Anda di halaman 1dari 8

Soal Jawab Lazim Isu Pindaan Akta 355.

Oleh : Nasrudin bin Hassan


Ketua Penerangan PAS Pusat.

Soalan 1 : Mengapa PAS bawa sekarang, seolah-olah ini prioriti


dalam negara sedangkan masalah dalam negara begitu gawat
seperti 1MDB, masalah kemiskinan di Kelantan, masalah
perpecahan orang Melayu dan sebagainya?
Jawapan : Setiap masalah dalam negara memerlukan solusi yang
tuntas. PAS berusaha dalam kapasiti yang sedia ada untuk
menawarkan dan menyelesaikan masalah yang berlaku. Dalam
politik, ekonomi, sosial, persekitaran, sukan dan budaya, PAS
sentiasa bersuara untuk memberikan pandangan dan
penyelesaian. Setiap masalah besar yang berlaku dalam negara,
PAS sentiasa konsisten memperjuangkannya melalui pelbagai
mekanisme dalam kerangka demokrasi dan undang-undang.
Kelantan adalah model perjuangan PAS menterjemahkan model
kepimpinan dan pentadbiran Islam yang diperjuangkan. Bermula
kepimpinan Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku
Menteri Besar sehinggalah sekarang, Kelantan tidak pernah
mengabaikan kebajikan rakyat dan pembangunan material
disamping terus mengguatkan usaha perlaksanaan syariat Islam
sebagai merealisasikan kesyumulan Islam yang diperjuangkan oleh
PAS.
Justeru masalah umat Islam khususnya berkaitan jenayah Syariah
adalah kritikal terutama yang berkaitan dengan akidah dan
kesusilaan. Oleh itu, PAS tampil mencadangkan agar pemasalahan
ini boleh dikurangkan menerusi pemerkasaan bidang kuasa
Mahkamah Syariah bagi kes-kes jenayah sepertimana yang
diperuntukkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965 Akta 355. Ini menunjukkan masalah-masalah
negara cuba diselesaikan oleh PAS menurut kapasiti, peruntukan
undang-undang, semangat demokrasi dan prioriti yang sewajarnya.

Soalan 2 :
bukan Islam?

Apa jaminan RUU 355 ini tidak melibatkan orang

Jawapan : Akta 355 dan RUU Pindaan Akta 355 ini tidak
melibatkan orang bukan Islam. Seksyen 2 Akta 355 menyatakan,
Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di
bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan
diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama
Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut
satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual
Kesembilan Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi
bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap
rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama
tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undangundang bertulis.
Usul persendirian YB Ahli Parlimen Marang juga salah satunya
adalah untuk menggantikan Seksyen 2 Akta 355 iaitu,
Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang
penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah
perkara-perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri
di bawah Jadual Kesembilan Undang-undang Persekutuan.
Ertinya ia adalah jaminan Perlembagaan Persekutuan di mana
Pindaan Akta 355 ini tidak akan melibatkan orang bukan Islam. Ia
jelas termaktub dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan
Persekutuan, Butiran 1 Senarai II - Senarai Negeri.
" ..... yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas
orang yang menganut agama Islam ...."
Melainkan orang bukan Islam sendiri bersetuju untuk meminda
Perlembagaan Malaysia dengan 2/3 majoriti.

Soalan 3 : Apa perlunya ada dua set undang-undang, satu


untuk orang Islam, satu untuk orang bukan Islam ?
Jawapan : Ia melibatkan historical context dan usaha
mereformasikan perundangan di Malaysia. Zaman prapenjajahan. Penjajahan dan pasca penjajahan telah
memberikan kesan kepada sistem perundangan dan
institusi mahkamah di Malaysia. Tambahan pula, adalah
menjadi kewajiban dan hak bagi umat Islam untuk
mendapatkan perlindungan dan tuntutan menerusi sistem
perundangan Syariah sepertimana yang telah diiktikadkan
dalam Islam.
Undang-undang Islam disifatkan sebagai lex loci atau law
of the land tetapi telah diselewengkan oleh penjajah apabila
mereka memperkenalkan Common Law sejak Perjanjian
Pangkor 1786.
Sehingga ke satu peringkat, umat Islam pula yang terpaksa
mempertahankan undang-undang Syariah daripada
diganggu oleh undang-undang sivil. Kes ini boleh dirujuk
kepada usaha yang dilakukan oleh Almarhum Profesor Dr
Ahmad Ibrahim dalam menaiktaraf kedudukan
Mahkamah Syariah dengan memasukkan peruntukan
Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Pada
masa yang sama, peruntukan ini tidak menjejaskan hak
bukan Islam di Mahkamah Sivil.
Justeru itu, dua set undang-undang atau dua sistem ini
adalah ketetapan perlembagaan sejak merdeka. Namun ia
juga bukan suatu yang pelik sebab bukan sahaja negara
kita tetapi jugak berlaku di negara lain seperti Kanada.

Soalan 4 : Mengapa YB Ahli Parlimen Marang tidak terus


bentang pada hari berkenaan sebaliknya memohon tangguh
ke sidang Parlimen akan datang?
YB Ahli Parlimen Marang diberi peluang membentangkan
usul persendirian pada 26 Mei 2016. Ia adalah hari terakhir
sidang Parlimen bagi Penggal Keempat Mesyuarat Kedua
sebelum mesyuarat kembali bersidang pada bulan Oktober
2016.
Langkah ini adalah untuk membuka peluang kepada ahliahli parlimen yg lain membuat persediaan dan
persiapan wajar
untuk berbahas (seperti yg diminta
sendiri oleh MP pembangkang yang lain). Juga utk
membuka ruang yang luas kepada aktiviti dakwah
dalam memberi kefahaman kepada masyarakat tentang
perlaksanaan syariat.
Secara tidak langsung, ia memberi ruang kepada
pendidikan politik dalam kalangan rakyat untuk
berbincang, meneliti dan seterusnya menyokong usaha
tersebut.
Tindakan YB Ahli Parlimen Marang juga selaras dengan
Peraturan Mesyuarat 15 (5) iaitu;
Usul seseorang yang bukan ahli Kerajaan yang telah
dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus,
apabila pencadangnya memberitahu hendak disambung
dalam mesyuarat akan datang, hendaklah didahulukan
daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang
bukan ahli kerajaan.

Soalan 5 : Mengapa usul ini tidak dibawa oleh kerajaan,


sebaliknya pihak kerajaan hanya menyokong usul tersebut
dibentangkan sahaja?
Jawapan : PAS komited memperjuangkan Islam dalam
segenap sudut. Contohnya, sejak PAS memerintah
Kelantan pada tahun 1990, Kerajaan Negeri telah
meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993
pada bulan November 1993. Hal ini membuktikan PAS
sentiasa mengambil inisiatif untuk bergerak maju ke
hadapan untuk memartabatkan Islam.
Akta 355 digazetkan pada tahun 1965 dan kali terakhir ia
dipinda pada tahun 1984. Ia hanya meminda perkara atau
hukuman yang kecil sesuai dengan keadaan pada waktu itu.
Asalnya merupakan permohonan kerajaan negeri Kelantan
kepada Kerajaan pusat utk melaksanakan Enakmen
Jenayah Syariah Kelantan. Setelah mendapat nasihat
daripada Jawatankuasa Teknikal, kerajaan PAS Kelantan
bersetuju melaksanakan syariat setakat mana yg
dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu dgn
meminda Akta 355.
Tiga puluh tahun selepas pindaan terakhir pada tahun 1984,
sekali lagi PAS mengambil langkah ke hadapan untuk
mengusulkan pindaan tersebut. Bahkan, langkah tersebut
dibenarkan menurut lunas perundangan dan demokrasi.

Soalan 6 : Apa jaminan usul ini akan dibenarkan untuk


dibahaskan pada sidang Parlimen akan datang ?
Jawapan : Peraturan Mesyuarat 15 (5) Dewan Rakyat
menyatakan, iaitu;
Usul seseorang yang bukan ahli Kerajaan yang telah
dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus,
apabila pencadangnya memberitahu hendak disambung
dalam mesyuarat akan datang, hendaklah didahulukan
daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang
bukan ahli kerajaan.
Perkara tersebut juga telah termaktub dalam Penyata
Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 26 Mei 2016.
PAS yakin usul ini akan dibahaskan dalam sidang Parlimen
akan datang. Rakyat pelbagai peringkat juga telah berbahas
perkara ini secara meluas. Secara tidak langsung, ia telah
membentuk mood yang baik dalam kalangan rakyat. Walau
bagaimanapun, PAS menyerahkan perkara yang bakal
berlaku kepada Allah swt.

Soalan 7 : Tidakkah RUU 355 ini bercanggah dengan


Perlembagaan Persekutuan?
Jawapan : Akta 355 adalah diwujudkan melalui peruntukan
perlembagaan persekutuan (Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965) Memindanya pula adalah
mengikut peraturan dewan rakyat yg dibenarkan oleh
perlembagaan persekutuan juga

Soalan 8 : Apakah RUU 355 ini hudud atau berkaitan


dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan?
Jawapan : Berdasarkan pembentangan usul yang
dikemukakan oleh YB Ahli Parlimen Marang di Dewan
Rakyat pada 16 Mei 2015, beliau mencadangkan agar
Seksyen 2 digantikan dengan Seksyen berikut, iaitu;
Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas
seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal
kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di
dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan,
Undang-Undang Persekutuan.
Selain itu, beliau juga mahu memasukkan seksyen baru
iaitu Seksyen 2A, iaitu,
Dengan menjalankan undang-undang jenayah di bawah
Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan
hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah
berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah
seksyen yang disebutkan di atas selain dari hukuman mati.
Justeru itu, Pindaan Akta 355 hanya akan melibatkan
perlaksanaan hukuman ke atas bentuk kesalahan yang
telah sedia ada dalam Akta 355 dengan jumlah hukuman
yang menepati piawaian undang-undang Syariah.

Soalan 9 : Adakah PAS yakin bahawa PAS tidak akan ditipu


oleh UMNO dalam konteks RUU 355 ini?
Jawapan : PAS berpegang kepada firman Allah swt :








Dan jika mereka cenderung kepada pendamaian, dan
engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta
bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha
Mendengar dan Maha Mengetahui. Dan jika mereka
hendak menipumu, maka cukuplah Allah bagimu. Dialah
yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan bantuan
daripada orang-orang yang beriman
(Surah al-Anfal, ayat 61 dan 62)

Soalan 10 : Seandainya Pindaan Akta 355 ini diluluskan,


bersediakah agensi-agensi pelaksana undang-undang di
negara kita?
Jawapan : PAS yakin bahawa setiap undang-undang yang
digazetkan akan disusuli dengan pelbagai tindakan lain
untuk dikuatkuasakan. Oleh itu, semua agensi yang
terlibat akan turut sama menjayakan agenda Akta 355
ini nanti. Setiap agensi pelaksana akan sentiasa melakukan
perubahan-perubahan yang dinamik selari dengan
kehendak perundangan.
Inilah Penyelesaian Kita
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai