Anda di halaman 1dari 10

Keberkesanan penggunaan video pembelajaran matematik dalam pengajaran topik

ruang bagi murid tahun 6


1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dunia pendidikan telah mengalami perkembangan yang sangat pesat sejak 2003
iaitu setelah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) diperkenalkan (Keong, Sharaf & Daniel, 2005). Melalui PPSMI penggunaan
komputer riba dalam pengajaran telah dimulakan. Seterusnya penggunaan teknologi terus
berkembang dan diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran setelah Pelan
Pembangunan Pendidikan dikaji semula pada Oktober 2011 kemudian dilahirkan semula
pada Disember 2012 (Rosdi, 2013). Maka terhasillah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia, PPPM (KPM, 2013). Melalui PPPM 2013-2025, 11 anjakan disenaraikan bagi
transformasi sistem pendidikan di Malaysia dengan mengambil kira keperluan kehidupan
abad ke-21.
Dalam anjakan ketujuh menyatakan keperluan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) dalam pembelajaran semua peringkat di Malaysia. Anjakan ini bertujuan
meningkatkan kapasiti internet dan pembelajaran lebih khusus selain dimanfaatkan dalam
pembelajaran mata pelajaran kritikal. Selaras dengan anjakan ini, guru-guru matematik juga
menggunakan komputer dalam pengajaran mereka seperti menggunakan perisian
matematik, slaid powerpoint dan sebagainya. Namun begitu, topik ruang sering kali menjadi
masalah yang besar kepada murid-murid tahun 6. Hal ini kerana berlaku salah faham
konsep atau miskonsepsi dalam bidang geometri semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Bertitik tolak daripada kesukaran ini maka timbulah beberapa masalah atau
isu yang perlu ditangani oleh para guru.
Merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dari tahun 3
sehingga tahun 6, topik ruang ini terkandung dalam bidang pembelajaran sukatan dan
geometri. Sebenarnya, ilmu geometri merupakan satu bidang yang memberi peluang
kepada murid untuk membuat penaakulan dan melatih pelajar berfikir secara logik. Ilmu
geometri juga amat berguna dalam pernyataan dan penyelesaian masalah dalam bahagian
matematik yang lain dan juga dalam kehidupan seharian. Jadi, Guru-guru matematik perlu
mencari kaedah dan strategi konsep pembelajaran yang sesuai dengan aras kematangan
murid supaya mereka boleh menguasai konsep ruang dalam bidang geometri dengan lebih
berminat dan seronok untuk belajar di samping menolak tanggapan bahawa subjek
matematik adalah susah dan membosankan. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bertujuan
untuk mengenal pasti sama ada penggunaan video pembelajaran matematik dapat
1

membantu murid tahun 6 untuk menguasai konsep ruang yang melibatkan bentuk dua
dimensi dan tiga dimensi.
1.2 Latar belakang kajian
Kajian ini adalah untuk meneroka keberkesanan penggunaan video pembelajaran
matematik dalam pengajaran topik ruang bagi murid tahun 6. Jadi, kajian ini dijalankan
kepada 2 orang guru matematik tahun 6 dari SJK (T) Ayer Tawar yang telah mengajar topik
ruang

dengan

menggunakan

kaedah

tayangan

video

pembelajaran

matematik.

Memandangkan salah seorang daripada mereka merupakan guru panitia Matematik, ia


memudahkan saya untuk mengumpul maklumat atau data yang secukupnya untuk kajian
saya.
1.3 Pernyataan masalah
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seprti buku, jurnal,
temubual dan internet terdapat beberapa isu yang perlu dibangkitkan dan ditangani dalam
usaha memantapkan pengetahuan dan pengalaman murid dalam ilmu geometri.
a) Kefahaman konsep
Di sekolah rendah, bagi murid tahun 6 terdapat 3 subtopik dalam topik ruang iaitu
sudut, bentuk dua dimensi dan bentuk tiga dimensi. Dalam konsep ruang ianya memerlukan
pelajar mempunyai daya kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu keadaan bentuk.
Kefahaman ini boleh dibina melalui tontonan video mengenai topik ruang yang memberi
peluang kepada murid-murid untuk meneroka pemahaman mereka tentang konsep bentuk
2D dan 3D.
Namun begitu, masalah yang berlaku di sekolah pada masa kini ialah murid-murid
tidak dapat membuat pentafsiran yang betul terhadap konsep bentuk 2D dan 3D kerana
mereka kurang memahami konsep tersebut. Apabila persoalan ini diajukan kepada guruguru, mereka menjawab bahawa murid-murid mengalami kesukaran mengenalpasti dan
keliru dengan nama-nama bentuk 2D dan 3D. Selain itu, murid-murid juga mengalami
kesukaran memahami ciri-ciri bentuk pepejal, kesukaran membayangkan bentangan pepejal
dan sebagainya. Miskonsepsi yang berlaku ini merupakan cabaran yang besar kepada guruguru ke arah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna.
b) Penyelesaian masalah
Penyelesaian masalah merupakan salah satu aspek yang sangat penting dan
merupakan objektif utama dalam pembelajaran matematik. Ia merupakan bentuk
pembelajaran yang sangat tinggi (Gagne, 1985). Pelajar diharapkan dapat membina
2

pengetahuan dan kemahiran baru melalui penyelesaian masalah. Masalah ini timbul dalam
semua tajuk termasuklah bidang geometri. Dalam menyelesaikan persoalan berbentuk
penyelesaian masalah kemahiran kognitif murid perlu dijana dengan baik agar mereka dapat
menggunakan kemahiran yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah matematik.
Malahan ada sesetengah pelajar yang malas berfikir untuk menjawab soalan penyelesaian
masalah. Hal ini kerana mereka kurang berpengetahuan dan tidak berminat dalam
pembelajaran topik ruang. Kemahiran ini juga amat sukar diajar sekiranya murid tidak dapat
menguasai konsep dalam bentuk dan ruang.
Bagi murid-murid yang lemah, mereka tidak dapat menterjemahkan soalan yang
berbentuk ayat atau maklumat kepada persamaan atau ketaksamaan matematik yang betul.
Terdapat juga murid yang langsung tidak memahami konsep bentuk dan ruang. Maka ini
mengakibatkan mereka salah faham konsep bentuk 2D dan 3D dan menyebabkan mereka
menggunakan strategi penyelesaian yang tidak berkaitan dengan kehendak soalan.
Penguasaan kemahiran matematik adalah penting bagi murid menunjukkan inisiatif sendiri
untuk membuat latihan dan menyelesaikan masalah.
Sebenarnya, kebanyakkan murid sekolah rendah kurang memahami konsep pepejal
dalam topik ruang dan mereka berasa kurang berminat untuk mencuba soalan penyelesaian
masalah kerana mereka kurang berpengetahuan dalam topik tersebut. Inilah masalahmasalah yang dihadapi oleh murid tahun 6 dalam pembelajaran topik ruang.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Objektif Umum
Objektif umum bagi kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan
penggunaan video pembelajaran matematik dalam pengajaran topik ruang bagi murid tahun
6.
2.2. Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
i)

Untuk membantu murid menguasai dan memahami konsep bentuk dan ruang

ii)

melalui video pembelajaran matematik


Untuk meningkatkan prestasi murid berkaitan bidang geometri yang
melibatkan dua dimensi dan tiga dimensi

3.0 SOALAN KAJIAN


i) Adakah penggunaan video pembelajaran matematik dapat membantu murid
menguasai konsep bentuk dan ruang dalam bidang geometri?
3

ii) Adakah prestasi murid berkaitan topik ruang meningkat apabila video
pembelajaran matematik digunakan dalam pdp?
4.0 ULASAN LITERATUR
Topik ruang terus diperkenalkan dan didedahkan kepada generasi muda sehingga
kini, malah telah termaktub di dalam silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
yang menunjukkan ruang merupakan salah satu topik yang diwajibkan kepada murid-murid.
Di sekolah rendah, topik ini mula diperkenalkan kepada murid-murid tahun 3 dan terus
diperkembangkan bidang pembelajarannya sehingga ke tahun 6. Namun, topik ini dilihat
sebagai topik yang mencabar dari sudut pandangan guru mahupun dari sudut pemikiran
murid. Sonnabed (2009) mengukuhkan lagi kepercayaan saya dengan mengatakan bahawa
topik ruang sangat mencabar kerana ia mengandungi konsep-konsep yang berlainan untuk
bentuk 2D dan 3D.
Walaubagaimanapun, dengan penggunaan video pembelajaran matematik muridmurid boleh menguasai konsep-konsep dalam topik ruang dengan mudah dan jelas. Sudah
terang lagi bersuluh, teknologi dapat membantu manusia melakukan kerja sehari-hari dan
seterusnya memudahkan tugas manusia itu sendiri. Hal ini disokong oleh Hjetland (1995
dan Zarina, 2004) yang menyatakan bahawa:
Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified
(Hjetland, 1995)
Menurut Hjetland (1995) lagi, teknologi juga mampu meningkatkan prestasi para guru
seperti membantu dalam kerja-kerja pengurusan, pentadbiran dan juga kerja-kerja yang
melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dengan adanya bantuan
daripada teknologi, tugas-tugas guru akan menjadi lebih mudah dan proses pengajaran
dapat dipertingkatkan kualitinya.
Pada hari ini teknologi video telah banyak memberi kesan yang besar kepada
kehidupan manusia. Di sekolah, video digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini disokong dengan pendapat Nikos Theodosakis (2002) iaitu
penggunaan video di dalam kelas mampu membina kebolehan menggunakan teknologi,
kemahiran berfikir dan pembelajaran berasaskan pengalaman. Tambahan pula, menurut Mat
Jizat (2005) video mempunyai banyak kelebihan yang boleh diintegrasikan di dalam bidang
pendidikan. Selain itu, Sahandri, Ramli dan Shaffe (2010) dalam buku Karakter Guru,
menyatakan bahawa murid pastinya akan lebih memahami sekiranya pengajaran seorang
guru disertakan dengan video yang boleh menjelaskan pemahaman murid tentang sesuatu
perkara dengan lebih terperinci. Disebabkan fakta inilah saya menjalankan kajian ini untuk
4

mengenal pasti keberkesanan penggunaan video pembelajaran matematik dalam


pengajaran topik ruang bagi murid tahun 6.
5.0 KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian ini saya telah menggunakan kaedah temu bual dan kaedah soal selidik.
Kaedah-kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan video
pembelajaran matematik dalam pengajaran topik ruang bagi murid tahun 6.
5.1 Temubual
Saya telah melaksanakan sesi temu bual bersama-sama dua orang responden saya.
Saya telah memilih dua orang guru matematik yang mengajar murid tahun 6 di SJK (T) Ayer
Tawar, Perak. Responden saya ialah Pn. Vasugi A/P Perumal (Lampiran A) dan En. Yogappa
A/L Selvam (Lampiran C). Untuk maklumat yang lebih lanjut, Pn. Vasugi A/P Perumal
merupakan ketua Panitia Matematik di sekolah tersebut. Beliau mempunyai banyak
pengalaman yang manis dan pahit sepanjang 15 tahun dalam perkhidmatan ini. Selain itu,
beliau juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan terutamanya
dalam mata pelajaran matematik. Beliau telah melihat dan mengajar pelbagai ragam murid.
Contohnya, murid yang terdiri daripada berbeza sosioekonomi, tahap kefahaman, pelbagai
kecerdasan dan sebagainya.
Selain itu, En. Yogappa A/L Selvam juga merupakan seorang guru yang cemerlang
dalam mata pelajaran matematik. Merujuk kepada statistik keputusan UPSR 2015 di SJK (T)
Ayer Tawar, seramai 30 pelajar dalam kelas 6 Kambar iaitu kelas yang diajar oleh En.
Yogappa telah memperoleh gred A dalam mata pelajaran matematik. Ini merupakan
kejayaan guru tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Saya telah
mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan kajian saya kepada kedua-dua
responden tersebut.
5.2 Soal selidik
Cara pengumpulan data seterusnya ialah melalui kaedah tinjauan iaitu dengan
menggunakan instrumen borang soal selidik. Borang soal selidik merupakan instrumen yang
dapat diberikan kepada dua orang responden kajian ini dalam masa yang sama. Masa yang
diperuntukkan bagi melaksanakan soal selidik ini pula adalah hanya antara 10 hingga 15
minit. Hal ini demikian kerana item-item yang disediakan adalah dalam bentuk ayat
pernyataan yang mudah dan jawapan yang diperlukan juga ringkas.
Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik (rujuk Lampiran E) ini
mengandungi 6 item yang menggunakan kaedah skala bipolar iaitu YA atau Tidak. Kesemua
5

item ini bertemakan keberkesanan penggunaan video pembelajaran matematik dalam


pengajaran topik ruang bagi murid tahun 6. Soal selidik dilakukan di luar waktu pengajaran
dan pembelajaran.
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Analisis temubual
Saya telah mengemukakan sepuluh soalan dalam sesi temubual dengan dua orang
responden kajian ini. Sesi temubual ini dijalankan secara berasingan bagi kedua-dua
responden tersebut. Temubual ini juga diadakan untuk mendapatkan maklumat mengenai
maklum balas penggunaan video pembelajaran matematik dalam pengajaran topik ruang,
penguasaan murid dalam topik ini setelah menggunakan kaedah tayangan video dan
sebagainya. Temubual ini juga dijalankan di dalam bilik guru dan hasil jawapan untuk soalan
yang diajukan dicatat secara bertulis. Analisis temubual tersebut disertakan di bahagian
Lampiran B & D.
Berdasarkan jawapan yang diberi oleh kedua-dua responden tersebut, saya didapati
bahawa kedua-dua responden saya menggunakan kaedah tayangan video pembelajaran
matematik dalam pengajaran topik ruang ini. Saya juga mendapat tahu bahawa mereka
memilih kaedah tayangan video untuk mengajar topik ini kerana topik ini memerlukan pelajar
membayangkan bentangan bentuk-bentuk 3D dan memerlukan kemahiran berfikir yang
tinggi. Jadi, menurut kedua-dua responden saya dengan adanya video para pelajar dapat
melihat rupa bentuk 2D dan 3D dan mereka juga dapat membayangkan sekali gus
mengingati bentuk-bentuk tersebut dengan mudah. Kesimpulannya, daripada temubual ini
saya dapat mengetahui bahawa penggunaan video dalam pengajaran topik ruang adalah
memang berkesan dan mendatangkan hasil yang positif.
6.2 Analisis Borang Soal Selidik
Merujuk kepada Lampiran F & G di bahagian lampiran, ia merupakan hasil kutipan
data soal selidik yang dijalankan ke atas 2 orang responden kajian ini. Terdapat 6 soalan
soal selidik yang dikemukakan. Soal selidik ini dilaksanakan di luar waktu pangajaran dan
pembelajaran. Tujuan utama soal selidik ini dijalankan ialah untuk mendapatkan maklum
balas daripada responden tentang penggunaan video pembelajaran matematik dalam
pengajaran topik ruang.
Berdasarkan soalan 1, saya didapati bahawa kedua-dua responden saya
menyatakan bahawa topik ruang adalah salah satu topik yang susah. Jadi, guru matematik
haruslah merancang strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mengajar topik
yang susah sebegini. Daripada soalan 2, saya mendapat tahu bahawa kedua-dua
6

responden saya pernah mengajar topik ruang tanpa menggunakan video pembelajaran
matematik. Saya berasa saya telah memilih responden yang sesuai dengan kajian saya
kerana mereka ada pengalaman mengajar topik ruang tanpa menggunakan video dan
dengan menggunakan video pembelajaran matematik. Jadi, mereka amat sesuai untuk
memberi maklum balas mengenai keberkesanan penggunaan video dalam pengajaran topik
ruang.
Kedua-dua responden juga setuju bahawa mereka berasa senang untuk mengajar
topik tersebut dengan bantuan tayangan video mengenainya. Mereka juga berasa kaedah
ini merupakan kaedah yang terbaik jika berbanding dengan kaedah-kaedah yang lain
kerana kaedah ini memudahkan pelajar untuk memahami topik ruang. Kedua-dua
responden saya juga mengakui bahawa prestasi murid dalam topik ini meningkat melalui
penggunaan video dalam pengajaran mereka. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa hasil
dapatan soal selidik ini dapat menyokong kajian saya. Kesimpulannya, penggunaan video
pembelajaran matematik membantu pelajar menguasai konsep-konsep tertentu dalam topik
ruang dengan betul dan prestasi pelajar juga meningkat dengan kaedah ini.
7.0 Rumusan dan Perbincangan
Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, hampir 95% pelajar dapat menjawab
soalan latih tubi berkaitan topik ini dengan betul akibat daripada penggunaan video dalam
pengajaran topik ini. Hal ini membuktikan bahawa murid-murid mampu memperoleh
pencapaian yang baik setelah belajar topik ruang dengan menggunakan video pembelajaran
matematik seperti video dari Youtube, PowerDVD, Powershow, e-learning portal dan
sebagainya. Hal ini juga disokong dengan dapatan yang diperoleh oleh Brecht dan Ogilby
(2008) iaitu penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
proses pembelajaran.
Selain itu, dengan adanya video para pelajar berasa mudah untuk memahami dan
menguasai konsep-konsep tertentu dalam topik ruang. Pelajar juga berasa mudah untuk
membayangkan bentangan bentuk-bentuk 3D daripada video pembelajaran matematik.
Daripada video juga pelajar dapat mengenali rupa asal bentuk 2D dan 3D dengan jelas.
Dengan ini mereka tidak lagi akan mengalami miskonsepsi dalam topik ini. Contoh-contoh
video yang boleh ditayangkan kepada pelajar dalam pengajaran topik ini ialah Video
Matematik UPSR: Ruang, Video Bentangan Bentuk 3 Dimensi, Video Geometri Pepejal 1,
Video Geometri Pepejal 2 dan sebagainya. Keberkesanan video pembelajaran yang
dibangunkan ini membuktikan elemen visual dan audio mampu menarik perhatian para
pelajar untuk menerokai dan mengikuti aktiviti pembelajarn yang sedang diikuti.

Kesimpulannya, kedua-dua soalan kajian telah dapat dijawab dan dibuktikan melalui
hasil analisis dapatan yang telah dilakukan. Langkah-langkah yang telah diambil untuk
mendapatkan dapatan juga mempunyai kesahan di mana data yang diperoleh dapat
menjawab soalan kajian dengan jelas. Malahan, kajian ini telah mencapai objektifnya.
Pendek kata, hasil kajian ini menerangkan bahawa penggunaan video pembelajaran
matematik dalam pengajaran topik ruang adalah amat berkesan bagi murid tahun 6.
RUJUKAN

Brecht, H. D., dan Ogilby, S. M. (2008). Enabling a comprehensive teaching strategy: Video
lectures. Journal of Information Technology Education, 7, IIP71-86.

Esah Sulaiman et al. 2003. Penyelidikan Latihan Mengajar Secara Elektronik


(ESupervision): Suatu Kajian Kes di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Penyelidikan (No Vot 71902)

Faridah Hanim binti Rosli. (2010). Manfaat Penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam Pembelajaran Matematik serta Kekangannya. Diakses pada hari 26
Ogos 2016 dari https://issuu.com/fhyzul2012/docs/ilovepdf.com

Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of Instruction. London:


Winston Publisher.

Hartveld, A., Hegarty, J. R. & Blurton, A. (1996). Tools to give computer feedback to
movement. Physiotherapy 82, 509 513.

Hayati Hassim binti Ali. (2016). Masalah-masalah dalam pengajaran dan pembelajaran
geometri. Diakses pada hari 26 Ogos 2016 dari
https://www.academia.edu/8496998/MASALAHMASALAH_DALAM_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_GEOMETRI_PENGE
NALAN

Jamalludin Harun bin Ismail & Zaida Tasir binti Othman. (2013). Multimedia Dalam
Pendidikan. Bentong: PTS Publication.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Panduan ke Arah Sekolah Bestari. Kuala


Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
tahun 6. Dimuat turun pada hari 27 Ogos 2016 dari
http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2691/DSKP%20Matematik%20Ta
hun%206.

Mat Jizat bin Azman, Abdul Razak bin Abdullah & Jessnor Elmy M. J. (2005). Teknologi
Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Molenda, M. (2003). In Search of the Elusive ADDIE Model. Performance improvement, 42


(5), 3437.

Nikos, T. (2002). The Director in the classroom: How Filmmaking Inspires Learning. Canada:
Columbia.

Noveandini, R. dan Wulandari, M. S. (2010). Pemanfaatan media pembelajaran secara


online (elearning) bagi wanita karir dalam upaya meningkatkan efektivitas dan
Fleksibilitas pemantauan kegiatan belajar anak siswa/i Sekolah dasar. Kuala
Lumpur: Seminar Nasional Aplikasi Teknologi Informasi 2010 (SNATI 2010).

Sahandri binti Rosman, Ramli bin Ramlan & Shaffe syaiful bin Zainuddin. (2010). Karakter
Guru. Pahang: PTS Publications & Distributors.

Zarina binti Asman Maleh. (2004). Kemampuan Mengajar Guru: Teori, Strategi dan
Perkaedahan Dalam Pendidikan Komputer. Diakses pada 22 Ogos 2016 dari
http://ependidikan.com/guruinternet.html
9

10