Anda di halaman 1dari 3

1.

Kepelbagaian latar belakang ahli organisasi adalah cabaran bagi pemimpin


dalam membentuk jati diri organisasi. Bagaimanakah
anda menghadapi
cabaran ini?
Definisi yang dapat diberikan kepada istilah Jati diri ialah ,rangkuman nilai, budaya,
bahasa, pegangan, fahaman, dan pandangan suatu u kaum. Manifestasi dari nilai-nilai
tersebut membentuk watak dan sifat peribadi,cara berfikir, cara hidup dan penampilan
diri yang melambangkan tradisi bangsa dan jati diri kaumnya (Zaid Ahmad Ruslan. [et.
al.], 2010).Sesebuah organisasi yang didokong oleh para pekerja sudah tentu
mempunyai kepelbagaian sikap, corak pemikiran dan masalah.
Bagi membentuk dan mempertingkatkan jati diri dikalangan ahli dalam
organisasi, pemimpin perlu bijak dalam perancangan dan memilih kaedah atau strategi
yang sesesuai , kerana perbezaan dan kepelbagaian latarbelakang ahli.Bagi memupuk
semangat kebersamaan dalam usaha-usaha untuk mencapai matlamat organisasi.
Antara cara yang boleh dijalankan ialah:
1. Menyediakan sokongan organisasi iaitu menghargai sumbangan subordinat dan
member perhatian kepada kebajikan mereka.
2. Mengekalkan prestij organisasi dimana subordinat merasakan keterlibatan mereka
dalam kejayaan yang dicapai.
3. Menghargai identity iaitu subordinat menghayati keterlibatan dan peranan mereka
sebagai ahli organisasi
4. Sikap keterbukaan dalam komunikasi dan telus.
5.Menghargai perbezaan individu dalam organisasi dan perbezaan ini keperluan
kepada

1.Kepelbagaian latar belakang ahli organisasi adalah cabaran bagi pemimpin dalam
membentuk jati diri organisasi. Bagaimanakah
anda menghadapi cabaran ini?
Definisi yang dapat diberikan kepada istilah Jati diri ialah ,rangkuman nilai, budaya, bahasa,
pegangan, fahaman, dan pandangan suatu u kaum. Manifestasi dari nilai-nilai tersebut
membentuk watak dan sifat peribadi,cara berfikir, cara hidup dan penampilan diri yang
melambangkan tradisi bangsa dan jati diri kaumnya (Zaid Ahmad Ruslan. [et. al.],
2010).Sesebuah organisasi yang didokong oleh para pekerja sudah tentu mempunyai

kepelbagaian sikap, corak pemikiran dan masalah.Bagi membentuk dan mempertingkatkan jati
diri dikalangan ahli dalam organisasi, pemimpin perlu bijak dalam perancangan dan memilih
kaedah atau strategi yang sesesuai , kerana perbezaan dan kepelbagaian latarbelakang ahli.Bagi
memupuk semangat kebersamaan dalam usaha-usaha untuk mencapai matlamat organisasi.
Antara cara yang boleh dijalankan ialah:
1.Menyediakan sokongan organisasi iaitu menghargai sumbangan subordinat dan memberi
perhatian kepada kebajikan mereka.
2. Mengekalkan prestij organisasi dimana subordinat merasakan keterlibatan mereka dalam
kejayaan yang dicapai.
3. Menghargai identity iaitu subordinat menghayati keterlibatan dan peranan mereka sebagai
ahli organisasi
4. Sikap keterbukaan dalam komunikasi dan telus.
5.Menghargai perbezaan individu dalam organisasi dan perbezaan ini keperluan kepada saling
melengkapi.

2.Sebagai seorang pemimpin pendidikan bagaimanakah anda boleh menggunakan dasardasar kementerian sebagai alat untuk mengukuhkan jati diri staf anda?
Aspek pengurusan pendidikan lebih merujuk kepada tugas para pemimpin dalam perkhidmatan
pendidikan khusus merujuk kepada pemimpin di sekolah mahupun di peringkat PPD, Jabatan
dan Kementerian. Kepimpinan sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar bagi
pembangunan jati diri dan modal insan ini. Ini kerana jika sekolah itu mempunya daya
kepimpinan yang berwibawa seperti gaya kepimpinan yang telah diterangkan seperti di atas,
sekolah tersebut dapat melaksanakan pembangunan modal insannya dan jati diri dengan jayanya
berlandaskan dasar dasar kementerian. Bukan itu sahaja, kepimpinan sekolah yang terdiri
daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan harus sedar dan bijak dalam aspek kreativiti dan
inovasi dalam sistem persekolahan penting bagi pembentukan jati diri staff dan murid .
Pemimpin Pendidikan yang melaksanakan dan menggunakan arahan yang terkandung di dalam
PPPM ( 2013-2025 ), SPI, Surat Siaran KPM akan dapat mengembang dan mengukuhkan jati
kakitangan di sekolah. Kepatuhan kepada SPI Kementerian Pendidikan memainkan peranan
yang penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, keperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi
keperluan negara maju untuk abad ke-21. Modal insan yang ingin dihasilkan oleh Perdana
Menteri Malaysia adalah yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan
serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih global dan sering berubahubah (Marzita, 2006). Menurut Hasani (2006) Kementerian Pendidikan Malaysia diberikan tugas
yang berat sebagai pemimpin yang dapat menghasilkan generasi muda Malaysia berpontensi,
mempunyai pelbagai kemahiran serta dapat membentuk cirri-ciri keperibadian dan perspektif
hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara
di mata dunia.

3.Sejauhmanakah anda boleh menggunakan empati dalam mengurus organisasi?


Dalam menguruskan sesebuah organisasi , menggunakan empati amat perlu dalam
mempengaruhi kakitangan atau pun orang bawahan. Memimpin secara empati memerlukan
pendekatan secara emosional, dengan kelembutan dan kebersamaan seorang pemimpin dan yang
dipimpin.
Kata empati lebih sering dikaitkan dengan sikap simpati yang ditunjukkan sebelumnya. Simpati
bukan sahaja berada dalam kesedihan, tetapi juga ketika dalam situasi kebahagiaan. Dengan
adanya rasa empati di hati seseorang pemimpin, maka kita akan dapat menjadi pemimpin yang
akan diterima oleh oleh pelbagai lapisan dalam organisasi. Pemimpin yang empati, lebih
perihatin dan mengambil berat terhadap dan menyelami perasaan anak buahnya .Pemimpin jenis
ini, akan dekat di hati orang yang dipimpin di dalam sesebuah organisasi dan dihormati.
4.Dalam kesibukan tugas sebagai pemimpin, bagaimanakah anda boleh menzahirkan
empati anda kepada warga organisasi?
Maksud empati ialah suatu kebolehan untuk merasai dan mengaitkan terhadap pemikiran, emosi
ataupun pengalaman orang lain. Empati adalah melebihi simpati, di mana ianya merupakan
kebolehan untuk memahami dan menyokong orang lain dengan perasaan belas kasihan dan
sensitivity.Dalam mengurus sesebuah organisasi,pemimpin harus bijak dan kreatif dalam
menzahikan empati kepada warga organiasasinya.Kebolehan untuk berempati, adalah merupakan
satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh pemimpin. Seseorang pemimpin yang berempati
berupaya mewujudkan hubungan yang positif dalam kalangan warga organisasinya Jesteru itu,
walau sesibuk mana sekali pun seorang Pengetua atau Guru Besar wajib menyelami perasaan
orang bawahannya seperti guru dan staff. Justeru, para guru dan staf akan bekerja dengan
motivasi yang tinggi dan memberikan mereka kepuasan dalam melaksanakan tugasan masingmasing.Pemimpin sekolah yang berempati terhadap guru-guru dan staf juga akan lebih dihormati
dan arahan mereka akan mudah didengari oleh guru-guru dan staf yang menjadi warga organisasi
yang akan mencapai hala tuju dengan cemerlang.