Anda di halaman 1dari 9

Geografi Form 2

Bab 1 : Kedudukan

Kedudukan sesuatu tempat di atas glob atau peta boleh ditentukan dengan titik persilangan
latitud dan longitud.

1. Mengenal Latitud / Garis Lintang


i. Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob.
ii. Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang
semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan.
iii. Garis lintang diberi nilai darjah ( ) Utara atau Selatan. Garis lintang di Hemisfera Utara diberi
nilai 0U hingga 90U manakala di Hemisfera Selatan diberi nilai 0S hingga 90S
1.1 Garisan lintang yang utama ialah:
Garisan Khatulistiwa ( 0 )
Garisan Sartan ( 23U )
Garisan Artik ( 66U )
Garisan Jadi ( 23S )
Garisan Antartik ( 66S )
Nota : Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan bumi
kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.
2. Mengenal Longitud / Garis Bujur / Meridian
i. Garis longitud ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan.
ii. Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan.
iii. Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah separuh
lilitan bumi.
iv. Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich, London
diberi nilai 0. Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal.
v. Terdapat sebanyak 360 garis longitud. Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian
Pangkal diberi nilai 1T hingga 180T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian
Pangkal diberi nilai 1B hingga 180B.
vi. Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ) adalah pertindihan longitud 180T dan longitud 180B.
3. Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud Dan Longitud
i.

Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu
tempat.
ii. Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu diikuti nilai
garis longitud.
iii. Bagi mendapatkan kedudukan yang lebih tepat setiap darjah () dibahagikan kepada 60 minit
( ).
Nama Tempat
Garisan Latitud
Garisan Longitud
Kudat
6 54U
116 51T
Tuaran
6 10U
116 14T
Kota Belud
6 22U
116 26T
Ranau
5 58U
116 43T
Kota Kinabalu
5 40U
116T

Geografi Form 2

4. Mengira Waktu Tempatan


Garis longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada
waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0 ). Oleh kerana bumi berputar dari barat
ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada
barat. Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.
4.1 Formula
Satu putaran bumi (360) mengambil masa 24 jam.
Oleh itu dalam masa 1 jam bumi berputar melalui 360/24 = 15 garis longitud.
Dalam 1 garis longitud pula bumi mengambil masa 60/15 = 4 minit.
4.2 Contoh Soalan:
Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu tempatan
di:
i) Bombay ( 73T )
ii) Buenos Aires ( 58B)
Penyelesaian
Waktu di Bombay ( 73T )
Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud 73- 0 = 73
Cari perbezaan masa 73 15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay = 1.00 pagi + 4 jam 52 minit = 5.52 pagi
Waktu di Buenos Aires ( 58B )
Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud 58 - 0 = 58

Geografi Form 2
Cari perbezaan masa 58 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires = 1.00 pagi 3 jam 52 minit = 9.08 minit
malam
5. Waktu Piawai
i.

Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu
kawasan yang kecil.
ii. Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai.
iii. Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut kedudukan garis
bujur yang melalui Kuala Lumpur.
iv. Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15
garis longitud.
6. Garisan Tarikh Antarabangsa GTA)
i. Ia merupakan garis bujur 180 B/ 180T.
ii. Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.
iii. Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180 mengalami keadaan tengah
malam.
iv. Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand, GTA dilukis
secara bengkang-bengkok.
v. Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.
vi. Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua
Amerika Selatan, dia akan untung sehari.
vii. Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke
kawasan di benua Australia, dia akan rugi sehari.

Geografi Form 2

Bab 2 : Arah
1. Pengenalan
i.
Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan arah.
ii.
Ia diukur dengan kiraan darjah ().

iii. Terdapat dua cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing iaitu:
a.

Bearing Bulatan Penuh / Bearing, Azimut / Bearing, Tentera / Bearing Bearing bulatan
penuh adalah arah yang dinyatakan mengikut pusingan jam. Bacaan dan kiraan
dimulakan dari 0 hingga 360.

b.

Kompas magnetik digunakan untuk mencari bearing sesuatu tempat semasa


menjalankan kerja luar. Jangka sudut pula digunakan untuk mengukur bearing dalam
peta. Semua ukuran sudut ikut arah pusingan jam bermula 0 hingga 360 .

Geografi Form 2

Cara mengukur bearing azimut dapat ditunjukkan melalui rajah di bawah.

Contoh pengiraan bearing sudutan

Cari bearing puncak berketinggian 175 dari puncak berketinggian 254

Geografi Form 2

Bab 3 : Skala Dan Jarak


1. Skala
i.

Skala ialah nisbah jarak antara dua tempat pada peta dengan jarak sebenar di permukaan
bumi.
ii. Kepentingan skala :
a. mengukur jarak antara dua tempat
b. mengukur keluasan kawasan
iii. Skala terbahagi kepada tiga:
a. Skala Lurus
b. Skala Penyata
c. Skala Pecahan Wakilan
iv. Skala lurus terbahagi kepada dua:
a. Skala lurus mudah
b. Skala lurus penuh

v.

Skala lurus merupakan satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang
sama panjang.

2. Jarak
i.
ii.
iii.
iv.

Jarak merujuk kepada ukuran jauh antara dua tempat yang diukur.
Jarak terbahagi kepada jarak lurus dan jarak melengkung.
Jarak lurus merujuk kepada ukuran antara dua tempat dalam satu garisan lurus.
Jarak melengkung pula adalah jarak yang tidak lurus seperti jalan raya dan sungai.

3. Mengukur Jarak Di Antara Dua Tempat Pada Peta Dengan Menggunakan Skala Lurus
Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya dalam satu garisan
lurus. Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan lebih kecil supaya
jarak dapat diukur dengan lebih tepat.
i. Cara Mengukur Jarak Lurus

Geografi Form 2
Jarak lurus boleh diukur dengan menggunakan jangka tolok, pembaris dan jalur kertas.Cara Mengukur Jarak
Lurus Dengan Menggunakan Jangka Tolok.
Cara Pertama : Jangka Tolok

Cara Kedua : Guna Jalur Kertas

ii.

Cara Mengukur Jarak melengkung boleh diukur dengan menggunakan Jalur tepi kertas atau sejalur
benang.

Geografi Form 2
Cara Pertama : Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Jalur tepi kertas

Cara Kedua : Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Benang

Geografi Form 2
4. Menukar Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar

Langkah-langkah :
i.
Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi.
ii.
Kemudian membaca nombor pada sekolah.
iii.
Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm.
iv.
Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan pembaris pada skala lurus di
bawah peta. Berdasarkan skala lurus itu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah
ialah 4.5 km.
v.
Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta masih sama 4.5
cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.

vi.
vii.

Jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah menjadi 9 km.

Jarak sebenar di atas bumi ditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh sebuah peta.

5. Alatan Mengukur Jarak


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Benang
Opsimeter
Jangka Tolok
Pembaris
Perambulator
Jalur Kertas

Anda mungkin juga menyukai