Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN UPSR (catatan) Bercuti Di kampung SOALAN : Kamu telah pulang ke

kampung sempena cuti persekolahan. Tulis catatan tentang aktiviti yang


dilakukan sepanjang berada di kampung. Selasa, 1 Julai 2012 Aku , adik dan
abang menaiki bas ekspres Transnasional menuju ke kampung datuk di Kampung
Sungai Dalam, Johor. Ayah dan ibu berpesan kepada kami bertiga agar menjaga
keselamatan diri dan berhati-hati sepanjang perjalanan dan ketika berada di
kampung. Kami akan bercuti di kampung selama seminggu. Rabu, 2 Julai 2012
Sejak awal pagi lagi datuk telah mengajak aku dan abang aku ke dusun.
Kebetulan pada ketika ini musim buah-buahan. Aku dan abang menaiki basikal
menuju ke dusun manakala adik pula menemani nenek di rumah. Buah
rambutan yang kemerah-merahan menghiasi pokok di kiri dan kanan jalan.
Meskipun banyak nyamuk, namun aku tidak mengendahkannya kerana seronok
berlumba dengan abang mencari buah durian yang gugur. Semua buah durian
yang dikutip dikumpulkan di dalam bakul untuk dijual kepada peraih. Bakinya
dibawa balik ke rumah sebagai habuan untuk kami bertiga. Khamis, 3 Julai 2012
Datuk membawa kami ke sungai untuk menjala ikan. Aku membawa belas ikan
yang diperbuat daripada rotan untuk mengisi ikan-ikan yang berjaya di tangkap.
Setelah dua jam menjala, datuk berjaya menangkap beberapa jenis ikan seperti
ikan lampam, seluang,dan baung. Aku menyuruh nenek memasak gulai
kegemaranku iaitu ikan baung masak tempoyak. Jumaat, 4 Julai 2012 Jiran datuk
akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya pada esok hari. Aku dan abang
turut menyusun kerusi meja dan mendirikan khemah. Jiran-jiran yang lain juga
turut membantu. Aku sungguh seronok melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh
penduduk kampung ini. Sabtu, 5 Julai 2012 Kami bersiap-siap untuk pulang
semula ke bandar. Aku gembira kerana akan berjumpa dengan ibu dan bapaku.
Namun, aku juga sedih untuk meninggalkan datuk dan nenek di kampung.
Sebelum menaiki teksi, kami bersalam dan memeluk datuk dan nenek erat-erat.
Air mata mula membasahi pipi nenek. Aku berjanji akan pulang lagi ke kampung
pada cuti persekolahan yang akan datang.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai