Anda di halaman 1dari 10

NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM

NILAI-NILAI AJARAN CONFUSIUS


Ajaran Confusius diasaskan oleh Kung Fu Tze. Pada umumnya ajaran ini banyak menyentuh tentang
hal-hal kehidupan duniawi manusia .27
Dr.Loh Yuet Keung daripada Jabatan Pengajian Cina di National University of Singapore,
berpendapat bahawa Confucius is an unusual perceptive and reflective person with diligence, honesty
and integrity. His teachings are incredibly profound and useful in modern life. He teaches us to
become human beings with mutual respect and filial piety.28
Tujuan ajaran Confusius ( Kung Fu Tse) menuju kepada kemajuan dan kesejahteraan negara, dunia
dan kehidupan sekarang (Focus on the here-and now factor of the human life). Mengikut kepercayaan
fahaman Confusius, manusia lahir dengan nilai-nilai yang baik dan terpuji dan hanya dirosakkan oleh
persekitarannya. Ajaran ini juga menganjurakan perikemanusiaan( ren) yang berteraskan menjaga
kemesraan antara manusia, buat baik pada setiap orang dan murah hati setiap masa. Menghormati
sesama(shu) manusia menjadi asas pada ajaran ini. Ajaran confusius termaktub dalam kitabnyaanalects. 29
Pada amnya, ajaran Confusius menitikberatkan tingkahlaku dan tabiat yang baik dalam lima bentuk
perhubungan manusia seperti berikut:30
Perhubungan baik di antara rakyat dengan pemimpin negara
Perhubungan mesra di antara suami dengan isteri
Perhubungan baik di antara bapa dengan anak lelaki
Perhubungan baik di antara abang dengan adik
Perhubungan baik di antara rakan-rakan
Ajaran Confusius ini mengenengahkan beberapa konsep panduan hidup termasuk lima sifat baik yang
harus ada pada manusia yang sempurna (junzi) seperti yang berikut:
Integriti( integrity) (zhi)
Keadilan(Righteousness) (yi)
Kesetiaan (Loyalty) (zhong)
Bertolak ansur (Reciprocity (shu)
Penyayang (Graded love) (ren)
Konsep 'ren' atau perikemanusiaan yang menitikberatkan kebajikan terhadap sesama manusia, tanpa
mengira batas-batas bangsa, negara, warna kulit kerana manusia bersaudara.
Konsep "Chun Tze" menjelaskan bahawa sifat-sifat keperibadian yang mulia adalah seperti hati yang
terbuka, tidak sombong, menjaga maruah, menguasai gerak-geri, menghayati keadilan,
berilmu(knowledge), kebijaksanaan(wisdom), menjaga kebajikan terhadap anak-anak(filial piety),

hormat-menghormati( reverence),berbudi bahasa ( courtesy),kesetiaan(loyalty) ,kemesraan (love)


penyayang(kindness), ikhlas(sincerety), boleh dipercayai(trustworthiness),kebenaran(truthfulness)
dan kesederhanaan(moderation).Sifat-sifat keperibadian mulia tersebut akan melahirkan seorang
manusia yang baik atau sempurna.
"Li" atau keserasian adalah berkaitan ucapan dan perbuatan cendekiawan dan tokoh yang
berpengalaman dan mahir dalam sesuatu bidang yang dijadikan sebagai teladan dan iktibar. Nilai
kesederhanaan dalam hubungan masyarakat diberi keutamaan.
Konsep "Ti" atau wibawa, menyentuh mengenai Kerajaan. Kerajaan yang berwibawa adalah kerajaan
yang menjaga kebajikan rakyat.
Dalam hubungan fahaman confusius, Profesor Dr.Tu Weiming, seorang pakar sejarah masyarakat
Cina di Universiti Harvard, menjelaskan bahawa fahaman Confusius mempunyai empat dimensi
humanisma seperti berikut:31
i. Integrasi di antara diri, jasad dengan pemikiran ( integration of the self , the body and mind)
ii. Interaksi di antara diri dengan masyarakat serta masyarakat dirujuk pada keluarga hingga ummah
sejagat ( interaction between humans as self and community, family to global community)
iii. Perhubungan yang harmonis di antara manusia dengan alam sekitar (human species and nature in
a sustainable harmonious relationship)
iv. Perhubungan di antara manusia dengan Shurga atau Tuhan (relationship between humans and
heaven)
Mengikut ajaran Confucius, manusia berhak hidup dengan kebebasan, keamanan dan harmoni .
right of every human being to live in freedom,peace and harmony( Analects.X:12).
Kesimpulannya, ajaran Confucius mengenengahkan sikap tidak menyakiti hati orang lain seperti kita
tidak hendak orang lain menyakiti kita. " Do not give to others what you yourself do not desire.".
Ajaran konfusius lebih mementingkan sifat-sifat kemanusiaan dan kedamaian dunia hari ini daripada
kehidupan dunia akhirat.
If a man is not humane, what can he do with the rituals?
If a man is not humane , what can he do with music?
(Confucius, Analects 3.3)
Till you have learnt to serve men, how can you serve ghosts?
Till you know about the living,how are you to know about the dead?
(Analects.XI:11)
Berhubung dengan nilai-nilai yang di anjurkan oleh fahaman confusius, Datuk Seri Ong Ka Ting,
pemimpin sebuah parti politik yang memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina, berpendapat

bahawa young people should pick up the good values as there is a lot of moral guidance that teaches
people to have good ethics, especially in a society where such values are now lacking.32
Kesimpulannya, ajaran Confucius mengenengahkan nilai moral dan etika seperti kesetiaan kepada
negara,ibu bapa, adik beradik, orang berpengetahuan dan pengalaman,kemesraan antara manusia,
ketelusan,pendidikan moral dan pembangunan budaya. Ajaran Confucius juga mengajar penganutnya
supaya jangan bebankan orang lain dengan perkara-perkara yang tidak disukai oleh diri sendiri. " Do
not give to others what you yourself do not desire.". Apa yang diutamakan dalam fahaman ini ialah
kemanusiaan.If a man is not humane, what can he do with the rituals? If a man is not humane , what
can he do with music?
(Confucius, Analects 3.3).
NILAI-NILAI AGAMA BUDDHA
Agama Buddha diasaskan oleh seorang putera raja yang bernama Siddartha yang lahir pada tahun
563 S.M. Agama ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek etika dan moral yang dipercayai akan
membantu rohani manusia menjauhi diri daripada kesengsaraan (samsara). Fahaman ajaran agama
ini disifatkan sebagai Dhamma (wisdom/knowledge) Agama Buddha dibahagikan kepada dua aliran
iaitu Aliran Mahayana (kajian kehidupan Buddha) dan Hinayana (asal).
Sementara itu, Dhamma atau dokrin Agama Buddha adalah berasaskan kepada Lapan Jalan
Kebenaran dan Empat Kebenaran Agung seperti yang berikut :33
1. Kepercayaan yang benar
(Right Understanding)
2. Berniat benar
(Right Intention)
3. Pengucapan yang benar
(Right Speech)
4. Kelakuan yang benar
(Right Action)
5. Usaha yang benar
(Right Effort)
6. Berfikiran yang benar
(Right Thought)
7. Meditasi/Pemusatan fikiran yang benar
(Right Mindfulness)
8. Hati dan niat yang benar
(Right Concentration)
Di samping itu, empat kebenaran agung yang disebut itu adalah seperti yang berikut:1. Hidup manusia terikat kepada penderitaan - kelahiran manusia disifatkan sebagai satu
penderitaan.
2. Penderitaan manusia disebabkan keinginan manusia yang tidak dapat dipenuhi (hawa nafsu,
kemewahan hidup dan harta benda).

3. Kaedah penghapusan penderitaan adalah dengan cara menghapuskan keinginan-keinginan hawa


nafsu.
4. Cara melenyapkan penderitaan yang dihadapi oleh seseorang adalah melalui Lapan Jalan atau
Dharma. Apabila memenuhi Lapan Jalan Kebenaran tersebut, maka tercapailah Nirwana (Perfection).
Agama Buddha juga menegaskan larangan-larangan yang berikut kepada pengamalnya:34
1. Tidak boleh membunuh.
(Abstain from killing living beings)
2. Tidak boleh mencuri.
(Abstain from taking what is not given)
3. Tidak boleh melakukan perkara-perkara yang tidak
senonoh.
(Abstain from sexual misconduct)
4. Tidak boleh minum minuman keras.
(Abstain from taking intoxicants)
5. Tidak melakukan perbuatan membohong.
(Abstain from lying & harsh frivolous speech)
Kesimpulannya, agama Buddha juga, seperti agama Islam, menentang amalan keganasan sebagai cara
hidup. Buddha pernah mengatakan bahawa All beings tremble at weapons, all beings fear death,
comparing others with oneself, one should not strike or cause to kill .One who loves himself, should
not injure another. Ini bermakna , agama Buddha mengajar manusia menggelak keinginan
mementingkan kebendaan atau terlalu materialistik tetapi menganjurkan memiliki nilai-nilai
kemanusiaan untuk mencapai kesempurnaan hidup. 35
The avoidance of what is evil;
the undertaking of good;
the cleansing of ones mind;
this is a teaching of the awakened ones
(Dhammapada 183)
Secara umumnya, agama Buddha mengajar penganut elakkan kejahatan termasuk pembunuhan,
membersihkan minda dari pemikiran yang membinasakan orang lain, sentiasa membuat baik kepada
setiap orang dan mencintai dan menghargai orang lain seperti mencintai dan menghargai diri.
NILAI-NILAI AJARAN TAOISME
Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao Tze (604-524 S.M.) dan Zhuang Tze (369-286 S.M). Lao Tze
mengasaskan mazhab pemikiran Falsafah Taoisme (Dao Jia). Mazhab ini menegaskan kepada
perkara-perkara yang berkaitan dengan dimensi sosial seperti kebijaksanaan (wisdom) dan usia yang
lebih tua (seniority). Lao Tze merupakan seorang ahli falsafah kuno pada abad ke 5 S.M. dan sezaman
dengan Pengasas Ajaran Confucius.

Manakala, Zhuang Tze mengasaskan mazhab kepercayaan kerohaniaan Taoisme (Dao Jiao). Fokus
aliran mazhab ini adalah berkaitan dengan dimensi hidup yang berkaitan dengan hal-hal kebatinan.
Mazhab ini menekankan kepercayaan mengenai keabadian roh melalui menjalankan upacara amal
(ritual).
Kedua dua mazhab tersebut mencantum dan menjadi ajaran Taoisme.36

Secara amnya, Taoisme berteraskan pencapaian kehidupan abadi di dunia dan memuja beratus
makhluk abadi yang hidup secara ajaib di bahagian-bahagian terpencil di dunia ini. Ajaran agama ini
berpusat kepada nilai-nilai atau ajaran-ajaran seperti yang berikut:37
1. Aspek Kerohanian-minta bantuan dewa-dewi.
2. Sifat hormat-menghormati (menyentuh kehidupan di akhirat).
3. Berhemah tinggi, hidup manusia bersifat sementara, sederhana, tidak sombong dan berbudi
bahasa.
NILAI-NILAI AGAMA KRISTIAN
Agama Kristian diasaskan oleh Jesus, keturunan Nabi Daud. Ajaran ini ada disebut dalam al-Quran.
Agama ini menitikberatkan moral dan nilai-nilai kemanusiaan seperti yang berikut:38
1. Percaya kepada Kitab Injil (Bible) -(New Testament).
2. Menitikberatkan kesusilaan moral dan akhlak yang mulia dan murni.
3. Kasih sayang merupakan tonggak utama ajaran Jesus.
Intisari kepercayaan Agama Kristian adalah seperti berikut:
1. Jesus sebagai juruselamat.
2. Mempercayai keEsaan Tuhan.
3. Salib.
4. Kerajaan Syurga- Menitikbertakan konsep bahawa
agama kristian membuka jalan ke Shurga.
5. Amalkan Peribadatan.
Nilai-nilai Moral yang digariskan oleh Agama Kristian adalah seperti yang berikut:
1. Beribadat kepada Tuhan yang satu atau Esa.
2. Umat yang rendah hati, lembut hati, prihatin dan belas kasihan akan menerima balasan yang baik
seperti
syurga.
3. Tidak boleh membunuh atau memarahi orang lain.
4. Tidak boleh berzina.

5. Memberi hukuman yang setimpal dengan apa yang


dialami. Tidak suka kepada orang munafik.
6. Mementingkan perasaan kasih sayang sesama manusia.
7. Tidak menganiaya orang lain.

Jesus pernah mengatakan bahawa What profit does a man show who gains the whole world and
destroys himself in the process
(Mark 8:36)
Pada keseluruhannya, Jesus Crist menjadi asas dan panduan hidup kepada pengamal agama
kristian.39
Berikut adalah intipati ajaran Agama Kristian yang petik dari ucapan Jesus Christ Sermon on the
Mount:
Blessed are the poor in spirit, for theirs is the kingdom of heaven.
Blessed are those who mourn , for they will be comforted.
Blessed are the meek , for they will inherit the earth.
Blessed are those who hunger and thirst for righteousness, for they will be filled.
Blessed are the merciful , for they will receive mercy.
Blessed are the pure in heart, for they will see God.
Blessed are the peace makers, for they will be called children of God.
Blessed are those who are persecuted, for righteousness, for theirs is the kingdom of heaven.
(Jesus Sermon on the Mount)
Secara umumnya, agama kristian menganjurkan nilai-nilai seperti kesabaran, ketabahan, kemesraan,
toleransi, kerjasama, bantu-membantu, penyayang sebagai cara hidup manusia .

NILAI-NILAI AGAMA HINDU


Agama Hindu adalah antara agama tertua di dunia juga dikenali sebagai Santhana Dharma (kekal
abadi). Agama Hindu tidak diasaskan oleh seorang individu ataupun berasaskan wahyu. Agama ini
berpusat di kawasan Sungai Indus, satu kawasan luas di India Utara.40
Agama Hindu menganjurkan kepercayaan pada hukum karma iaitu perbuatan baik dibalas baik;
perbuatan jahat dibalas jahat. Dokrin dan falsafah agama Hindu dijelaskan dalam kitab suci agama
Hindu seperti Veda -veda dan Bhagavath Gita dan sajak-sajak yang disampaikan oleh ulama -ulama
teragung (Great Saints) sejak 1500 tahun sebelum masehi.41
Agama Hindu mempratikkan kepercayan dan nilai-nilai seperti kepercayaan kepada Tuhan, tolak
ansur, ketabahan, mengawal diri, tidak dendam dan dengki, ampun dan maaf, menimba ilmu,

kemanusiaan, tidak fanatik terhadap agama, memerangi hawa nafsu, mengawal kemarahan,
mencegah penyeksaan dan patuh kepada ajaran Veda.
Selain itu, agama Hindu juga menganjurkan nilai-nilai seperti kasih sayang, larangan minum arak,
mentaati ibu bapa, mengawal nafsu dan keadilan dalam sistem pemerintahan.
But the man who, controlling his senses with his mind, undertakes through his action organs the
discipline of action without attachment, distinguishes himself.
(Bagavath Gita.3.7)
Sementara itu, salah satu petikan daripada Rig-Veda (1.89.1.) pula menganjurkan toleransi
keagamaan dengan ayat bermaksud Let noble thoughts come to us from everyside, pure,
unobstructed, overflowing.
Sehubungan ini, Yajur Veda 36.18 pula menganjurkan kemesraan di kalangan sesama manusia
dengan ayat bermaksud May all beings look on me with friendly eyes; may I look on all beings with
friendly eyes; may we look on each other with friendly eyes.
Bagi agama Hindu, tindakan atau amalan (deeds) adalah amat penting kerana Tuhan hanya melihat
amalan manusia dan bukan keturunan seseorang itu. Dalam hubungan ini, seorang Mahaguru Hindu
(saint) bernama Thirumoolar mengatakan bahawa seorang insan can reach God in services to
humanity, charity, love shown to them. Mahaguru agama Hindu ini juga pernah menyebut bahawa
sekiranya manusia memahami dan menerima hakikat bahawa manusia sebagai satu ummah dan
Tuhan itu Esa (Unity of God), maka manusia tidak akan menemui penderitaan (Oruvane Thevanum
nantre ninaimin namanillai-Bahasa Tamil).
Agama Hindu percaya pada konsep avatar iaitu kepercayaan bahawa Tuhan boleh menjelma dalam
pelbagai bentuk dan rupa untuk menyelamat dan membantu manusia daripada kejahatan. Konsep ini
menyebakan penganut Hindu menyembah kepada pelbagai dewa-dewi yang dianggap sebagai
penjelmaan Tuhan yang satu atau Esa. 42
Pada masa yang sama, adalah menjadi amalan bagi penganut Hindu untuk mendirikan rumah
berhampiran dengan kuil ( sama adalah kuil yang didirikan dalam bentuk bangunan ataupun tempat
keramat atau shrine. Penganut Hindu tidak digalakkan tinggal dalam kawasan perumahan yang tidak
ada kuil. Amalan ini menyebabkan penjajah British mendirikan kuil Hindu di ladang-ladang getah
yang dimiliki oleh mereka sabelum merdeka.
Pada umumnya, agama Hindu menganjurkan konsep berdoa untuk keamanan, kebahagiaan dan
kesejahteraan seluruh alam dan manusia (umat manusia) semasa menunaikan ibadat sembayang dan
bukan kepada sesuatu kaum, ummah atau sesuatu penganut agama tertentu. Antara doa-doa agama
Hindu adalah seperti berikut:
Berdoa agar seluruh umat manusia sentiasa sejahtera dan bahagia.
( Om, sarve bhavantu sukhinah, sarve santu niramaya-ah, sarve bhadrani pashyantuma-kaschit

duhkhabhag bhavet, Om shanti, shanti,)


(Terjemahan)
Oh, Almighty, may all (entire mankind) be happy, may all be healthy, may all experience prosperity,
may none (in the world) suffer. May peace, peace, peace be unto us and all the beings of the world
Berusaha untuk kebajikan seluruh umat manusia
(Sarva bhuta hite ratah)
(Terjemahan)
Work continuously for the welfare of every living being
Berdoa agar seluruh umat manusia gembira selalu
Loka samsthah sukhino bhavanto)
(Terjemahan)
Let all be happy
Petikan doadoa tersebut jelasnya menunjukkan bahawa agama Hindu tidak menganjurkan konsep
permusuhan dengan penganut agama lain tetapi meletakkan sebagai kewajipan bagi setiap penganut
Hindu untuk berdoa agar kebaikan dan kesejahteraan keseluruhan alam dan umat manusia terjamin ,
tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama.
NILAI-NILAI AGAMA SIKH
Agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak Dev ji yang lahir di Wilayah Lahore, Talwandi, India pada
tahun 1469. Guru Nanak pada asalnya seorang Hindu dan berpendidikan bahasa Parsi dan Arab.
Ketika umurnya 30 tahun, Guru Nanak mula menyebarkan agama Sikh. Ajaran beliau dikumpulkan
sebagai kitab suci dalam bahasa Punjabi yang bernama Adi Grant (Kitab Utama). Agama Sikh
berteraskan pada kepercayaan dan nilai-nilai seperti yang berikut:43

1. Mempercayai Tuhan itu satu dan keesaannya.


2. Patuh dan menghormati Guru-Guru agama.
3. Mempunyai pandangan yang terbuka serta
bertolak ansur terhadap agama-agama lain.
4. Menentang pengamalan kasta dan penyembahan berhala.
5. Kebenaran merupakan teman manusia yang paling besar.
6. Kehidupan yang sederhana adalah jalan menuju

Mukti.
7. Keadilan dalam semua bidang kemanusiaan.
Di samping itu Agama Sikh juga menganjurkan Tiga Tunggak dan
Tiga Tatacara Hidup seperti berikut:44
TIGA TUNGGAK HIDUP
1. Mencari rezeki yang halal (Honest labor) ( kirtha karani).
2. Berkongsi (Sharing) (Wanda Chaakna).
3. Bersyukur /Puji-pujian kepada Tuhan (Glory of God )
(Naam Jaapna).
TIGA TATACARA HIDUP
1. Tidak merokok (No smoking).
2. Mencegah Zina (Adultry).
3. Mengelak penyembelihan ternakan dengan kejam
(Forbidden painful slaughtering of animal) .
Selain itu, agama Sikh juga menetapkan lima peraturan seperti berikut sebagai amalan hidup atau
tanggungjawap setiap penganut agama Sikh:
1. Kesh - rambut panjang.
2. Kanga - memakai sisir kayu dalam rambut.
3. Kara - memakai gelang besi di lengan.
4. Kachna - memakai seluar putih.
5. Kirpan - memakai pedang pendek.
Secara umumnya, agama Sikh juga menganjurkan nilai-nilai seperti memperacaya kepada Tuhan
yang Esa, bantu-membantu antara manusia, toleransi antara agama, kehidupan yang sederhana dan
keadilan dalam semua bidang kemanusiaan.
Dalam hubungan ini, sekiranya kita meneliti nilai-nilai yang dianjurkan oleh pelbagai agama rakyat
Malaysia, sama ada agama Samawi atau bukan Samawi, maka kita dapat membuat kesimpulan
bahawa garis perbezaan yang terdapat antara nilai-nilai kemanusiaan dalam pelbagai agama tersebut
itu adalah sangat nipis. Malah, nilai-nilai yang terserlah dalam agama-agama -agama amalan rakyat
Malaysia adalah nilai-nilai sejagat (universal).

Nilai-nilai sejagat itu telahpun menjadi teras dalam gagasan RUKUNEGARA untuk melahirkan
perpaduan rakyat Malaysia. Teras Rukunegara ialah :
1.Kepercayaan Kepada Tuhan
2.Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3.Keluhurun Perlembagaan
4.Kedaulatan Undang-Undang
5.Kesopanan dan Kesusilaan
Sekiranya rakyat Malaysia dapat mengenali, memahami dan menghayati nilai-nilai kemanusiaan
pelbagai agama yang bersifat sejagat (common values) berteraskan RUKUNEGARA, maka ia akan
dapat menguatkan dan meningkatkan perpaduan, persaudaraan, kemesraan dan toleransi agama di
kalangan rakyat berbilang keturunan yang bermastautin di Malaysia.
Interfaith and inter culture dialogues should be encouraged so that the people are familiar with and
appreciate universal values.45
It is my duty to ensure that their (Non-Muslims) rights are protected, that they are free to practise
their faiths, and that they are not persecuted because they are not of the dominant majority. It is my
duty to spread the message of tolerance among all, especially to the Muslim majority.
Rakyat Malaysia yang menganuti pelbagai agama hendaklah mencari titik pertemuan persamaan
nilai-nilai sejagat dalam agama masing-masing dan menyuburkan persamaan-persamaan
tersebut sebagai tanggungjawap bersama. Kesedaran dan amalan tanggungjawap sedemikian
akan membantu menjana bukan sahaja harmoni keagamaan di Malaysia bahkan memartabatkan
Malaysia sebagai model negara Islam yang memajukan keharmonian keagamaan di dunia.
Justeru itu, usaha-usaha untuk memamahi nilai-nilai agama Islam dan lain-lain agama dalam
melahirkan harmoni keagamaan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan agama
,keturunan, bahasa dan budaya harus terus dipelihara dan dipertingkatkan ke tahap yang lebih
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi @


At World Council Of Churches Faith and Order Commission,
Kuala Lumpur, 3 August, 2004

Anda mungkin juga menyukai