Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Alam sekitar sangat penting kepada kita. Kita hendaklah menjaga alam
sekitar pada setiap masa. Kitar semula dan guna semula dapat mengurangkan
bahan terbuang. Bahan-bahan seperti kertas, plastik dan kaca hendaklah dikitar
semula supaya sampah dapat dikurangkan. Di samping itu, kita juga hendaklah
menggelakkan pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka boleh menyebabkan
udara tercemar. Seterusnya, kita juga boleh menjimatkan elektrik supaya
penggunaan bahan bakar seperti arang batu dan minyak dapat dikurangkan. Akhir
sekali, kita perlulah menanam pokok supaya kita mendapat udara yang bersih dan
nyaman.
Contoh 2
Bersopan-santun
SEBAB
AKIBAT
kematian
murung
perpisahan
pergaduhan dalam
keluarga
STRES
marah
ponteng sekolah
Stres atau tekanan emosi berlaku kerana beberapa sebab. Kematian dalam
keluarga boleh menyebabkan stres kepada ahli keluarga. Kehilangan ahli keluarga
menjadikan kita murung lalu mengasingkan diri. Perpisahan antara ahli keluarga
juga boleh mendatangkan stres kepada kita. Lantaran itu, kita akan berasa sedih
lalu hilang minat dalam pelajaran. Pergaduhan dalam keluarga kita juga akan
menyebabkan kita stres. Akibatnya, kita akan berasa benci atau marah. Seorang
murid yang mengalami situasi ini akan ponteng sekolah dan seterusnya gagal
dalam pelajaran.
Contoh 10
RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Kita hendaklah beragama dan sentiasa percaya kepada Tuhan. Seterusnya,
kita haruslah menunjukkan kesetiaan kita kepada raja dan negara. Di samping itu,
perlembagaan negara hendaklah dihormati kerana pelembagaan negara menjamin
kesejahteraan rakyat Malaysia. Selain itu, kita juga mesti mematuhi semua undangundang Malaysia agar negara kita aman dan damai. Akhir sekali, kita mestilah
bersopan-santun dengan mengamalkan nilai-nilai moral agar rakyat Malaysia terus
bersatu padu dan negara terus membangun.
meringankan beban mereka. Amalan ini juga mengeratkan hubungan antara ahli
keluarga.
Cara-cara menjaga kesihatan diri.
Kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan kita. Kita hendaklah menjaga
kebersihan badan dengan mandi dual kali sehari menggunakan sabun. Dengan itu,
badan kita sentisa bersih dan sihat. Selain itu, kita juga hendaklah menggosok gigi
dual kali sehari. Menggosok gigi dapat menjaga kesihatan dan kebersihan gigi serta
mulut kita tidak berbau busuk. Seterusnya, kita juga mestilah melakukan senaman
pada setiap hari. Senaman menjadikan badan kita sentiasa cergas. Senaman juga
mengeluarkan kekotoran daripada badan kita. Akhir sekali, kita haruslah makan
makanan seimbang. Makanan seimbang dapat membantu kita daripada banyak
penyakit.
Kebaikan bergotong-royong.
Aktiviti bergotong-royong merupakan satu amalan mulia. Banyak aktiviti
boleh dilakukan dengan cara bergotong-royong. Membersihkan kampung secara
bergotong-royong dapat mengeratkan hubungan antara penduduk kampung.
Kampung menjadi bersih dan selamat daripada ancaman penyakit. Bergotongroyong juga menyatupadukan penduduk kampung. Dengan ini, kampung menjadi
aman dan damai. Aktiviti bergotong-royong juga menjadikan kerja yang susah
menjadi senang seperti membaiki rumah ibadat, jambatan, sekolah dan lain-lain
lagi.
Kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.
Majlis rumah terbuka sudah menjadi amalan biasa di Malaysia. Rumah terbuka
diadakan sewaktu perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali
dan lain-lain lagi. Majlis rumah terbuka mengeratkan hubungan antara kaum.
Dengan ini, perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Majlis rumah terbuka ini juga
membolehkan semua kaum berkumpul di satu tempat. Dengan ini, kita boleh
mendapat kawan baharu. Jika kita ada ramai kawan, amalan bantu-membantu
dapat diamalkan. Majlis rumah terbuka ini juga membolehkan kita mengenali
kebudayaan sesuatu kaum. Dengan ini, kita dapat mengelakkan perselisihan faham
antara kaum.