Anda di halaman 1dari 11

BROWNIES KEDUT

Bahan
250g chocolate bar
120g butter
1

(Cair kan dan ketepikann)


200g gula
3biji telur A
Esen vanilla
Air nescafe ( 2sudu kecik nescafe 2sudu besar air panas)
(Campur semua bahan kacau rata)
140g tepung naik sendiri
30g serbuk koko
(Gaul sebati)
Cara
Bahan chocolate masuk ke dlm adunan telur kacau rata kemudian bahan tepung
kaup balik dlm adunan chocolate td .. sedia kan loyang 10?10 lapik baking paper
Bakar 50minit suhu 180

MARBLE CHEESECAKE BROWIES


BAHAN-BAHAN BROWNIES
250 gram mentega
1 cawan serbuk koko
3

1/2 cawan susu sejat (mat guna "IDEAL")


1 1/2 cawan gula halus (mat guna 1 1/4 cawan)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul dan ayak)
1 camca teh esen vanilla
BAHAN-BAHAN TOPPING CHEESE
250 gram cream cheese
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula halus (mat guna 1/2 cawan)
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon
1 camca teh jus lemon
2 camca besar susu sejat
MEMBUATNYA :Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak,
biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega.
Panaskan oven pada suhu 175C.
UNTUK BROWNIES :Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk
koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati.
Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair,
kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang
esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar
untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30
minit atau hingga brownies masak.
UNTUK CHEESE TOPPING :Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur, parutan kulit lemon,
susu sejat dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan.
Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa
garisan lurus (atau corak yang anda gemari), kemudian lorekkan untuk mendapat
hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau
hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan..
Simpan brownies ni dalam peti sejuk selama semalaman atau sekurang2nya 2 jam,
tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin..

Red Velvet Strawberry Swirl Cheese Brownies

(Mudahnyer kita panggil RV Cheese ajer)


Bahan-bahan untuk RV Brownies:
60g mentega/marjerin
100g (1/2 cawan metrik) gula castor
1 biji telur grade A
6

Sedikit vanilla
1/4 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh jus lemon atau cuka
Bahan2 yang diayak bersama:
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar serbuk koko
Bahan2 yang dibancuh bersama, bancuh dan ketepikan sebentar:
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu teh jus lemon atau cuka
1/2 sudu teh (atau secukupnya) pewarna merah terang (bright red)

Cara membuatnya:
Sapu loyang berukuran 7x7 inci dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas
minyak. Pastikan kertas minyak lebih panjang dari sisi loyang supaya mudah nak
keluarkan kek nanti.
Satukan mentega/marjerin dengan gula castor dan pukul hingga kembang.
Masukkan telur dan vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan bahan-bahan yang diayak berselang seli dengan bancuhan susu,
pewarna dan jus lemon (atau cuka). Kaup balikkan hingga sebati. Ketepikan.
Satukan baking soda dan jus lemon (atau cuka). Bila dah berhenti berbuih
masukkan ke dalam adunan tadi. Pukul sebentar sahaja hingga sebati.
Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20-30 minit hingga
masak. Sementara menunggu RV brownies masak bolehlah sediakan lapisan keju.
Bahan2 untuk lapisan keju:
250g cream cheese
2 biji telur grade B
70g gula (boleh lebihkan jika suka lebih manis)
Sedikit vanilla
Strawberry fruit filling secukupnya (boleh didapati di kedai barangan bakeri)
Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan vanila dan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga rata.
Bila RV brownies dah masak, tuangkan adunan keju di atasnya (tak perlu tunggu
brownies sejuk dahulu).
Sudukan atau paipkan strawberry fruit filling ke atas adunan keju secara rawak
7

dan lorek menggunakan lidi atau hujung pisau.


Bakar secara baine marie (water bath) dengan memasukkan loyang berisi adunan
tadi ke dalam loyang lebih besar yang berisi air panas mendidih.
Bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 20-30 minit bergantung pada oven
masing-masing sehingga masak.

10

Bahan-bahan
1. 2 biji telur grade A
2. 1 sudu kecil essence vanilla
3. 3/4 cup castor sugar
4. 85g butter (saya gula SCS salted)
5. 250g dark coklat (saya gula beryls dark button)
6. 1/2 cup tepung gandum (apa2 brand)
7. 1 sudu besar serbuk koko
8. Tray size 7x7 inch / double resepi tray 10x10 inch
9. Parchment paper
10. Suhu 170c selama 30minit
11. api atas bawah.

11

Anda mungkin juga menyukai