian ketika menghadiri kuliah, tutorial,
peperiksaan, kelas, bengkel atau ketika melibatkan diri atau menghadiri apa-apa aktiviti sama ada
di dalam atau di luar kampus atau semasa berada di mana-mana bahagian di dalam kampus.

c) Kad Pelajar
Pelajar hendaklah memakai Kad Pelajarnya pada bila-bila peristiwa dan pada bila-bila masa
sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar. Kad pelajar hendaklah dipakai
ditempat yang sesuai dan mudah dilihat. Sebarang pengubahsuaian terhadap kad pelajar adalah
dilarang sama sekali.

d) Judi Dalam Kampus


Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh
mengorganisasi, mengurus, menjalankan atau membantu dalam mengorganisasi, mengurus atau
menjalankan, atau menyertai, apa-apa judi, pertaruhan atau loteri dalam kampus.

e) Minum Atau Memiliki Minuman Keras Dan Mabuk


Tiada seseorang pelajar boleh meminum atau ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa minuman keras di dalam kampus.

f)

Bahan Lucah
Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa- apa
bahan lucah di dalam kampus.

23 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

g) Dadah Dan Racun


Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa- apa
dadah atau racun.

h) Kebersihan Di Dalam Kampus


Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejas kebersihan dan kekemasan
tempat tinggal seseorang pelajar di dalam kampus atau kebersihan atau kekemasan mana-mana
asrama, dewan kuliah, jalan, taman atau kebersihan atau kekemasan mana-mana bangunan atau
binaan lain di dalam kampus.

i)

Membuat Bunyi Yang Menggusarkan Dan Mengganggu


Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi atau bising, atau menyebabkan diterbitkan
apa-apa bising atau bunyi, dengan apa-apa jalan atau dengan apa-apa cara, jika bising atau bunyi
itu menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada orang lain di dalam kampus.

j)

Tempat Tinggal Dan Tempat Tidur Di Kampus


Tiada seseorang pelajar boleh menggunakan atau menyebab digunakan mana-mana bahagian
kampus atau mana-mana bahagian daripada mana-mana bangunan di dalam kampus sebagai
tempat tinggal atau tempat tidur, kecuali tempat yang disediakan baginya dalam asrama dalam
Institusi.

k) Larangan-larangan Am
Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan, samada di dalam atau di luar kampus, secara yang boleh
merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan atau namabaik
Institusi, atau kepada kepentingan, kesentosaan atau namabaik mana-mana pelajar, kakitangan,
pegawai, atau pekerja Institusi, atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam, atau
kepada akhlak, kesopanan atau tatatertib.

24 | P a g e

SESI
l)

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Keingkaran
Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah
yang diberi atau dibuat oleh mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerja politeknik yang
diberikuasa untuk memberi atau membuatnya dalam kampus, maka pelajar itu adalah bersalah
atas suatu kesalahan tatatertib.

m) Hukuman Tatatertib
Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan manamana satu daripada hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman itu disatukan
sekali:
i.

amaran;

ii.

denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;

iii.

penggantungan daripada mana-mana daripada atau kesemua kemudahan Institusi selama


tempoh yang ditentukan;

iv.

penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang


ditentukan;

v.

penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di Institusi;

vi.

penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh yang ditentukan;

vii.

pembuangan daripada Institusi, oleh pihak berkuasa tatatertib.

2.10 PERKARA - PERKARA LAIN


a) Pelajar hendaklah juga membawa pakaian sukan seperti track-bottom, baju- T (keutamaan
putih), kasut dan stoking. Pelajar Islam hendaklah sentiasa berpakaian sukan yang menutup
aurat.
b) Pelajar Islam juga hendaklah membawa pakaian bersolat yang lengkap.
c) Sediakan mesin kira (calculator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan. (Boleh dibeli di kedai
KOPSAS).

25 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

MAKLUMAT TAMBAHAN:
SEMUA PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL ,
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM DAN JABATAN
KEJURUTERAAN ELEKTRIK dikehendaki menyediakan
Wang Tunai RM120.00 (anggaran) Untuk Pembelian
Safety Boots dan Jaket Bengkel / Makmal.

26 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PANDUAN SEMASA MENDAFTAR


Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti
supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan
didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak
dipenuhi.

27 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

3.1 HARI PENDAFTARAN


Tarikh dan waktu pendaftaran serta maklumat tambahan ada dinyatakan dalam surat iringan
yang telah diposkan atau di dalam portal PSAS.

(Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah
ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini)

3.2 PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA SEMASA HARI


PENDAFTARAN
a) DOKUMEN DOKUMEN ASAL yang berikut:
i.

Kad Pengenalan

ii.

Slip Bayaran BIMB (Yuran Pengajian & Yuran Asrama)

iii.

Slip Bayaran BIMB (Bayaran Pelbagai)

iv.

Surat Tawaran ke Politeknik

v.

Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)

vi.

Dokumen kokurikulum yang berkaitan (terutamanya mewakili negara dan negeri)

vii.

Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:1)


2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

BHEP1
BHEP2
BHEP3
BHEP4
BHEP5
BHEP6A
BHEP6B
BHEP7

-Borang Maklumat Peribadi Pelajar


-Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung
-Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan
-Akujanji Pelajar PSAS
-Borang Pendaftaran Asrama
-Borang Jaminan Tatatertib Asrama
-Borang Jaminan Tatatertib Asrama (Salinan Pelajar)
-Laporan Pemeriksaan Doktor

(Jika anda tidak mengemukakan dokumen ASAL, pendaftaran anda boleh DITOLAK)
b) Lima keping gambar warna yang terbaharu ukuran pasport / lesen memandu (termasuk
yang dilekatkan pada borang). Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan
berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, berpakaian yang tidak
mendedahkan bahagian bahu dan dada. Pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung
hitam.
Sila catatkan nama, no kp dan program anda di belakang setiap keping gambar.

28 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

3.3 PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA HARI PENDAFTARAN


Sewaktu mendaftar pelajar hendaklah berpakaian sempurna dengan rupa diri yang kemas
seperti berikut:

a) Pelajar lelaki hendaklah memakai BAJU KEMEJA PUTIH dan SELUAR SLACK HITAM (GELAP),
serta memakai stoking dan KASUT HITAM.

b) Pelajar perempuan hendaklah memakai sama ada BAJU KURUNG PUTIH (tanpa corak), KAIN
SARUNG HITAM DAN KAIN TUDUNG HITAM (pelajar Islam) atau BLOUSE PUTIH (tanpa corak)
DAN SKIRT LABUH HITAM yang kemas dan bersopan serta memakai stoking dan KASUT HITAM
(bertutup penuh).

c) Rambut mestilah kemas. Bagi pelajar lelaki, rambut hendaklah PENDEK DENGAN PARAS
BELAKANG TIDAK MELEBIHI PARAS KOLAR BAJU, PARAS TEPI TIDAK MELEBIHI PARAS ATAS
TELINGA DAN PARAS DEPAN TIDAK MELEBIHI PARAS DAHI.

PERINGATAN:
PEMAKAIAN TOPI, SELUAR JEANS, SELUAR
PENDEK, SELUAR SUKAN DAN BERSELIPAR
ADALAH DILARANG.

29 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

3.4 MINGGU SUAI KENAL (MSK)


a) SEMUA pelajar baharu PSAS diwajibkan mengikuti program Minggu Suai kenal yang bermula
selepas selesai pendaftaran pelajar dan ianya berlangsung selama tiga atau empat hari. Segala
urusan lain hendaklah dibuat di luar waktu program tersebut.

b) Pelajar lelaki dikehendaki memakai kemeja lengan panjang putih dan seluar slack
hitam/gelap sewaktu sesi taklimat / ceramah (atau pakaian lain seperti diarahkan).

c) Pelajar perempuan dikehendaki memakai baju kurung putih (tanpa corak), kain tudung
hitam dan kain sarung atau blouse putih (tanpa corak) dan skirt labuh hitam/gelap sewaktu
sesi taklimat/ceramah (atau pakaian lain seperti diarahkan).

d) Pakaian sukan juga perlu dibawa untuk aktiviti sukan.

30 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAMPIRAN

31 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAMPIRAN A
KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA
(RM200 & RM60) DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

i.

MULAI 15 OGOS 2013, BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA HANYA BOLEH DIBUAT
MELALUI SALAH SATU DARIPADA TIGA (3) SALURAN IAITU:

PERBANKAN INTERNET (BAGI YANG MEMILIKI AKAUN BIMB)

1.

Layari www.bankislam.com.my

2.

Klik logo Internet Banking Login dan tekan butang ok pada Security Alerts

Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank
Islam.

4.

Pilih Bill Presentment pada bahagian Bill Payment.

5.

Pilih POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti.

6.

Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik next

7.

Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik pay

8.

Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih source account yang hendak
di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik pay

9.

Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan..

10.

Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.

11.

Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan
adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai
rujukan.

32 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

MESIN ATM BANK ISLAM (BAGI YANG MEMILIKI AKAUN BIMB)

1.

Pilih menu LAIN-LAIN

2.

Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

Pilih menu YURAN IPT

4.

Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit )

5.

Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

6.

Pilih Bil yang ingin dibayar

7.

Sahkan amaun yang ingin dibayar

8.

Transaksi selesai dan ambil Resit

MESIN DEPOSIT TUNAI (CASH DEPOSIT MACHINE - CDM) BANK ISLAM (BAGI YANG
TIDAK MEMILIKI AKAUN BIMB)

1.

Pilih menu YURAN IPT

2.

Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

Pilih POLITEKNIK KPT

4.

Sahkan data dan masukkan wang

5.

Sahkan jumlah kemasukkan wang

6.

Transaksi selesai dan ambil Resit

33 | P a g e

SESI

ii.

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

KAEDAH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI (RM600 @ RM305)


DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Kaedah membayar Bayaran Pelbagai HENDAKLAH melalui KAUNTER di mana-mana cawangan


BIMB dengan menggunakan Slip Bayaran (Bill Payment) BIMB yang disediakan seperti di bawah
atau menggunakan Slip Bayaran yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PSAS:

4
6
7

Calon boleh membuat bayaran di mana-mana kaunter cawangan BIMB dengan


melengkapkan Borang Slip Pembayaran Bil seperti berikut:
1.
2.
3.
4.

Nama
No. Akaun
No. Telefon
Wang tunai Ringgit /
Cash

: (sila letakkan nama calon pelajar)


: 08068010020364
: (sila letakkan no telefon calon pelajar)
: Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja / Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima
Puluh Ringgit Sahaja (*bergantung kepada kategori calon pelajar)

5.

Jumlah Bersih

: RM600/RM150 (*bergantung kepada kategori calon pelajar)

6.

Bayar Kepada

: KOPSAS BERHAD (HEP) (KOD 570)

Jenis Bayaran

: BAYARAN PELBAGAI

No. Kad Pengenalan

: (sila letakkan no kad pengenalan calon pelajar)

(Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM.70. Sila simpan salinan pendua
Borang Slip Pembayaran Bil yang akan dikembalikan oleh pihak bank sebagai bukti pembayaran)

34 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAMPIRAN B
PETA LOKASI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
Koordinat 346'12.1"N 10127'00.4"E

koordinat 346'12.1"N 10127'00.4"E

35 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAMPIRAN C
PELAN KAMPUS POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

36 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAMPIRAN D
a) SENARAI SEMAK DOKUMEN ASAL YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN
BIL

PERKARA

TANDAKAN ( / )

DOKUMEN ASAL
1

Borang Hal Ehwal Pelajar 1-7 (BHEP 1 7)

Lima (5) keping gambar berukuran pasport (memenuhi spesifikasi yang telah
ditetapkan oleh pihak Politeknik Sultan Azlan Shah)

Surat Tawaran Kemasukan Ke Politeknik

Kad Pengenalan

Keputusan atau sijil SPM/SPMV

Sijil Berhenti Sekolah

Surat Akuan Testimonial Sekolah (JIKA BERKAITAN)

Sijil kokurikulum

Slip Peperiksaan Semester Akhir atau Transkrip (Intergrasi)

10

Slip Pengesahan Pendaftaran Online

11

Borang Lapor Diri Pelajar Baharu

12

Slip Bayaran BIMB (Slip Bayaran Yuran Pengajian / Yuran Asrama / Bayaran
Pelbagai Politeknik)

13

Slip Keputusan Malaysian University English Test (MUET)

37 | P a g e

SESI

DIS 2015

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

b) SENARAI SEMAK SALINAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN


BIL

PERKARA

TANDAKAN ( / )

DOKUMEN SALINAN
1

Tiga (3) salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik

Tiga (3) salinan kad pengenalan (depan dan belakang) disahkan

Tiga (3) salinan keputusan atau sijil SPM/SPMV disahkan

Tiga (3) salinan sijil berhenti sekolah (tingkatan 5) disahkan

Tiga (3) salinan surat akuan/testimonial sekolah (JIKA BERKAITAN) disahkan

Tiga (3) salinan sijil kokurikulum disahkan

Tiga (3) salinan slip peperiksaan semester akhir atau transkrip (Intergrasi)
disahkan

Tiga (3) salinan slip Bayaran BIMB (Slip Bayaran Yuran Pengajian / Yuran
Asrama / Bayaran Pelbagai Politeknik)

Tiga (3) salinan Medical Check-Up

10

Salinan Slip Keputusan Malaysian University English Test (MUET)

Kesemua salinan dokumen ini adalah untuk simpanan pelajar bagi tujuan Sistem
Penasihat Akademik, permohonan biasiswa dan lain-lain.

38 | P a g e