Anda di halaman 1dari 10

Esei Kajian kes "Ilmu Tanpa Iman"

Seorang pemimpin adalah individu yang berpengaruh dalam organisasi yang akan
menggunakan kuasa pengaruhnya dalam mewujud dan mencapai tujuan pengurusan
organisasi. Pemimpin yang berjaya adalah individu yang memimpin dan bukan individu
yang menggunakan kedudukannya untuk memimpin perubahan organisasi. Hari ini dunia
pendidikan berelemenkan bidang teknologi maklumat dan kuasa ekonomi yang menuntut
perubahan pendidikan secara global bagi membina kemahiran insaniah yang membentuk
modal insan di masa hadapan. Dalam menghadapi transformasi pendidikan, penambahbaikan
perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah selaras dengan 11 anjakan yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Kemenjadian dan keberhasilan

murid dan sekolah pada masa yang akan datang dibentuk dengan usaha penambahbaikan
yang dilakukan pada hari ini (PPPM). Walau bagaimanapun ia perlu diimbangi dengan
kecemerlangan sahsiah yang menjunjung adat dan adab berguru di kalangan murid.
Menurut Henry Pratt Fairchild , pemimpin didefinisikan sebagai seorang yang
memimpin yang memperkasa tingkah laku sosial dan berkemampuan, dalam kepimpinan
dalam suatu organisasi.Menurut Ralph Waldo Emerson (dalam Abdul Rahman Aziz, 1997)
sesungguhnya keberanian dan ketelitian adalah nilai yang amat perlu untuk memperolehi
kejayaan atau keuntungan dan apabila mencapai kejayaan itu, ia memerlukan sepuluh kali
ganda kecerdasan otak untuk mengekalkannya dalam diri individu.
Pengetua atau guru besar yang merupakan pemimpin tertinggi di sekolah ,mestilah
berupaya membawa perubahan kepada sekolah mereka. Mengikut Robbins, Couhard dan
Langton

(2009) pengurusan adalah satu proses mengagih input-input organisasi (termasuk

sumber ekonomi dan sumber kakitangan) secara terancang segala perancangan,


pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan output (segala barangan dan perkhidmatan)
yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.Kepimpinan sekolah yang
berkesan adalah

pemimpin instruksional yang memastikan bahawa pengajaran dan

pembelajaran yang berkualiti tinggi berlaku dalam setiap bilik darjah.


Berdasarkan Gullick and Urwick, (1937) fungsi pengurus bukan sahaja kepada
konsep merancang, mengelola, memimpin dan mengawal (POLC) tetapi lebih daripada itu
iaitu menggunakan staf, mengarah, melapor dan menyediakan belanjawan.

Pengurus juga

hendaklah mempunyai ketrampilan yang berkesan iaitu selain merancang, mereka juga perlu
ada pengetahuan global, tindakan strategik, kerja berpasukan dan boleh berkomunikasi pada
semua peringkat lapisan masyarakat.(Heliriegel, Jackson dan Slocum (1999).
Sekolah menjadi asas medium

dalam pembinaan pewaris

generasi masa

hadapan .Guru besar atau pengetua berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan
keberhasilan sekolah mencapai KPI sebagai tanda aras

tahap kecemerlangan yang

tinggi.Kepimpinan yang berkesan boleh membentuk perwatakan sekolah dan penetapan hala
tuju yang disasarkan. Merujuk kajian kes SMK Tanjung Batu, Haji Zainal bin Zainuddin
selaku pengetua yang baru berkhidmat , beliau menyahut cabaran untuk mengurus dan
membina semua reputasi SMK Tanjung Batu yang pada satu ketika dahulu dianugerahkan
sebagai Sekolah Harapan Negara.Sebagai orang baharu , Haji Zainal bin Zainuddin tidak
malu meminta pandangan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah mengenai sejarah sekolah dan
saranan yang boleh membantu beliau mengorak langkah dalam mengatur perancangan pelan
strategik

yang

bersesuaian

dengan

latar

belakang

setempat

dan

sosialiasi

tempatan.Keberkesanan sekolah pula diukur jika sekolah itu mencapai suatu status yang
memenuhi kriteria-kriteria tertentu dan menghasilkan impak yang dihasratkan.Pencapaian
dan kecemerlangan sesebuah sekolah terletak pada kepimpinan yang berkesan. Di sinilah
letaknya kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengembeleng tenaga dan minda bersamasama dengan warga sekolahnya untuk mencapai apa yang disasarkan selaras dengan visi
sekolah iaitu Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

Peter Mortimore (1995) dari Universiti London dalam kertas kerjanya yang berjudulKey
Characteristics of Effective Schools telah menyenaraikan 11 ciri-ciri sekolah berkesan iaitu:
1. Kepemimpinan profesional
Ciri ini menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolah-sekolah harus
mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan yang
mengusaha dan mengekalkan proses memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama ada sekolah
mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan guru
dalam membuat keputusan dan menekankan kepemimpinan ketua jabatan atau panitia. Ciri
ini juga menekankan sama ada pemimpin sekolah sebenarnya seorang profesional dan

berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum,


memantau kemajuan murid, serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan
dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

2. Perkongsian wawasan dan tujuan


Ciri ini bermaksud warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan sekolah
serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap. Ciri ini juga merujuk pada
pentadbiran sekolah yang mengamal tindakan pengurusan secara konsisten, iaitu berdasarkan
piawai disiplin yang ditentukan oleh sekolah, atau guru menjadi model contoh. Ciri ini juga
bermaksud tentang kewujudan kesetiakawanan dan kerjasama antara warga sekolah serta
penglibatan guru dalam proses membuat keputusan.

3. Persekitaran pembelajaran
Ciri ini bermaksud iklim sekolah ditentukan oleh wawasan, nilai dan tujuan. Iklim sekolah
yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah yang
tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam
suasana berorientasikan tugas, di samping wujudnya disiplin kendiri dalam kalangan murid
yang merupakan prasyarat bagi pembelajaran berkesan.
4. Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
Ciri ini menampakkan tujuan utama sekolah, iaitu pengajaran dan pembelajaran kerana
keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah.
Kajian menunjukkan ada perkaitan yang rapat di antara tumpuan kepada pengajaran dan
pembelajaran sekolah dengan keberkesanan guru. Kajian juga menekankan sekolah patut
memfokus pada kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Rumusan pelbagai kajian
oleh Mortimore menunjukkan bahawa sekolah harus memaksimumkan masa belajar,
meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata-mata muridan prioriti
secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada pembelajaran murid dan

guru sangat prihatin dengan muridan dan pembelajaran kognitif murid. Sekolah
mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari luar bilik darjah.
Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang
berpengetahuan mendalam dalam kurikulum, dan bertumpukan penguasaan kemahirankemahiran asas.
5. Pengajaran yang bertujuan
Mortimore mendapati kualiti pengajaran merupakan intipati sekolah berkesan, di samping
memiliki guru yang berkualiti. Ciri pengajaran bertujuan pula bermakna perlu mempunyai
organisasi yang efisien, tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur dan amalan yang
fleksibel.
6. Jangkaan kejayaan yang tinggi
Ciri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang
terhadap murid-murid mereka kerana rumusan kajian Mortimore menunjukkan ada kaitan
yang rapat di antara jangkaan kejayaan yang tinggi dan keberkesanan murid. Guru didapati
sangat aktif dalam membantu murid dan yakin dengan pencapaian murid-murid. Guru juga
sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap murid yang merangsang
mereka untuk berjaya. Rangsangan ini diberi melalui kata-kata pujian yang tekal.
7. Pengukuhan yang positif
Mortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor
penting bagi meningkatkan motivasi murid. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil.
Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa
kepunyaan dan keterlibatan. Disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai di
sekolah. Di samping itu, guru juga harus mendapat maklum balas segera tentang setiap
tindakan yang dijalankan, sementara kepada murid pula ganjaran atau hukuman perlu
disegerakan selepas setiap kebaikan atau kesalahan dilakukan.
8. Memantau kemajuan
Berdasarkan maklumat kajian yang dikumpul oleh Mortimore, sekolah berkesan sentiasa
melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi murid secara teratur. Guru dapat
menentukan sejauh mana tujuan sekolah telah dicapai. Sekolah perlu memberi tumpuan
kepada murid, ibu bapa dan tujuan persekolahan. Sekolah juga hendaklah sentiasa berusaha

untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek-aspek penilaian dan
kaedah mengajar yang terkini.
Di samping itu, sekolah perlu menegaskan kepada murid dan guru supaya mengambil berat
tentang kemajuan muridan.
9. Hak dan tanggungjawab murid
Rumusan kajian Mortimore turut mendapati sekolah berkesan menekankan usaha
meningkatkan harga diri murid. Murid sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam
pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan
tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.
10. Hubungan rumah-sekolah
Mortimore seterusnya menekankan tentang pentingnya hubungan rumah-sekolah bagi
meningkatkan keberkesanan sekolah. Kajian-kajian menunjukkan pentingnya penglibatan ibu
bapa dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Hubungan ini
seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan
anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula
mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.
11. Organisasi Pembelajaran
Rumusan kajian Mortimore seterusnya menunjukkan sekolah-sekolah berkesan mempunyai
organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan ilmu
profesional. Ke arah sekolah berkesan, pengurusan sekolah harus mengadakan program
perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk membantu guru dan staf meningkatkan
mutu pengajaran di dalam bilik darjah.

Abdul Shukor (1995) pula menyenaraikan ciri-ciri sekolah yang


berkesan adalahseperti berikut :
1.

Guru besar mempunyai kepimpinan yang kuat dengan tumpuan pengurusan adalah
terhadap
peningkatan kualiti pengajaran,

2.

Membina iklim persekolahan di mana tiap-tiap murid berada dalam satu tahap pencapaian
yang

ditetapkan terlebih dahulu dan tidak lebih rendah daripada itu,


3.

Mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlunya membinaperaturan ketat, tenang
dan
tanpa penindasan, tetapi selesa untuk suasana proses pengajaran,

4.

Memberi keutamaan terhadap proses pengajaran di mana sekolah berusaha bersungguhsungguh


bagi memastikan matlamat pengajaran dilaksanakan secara teratur danmemberi faedah, serta

5.

Mengesan kemajuan murid secara sistematik, iaitu guru besar dan guru-guru mengawas
kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran.
Dalam menentukan keberkesanan sekolah, guru besar sebagai pemimpin di sekolah perlu
mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang profesional dan bermatlamat serta
bijak merangka dan melaksanakan strategi bagi memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan untuk
mencapai status sekolah berkesan. Dalam satu hasil pemerhatian yang telah dijalankan oleh
31 pensyarah Institut Aminuddin Baki di dalam buku bertajuk Amalan-amalan Terbaik
Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah-sekolah Cemerlang di Malaysia mendapati dan
mengesahkan bahawa 11 ciri-ciri yang diutarakan oleh Peter Mortimore telah dapat dikesan
diamalkan oleh pemimpin-pemimpin sekolah berkenaan. Ini jelas menunjukkan bahawa
pemimpin sekolah berperanan sebagai live wire dalam menentukan keberkesanan sekolah.
Justeru itu, dalam usaha untuk memastikan keberkesanan sekolah pemimpin perlu
melaksanakan usaha penambahbaikan melalui amalan pembangunan profesionalisma guru di
sekolah dengan memberi penekanan kepada polisi dan struktur pengurusan, analisis
keperluan, perancangan, aktiviti serta pelaksanaan dan tindakan susulan. Dalam usaha untuk
menjadikan sekolah berkesan, guru besar selaku pemimpin juga perlulah bijak mengesan,
mengenalpasti dan menilai segala kekurangan dan kelebihan dari segi pengurusan, sumber
manusia dan fizikal yang ada di sekolah untuk tujuan perubahan dan penambahbaikan.
Menurut Hopkins et al (1994), penambahbaikan merujuk kepada proses perubahan dalam
pendidikan akibat daripada keupayaan sekolah mengubah pengurusannya. Miles et al. (1987)
pula berpendapat proses penambahbaikan merupakan proses perubahan yang sistematik
terhadap pembelajaran dan faktor-faktor dalaman sekolah untuk mencapai matlamat
pendidikan yang berkesan. Van Velzen et al. (1985) pula mendifinasikan penambahbaikan
sebagai satu usaha yang berterusan secara sistematik yang bertujuan merubah keadaan
pembelajaran di satu atau lebih sekolah dan tujuan akhir untuk mencapai pendidikan yang
lebih berkesan.

Kepimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan
sekolah mengalami perubahan yang berterusan (Rahimah Haji Ahmad,2004, 2005).
Pendidikan adalah satu bidang yang dinamik, kesan daripada perkembangan ilmu
pengetahuan yang berterusan. Oleh itu, sebagai pemimpin , guru besar harus terus belajar
supaya memiliki pengetahuan, pemahaman dan kemahiran terbaru berkaitan dengan
profesion ini. Penambahbaikan sekolah adalah satu usaha dan satu perubahan untuk
memajukan sekolah sejajar dengan perkembangan pendidikan semasa khususnya dalam
bidang pembangunan profesionalisma guru-guru di dalam bilik darjah dan sekolah. Faktor
pembangunan profesionalisma guru ini penting kerana ia berkait rapat dengan pencapaian
akademik dan kurikulum murid yang menjadi kayu pengukur sekolah berkesan.Ini selaras
dengan dapatan Joyce dan Showers(1980) yang menunjukkan objektif kebanyakkan program
pembangunan professional adalah ke arah menambahbaik dan menghalusi gaya pengajaran
dan penguasaan kaedah pengajaran baru.
Program-program pembangunan guru dan penambahbaikan dalam aspek mentoring,
pengurusan bilik darjah yang berkesan, peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan
perkongsian pintar guru-guru adalah antara perkara pokok yang perlu ditekankan oleh
pemimpin sekolah. Selain itu dasar-dasar sekolah juga perlu ditambahbaik bagi memberi
ruang dan peluang untuk perubahan positif. Fokus penambahbaikan sekolah lebih
ditumpukan kepada segala apa yang memberi faedah kepada murid-murid, khususnya
peningkatan pembelajaran mereka dalam bilik darjah.. Tindakan penambahbaikan sekolah ini
memerlukan satu perancangan yang sistematik dan perancangan ini dilaksanakan dan diurus
secara berterusan dan dalam penambahbaikan sekolah, aspek-aspek dalaman sekolah seperti
hubungan, disiplin, nilai dan budaya dan keadaan-keadaan yang membolehkan memberi
kesan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah perlulah dijadikan sasaran
perubahan. Aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan
pengalaman-pengalaman murid dalam aktiviti-aktiviti luar bilik darjah atau komuniti perlu
sentiasa dipantau dan dinilai untuk penambahbaikan.
Aspek penambahbaikan program pembangunan guru-guru di sekolah perlu ditikberatkan oleh
pemimpin sekolah. Sebagai pemimpin yang peka dengan kemajuan dan penambahbaikan
sekolah, seharusnya pemimpin dapat mengenalpasti kemampuan, kehendak dan keperluan
guru-guru di sekolahnya dalam usaha untuk meningkatkan dan memantapkan keupayaan diri
mereka.Untuk itu pemimpin perlu membuat analisis bagi menentukan keperluan dan
kemahiran yang diperlukan oleh guru mereka. Kemahiran pengurusan dan proses pengajaran

dan pembelajaran terkini adalah sesuatu yang perlu dikuasai oleh pemimpin sekolah itu
sendiri dan dan juga guru-guru dalam memastikan kecemerlangan akademik dan
kurikulum. Ini berkait rapat dengan pencapaian dan kemenjadian murid kelak. Program
perkembangan staf atau latihan dalam perkhidmatan perlu dilaksanakan dari masa ke semasa
dan secara berterusan dan berkesinambungan bagi memastikan guru-guru sentiasa memiliki
keyakininan diri yang tinggi, ilmu pengetahuan terkini dan berada dalam keadaan bersedia
menghadapi arus perubahan pendidikan semasa.
Kaedah CPD (Continuing Professional Development) iaitu aktiviti berkonsepkan
pembelajaran secara berterusan perlu dijalankan bagi tujuan mengekalkan pengetahuan dan
kemahiran individu untuk meningkatkan profesionalisme melalui penambahan
ilmu, kemahiran dan pengalaman. Aktiviti-aktiviti ini berjalan disamping tugas harian yang
ditetapkan.boleh dilaksanakan. Tahap penguasaan teknologi maklumat dikalangan guru juga
harus ditingkatkan bagi menjamin kepelbagaian dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Pemimpin juga perlu mempunyai sikap terbuka dalam
melaksanakan pentadbiran dan pengurusannya. Guru-guru juga perlu diberi ruang untuk
membuat keputusan bersama dalam perancangan dan program-program tertentu yang
melibatkan mereka. Idea dan kreativiti guru-guru juga mesti diberi ruang . Carless (2004)
mencadangkan agar guru lebih memainkan peranan utama dalam apa-apa perubahan yang
bersifat sistematik di peringkat sekolah kerana beliau mendapati bahawa melalui pendekatan
perbincangan professional yang konstruktif, pembangunan professional keguruan dapat
dimantapkan secara berkesan. Selain itu faktor luaran juga perlu diambil kira oleh pemimpin
dalam usaha penambahbaikan sekolah secara holistik Hubungan antara sekolah dan komuniti
juga memainkan peranan penting dalam menjadikan sekolah lebih berkesan. Maklum balas
daripada ibubapa dan pihak luar sentiasa dialu-alukan dan dapat membantu pihak sekolah
membuat perubahan. Semua penambahbaikan yang dibuat diharapkan memberikan kepuasan
kepada pelanggan sekolah iaitu murid dan ibubapa.
Hussein (2008) telah menyatakan 10 prinsip untuk menambahbaik kecemerlangan sesebuah
sekolah.
Prinsip 1 - Mempercayai dan mengakui bahawa semua murid boleh belajar, diajar dan boleh
mencapai kemajuan.
Prinsip 2 - Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan
para

muridnya.
Prinsip 3 - Pembangunan dan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif
dan dasar
sekolah.
Prinsip 4 - Pembangunan dan kemajuan sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan
satu budaya
sekolah yang lebih positif.
Prinsip 5 - Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk
meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah.
Prinsip 6 - Penyelesaian masalah sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usahawan dan
bukanlah
semata-mata untuk pengetua sahaja.
Prinsip 7 - Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang
menyebabkan
timbulnya masalah itu bukannya gejala-gejalanya.
Prinsip 8 - Maklum balas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan
pembangunan sekolah.
Prinsip 9 - Mempercayai dan mengakui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar mempunyai
pelbagai kemahiran dan sumber tenaga untuk membantu sekolah.
Prinsip 10- Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pemimpin yang mempunyai
kepemimpinan yang berkesan.
Berdasarkan pada 10 prinsip yang dinyatakan di atas usaha-usaha yang berterusan perlulah
dilakukan oleh pemimpin sekolah bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Segala kepincangan, kekurangan atau kelemahan perlu dikaji dan ditangani secara
berhemah dan rasional. Manakala segala kebaikan dan kelebihan dikekalkan serta
ditambahbaik. Aspek pencapaian murid hendaklah dititikberatkan dengan memfokuskan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan situasi-situasi yang menyumbang kepada
keberkesanan proses tersebut. Wang et. al. (1990) menyatakan bahawa terdapat keadaan yang
merangsangkan yang mempengaruhi keberkesanan sekolah dan harus dikekalkan
seperti pengajaran yang berkesan, pengurusan bilik darjah yang cekap, perhubungan guru
dan murid yang baik dan iklim pembelajaran bilik darjah yang kondusif.
Kesimpulan

Guru besar sebagai pemimpin sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam
menentukan keberkesanan sekolah. Namun demikian peranan guru-guru juga adalah penting
kerana ia adalah sebahagian daripada proses perubahan dan penambaikan sekolah. Pemimpin
sekolah juga perlu cekap mengesan dan mengenalpasti apa yang perlu dilakukan untuk
membuat perubahan dan penambahbaikan segala kekurangan atau kelemahan yang ada di
sekolah. Saya tidak pernah terjumpa sebuah sekolah yang baik dipimpin oleh seorang yang
tidak baik. Itu adalah persepsi Fred Hechinger, Ketua Pengarang akhbar New York Times
terhadap pentingnya sebuah sekolah dipimpin oleh seorang pemimpin yang baik.