Anda di halaman 1dari 8

Kuliah 6:

GLOBALISASI
Globalisasi didefinisikan oleh Lubbers, 1996
- Menjadi atau menuju kea rah kesejagatan (becoming or making world
wide).
3 peristiwa penting yang menjadipemangkin kepada pembentukan kuasa-kuasa
barat:
1. Revolusi sains abad ke-17
2. Revolusi Industri 1750
3. Gerakan Enlightment (age of person) abad ke-18
Ketiga-tiga peristiwa ini penting kerana ia memulakan satu gerakan terhadap
polisi dasar luar kuasa-kuasa besar.
Ketiga-tiga peristiwa ini sangat rapat dengan pembentukan pemikiran kuasa
barat terutama sekali mereka menggunakan perkembangan ilmu sains sebagai
satu alternatif dalam meningkatkan perkembangan kolonialnisme.
Perkembangan ilmu sains mula mencabar kesahihan, amalan dan pegangan
keagamaan mesyarakat Barat. Perkembangan ini akhirnya membentuk
Weltanschaung (Pandangan Semesta) setiap individu masyarakat Eropah.
Anggota masyarakat menjadikan dapatan ilmu sains sebagai pilihan mutlak
dalam menentukan pelbagai prinsip hidup mereka. Semua pandangan hidup
yang diamalkan dalam masyrakat sama ada dari segi agama adapt resam mula
dipertikaikan. Akhirnya, timbul konflik di antara pandangan ahli sains dengan
gereja katolik romani. Pandangan agama sudah dianggap terutama yang
berkaitan pandangan alam semesta dan hubungannya dengan perkembangan
ilmu keagamaan katolik romani. Konflik ini berterusan sehingga pandangan ahli
sains menjadi institusi pemikiran dalam masyrakat. Tindak balas daripada
ahli-ahli agama secara agresif mengeluarkan perintah supaya ahli-ahli sains
ditangkap dan dibunuh atau semua kariah mereka dibunuh seperti yang
berlaku pada ahli sains Galileo Galilei.
Utilitarian dan experimental:
Law of the free will: satah condong (inclinedplane experimental)
Salah satu sifat utama ilmu sains yang boleh mencabar kesahihan pandangan
agama mereka ialah ilmu sains bersifat utilitarian dan experimental.
Maksudnya ilmu sains terlalu bersifat aplikasi, ia digunakan dan dipakai

secara maksimum dalam kehidupan harian. Masyarakat akan mendapat


manfaat secara spontan terhadap ilmu sains. Masyrakat boleh menguji
kesahihan kedapatan ilmu sains tersebut melalui experimental sains.
Perkembangan sains ini bearkembang kuat di beberapa institusi kajian sains
seperti The Royal society of England. Ia merupakan pertubuhan ahli-ahli
sains yang pertama di England dan di Eropah. Perkembangan sains barat ini
berhubung rapat dengan perkembangan faham Kolonialisme. Maksudnya kuasa
besar barat sangat bergantung kepada kemajuan ilmu sains. Hal ini berlaku
apabila di Eropah terjadinya perkembangan yang amat terdesak setelah
berlakunya perang dunia pertama. Meksudnya, perkembangan persenjataan,
perubatan, dan alat komunikasi semakin mendesak antara kuasa-kuasa besar
di Eropah sendiri menggunakan keupayaan pakar-pakar sains untuk mengatasi
musuh-musuh kuasa besar sendiri di Eropah.
The Roya society England. Diantara kaedah yang dilakukan oleh kuasa besar
ini menjadikan daerah tertentu di luar benua Eropah sebagai kumpulan
sasaran mereka. Mereka membahagikan dunia ini kepeda beberapa istilah
tertentu bagi menjustifikasikan dasar kolonialisme mereka seperti istilah
dunia ke-3, dunia sedang membangun, negara sedang membangun , negara
bekas tanah jajahan. Sebab itu, beberapa benua selain Eropah telah menjadi
medan/lokasi perebutan dasar perluasan kuasa-kuasa barat. Sememangnya
beberapa kawasan yang termasuk dalam istilah-istilah tersebut, kawasan yang
berpotensi dari segi sumber asli, guna tenaga dan kedudukan geografi yang
strategic. Tidak menghairankan kuasa-kuasa barat akan menggunakan
pelbagai iktiar untuk menjajah kawasan-kawasan tersebut. Mereka tidak akan
berkompromi dan mengizinkan usaha pembebasan terhadap wilayah tersebut
sehinggalah kepentingan dasar kolonialisme mereka tercapai. Secara tidak
langsung, situasi ini telah mengesahkan keunggulan proses globalisasi. Proses
ini sebenarnya adalah proses untuk mewujudkan hegemani barat dalam bentuk
yang baru. Walaupun keadaan telah berubah di mana wilayah-wilayah yang
ditakluki oleh kuasa besar sudah diberi taraf kemerdekaan tetapi hubungan
dengan kuasa barat dalam bentuk yang baru masih terus berlaku.
KODANSHA FOUNDATION 1987 telah melancarkan satu Dialog Agung
Peradaban antara barat dengan timur. Pemikiran kuasa besar diwakili olek
Arnold Toynbee, seorang sarjana yang mengkaji perkembangan pemikiran
penjajah barat manakala pemikiran timur diwakili oleh Daisaku Ikeda, seorang
sarjana Jepun yang pakar dalam pemikiran tradisi masyarakat timur.

Walaupun kedua-dua sarjana ini bercanggah pendapat tentang peranan,


pemikiran kedua-dua tamadun tetapi kedua-dua sarjana ini bersetuju untuk
menghasilkan satu rumusan tentang keperluan , kerjasama dunia barat dan
timur dalam menghadapi cabaran globalisasi. Mereka juga perlu bersetuju
masyarakat dunia akan terus diancam peperangan dan huru-hara jika barat
masih terus angkuh untuk menjalankan dasar hegemani mereka sama ada
barat/timur tidak akan memberi sebarang amanah jika keamanan dan
kesejahteraan sejagat tidak boleh dipertahankan.
Kuasa-kuasa barat mendapat kekuatan apabila mereka menggunakan badanbadan tertentu di peringkat antarabangsa untuk menjalankan dasar hegemani
mereka. Secara umumnya, badan ini diwujudkan untuk memberi manfaat
kepada semua pihak yang terlibat tetapi perlaksanaannya sitahan kuasa
barat. Oleh itu, manipulasi pasti akan berlaku untuk kepentingan barat
sendiri. Berikut beberapa contoh badan-badan tersebut yang pelaksanaanya
dipaksa terhadap negara-negara selain daripada benua Eropah:
WTO (world trade organization)
GATT (general agreement on tariff and trade
EU (European Union)
WHO (world health organization)
WFTU (world federation of trade union)
AFTA (asia free trade association)
NAFTA (north American free trade association)
IMF (international monetary fund)
ILO (international labor organization)
ISO (international organization for standardization)
ICJ (international court of justice)
ICA (international commodity agreement)
Samuel Huntington
The clash of civilization and the remarking of the world order)
Paul Kennedy
Preparing for the twenty first century
Francis Becon
The New Atlantis and Novum Organon

John Nuisbitt
Mega Trends Asia
Jeffrey Robitison
The End of American century: Hidden Agendas of the Cold War
Peter L. Burger
Pyramids of sacrifice, politics, ethnics and social changes
Edward Goldsmith
The Way on Ecological World View
Semua peganrang di atas yang begitu kritikal terhadap soalan globalisasi
dan maksudnya, semua penulis dan karya mereka membincangkan secara
kritis, pro dan kontra terhadap isu-isu mereka. Mereka menjadikan USA
sebagai contoh kuasa barat yang terlalu yakin kepada diri mereka dalam
menjayakan kedua-dua polisi tersebut. Sedangkan di negaranya sendiri
beberapa persoalan asas masih belum berjaya diselesaikan. Harta kepada
persoalan asasi kehidupan masing-masing masyarakat Amerika Syarikat maish
dipertebalkan di kalangan rakyat mereka pada semua peringkat seperti isu
kemiskinan tegar di kalangan rakyat mereka yang berkulit hitam. Isu
pengangguran di kalangan generasi muda hinggakan kepada isu demokrasi dan
hak mengundi dalam pilihan raya umum. Mengilut statistik tahun 2001,
peratus rakyat Amerika Syarikat yang mengundi dalam setiap pilihan.
Pemilihan president mereka dianggarkan di antara 50-60% sahaja. Kalau di
kalangan pengundi kulit hitam, peratusan jauh lebih rendah, iaitu 42-54%
sahaja. Inilah isu-isu asasnya sengaja disembunyikan oleh Amerika Syarikat.
Menurut John Naisbitt dalam bukunya Megatrends Asia menyebutkan
bahawa gerakan globalisasi berhubung rapat dengan sector ekonomi.
Menurutnya, sector ini menjadi punca kepada sector-sektor lain, sesebuah
negara yang mempunyai sector ekonomi yang kuat, ia boleh menjamin
kekuatan sesebuah kerajaan. Menurut kajian beliau, rantau Asia akan menjadi
satu rantau yang kuat di bidang ekonomi dan boleh mencabar kuasa barat.
Sebab itu, beliau merumuskan bahawa kuasa barat akan menjadikan rantau
Asia sebagai rantau yang mempertemukan beberapa kuasa barat. Beliau
meramalkan rantau Asia adalah rantau yang menjadi sasaran globalisasi dalam
adab-adab yang mendatang. Beliau juga meramalkan rantau Asia akan
terbahagi kepada 8 aliran di bidang perekonomian.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Nation State (dulu)Networks (sekarang)


Export-Led Economyconsumer driven economy
Western InfluenceAsian Way
Government-Driven EconomyMarket Driven Economy
VillageSupercities
Labour Intensive IndustryHigh technology industry.
Male DominanceEmergence of women (female)
WestEast.

Nation state
- Ekonomi serantau yang didominasi oleh pemimpin politik sesebuah
negara akan bertukar kepada jalingan ekonomi sesebuah negar dan
antarabangsa.
- Syarikat-syarikat besar multinasianal pada peringkat antarabangsa
amat dominan dalam menentukan pembangunan sesebuah negara.
- Malah sebahagian negara kecil perlu bergantung secara keseluruhan
kepada syarikat multinasional untuk memastikan kelangsungan
pembangunan ekonomi negara mereka.
- Inilah disebut dunia tanpa sempadan atau borderless world oleh
kenichi Ohmae.
Export-Led Economy
- secara tradisinya ekonomi sesebuah negara bergantung kepada
kemempuan negara mengeksport produk barangannya. Perkara ini masih
berlaku pada ala mendatang.
- Tetapi lemunculan kuasa membeli dalam sesebuah negara akibat
daripada penbangunan ekonominya menwujudkan suatu suasana baru
iaitu ekonomi dibangunkan oleh kemampuan pengguna untuk membeli
hasil barangan yang dikeluarkan oleh pihak tempatan.
- Ia tidak bergantung kepada skill dan keupayaan untuk tujuan eksport.
Tidak hairan kita melihat hari ini sudah jadi orang consumerlis dan
eksploitasi yang berlumba-lumba mencari kekayaan dan sangat gemar
membeli-belah.
Western Influence
- Secara tradisi, pembangunan di rantau Asia banyak didominasikan oleh
pengaruh barat bermula daripada kaedah dan tatacara perniagaan

sehinggalah kepada citarasa pengguna yang merasa senang dan selesa


dengan sesuatu yang dating dari barat.
Inilah yang mengakibatkan kegilaan secara sedar oleh penduduk Asia
terhadap jenama seluar jeans Levis, makanan segera Mc Donald
pengangkutan, kosmetik dan artis barat. Menurut Naisbitt abad
mendatang akan menyaksikan berlakunya perubahan daripada cara bara
kepada cara Asia dan barat atau cara Asia ala barat.

Government-Driven Economy
- lazimnya yang memajukan ekonomi negera ialah memerintah segala
dasar dan polisinya.
- Dengan kata lain, pemerintah terletaknya tanggungjawab mencipta dan
melaksanakan dasar, polisi dan halatuju pembangunan sesebuah negara.
- Pada ala mendatang, hal ini diramalkan tadak lagi berlaku dengan
wujudnya pelbagai agensi antarabangsa ciptaan kuasa barat: NAFTA,
AKTA, WTO, EU, GAtt dan perjanjian ekonomi kerjasama antara
syarikat-syarikat multinasional negara tidak lagi mempunyai pengaruh
secara mutlak dalam membentuk pembangunan ekonomi sesebuah
negara yang akan memaju pembangunan negara maju ialah permintaan
pasaran produk yang dihasilkan.
Village
- satu lagi perubahan akan berlaku kesan daripada pembangunan pesat ini
adalah kewujudan Bandar-bandar baru menggantikan kampung-kampung
tradisional.
- Bandar tidak hanya dirujuk pada tempat atau lokasi tetapi juga rujuk
dalam perubahan pembangunan budaya, social, politik dan ekonomi,
pendidikan malahan agama.
- Terdapat banyak Bandar baru yang wujud di rantau asia dan tidak
terkecuali di Malaysia. Mungkin juga di tempat-tempat ini wujud
kerana desakan pembangunan ekonomi. Wujudnya rangkaian lebuhraya
pusat-pusat perniagaan, hiburan dan kawasan-kawasan peindustrian
akan memesatkan kagi pertumbuhan Bandar-bandar baru. Kesannya
kampung-kampung tradisional akan terhakis dan tidak mustahil akan
dihapuskan dari satu masa yang amat dekat.
- Dalam kes-kes tertentu, proses penghapusan ini dan Bandar-bandar
baru akan berlaku dalam masa yang amat singkat, tidak sampai 10
tahun.

Pembentukan Bandar-bandar baru akan membawa kepada pembentukan


budaya dan pandangan hidup baru di kalangan penduduknya.

Labour Intensive industry


- Industri juga turut berubah wajah daripada menggunakan buruh yang
ramai dengan pengguanaan teknologi yang canggih. Buruh tidak lagi
melakukan kerja bersifat fizikal yang menggunakan mesin dan robot
tetapi menggunakan kepintaran atau smart worker.
- Pintar maksud setiap pekerja tidak hanya melakukan kerja tertentu
dengan garis panduan kerja yang khusus tetapi mereka boleh membuat
pelbagai jenis kerja dengan bantuan beberapa alat bantu seperti
computer dan peralatan robetik.
Male Dominance
- Satu lagi pernyataan yang sukar dinafikan ialah penglibatan wanita
dalam sektor dahulunya didominasi oleh kaum lelaki.
- Malah hari ini, ramai wanita yang mematuhi pelbagai aktiviti sektor
awam dan swasta yang anggota bawahannya ramai lelaki.
- Wanita telah membuktikan kehadiran mereka sama atau lebih baik
daripada lelaki. Perbezaan janina dan fizikal tidak lagi menjadikan alas
an atau halangan untuk mendiskriminasikan wanita. Lelaki meati sedar
akan nasib diri mereka.
- Perkara ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh bilangan wanita yang
semakin meningkat tetapi juga bilangan mereka yang berpendidikan dan
berkemahiran tinggi juga meningkat. Suasana ini akan mengubah
suasana masa depan masyarakat pada keseluruhan.
West
- Dari segi ekonomi, pusat kegiatan ekonomi sekarang sedang beralih
sara sedar atau tidak daripada barat kepada timur. Yang dimaksudkan
dengan timur ialah negara-negara membangun.
- Ini adalah satu kenyataan yang diterima oleh semua pihak.
- Antara sebabnya:
o Timur ada sumber manusia yang ramai dan murah.
o Timur juga ada kawasan sumber asli yang kaya dan belum
diterokai sepenuhnya.
o Timur juga ada prasarana yang baik daan akan menjadi
bertambah baik di masa akan datang.

Pelabur barat sudah bersedia berubah dari segi pemikiran klasik


mereka iaitu menganggap timur sebagai suatu kawasan yang jauh
ketinggalan dan tidak maju disbanding dengan barat.
Barat akan menggunakan pelbagai cara untuk merebut peluang ekonomi
yang lumayan yang berada di timur.
Trend mutakhir dilihat sebagai bukti di mana syarikat besar
multinasional mereka berlumba-lumba untuk membuka
pejabat/cawangan operasi mereka di timur.

Anda mungkin juga menyukai