Anda di halaman 1dari 2

Salam Sejahtera,

Sebelum Pembentangan
Kumpulan kami diberi topik 'Isu-isu Semasa dan Masa Depan'. Dalam topik ini, saya
diberi subtopik 'Dunia Berbilang Tamadun' untuk membincangkannya kepada rakanrakan kumpulan. Saya telah memahami bahawa masyarakat Timur telah lama hidup
dalam kepelbagaian tamadun secara harmoni. Masyarakat Timur juga lebih
bertunjangkan nilai toleransi dan persefahaman. Masyarakat Barat harusnya
mempelajari nilai tersebut dan bukan hanya bersikap mendominasi. Sebagai contoh,
rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama boleh hidup bersama secara
harmoni kerana mengamalkan nilai toleransi dan persefahaman.
Saya juga dapat memahami daripada perbincangan dengan rakan-rakan bahawa,
pengaruh Barat ke atas seluruh bangsa manusia berpunca daripada penjajahan yang
panjang. Pengaruh Barat dari segi politik, sosial dan ekonomi. Dominasi politik boleh
dilihat daripada struktur PBB dengan kuasa veto yang dipegang oleh negara Barat.
Dominasi ekonomi juga dapat dilihat daripada sistem kewangan antarabangsa yang
didominasi oleh negara Barat. Dominasi media dapat dilihat daripada media Barat
seperti CNN, BBC dan sebagainya. Dominasi budaya melalui 3F: Film, Fesyen dan
Food.
Ketika Pembentangan
Semasa pembentangan, saya berasa amat cemas untuk membentang di hadapan
orang ramai. Saya telah diberi lebih kurang 2 minit untuk membentang subtopik
tamadun berbilang kaum. Saya telah menyampaikan isi-isi penting dalam subtopik
tersebut kepada rakan sekalian. Selepas pembentangan, saya berasa lega lalu terus
fokus dalam pembentangan ahli kumpulan saya yang lain.
Selepas Pembentangan
Melalui cara pembelajaran dalam kumpulan, saya mendapati bahawa kami dapat
memahami dan mempelajari lebih banyak pengetahuan dalam masa yang singkat. Hal
ini disebabkan kami hanya perlu focus kepada satu subtopik untuk menceritakan
kepada rakan-rakan lain, tapi kami dapat mendengar penjelasan atau cerita subtopik
dan topik lain daripada rakan-rakan kita. Selain itu, kami juga dapat memupuk sikap

bekerjasama dan berkomunikasi secara efektif antara satu sama lain. Melalui cara ini,
kefahaman kami dalam pembelajaran juga dapat ditingkat. Saya berharap cara ini dapat
diteruskan lagi pada masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai