Anda di halaman 1dari 2

Masak Merah Kambing ini juga adalah resipi Abang Kassim.

Jom kita
tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Masak Merah
Kambing.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah kambing, bawang merah mayang,


rempah tumis, serai yang telah dititik, bahan kisar ->( halia, bawang
putih, bawang merah, lada kering), gula melaka, gula pasir, garam, serbuk
perasa, tomato buah, tomato puri, tomato sos, cili sos, daun pudina, daun
ketumbar, daun sup, daun bawang, kismis, sunquick (sedikit), susu cair,
air dan minyak untuk menumis.

Daging kambing perlu dibersihkan dengan menggunakan tepung gandum


yang dicampurkan dengan air untuk menghilangkan bau hamis daging
kambing. Bila sudah dibersihkan, masukkan daging kambing itu ke dalam
periuk dan isi dengan air. Campakkan seketul halia dan rebus daging
kambing itu hingga empuk. Jaga tahap kepanasan api dapur. Bila daging
kambing sudah empuk, sila toskan daging itu kerana kita tidak akan
menggunakan air rebusan daging kambing itu lagi.

Untuk membuat kuah masak merahnya, pertama sekali, panaskan minyak


di dalam periuk.

Tumiskan bawang merah mayang hingga garing.

Campakkan rempah tumis -> kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga ,
bunga lawang dan serai titik. Kacau lagi.
Masukkan bahan kisar ->( halia, bawang putih, bawang merah dan lada
kering). Kacau dan tunggu hingga bahan kisar menjadi garing. kemudian
bolehlah dimasukkan gula melaka, tomato puri, tomato sos, cili sos,
sunquick (sedikit), susu cair, gula pasir, serbuk perasa, garam dan kismis.
Jika kuah pekat, bolehlah dimasukkan sedikit air. Tunggu sehingga
menggelegak. Kemudian rasa tahap kemanisan, kemasinan dan
kesedapan yang diinginkan.
Setelah rasa keenakannya memenuhi piawaian citarasa anda, bolehlah
dimasukkan daging kambing yang telah direbus dan ditoskan itu tadi ke
dalam periuk kuah masak merah . Masukkan sekali tomato buah yang
telah dibelah dua, daun pudina, ketumbar, daun sup dan daun bawang.
Gaul rata dan setelah kuah mendidih, bolehlah ditutupkan api dapur. Itu
tandanya masakan Masak Merah Kambing sudah selesai. Jom kita pulun

ramai-ramai. Selain boleh dimakan dengan aneka jenis nasi, Masak Merah
Kambing ini juga boleh dimakan bersama roti. Apa-apa roti pun boleh,
lebih-lebih lagi roti perancis. Memang menyelerakan. Jemput makan!!

Anda mungkin juga menyukai