Anda di halaman 1dari 3

Arahan kepada calon

(a)

Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan.
Tuliskan dengan terang Nombor Kad Pengenalan, Nombor Pusat, Angka Giliran, Kod
Mata Pelajaran, Nombor Soalan dan Ruang Markah mengikut susunan yang
ditetapkan
di sudut kanan sebelah atas muka belakang kertas lukisan anda. (Lihat gambar
rajah di
bawah).
Sudut Kanan Sebelah Atas Muka Belakang Lukisan.

5 cm

NO. KAD PENGENALAN:


.
NO. PUSAT:
.
ANGKA GILIRAN:
....................
KOD MATA PELAJARAN:

8 cm

(b)

Hasil kerja anda hendaklah yang asli.

(c)

Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan kecuali
ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.

(d)

Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan hasil kerja
yang sudah siap.

(e)

Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan asemblaj. Jika
teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas berwarna atau bahan
terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan lain-lain yang dibawa sendiri.

(f)

Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.

Arahan
(a)

Kertas lukisan yang disediakan bagi peperiksaan percubaan SPM berukuran lebih
kurang 28 cm x 38 cm akan dibekalkan oleh Unit Peperiksaan Sekolah.
Calon tidak boleh menggunakan kertas sendiri.

(b)

Pastikan semua hasil kerja calon telah kering sebelum dikutip. Hasil kerja tersebut
jangan dilipat atau digulung untuk mengelakkan daripada sebarang kerosakan.

(c)

Jika calon menggunakan krayon atau pastel, permukaan lukisan tersebut hendaklah
dilapik dengan kertas yang sesuai. Setiap hasil kerja calon tidak boleh di bungkus
keseluruhannya dengan kertas atau plastik.

(d)

Jika calon menggunakan teknik kolaj atau teknik campuran, mereka boleh menggunakan
kertas berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan
lain-lain yang dibawa sendiri oleh calon.

SENI HALUS
3

Pilih satu soalan sahaja


1.

Pemandangan di tepi kolam, kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang menangkap ikan.


Berhampiran mereka terdapat pelbagai alatan menangkap ikan.
Gambarkan suasana tersebut dengan memberikan penekanan kepada bentuk, aksi dan ruang.

2.

Di suatu sudut ruang tamu, terdapat perhiasan tembikar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan
bentuk. Ada di antaranya telah jatuh dan pecah.
Gambarkan keadaan tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk,
dan jalinan.

3.

Anda telah menemui sebuah penempatan aneh di dasar laut. Kelihatan makhluk ganjil menghuni
penempatan yang dihiasi flora dan cengkerang berwarna-warni.
Lukiskan suasana ini mengikut imaginasi anda dengan memberikan penekanan kepada jalinan
dan warna.

4.

Di dalam sebuah aquarium, seekor ikan arowana mempunyai sisik yang berwarna keemasan
sedang menghampiri permukaan air. Kelihatan buih-buih kecil keluar dari mulutnya.
Lukiskan gambaran tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan terhadap bentuk, jalinan
dan warna.

5.

Keadaan berjerebu melanda bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan seperti menara berkembar
Petronas dan bangunan sekitarnya kelihatan samar-samar.
Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan terhadap bentuk,warna dan ruang.

6.

Di sebuah kebun pisang, seorang lelaki tua sedang berehat sambil bersandar pada sebatang
pokok dengan wajah yang keletihan. Beberapa tandan pisang dan pelepah-pelepah dilonggokkan
di sekitarnya.
Gambarkan situasi tersebut dengan menitik beratkan pada komposisi, bentuk dan jalinan.

KERTAS SOALAN TAMAT


Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

_____________________
NOOR ILYANA BT ISMAIL
GURU PSV
TINGKATAN LIMA

________________________
NOR AZIAN BT ABD AZIZ
GURU KANAN
KEMANUSIAAN

_____________________