Anda di halaman 1dari 20

1

DEFINISI LAYANG-LAYANG
Perkataan layang-layang lebih sinonim dengan negeri-negeri di Pantai Barat dan
Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini terbukti berdasarkan
catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan dengan jelas Raja Ahmad bermain layang-layang
dengan pemuda serta kerabat Diraja, dan tidak pula disebut wau. Berbanding dengan wau di
Utara, saiz layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah lebih
kecil dan kurang dari segi motif hiasannya. Secara umumnya, layang-layang di negeri-negeri
ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu layang-layang laga, layang-layang anak dan layanglayang hiasan.
Musim permainan layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia
adalah hampir sama dengan negeri-negeri di Utara iaitu selepas musim menuai padi. Menurut
sumber, di negeri Johor misalnya Wau Merak atau nama asalnya layang-layang kipas
dimainkan oleh orang Bugis selepas waktu musim menuai padi.
DEFINISI WAU
Di Malaysia, terdapat satu lagi istilah yang juga bermaksud layang-layang iaitu wau.
Perkataan wau digunakan oleh negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah. Terdapat beberapa teori yang menyatakan bagaimana
perkataan wau ini wujud dan salah satunya menurut Wayne Hosking dalam bukunya yang
bertajuk Kites Of Malaysia, mengatakan perkataan wau berasal dari perkataan Belanda iaitu
Wouw yang merujuk sejenis burung besar yang dijumpai di Asia Tenggara.
Walau bagaimanapun, menurut cerita orang tua-tua di negeri Kedah bahawa perkataan
wau berasal dari perkataan Thailand dan boleh dianggap sebagai teori yang paling kukuh
setakat ini. Di Thailand, layang-layang di negara tersebut dipanggil wau. Dari segi geografi
pula, keempat-empat negeri tersebut merupakan negeri yang paling hampir dengan Thiland.
Fakta yang terbaru dijumpai, hasil dari temuramah dengan penggiat-penggiat wau di
Semenanjung Malaysia menyarankan bahawa perkataan wau tersebut wujud daripada bunyi
yang dihasilkan oleh busur yang terdapat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus
yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi wau, wau, wau secara
berirama.

SEJARAH DAN MITOS WAU


Tiada catatan sahih mengenai tarikh sebenar serta asal usul kewujudan wau pertama di
Malaysia. Walau bagaimanapun, menurut sejarahwan Clive Hart, kedatangan wau yang
pertama di Malaysia dipercayai berasal dari negara China. Ia berdasarkan karektor yang
terdapat pada layang-layang tradisional China yang mempunyai banyak persamaan dengan
layang-layang di Malaysia. Ianya bukan sesuatu yang mustahil memandangkan Tanah Melayu
(Malaysia) telah menjalin hubungan dengan negara China sejak hampir 2000 tahun yang lalu.
Sebagai contoh salah sebuah negeri di Malaysia iaitu dipanggil Ho-Lo-Tan pada kurun ke-5
masihi, Chih-Tu pada kurun ke-6 masihi dan Tan-Tan pada kurun ke-7 masihi.
Walau bagaimanapun konsep layang-layang melayu telah diperakui oleh orangorang Eropah sejak dahulu lagi. Orang-orang Melayu telah menggunakan daun kayu yang
lebar untuk dijadikan wau. Kemudian, sesuai dengan perkembangan kemajuan manusia
mereka mencipta beberapa rekabentuk baru. Berkemungkinan juga wau di Malaysia
mengalami satu evolusi dan menyerap unsur- unsur kebudayaan dari negara China.
SEMANGAT PADI
Kewujudan layang-layang di Malaysia juga dikaitkan dengan semangat padi.
Sebuah cerita lagenda dari negeri di utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah. Diceritakan
bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah
kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka
terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh
kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka
beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.
Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.
Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan
diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah
dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis
mereka sebenarnya adalah Semangat Padi dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda
meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan
dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

LAYANG-LAYANG SEBAGAI ACARA PERMAINAN DIRAJA


SIAPA YANG MEMAINKAN WAU
PERANAN WAU DALAM MASYARAKAT MALAYSIA DAHULU DAN SEKARANG
Di Malaysia terdapat sedikit perbezaan peranan wau dalam masyarakat berbanding
dahulu dan sekarang iaitu dari segi fungsi dan persekitaran.
MASA DAHULU
Dalam tahun 1960-an hingga 1970-an, perkembangan permainan layang-layang di
Malaysia amat memberangsangkan. Layang-layang sering dimainkan selepas musim menuai
kerana untuk bermain layang-layang ia bukan sahaja memerlukan kepakaran untuk
membuatnya tetapi juga kawasan lapang dan tiupan angin yang sesuai untuk menaikkan
layang-layang. Apabila selesai waktu menuai, kawasan tanah yang sebelum ini ditanam
dengan padi menjadi lapang dan kering. Pada masa tersebut, proses menanam padi tidak
seperti hari ini iaitu dua kali setahun. Ini merupakan peluang kepada masyarakat ketika itu
untuk bermain layang-layang pada waktu petang sebagai salah satu hiburan yang sangat
digemari. Perhubungan masyarakat yang sangat terhad menyebabkan masyarakat Melayu
dahulu pada keseluruhannya sering bermain dengan permainan tempatan seperti gasing, wau,
sepak bulu ayam, sepak raga dan congkak.
MASA SEKARANG
Pada hari ini, layang-layang di Malaysia tidak hanya dimainkan di peringkat kampung
atau daerah sahaja bahkan telah menjangkau ke peringkat antarabangsa melalui Festival
Layang-Layang yang diadakan di seluruh dunia sepanjang tahun. Rakyat Malaysia melalui
Majlis Pelayang Malaysia telah memandang ke hadapan untuk menjadikan layang-layang atau
wau sebagai salah satu pendekatan untuk memperkenalkan Malaysia serta budayanya di
peringkat dunia.
Di peringkat nasional pula telah diwujudkan pertandingan wau tradisional serta wau
ciptaan di dalam festival-festival yang diadakan bagi mewujudkan suasana yang lebih meriah

4
serta bermatlamat. Daya kreativiti para seniman juga menjadikan fungsi layang-layang
semakin luas dan tidak hanya tertumpu kepada satu bentuk permainan tradisional sahaja tetapi
juga sebagai replika atau cenderamata. Hasil kraftangan ini bukan hanya menarik disebabkan
rekabentuk serta kehalusan kerja sahaja tetapi dari sudut eksperimentasi bahan seperti
seramik, tembaga, gangsa, perak, emas, Kristal dan sebagainya.
Sebagai pengiktirafan terhadap layang-layang di Malaysia, wau bulan telah diiktiraf
sebagai wau kebangsaan dan imejnya telah diabadikan sebagai latar wang kertas satu ringgit
Malaysia dan wang syiling lima puluh sen. Masyarakat Malaysia turut menjadikan layanglayang sebagai simbol untuk mengabadikan sesuatu peristiwa. Sebagai contoh, pada tahun
1999 sempena dengan Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang (Malaysia) Yang
Ke-4, sebuah layang-layang ciptaan yang dinamakan Wau Dugong telah direka. Ia dihasilkan
sempena tragedi kematian beberapa ekor ikan dugong yang semakin pupus di perairan Negeri
Johor.
KESIMPULAN
Teori-teori kewujudan layang-layang di Malaysia yang telah dinyatakan sehingga kini
masih belum menggambarkan secara tepat bilakah layang-layang pertama wujud di negara
ini. Walau bagaimanapun, ia telah membuktikan kepentingan laying-layang kepada
masyarakat Melayu pada masa dahulu. Kewujudan layang-layang di Malaysia pada asasnya
berteraskan dua perkara iaitu adat resam dan rekreasi.

5
2.0 Fungsi atau Peranan Layang-layang/Wau
2.1 Fungsi layang-layang/wau dalam masyarakat terdahulu
Fungsi layang-layang atau wau dalam masyarakat terdahulu boleh dikupas melalui
fungsinya dalam masyarakat Melayu dan juga dalam masyarakat dunia.
Dalam masyarakat Melayu, jika diimbas kembali sejarah lama wau ini dikaitkan
dengan mitos semangat padi. Hal ini bermaksud wau adalah semangat padi bagi
masyarakat Melayu terdahulu. Perkara ini dapat dibuktikan melalui satu mitos iaitu
Pada satu hari, seorang petani bersama isterinya yang tidak mempunyai anak terjumpa
dengan seorang anak perempuan yang cantik, lalu dipelihara oleh mereka. Si suami tiaptiap hari membawakan minuman dan makanan kepada anak perempuan itu di tempat dia
bermain di rumah padi, yang akhirnya menimbulkan perasaan cemburu di hati isteri.
Anak perempuan itu dipukul oleh si isteri lantas melarikan diri dari rumah petani tersebut
menghala angin barat. Berikutan dengan kejadian itu, padi petani suami isteri tadi, tidak
berbuah dan diserang penyakit. Mengikut nujum, anak perempuan yang dihalau tadi
adalah semangat padi. Untuk memohon maaf, petani itu harus membuat satu lembaga
merupai Wau Bulan. Mitos ini membawa maksud bahawa anak perempuan yang
dikatakan semangat padi itu digantikan dengan wau/layang-layang setelah anak
perempuan itu melarikan diri. Maka dengan ini wau berfungsi sebagai semangat padi
dalam masyarakat Melayu terdahulu. Oleh sebab itulah wau sering dimainkan selepas
musim menuai padi.
Permainan wau ini juga berfungsi sebagai permainan atau acara permainan rasmi
anak raja dan golongan istana pada zaman masyarakat Melayu dahulu. Permainan wau
kerabat diraja ini telah bermula sejak 500 tahun dahulu ketika zaman Sultan Mahmud
Syah lagi. Setiap tahun pihak golongan istana akan mengadakan pesta layang-layang
yang membolehkan anak raja bersama-sama rakyat jelata berserta dalam pertandingan
layang-layang. Kebiasaannya, golongan anak raja mempunyai layang-layang yang lebih
hebat berbanding rakyat biasa. Layang-layang yang hebat ini menunjukkan kebesaran
kerabat diraja itu sendiri. Kebesaran itulah ganjarannya. Fenomena ini dapat dibuktikan
melalui catatan Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu(Sulalatus Salatin). Menurut
ceritanya, dalam satu musim permainan layang-layang disertai oleh pemuda serta kerabat
diraja termasuk
anak kepada Sultan Melaka, Raja Ahmad. Layang-layang milik Raja Ahmad paling besar
manakala talinya daripada tali kail paling besar. Raja Ahmad adalah orang terakhir

6
menaikkan layang-layangnya dan apabila dilihat oleh peserta lain, mereka turut bertindak
menurunkan layang-layang kerana bimbang jika bergesel dengan layang-layang Raja
Ahmad, sudah pasti layang-layang mereka akan terputus. Fenomena ini menunjukkan
kebesaran kerabat diraja Raja Ahmad itu. Bagaimanapun di antara peserta itu, ada
seorang peserta iaitu Hang Isa Pantas tidak menurunkan layang-layangnya. Berbanding
layang-layang Raja Ahmad, layang-layang Hang Isa Pantas jauh lebih kecil tetapi talinya
bersadur serbuk kaca. Layang-layang Raja Ahmad kemudiannya semakin mendekati
layang-layang Hang Isa Pantas lalu kedua-dua tali layang-layang tersebut bergesel.
Akibat terkena serbuk kaca akhirnya tali layang-layang Raja Ahmad tersebut putus lalu
jatuh di Tanjung Jati.

Layang-layang juga menjadi satu aktiviti riadah atau aktiviti masa lapang dalam
masyarakat Melayu terdahulu. Aktiviti riadah ini kebiasaannya dilakukan selepas musim
menuai padi kerana kawasan tanah yang sebelum ini ditanam dengan padi menjadi
lapang dan kering. Jadi, permainan ini dimainkan di kawasan lapang dan berangin. Oleh
sebab perhubungan yang terhad menyebabkan masyarakat Melayu terdahulu mengisi
masa lapang mereka dengan permainan seperti layang-layang ini. Contohnya, ketika
nelayan tidak turun ke laut maka permainan layang-layang menjadi pilihan kegiatan
hiburan masa lapang mereka. Aktiviti masa lapang ini bukan sahaja disertai oleh seorang
individu malah seisi keluarga akan turut serta. Hal ini bermakna bapa,emak dan anakanak akan bersama-sama mengisi masa lapang mereka. Keadaan ini akan membawa
banyak kebaikan. Kebaikan itu boleh diperolehi apabila seorang bapa mengajar anaknya
cara membuat wau, bagaimana bermain wau dan sebagainya. Aspek-aspek ini
membolehkan permainan ini diwarisi dari generasi ke generasi lain di samping menjadi
aktiviti masa lapang masyarakat. Selain itu, bagi menambahkan kemeriahan aktiviti masa
lapang ini masyarakat Melayu menjadikan aktiviti layang-layang ini sebagai acara
keramaian dan pesta. Apabila sesuatu permainan atau pesta diadakan di sesebuah
kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian
atau sekadar memberi sokongan kepada peserta. Hal ini membuktikan bahawa permainan
layang-layang sememangnya aktiviti riadah masyarakat Melayu terdahulu. Contoh wau
yang digunakan untuk bermain pada masa lapang ialah Wau Teraju Tiga.

7
Wau atau layang-layang turut berfungsi sebagai penjaga sawah padi dan hasil padi
pada zaman masyarakat Melayu terdahulu. Menurut Encik Hishamudin Bin Satil,
individu yang ditemuramah oleh kami, beliau menyatakan bahawa orang Melayu zaman
dahulu menggunakan wau atau layang-layang ini untuk menghalang binatang-binatang
yang suka memakan atau membinasakan sawah dan hasil padi mereka. Contohnya, di
negeri Perlis, wau dibina dalam bentuk yang berupa seakan-akan burung helang dan
dinaikkan ke udara di tengah-tengah sawah padi. Tujuan wau berupa burung helang ini
dibuat adalah untuk menghalau dan menakutkan burung-burung yang suka memakan
padi. Namun fungsi wau atau layang-layang ini lama-kelamaan telah digantikan dengan
orang-orang yang juga terletak di tengah-tengah sawah padi
Permainan layang-layang dalam masyarakat Melayu terdahulu berfungsi sebagai
satu seni kebudayaan rakyat(Folklore). Kebudayaan di sini bermaksud amalan yang
dibuat berulang-ulang kali. Manakala seni ialah satu keindahan. Maka permainan layanglayang dalam masyarakat Melayu dahulu bermakna keindahan amalan masyarakat
Melayu. Sejarah juga menunjukkan perkembangan layang-layang dalam masyarakat
Melayu menunjukkan betapa indahnya permainan layang-layang itu sehinggakan ianya
disamakan dengan dewa-dewi di kayangan. Tujuan amalan permainan layang-layang ini
juga tidak menyimpang daripada kebudayaan masyarakat Melayu dahulu. Rata-rata
masyarakat Melayu dahulu bangga dengan kebudayaan permainan layang-layang ini
kerana permainan layang-layang dalam masyarakat Melayu hanya digunakan untuk
tujuan yang baik sahaja.
Seterusnya, antara fungsi utama wau/layang-layang dalam masyarakat dunia dahulu
ialah sebagai alat peperangan dan lambang kejayaan sesebuah negara. Wau ini digunakan
sebagai peta penyerangan dan penakulan sesebuah negara. Di atas layang-layang inilah
dilukis strategi dan cara menyerang sesebuah negara. Perkara ini dapat dibuktikan
apabila cucu pembina Empayar Srivijaya, Jaya Sinha mengadakan beberapa serangan
untuk menyatukan kembali Empayar Srivijaya yang berpecah. Sebelum Jaya Sinha
mengadakan serangan, dia telah lama bertapa dan apabila selesai, dia pulang dari gua
tempatnya bertapa dengan membawa rangka atau lembaga wau bulan yang baginya
merupakan peta penyerangan dan penaklukan kembali Empayar Srivijaya. Setelah
mendapat kemenangan, Wau Bulan yang dibawa Jaya Sinha tadi menjadi lambang
Empayar Srivijaya yang dikenali sebagai Sejagat Tanah Jawa. Lambang kebesaran ini

8
ditunjukkan dengan mengadakan pesta menyambut kemenangan lalu menaikkan wau
tersebut ke udara. Keadaan ini menunjukkan wau sebagai lambang kejayaan Empayar
Srivijaya. Selain itu, di China, General Han Hsien telah mengalahkan tentera General
Hsiang Yu dalam peperangan di Kaishai dengan menakutkan mereka melalui bunyi
layang-layang besar pada waktu malam yang kononnya bunyi tersebut sebagai tanda
kemarahan dewa.
Pada zaman dahulu, di Jawa Barat, Lampung, dan beberapa tempat di Indonesia
layang-layang berfungsi sebagai alat bantu memancing. Layang-layang ini terbuat dari
anyaman daun sejenis anggrek tertentu, dan dihubungkan dengan mata kail. Di
Pangandaran dan beberapa tempat lain, layang-layang dipasangi jerat untuk menangkap
kalong atau kelawar.
Di Rome Kuno dan Greece pula, permainan wau merupakan satu kegemaran biasa.
Di Eropah dan Amerika, selain menjadi satu hobi, wau digunakan untuk kajian sains
yang bermula pada tahun 1479 Masihi oleh Alexander Wilson dan Thomas Mervill dari
Scotland. Mereka ini memasang termometer pada layang-layang untuk mengukur
permukaan bumi.
Dalam kontek masyarakat dunia laying-layang digunakan untuk pemerhatian cuaca
bagi merekod data cuaca. Penggunaan layang-layang sebagai alat bantu penelitian cuaca
telah dikenal sejak abad ke-18. Contoh yang paling terkenal adalah ketika Benjamin
Franklin menggunakan layang-layang yang terhubung dengan kunci untuk menunjukkan
bahawa petir membawa muatan listrik.
Layang-layang juga berperanan penting dalam pengembangan pesawat, kerana Orville
dan Wilbur Wright menggunakan jenis ini untuk menguji teori mereka tentang pemelintiran
sayap, sebelum akhirnya berhasil menemukan pesawat terbang pertama tahun 1903.
Bahkan Alexander Graham Bell, pencipta telefon pernah merancang layang-layang untuk
dikembangkan menjadi pesawat penumpang.

Selain dari faktor-faktor ini, kewujudan layang-layang di seluruh dunia mempunyai


fungsi yang penting. Fungsi-fungsi ini dapat kita lihat melalui kejadian seperti seorang
Jeneral Korea menggantungkan sebuah lampu(tanglung) pada layang-layang bagi memberi

9
semangat kepada tenteranya. Selain itu, seorang lagi Jeneral telah menggunakan layanglayang bagi membawa tali ke sebarang sungai, kemudian membawa kabel melaluinya bagi
membuat sebuah jambatan, kamera juga pernah digantung pada layang-layang suatu ketika
dahulu untuk mengambil gambar-gambar cantik, layang-layang juga sebagai medium
penghantaran surat dan sebagainya. Apa yang dapat disimpulkan ialah layang-layang ini
sebenarnya mempunyai fungsi yang dinamik dalam konteks masyarakat dunia.
Fungsi Permainan Layang-Layang dalam Masyarakat Kini
Layang-layang yang dahulunya digunakan untuk mengisi masa lapang dan untuk
mengeratkan silaturahim antara masyarakat dan hubungan keluarga kini telah bertukar
fungsinya. Terdapat pelbagai fungsi yang wujud sama ada untuk memperkenalkan layanglayang kepada masyarakat luar ataupun berfungsi sebagai sesuatu yang tidak pernah kita
fikirkan.
1.0

Layang-layang sebagai sebuah medium pertandingan

Kini banyak pertandingan layang-layang dianjurkan untuk tujuan memperkenalkan layanglayang atau wau diperingkat antarabangsa. Fungsi layang-layang kini sebagai bahan
pertandingan adakalanya mendatangkan kebaikan, adakala mendatangkan keburukan. Mereka
yang terlibat dengan pertandingan ini segelintirnya hanya memikirkan habuan yang akan
diperolehi dan bukan untuk nilai sentimental yang terdapat pada permainan tersebut.
Antara pertandingan atau festival yang dianjurkan antaranya, festival layang-layang
yang sering dianjurkan oleh pelayang Johor yang menempah lokasi di Pasir Gudang. Menurut
Encik Hishamudin Bin Satil, individu yang ditemuramah oleh kami, beliau menyatakan
bahawa masih terdapat pelayang-pelayang di Malaysia ini yang mementingkan nilai sesebuah
layang-layang tersebut. Tetapi golongan ini sangat kecil. Menurut beliau lagi, terdapat juga
pertandingan layang-layang yang dianjurkan untuk sekolah-sekolah di Malaysia ini. Adik
beliau adalah antara individu yang terlibat dengan pertandingan tersebut. Tetapi sambutan
terhadap pertandingan ini masih kurang kerana sekolah-sekolah yang mewakili sekolahsekolah mereka akan terus ke peringkat antarabangsa dan bukan dimulakan dengan
pertandingan di antara sekolah-sekolah dahulu. Hal ini kerana permainan ini tidak begitu
mendapat sambutan.

10

2.0

Layang-layang sebagai lambang atau identiti

Layang-layang bukan sekadar berfungsi sebagai medium pertandingan, tetapi turut berfungsi
sebagai medium untuk perlambangan atau identiti sesebuah agensi. Fungsi layang-layang ini
kononnya diwujudkan adalah untuk memperkenalkannya tetapi adakalanya ia dilihat sebagai
sebuah perkara yang lebih menjurus kepada tujuan komersial sahaja. Ia hanya untuk dikenali
dan bukan untuk diselami.
Sebagai contoh, syarikat penerbangan Malaysia Airlines menggunakan motif wau
sebagai lambang untuk menunjukkan identitinya sebagai syarikat penerbangan yang berasal
daripada Malaysia. Tiada tujuan lain yang dapat dilihat dari fungsi layang-layang sebagai
perlambangan syarikat tersebut. Apa yang dilihat hanyalah lambang semata-mata. Terdapat
juga tiang-tiang lampu yang dihiasi dengan motif layang-layang ini, seperti yang terdapat di
Pasir Gudang, Johor. Tiang-tiang lampu ini diwujudkan sedemikian rupa adalah bertujuan
untuk memberikan peringatakan bahawa ada sedang menuju ke kawasan Muzium Layanglayang. Tiada nilai yang tersirat didalamnya, hanyalah berfungsi sebagai petunjuk kepada
jalan sahaja.
3.0

Layang-layang berfungsi sebagai bahan untuk tujuan komersial atau material.

Fungsi layang-layang sebagai bahan untuk tujuan komersial sering ditemui di mana-mana
sahaja. Mungkin pada mulanya ia dihasilkan untuk memperkenalkan permainan ini, tetapi
setelah sekian lama fungsi itu sudah mula dilupakan dan pengedar-pengedar juga sudah muak
dan letih untuk menghasilkannya walhal habuan yang diperolehi amat sedikit.
Kini fungsi penjualan material ini sudah menjadi satu perniagaan yang
menguntungkan. Hal ini kerana item-item yang dipasarkan sudah pelbagai dan adakalanya
hanya bentuk sesebuah layang-layang atau wau itu sahaja yang dikekalkan, manakala aspekaspek lain sudah mula dilupakan. Sebagai contoh, bentuk wau digunakan untuk menghasilkan
brooch atau kerongsang untuk hiasan, keychain atau rantai kekunci untuk dijadikan hadiah
ole-ole ketika menziarahi sesuatu tempat, sebagai corak di atas kek dan sebagai alat pameran
dirumah. Semua hasil karya ini dijual dengan harga yang tinggi, motif yang digunakan

11
menjadi sebab kononya barangan tersebut mempunyai nilai estetika yang tinggi walhal
mereka ingin mengaut keuntungan daripadanya.
4.0

Layang-layang berfungsi sebagai bahan pameran.

Muzium Layang-Layang menjadi topik utama yang akan disentuh sekiranya memeperkatakan
tentang pameran layang-layang. Boleh dikatakan semua layang-layang di seluruh dunia boleh
ditemui di situ. Tetapi sampai bila layang-layang ini akan bertahan dengan menjadikannya
sebagai alat pameran di muzium-muzium.
Terdapat juga layang-layang yang dijadikan pameran di kedai-kedai yang bertujuan
untuk menarik minat pelanggan untuk memasuki premis perniagaan mereka. Semua layanglayang tersebut hanya boleh dilihat dan dijadikan sebagai bahan ilmiah atau bahan
pengetahuan dan bukan sebagai medium untuk mencapai fungsi seperti masa dahulu. Ia hanya
boleh dilihat tetapi tidak boleh dimainkan, hal ini sangat mengecewakan kita sebagai
masyarakat melayu.
5.0

Layang-layang berfungsi sebagai alat hiburan

Layang-layang dahulunya turut berfungsi sebagai medium untuk hiburan ketika masa lapang.
Kini juga ia berfungsi sebagai permainan ketika masa terluang cuma perbezaannya, kini tidak
ramai yang memainkannya. Masyarakat kini lebih memilih pemainan elektronik untuk
menghiburkan mereka. Fungsi layang-layang sebagai alat permainan kini hanya boleh
didapati dan ditemui dikawasan luar bandar dan di kampong-kampung. Jikalau dilihat di
bandar, layang-layang sudah tidak dimainkan kecuali sekiranya tempat tersebut berdekatan
dengan pantai, barulah kita akan dapat melihat layangan layang-layang di langit biru.
Di kawasan pantai timur, layang-layang masih lagi berfungsi sebagai permainan ketika
masa lapang terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Golongan yang terlibat pula lebih
cenderung kepada golongan dewasa atau golongan tua sahaja. Golongan muda pula tidak
begitu menonjol penglibatannya. Walau bagaimanapun, fungsi ini sekiranya tidak
diperkukuhkan lagi, maka ia akan pupus ditelan zaman. Kini juga sudah terdapat permainan
komputer yang mengadaptasi layang-layang sebagai medium permainannya. Layang-layang

12
kini boleh dimainkan secara elektronik tanpa perlu mempunyai layang-layang di rumah. Apa
yang penting adalah komputer. Tidak perlu lagi berdiri di kawasan lapang, berdiri di tengah
panas, menunggu angin bertiup mahupun berlari untuk menaikkan layang-layang.

4.0 Cabaran- cabaran dalam permainan tradisional wau


4.1 Permainan wau sebagai aktiviti hiburan
Permainan wau pada era kegemilangannya dianggap sebagai aktiviti hiburan setelah
seharian bertungkus lumus mencari rezeki untuk menyara keluarga. Permainan ini biasanya
diadakan pada waktu petang setelah menunaikan solat asar. Pada waktu tersebut permainan ini
dimainkan oleh semua golongan tidak mengira peringkat umur. Kanak-kanak yang masih
kecil akan bermain wau yang lebih ringkas reka bentuknya berbeza dengan golongan belia
dan dewasa yang kebiasaannya akan bermain wau yang lebih besar saiznya dan rekabentuk
yang pelbagai serta mempunyai keunikan yang tersendiri.
4.2 Proses pembuatan wau
Proses pembuatan adalah suatu proses yang rumit dan agak memakan masa. Proses ini
bermula dari pemilihan buluh yang sesuai sehinggalah hiasan di badan wau itu sendiri. Buluh
yang sesuai digunakan untuk menghasilkan ialah buluh duri. Hal ini demikian kerana struktur
buluh duri yang agak lembut yang akan memudahkan proses pembentukkan wau itu sendiri
mengikut kreativiti pembuatnya. Buluh yang akan digunakan untuk menghasilkan wau
kemudiaannya akan dijemur sehingga kering. Proses ini memerlukan tempoh selama satu atau
dua dua hari bergantung kepada cuaca.
Setelah buluh yang dijemur tadi benar-benar kering maka proses meraut dan
membentuk buluh pula akan bermula. Saiz buluh yang akan dibentuk bergantung kepada saiz
wau yang hendak dihasilkan. Sekiranya wau bersaiz besar yang ingin dihasilkan maka buluh
perlu dibentuk agar lebih besar. Buluh yang dibentuk kemudiannya perlu dipastikan
mempunyai berat yang stabil dikedua-dua belah hujung di bahagian kanan dan kirinya. Hal ini
bertujuan memastikan wau yang dihasilkan mampu terbang. Walau bagaimanapun wau tidak
akan mampu dinaikkan sekiranya berat dikedua-dua bahagian adalah tidak stabil. Setelah

13
buluh didapati mempunyai berat yang stabil maka bentuk wau akan dirangka. Bentuk wau ini
adalah berdasarkan kreativiti pembuatnya. Wau tradisional juga terdapat dapat pelbagai
bentuk. Setelah rangka wau siap dibentuk, kertas atau bahan lain yang bersesuai akan
digunakan untuk menghias rangka wau yang telah siap. Bahan ini kemudiannya dihiaskan
dengan corak-corak tertentu mengikut kreativiti dan citarasa pembuatnya. Kertas wau yang
digunakan perlu digumpal terlebih dahulu supaya tidak cepat terkoyak semasa wau
diterbangkan di udara. Wau tradisional biasanya menggunakan motif flora sebagai hiasan.
Hiasan di badan wau juga dipanggil sobek di negeri Kelantan.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar
dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua
menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau
bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk
ditampalkan.
Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan
dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya.
Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi
dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang
yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti
4.3 Unsur-unsur kesenian dalam permainan wau
Permainan wau juga terdapat nilai-nilai kesenian yang tinggi. Hal ini dapat dilihat
pada badan wau itu sendiri. Kesenian Melayu yang banyak menggunakan motif awan larat
turut digunakan sebagai pada badan wau. Sebagaimana yang kita telah sedia maklum bahawa
penggunaan motif awan larat sangat banyak digunakan sebagai hiasan pada rumah-rumah
Melayu Tradisional, perahu dan tenunan songket yang cukup terkenal sebagai identiti bangsa
Melayu itu sendiri.

4.4 Unsur-unsur kekeluargaan dalam permainan wau

14

Hal ini dapat dilihat ketika proses pembuatan wau pada masa dahulu. Pada ketika itu si
ayah dan dan anak akan bekerjasama untuk menghasilkan wau yang mereka mahukan.
4.5 Cara bermain wau

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin
bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik
talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah
cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu
tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat
tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada
layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan
menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih
mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau
pertandingan wau antarabangsa.

ANTARA CABARAN WAU MASA KINI:


1)

Dari Segi Pembuatannya

15

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit
rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk
menghasilkan sebuah wau. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai
kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu
terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan
menyimpan buluh tersebut.
Petua dan pantang larang pemilihan buluh, mencari dan menebang buluh adalah
memilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun., mengelakkan
daripada

menebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut

mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak, memastikan tidak
mengambil buluh yang sudah mengeluarkan bunga kerana dipercayai sudah tua dan
digelar mati beragan, memastikan akar buluh tersebut tidak berada di kawasan air
kerana dikhuatiri telah dimakan ulat bubuk dan akan menyebabkan buluh tersebut reput.
Bagi orang Kelantan pula, mereka memiliki lagu mereka sendiri semasa menebang buluh
tersebut.

2) Kerumitan membuat sesebuah wau memerlukan kemahiran dan kesabaran yang


tinggi.
Kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau
yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta
pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Kebanyakan masayarakat tidak meminati wau
adalah kerana kerumitannya untuk menghasilkannya. Menurut Encik Hishamudin Satil, iaitu
orang yang kami temuramah, beliau mengatakan bahawa untuk membuat rangka wau sahaja
sudah mengambil masa yang lama, malahan memerlukan kesabaran yang tinggi semasa
meraut buluh tersebut. Namun, semasa proses meraut dijalankan, buluh yang diraut oleh para
peserta akan patah. Disebabkan hal inilah, mereka berasa putus asa, dan tidak memiliki
keyakinan yang tinggi untuk mencuba lagi
3)

Langkah Mencungkil, Menarik Minat Dan Bakat Para Peserta

Menurut Encik Hishamudin Satil juga, untuk memastikan para peserta ini cenderung ke arah
memartabatkan tradisi wau, maka diperlukan minat dan bakat mereka terlebih dahulu. Bagi

16
pendapat beliau, sekiranya ada minat, tetapi tidak memiliki bakat, ia tetap tidak menjadi
kenyataan. Sebaliknya, sekiranya mereka memiliki bakat, namun tidak memiliki minat, ia
juga tidak berhasil untuk melahirkan seseorang yang bakal memartabatkan tradisi wau. Jadi,
beliau berpendapat, adalah penting sekiranya para peserta memiliki minat dan bakat pada satu
masa yang sama. Ada satu- satu masa juga, ada di kalangan mereka yang akan mudah tertarik
dengan tradisi wau ini sekiranya pihak tertentu sudah menyediakan segala peralatan untuk
menghasilkan sesebuah wau. Maka, dapat disimpulkan di sini bahawa, para peserta pada hari
ini adalah terlalu manja, ibarat makanan sudah ada di depan mata, namun tetap mahu
disuapkan juga.

4)

Kerumitan Untuk Memperolehi Bahan- Bahan

Sepertimana yang kita semua sedia maklum bahawa pada hari ini, pembangunan begitu
rancak sekali dibangunkan, ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Maka, disebabkan
hal inilah berlakunya situasi kerumitan untuk kita menemui hutan hujan yang tumbuh subur di
muka bumi ini. Namun, disebabkan timbulnya isu pembalakan haram dan pembangunan
bandar yang tidak rancang, akibatnya hutan hujan hampir hilang panoramanya yang indah,
disamping sumber hutan yang semakin berkurangan. Maka, hal ini secara tidak langsung telah
menyebabkan segala hasil hutan seperti kayu kayu balak, buluh- buluh dan sebagainya
semakin sukar didapati. Jadi, menurut Encik hishamudin Satil, kerumitan untuk mendapatkan
sumber- sumber hasil hutan inilah yang menyebabkan timbul kepayahan untuk mendapatkan
buluh yang berkualiti bagi meghasilkan wau yang sempurna sifatnya.

5)

Nilai Kekeluargaan Semakin Hilang

Pada hari ini, ibu bapa sudah memiliki kerjaya yang memerlukan mereka keluar bekerja pada
awal pagi, dan pulang ke rumah pada lewat malam. Implikasi daripada situasi inilah maka

17
menyebabkan anak- anak terbiar tanpa diberi sebarang perhatian dan bimbingan. Berikutan
daripada situasi ini juga, maka menyebabkan anak- anak mudah memanfaatkan wang ringgit
yang diberikan oleh ibu bapa mereka dengan melakukan aktiviti- aktiviti yang tidak
berfaedah, seperti bermain alat permainan video, bersiar- siar di pasar raya, dan sebagainya.
Hal ini berbeza dengan situasi masyarakat dahulu yang mana hubungan antara ibu bapa serta
anak- anak terjalin sungguh erat dan penuh dengan nilai kasih sayang. Kita melihat kepada
proses pembuatan wau pada zaman dahulu. Si bapa akan mengajarkan anak- anak mereka
bermula daripada akar umbi untuk membuat sesebuah wau. Hal ini meliputi daripada langkah
awal iaitu mencari buluh di hutan, meraut buluh untuk dijadikan rangka, seterusnya
bimbingan si bapa untuk mengajar anak- anak mereka menghiaskan wau tersebut dengan
pelbagai corak.
Namun, perubahan zaman yang semakin hari semakin terdedah dengan permainan
moden yang mengasyikkan telah menyebabkan permainan tradisi Melayu ini seakan hampir
dilupakan terutama oleh generasi muda. Ini kerana semangat mengembalikan permainan
wau sebagai tradisi unggul masyarakat Melayu dan Malaysia umumnya telah semakin
terhakis.
Permainan ini semakin pupus kerana kurang diminati oleh masyarakat kini. Dengan
peredaran masa dan perubahan cara hidup, permainan tradisional lama- kelamaan diganti
dengan aktiviti- aktiviti riadah yang lain, permainan tradisional seperti wau dan gasing
diteruskan sebagai tarikan pelancong sementara permainan kanak- kanak seperti polis dan
pencuri dan guli diabaikan kerana kanak- kanak lebih mengutamakan mainan- maina keluaran
kilang. Kini, permainan elektronik dan digital seperti Nintendo dan Playstation pula menjadi
pilihan mereka. Permainan tradisional dianggap tiada nilai komersial dan ditambah pula
dengan pengaruh Barat yang semakin menular sejajar dengan perkembangan ICT yang begitu
pesat.

Jadi, dapat disimpulkan bahawa, untuk menghasilkan sesebuah wau yang sempurna
amat memerlukan kerjasama yang padu, selain sokongan antara satu sama lain. Hal ini
sungguh berbeza dengan masyarakat kita pada hari ini. Jika si anak menginginkan sesebuah
wau, maka si ayah akan memenuhi tuntutan tersebut dengan membelikan wau tersebut di

18
mana- mana kedai yang terlibat. Jadi, tidak terlihat di sini akan kasih sayang si ayah dan si
anak untuk bekerjasama menghasilkan sesebuah wau. Hanya dengan wang ringgit, mampu
mendapatkan sebuah wau. Namun, nilai kasih sayang disitu tidak berjaya dihasilkan.

6) Fungsi Wau dibuat


Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah
kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya. ini permainan
tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang
menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat
antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan
pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya
peserta dari luar negara.

Wau dihasilkan juga bagi tujuan dikomersialkan. Pada masa kini, walaupun wau
masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu tetapi wau juga tidak kurangnya
telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai
bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang,
kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali.
Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia,
terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Persatuan Pelayang Johor, Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Warisan negeri, Jabatan
Pendidikan Negeri serta Majlis Pelayang Malaysia. Ketua Eksekutif Johor Corporation, Tan
Sri Muhammad Ali Hashim berkata 600 pelayang luar dan tempatan menyertai festival itu
yang bertemakan Membudayakan Layang-Layang ASEAN. Katanya festival itu menjadi
lebih menarik dengan penampilan sulung pelayang dari Switzerland dan Russia. Ini adalah
satu pengiktirafan bahawa festival ini sudah diterima pelayang luar sebagai satu acara yang
tidak boleh tidak disertai. Secara tidak langsung, kehadiran lebih ramai pelayang luar telah
menjadikan acara ini sebagai festival layang-layang antarabangsa terbesar dunia dan kita
harus berbangga dengan pencapaian ini dan terus berusaha untuk memperbaiki
penganjurannya, katanya. Antara acara yang diadakan sepanjang festival itu adalah

19
pertandingan wau cantik di bumi, persembahan layang-layang tempatan dan antarabangsa
serta permainanloly pop dropuntuk kanak-kanak.
Turut diadakan ialah pertandingan layang-layang sekolah peringkat kebangsaan,
pertandingan Malay kite, cabaran Taman Laru, pertandingan melukis dan mewarna, bengkel
layang-layang dan pertandingan membuat wau. Sempena festival itu, Asean Kite Council
(AKC) turut dilancarkan dengan kesemua lapan negara Asean menjadi anggotanya.
Muhammad Ali berkata antara peranan AKC ialah memartabatkan layang-layang tradisional
negara ASEAN ke seluruh pelusuk dunia.
Kini pelbagai cara kerajaan Malaysia mempromosikan produk kraftradisional
Malaysia kepada dunia, antaranya dengan mengadakan pertandingan wau antarabangsa,
pameran kraftangan ke luar negara dan sebagainya. Terdapat juga syarikat-syarikat besar
seperti MAS menggunakan motif wau bulan pada lambang syarikat penerbangan utama
Malaysia itu. Secara tidak langsung ia juga mempromosikan wau bulan kepada dunia.

RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/3672398/kerja-kursus-sejarahwau
http://id.wikipedia.org/wiki/Layang-layang
http://chichit-news.blogspot.com/2009/02/sejarah-layang-layang.html
http://www.scribd.com/doc/3535947/kerja-kursus-sejarahpermainan-wau

20