Anda di halaman 1dari 29

PANDUAN

MENGGUNAKAN GPS
GARMIN ETREX SUMMIT
UTK. PENAWANAN DATA
GIS
Wan Abd Hamid Shukri bin Wan Abd Rahman
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT JPSM

Pengenalan
o GPS Garmin eTrex Summit direkabentuk
untuk tujuan kegunaan rekreasi dan marin.
GPS ini menggabungkan GPS, altimeter
and kompas eletronik. Kompas eletronik
memberikan maklumat bering apabila anda
berdiri tegak dan altimeter menentukan
altitud yang presis, dengan itu anda boleh
menentukan berapa tinggi yang anda telah
daki dan kadar dakian.
o Garmin eTrex Summit mempunyai alat
penerima GPS 12 saluran yang
ditempatkan di dalam binaan kecil dan
ringan dengan butang-butang operasi
berkedudukan di kedua-dua sisi unit ini.
GPS ini kalis air pada kedalaman 1 meter
sehingga 30 minit.

Perbandingan eTrex dgn 12XL

Pandangan Hadapan GPS


Antena dalaman GPS
Butang KE ATAS/UP
Butang MUKA UTAMA/PAGE
Butang KE BAWAH/DOWN
Butang BUKA & TUTUP/POWER
Butang MASUK/ENTER

Tanda Arah Kompas

Paparan Skrin LCD

Pandangan Belakang GPS


Penyambung kuasa luar
dan penghubung data

Permukaan kalis air

Sensor Tekanan Barometrik

Ruang Letak Bateri

Butang UP/DOWN

Butang PAGE

-Utk buat opsyen pilihan


pada menu dan page

-Menukar page

-Utk tukaran kontras page


Skyview
-Utk Zoom in & out page
Map
-Kitaran data komputer
pengemudian

-Membolehkan sesuatu
fungsi dihentikan
-Menekan & memegang
butang ini akan
membuka kompas
eletronik dan page
Pointer

-Melihat data komputer


pada page Elevation

Butang ENTER
-Utk menerima kemasukan
data atau pilihan menu
-Pilihan paparan pada Page
-Menekan & memegang
butang ini akan memaparkan
page Mark Waypoint

Butang POWER
-Utk memasang/tutup
GPS
-utk memasang/tutup
lampu GPS

MULA UTAMA/PAGE

UTK. MEMULAKAN
PENGGUNAAN GPS
Untuk menghidupkan GPS ini,
tekan butang POWER selama
beberapa saat sehingga terkeluar
paparan pada skrin LCD.
Tekan butang PAGE beberapa
kali sehingga dipaparkan page
Menu.
Gunakan butang DOWN dan
tekan beberapa kali sehingga ke
SETUP.
Tekan butang ENTER untuk pilih
SETUP.
Paras Kuasa Bateri
yg. tinggal

UTK. MEMULAKAN
PENGGUNAAN GPS(samb)
Pada page SETUP,tekan butang DOWN
dan pilih page UNITS dengan menekan
butang ENTER.
Untuk POSITION FMT, terdapat 18
sistem koordinit diberikan. Gunakan
butang UP atau DOWN untuk nyalakan
pilihan diikuti tekan butang ENTER.
Pilih samada hddd.dddd atau
hddd.mmss.s atau W Malayan RSO
menggunakan butang UP atau DOWN
diikuti dengan butang ENTER untuk
sahkan pilihan.
Ulangi proses ini untuk pilihan MAP
DATUM sebagai Kertau 1948,
DISTANCE/SPEED sebagai Metric,
ELEVATION/USP sebagai Meters dan
ANGLE sebagai Degrees.

Utk. Kalibrasi Kompas Eletronik


Untuk menggunakan kompas, kalibrasi juga
perlu dibuat dengan memilih CALIBRATE
pada page menu.
Pilih COMPASS pada page CALIBRATION
PROSEDURE.
Letakkan GPS di permukaan rata dan tekan
START.
Secara perlahan pusing GPS perlahan-lahan
sehingga lengkap dua bulatan.
Apabila siap, tekan OK. Ulangi proses ini
sekiranya mesej menyatakan bahawa
kalibrasi gagal dijalankan.
Untuk kalibrasi Altimeter, pastikan anda
ketahui bacaan ketinggian di mana anda
sedang berada. Masukkan bacaan ini diikuti
tekan OK untuk penerimaan.

PERSEDIAAN UNTUK
MENGEMUDI
Tekan semula butang PAGE beberapa kali
untuk ke page SKYVIEW.
Bawa GPS anda ke suatu tempat
lapang(e.g. padang bolasepak), pegang
dan halakan skrin LCD anda ke arah langit.
Tunggu beberapa minit (5-10 minit)
sehingga histogram menunjukkan
sekurang-kurangnya 4 bar(setiap bar
menggambarkan 1 bacaan satelit yang
terima) dan bacaan ketepatan
pengemudian (navigate accuracy) 20 meter
atau lebih rendah. Proses ini dipanggil
INITIALIZATION.

PENAWANAN DATA
MENGGUNAKAN GPS
Setelah initialization dibuat,GPS
telah sedia utk. digunakan bagi
pengemudian bertujuan utk.
penawanan data.
Utk. permulaan kerja penawanan
data, pastikan page Skyview
dipaparkan.
Apabila berpuashati dengan
ketepatan yang diperolehi,tekan
butang Enter beberapa saat
sehingga dipaparkan page Mark
Waypoint.

PENAWANAN DATA
MENGGUNAKAN GPS(samb)
Anda juga boleh gunakan butang UP dan DOWN
untuk menukarkan simbologi dan nama bagi titik
mula dan titik-titik seterusnya (waypoints) secara
menekan butang ENTER.
Anda diberikan 6 ruang untuk menaipkan/
menamakan identiti waypoint.Untuk menukarkan
identiti tekan ENTER pada huruf/nombor yang
dinyalakan dan gunakan butang UP/DOWN utk.
pilihan dan tekan ENTER setelah berpuas hati.
Butang DOWN digunakan untuk pergi pada
nombor seterusnya.Tekan OK setelah identiti telah
diberikan.
Apabila page Mark Waypoint muncul, tekan OK
untuk menerima koordinit dan ketinggian yang
dipaparkan.
Sekiranya terdapat kesilapan atau hendak batal/
CANCEL kemasukan, tekan butang page.

PENAWANAN DATA
MENGGUNAKAN GPS(samb)
Setelah titik(waypoint) mula dibina,selagi anda
tidak mematikan GPS, bacaan akan terus
direkodkan bagi setiap perjalanan anda dalam
bentuk tracks(garisan) melainkan anda
menekankan butang ENTER untuk membina
waypoint baru. Garisan yang terbentuk antara
waypoint ke waypoint seterusnya dipanggil route.
Lazimnya waypoint dibina untuk titik mula,
persimpangan jalan,objek-objek ditemui di
sepanjang jalan seperti pokok tertentu, BPH,dsb.
dan titik akhir untuk menamatkan sesuatu track.
Kesemua maklumat waypoints, routes dan tracks
dapat dilihat dan disunting kembali(jika perlu)
apabila kita membuat pilihan dan masuk pada
setiap perkara pada page Menu.

Melihat Pengemudian
pada Peta GPS
Hasil pengemudian dalam bentuk
waypoints dan routes dapat dilihat pada
page Map.
Apabila berada pada page Map,
menekan butang UP mengecilkan skala
peta(zoom out) manakala butang
DOWN membesarkan skala.
Maklumat yang telah disimpan ini dapat
digunakan untuk trackback, goto atau
pengemudian seterusnya. Maklumat
yang tidak diperlukan boleh dihapuskan
(delete) dengan memilih dan menekan
DELETE/DELETE ALL pada page
perkara masing-masing.

PEMINDAHAN DATA GPS KE GIS


Terdapat berbagai kaedah untuk memindahkan
data GPS ke GIS khususnya apabila digunakan
GPS Garmin eTrex Summit ke perisian GIS
berjenama ArcView 3.X yang dipakai di Jabatan
Perhutanan.
Dua kaedah yang akan ditunjukkan dapat
digunakan mengikut tahap kemahiran dan/atau
kesediaan peralatan anda di mana keduaduanya terdapat kelebihan/ kekurangan masingmasing.

GIS
GIS Geographic Information System
-- Sistem Maklumat Geografi
Definasi >>>satu gabungan organisasi
komputer termasuk perkakasan, perisian, data
geografi dan sumber manusia yang berupaya
untuk menyimpan, mengukur, menyunting,
mengemaskini, menganalisa dan memeta
segala bentuk maklumat rujukan geografi yang
terdapat di atas muka bumi.(Rhind, 1992)

Perisian GIS

Kaedah Terus
Kaedah ini tidak memerlukan data dimuat turun(download) daripada GPS.
Kaedah ini juga tidak tertakluk kepada jenama GPS. Yang mustahak adalah
semua data yang dicerap telah disetkan dalam koordinit RSO serta datumnya
adalah Kertau 1948.
Caranya :Buka GPS dan perisian ArcView serentak; pada perisian ArcView,
pergi pada antaramuka Project dan pilih/nyalakan Tables; tekan New; pada
menu Edit, pilih Add Field; Namakan medan(field) ini sebagai ID, dari jenis
Number dan bersaiz lebar dan titik perpuluhan yang sesuai;ulangi proses ini
untuk mencipta dua lagi medan iaitu X dan Y dengan struktur yang serupa serta
satu medan tambahan dari jenis String untuk nama objek dengan kelebaran
yang sesuai;pada medan ID,aktifkannya dan tekan butang Field Calculator;
taipkan rec+1 untuk pengisian ID ; untuk medan nama objek, taipkan nama/
identiti setiap objek seperti dicatatkan pada GPS;taipkan semula setiap bacaan
waypoint X & Y ke dalam medan-medan X & Y yang dibina pada ArcView;
setelah siap, tekan fungsi Stop Editing pada menu Table dan save; buka satu
dokumen View baru secara menyalakan View dan menekan New;pada
antaramuka View,pergi pada menu View dan klik pada fungsi Add Event
Theme;pada tetingkap yang muncul, pilih fail GPS yang disimpan tadi serta pilih
medan yang menunjukkan bacaan X dan Y diikuti klik OK;satu tema baru
dimasukkan ke dalam View;aktif dan nyalakan tema untuk melihat kedudukan
setiap koordinit;koordinit-koordinit ini boleh diperbetulkan pada perisian ArcView
sekiranya tersilap bacaannya ditaip daripada GPS; jika didapati betul, bolehlah
disavekan sebagai shapefile supaya boleh dibuat analisis lanjut GIS.

Kaedah Terus(samb)
Sekiranya lebih selesa dengan Microsoft Excel,
bacaan GPS boleh dipindahkan terus kepada
Ms Excel dengan membuka kedua-duanya
serentak; Pastikan pada Ms Excel disediakan
sekurang-kurangnya tiga medan (column)
ditaipkan setiap satu sebagai ID,X dan
Y(medan tambahan seperti nama objek,dsb.
boleh juga dimasukkan); setelah semua data
waypoint pada GPS ditaipkan pada Ms Excel,
simpan(save) fail ini dalam format Dbase IV
(DBF IV); buka ArcView;pasangkan extension
Modul Lesen;buka dokumen View baru;pada
menu Pelbagai Alat Kerja, klik pada fungsi
Masukkan Jadual DBF;kemudikan pada fail
GPS yang disimpan dalam format DBF IV tadi
dan bukakannya;tutup fail ini semula dan pergi
pada menu View,ikut langkah menggunakan
fungsi Add Event Theme seperti telah
dinyatakan sebelum ini.

Kaedah Muat Turun


Memindahkan data daripada GPS Garmin eTrex Summit sebagai
data yang boleh dibaca di dalam perisian ArcView secara muat
turun melibatkan beberapa proses iaitu ;
1. Memastikan setup pada GPS telah dibuat dengan betul supaya
hasilnya boleh ditindan (overlay) dengan data GIS lain kelak
2. Menggunakan PC Interface cable untuk menghubungkan GPS
dengan komputer (PC)
3. Menggunakan perisian GPS MapSource untuk memuat turun
data daripada GPS kepada PC serta menyeragamkan unit koordinit,
dsb. Pada perisian ini
4. Mengekspot data yang telah dimuat turun kepada format yang
boleh dibaca oleh extension AV Garmin ketika digunakan pada
perisian ArcView
5. Menggunakan ArcView dan extension AV Garmin untuk
menjanakan data waypoint dan tracks ke bentuk GIS (shapefiles)

Kaedah Muat Turun


(Dari GPS ke PC)
Untuk memuat turunkan
data daripada GPS ke
GIS, gunakan PC
interface cable pada
Power/Data Connector
Sambungkan satu lagi
hujung PC interface cable
pada COM port di
belakang PC
Buka perisian Mapsource
dan buka alat GPS.

Kaedah Muat Turun


(Dari GPS ke PC)(samb)
Klik pada menu
Edit/Preferences
pastikan unit koordinit
dan datum adalah
sama seperti pada
setup alat GPS
Tekan OK untuk
penerimaan.

Kaedah Muat Turun


(Dari GPS ke PC)(samb)
Pergi pada menu File dan tekan
fungsi Open from GPS. Pilih
semua data kecuali Maps.
Tekan OK dan tunggu sehingga
proses muat turun selesai.
Gunakan fungsi zoom in
perisian untuk melihat data pada
peta Semenanjung Malaysia
perisian ini.
Pada menu File, tekan fungsi
Export dan save data GPS yang
telah dimuat turun ke dalam
format *.txt (Text Tab Delimited).
Tutup perisian Mapsource.

Kaedah Muat Turun


(Dari Mapsource ke ArcView)
Buka perisian ArcView. Pada
View baru, pergi pada menu
File/fungsi extension dan
hidupkan extension AV
Garmin.Tekan OK.
Abaikan mesej ralat yang
muncul dengan menekan
OK.Tekan pada butang AV
Garmin
untuk
memaparkan tetingkapnya.

Kaedah Muat Turun


(Dari Mapsource ke ArcView)
Setkan seperti paparan
sebelah untuk menjana
tema waypoint .
Sistem koordinit
(Projection) juga perlu
diset.
Tekan Create dan
berikan nama tema
waypoint. Tekan OK
untuk proses
Tema akan dipaparkan
menunjukkan kedudukan
kedudukan waypoints.

Kaedah Muat Turun


(Dari Mapsource ke ArcView)(samb)
Setkan seperti paparan
sebelah untuk menjana
tema tracks.
Tekan Create dan
berikan nama fail tracks.
Klik OK.
Tema akan dipaparkan
menunjukkan trek/jalan
kemudian dalam bentuk
garisan.

Output GPS dalam GIS


Tema-tema ini boleh
ditindan dengan data lain
seperti data toposyit dan
imej satelit untuk
memeriksa ketepatan.
Sekiranya berkualiti baik,
data ini boleh disimpan
terus sebagai sebahagian
daripada pangkalan data
GIS.

WASSALAM
&
JAZAKAMULLAH!

Anda mungkin juga menyukai