Anda di halaman 1dari 12

BAHASA MALAYSIA KONTESKSTUAL

BM 2311

JADUAL PELAKSANAAN TUGAS


Minggu
Subjek
1. Menerima
tugasan

1
(18/04-21/04)

2
(22/04-24/04)

3
(25/04-27/04)

4
(28/04-29/04)

2. Berbincang
dengan
pensyarah
3. Mencari
kehendak
tugasan
4. Berbincang
dengan rakan
5. Mencari
maklumat
relevan
6. Mengumpul
maklumat
7. Menyusun
maklumat
8. Mengemaskini
maklumat
9. Menaip
maklumat
10. Menyemak
semula
maklumat
11. Membuat
refleksi
individu
12. Menghantar
tugasan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

BAHASA MALAYSIA KONTESKSTUAL

BM 2311

PENGHARGAAN
Dengan penuh perasaan syukur kerana dapat juga saya menyiapkan kerja kursus yang telah
diusahakan selama ini yang bertajuk Bahasa Melayu Konteskstual.
Ribuan terima kasih saya rakamkan kepada individu penting yang banyak membantu
saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus saya ini. Pertama sekali, kepada Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Puan Salmah kerana beliau telah banyak memberikan
semangat dan bimbingan kepada semua pelajar.
Sekalung penghargaan untuk pensyarah saya, Encik Ibrahim bin Haji Ismail kerana
beliau sudi memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menyempurnakan kerja kursus ini.
Selain itu, saya juga amat menghargai jasa pensyarah saya kerana memberikan bimbingan,
sokongan dan nasihat yang amat berguna untuk kerja kursus serta membantu saya dari
semasa susah dan senang. Jasa beliau akan saya kenang ke akhir hayat.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapakn jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya
kerana mereka banyak memberikan dorongan dan sokongan kepada saya sepanjang kerja
kursus disempurnakan.Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana
memberikan saya bantuan dari segi moral dan kewangan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas
dalam menyempurnakan kerja kursus masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini
mengenai kerja kursus amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk
memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus saya dijalankan dan dibentangkan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

BAHASA MALAYSIA KONTESKSTUAL

BM 2311

Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Pantun Melayu di atas tidak lagi asing kepada kita semua dan telah menyedarkan
masyarakat betapa pentingnya berbudi dan kesantunan bahasa kepada sesebuah negara yang
terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa
kesantunan bahasa merupakan dasar bagi sesebuah negara yang sedang berkembang maju
seiring dengan gelombang modenisasi. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan
sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam
pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan
sedemikian ialah peningkatan kesantunan bahasa yang perlu menjadi budaya masyarakat.
Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapai dapat dilestarikan, kesejahteraan
rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan.
Kerajaan telah menyedari bahawa sektor awam merupakan instrumen yang terpenting
dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan negara.
Justeru, pembudayaan etika dan integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan dalam
semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sektor ini. Penerapan, penghayatan dan
pengamalan nilai kesantunan berbahasa perlu sentiasa diperkukuhkan dan menjadi amalan
berterusan.
Namun, fenomena yang menyedihkan ialah pegawai kerajaan kini mula terhakis kerana
mereka kini mengamalkan hidup yang tidak berhemah tinggi, melanggar bahasa, tidak
bertatasusila dan beradab. Saban hari, kita sering disogokkan dengan berita penggunaan
bahasa yang tidak tepat, cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai
oleh kakitangan awam kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan kurang cekap seterusnya
menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan orang ramai sehingga lupa akan pentingnya
kesantunan bahasa atau tatasusila berhemah yang perlu diamalkan secara menyeluruh oleh
penjawat awam.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

BAHASA MALAYSIA KONTESKSTUAL

BM 2311
Tidak kurang juga terdapat komen- komen

negatif

terhadap

memberikan

pegawai

khidmat

yang

kerajaan

yang

sepatutnya

tidak

kepada

pelanggan. Masalah ini berlaku hampir setiap hari di


mana kakitangan awam yang berurusan dengan orang
awam tidak menunjukkan sopan-santun dan budi
bahasa yang elok kepada pelanggan. Kepercayaan
orang awam untuk mendapat khidmat yang berkualiti
dan telus akan terjejas akibat daripada ini. Bak kata pepatah nila setitik, rosak susu sebelanga.
Hanya disebabkan beberapa anggota yang kurang bersopan- santun, masyarakat akan
memberi persepsi negatif terhadap seluruh organisasi tersebut.
Pegawai kerajaan boleh dikaitkan dengan sektor perkhidmatan awam yang memberi
perkhidmatan kepada orang awam dalam pelbagai bidang. Pegawai kerajaan seperti sekeping
cermin bagi seluruh pihak kerajaan dan setiap tingkah laku atau gerak- geri yang dipaparkan
oleh mereka amat penting kerana akan mempengaruhi imej pihak kerajaan. Namun, terdapat
sesetengah pegawai kerajaan menyalahgunakan bahasa, menggunakan bahasa rojak dan tidak
beramah mesra dan sebagainya akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan di
samping kedudukan bahasa rasmi negara kita, bahasa Melayu akan dicabar. Justeru itu,
pegawai kerajaan haruslah menunjukkan imej yang positif dan bersopan- santun dengan
menyemai amalan kesantunan berbahasa.
Kesantunan berbahasa dapat didefinisikan sebagai sifat lemah-lembut, bersopan santun
dan mempunyai kehalusan budi pekerti yang dimiliki oleh seseorang penutur apabila berbahasa
atau berkomunikasi dengan sesiapa sahaja menggunakan bahasa yang sopan dan beradab.
Secara amnya, kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan menujukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicaranya. Oleh itu, kesantunan berbahasa memperlihatkan budi bahasa dan
tingkah laku yang bertatasusila individu tersebut.
Lima kepentingan aspek kesantunan berbahasa ialah mengandungi nilai hormat yang
tinggi , kosa kata halus dan bertatasusila, tidak menyinggung perasaan orang lain apabila
bertutur, melambangkan kesantunan budi, kehalusan dan kesopanan tingkah laku penutur,
mencerminkan akal budi seseorang atau anggota masyarakat serta kesantunan berbahasa

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

BAHASA MALAYSIA KONTESKSTUAL

BM 2311

melambangkan warisan bangsa melalui penghasilan karya sajak serta pantun. Aspek- aspek
tersebut sememangnya merupakan budaya masyarakat negara kita.
Sesungguhnya,

pegawai

kerajaan

yang

menghormati

orang

awam

dengan

menggunakan kata nama panggilan yang sesuai dapat menonjolkan peribadi yang berhemah
tinggi dan bersopan- santun. Salah satu etika dalam pergaulan ialah menggunakan panggilan
nama supaya menunjukkan rasa hormat dan secara tidak langsungnya melahirkan suasana
yang harmoni semasa bergaul. Kata nama panggilan yang sesuai patutlah digunakan mengikut
keadaan yang berlainan seperti tuan, puan, cik, encik, pak cik, mak cik dan sebagainya.
Penggunaan panggilan nama yang sesuai akan menggambarkan hubungan yang mesra dan
tidak mudah tersinggung perasaan. Pegawai kerajaan yang bersopan santun dan berhemah
tinggi juga dapat mengubahkan persepsi rakyat yang negatif terhadap kerajaan. Tegasnya,
sikap pegawai kerajaan amatlah penting untuk menjaga imej diri sendiri dan seluruh pihak
kerajaan juga.
Sikap kesantunan berbahasa yang dimiliki kakitangan awam akan mewujudkan
hubungan baik antara rakyat dengan kakitangan kerajaan. Bukanlah sesuatu yang merugikan
sekiranya kakitangan awam melayani pelanggan dengan muka manis terutama di kaunter atau
mengucapkan kata-kata ringkas seperti Assalamualaikum. Bolehkah saya bantu, encik ?
Layanan mesra seperti ini sudah tentu dapat menyejukkan hati
pelanggan yang mungkin panas dan geram kerana terpaksa
menunggu lama untuk berurusan. Kesantunan berbahasa yang
ditonjolkan

oleh

pegawai-

pegawai

kerajaan

juga

melambangkan kesantunan budi, kehalusan dan kesopanan


tingkah laku penutur, mencerminkan akal budi seseorang serta
menunjukkan kewibawaan dan kecemerlangan organisasiorgansasi kerajaan secara tidak langsungnya.
Bak kata pepatah 'bahasa menunjukkan bangsa', satu lagi ungkapan tidak asing bagi
penutur Melayu. Walaupun pepatah ini cuma menderetkan tiga patah perkataaan sahaja,
namun maksud yang didukungnya cukup bernilai tinggi. Dalam budaya Melayu khususnya,
tersirat konsep kesantunan dan rasa hormat dalam tutur kata atau amalan berbahasa. Dengan
itu, amalan kesantunan berbahasa sememangnya digalakkan disemai dalam kalangan pegawai
kerajaan supaya mewujudkan masyarakat yang mulia dan berbudi bahasa.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

BAHASA MALAYSIA KONTESKSTUAL

BM 2311

Dari perspektif lain, prinsip kelima Rukun Negara, iaitu kesopanan dan kesusilaan jelas
menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila dan tidak menyinggung
perasaan golongan orang lain. Pegawai kerajaan juga tidak terkecuali. Tingkah laku merupakan
darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan peribadi dan bermasyarakat umumnya. Bahasa
yang digunakan oleh pegawai kerajaan haruslah berhati- hati dan berfikir semasak- masaknya
sebelum menunturkannya kerana bahasa yang dituturkan ini akan mempengaruhi pemikiran,
nuansa dan keadaan khalayak. Bahasa bukan sekadar sebagai lambang tetapi sudah berubah
menjadi senjata yang tajam. Ungkapan 'lebih tajam daripada mata pedang' sering kita
perdengarkan

dalam

kehidupan

seharian.

Pegawai

kerajaan

haruslah

mengamalkan

kesantunan berbahasa dengan banyak menggunakan kata- kata atau bahasa yang halus dan
sopan sebaliknya mengelakkannya penggunaan kata- kata kesat. Misalnya, dalam institusi
perkhidmatan, sebagai seorang pegawai kerajaan perlulah memberi layanan yang baik dan
berbudi bahasa terhadap masyarakat awam dengan senantiasa menggunakan kata sapaan
yang betul. Dengan pemupukan amalan kesantunan berbahasa dapat meningkatkan mutu
perkhidmatan dan bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
Apabila prestasi perkhidmatan dapat ditingkatkan, khidmat kepada orang awam dapat diberikan
dengan cemerlang dan maklum balas daripada orang awam juga akan menjadi positif. Serentak
dengan itu, kepercayaan orang awam terhadap kerajaan juga akan bertambah baik.
Seperti yang mana kita tahu, perkhidmatan kaunter juga merupakan aplikasi dominan
perhubungan perkhidmatan awam dengan pelanggan. Ia menjadi barisan paling depan antara
organisasi dengan pelanggan dan merupakan lambang keperibadian sesebuah organisasi
kepada masyarakat awam. Justeru, perkhidmatan kaunter perlu dititipkan dengan nilai-nilai
berkualiti dari apa segi sekalipun. Pegawai kerajaan boleh memainkan peranan khususnya
dalam perkhidmatan kaunter, antaranya seperti mengucapkan salam atau selamat pagi atau
petang dengan nada suara lembut dan menarik,
melafazkan ucapan terima kasih dan jumpa lagi
setelah selesai urusan, menunjukkan arah kepada
pelanggan apabila beredar dan menunjukkan sikap
peramah,

ceria,

mudah

mesra

agar

disenangi

pelanggan. Melalui aspek kesantunan berbahasa juga


melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan
menggambarkan tingkah laku penutur. Tingkah laku
penutur dapat dicerminkan dari sikap serta cara

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

BAHASA MALAYSIA KONTESKSTUAL

BM 2311

percakapan. Hal ini demikian dapat menunjukkan pegawai kerajaan yang berkualiti tinggi dan
bertatasusila secara tidak langsungnya.
Tambahan pula, seorang kakitangan awam hendaklah memberi imej yang positif
terhadap dirinya terlebih dahulu dalam memberikan persepsi yang positif terhadap masyarakat.
Pegawai kerajaan yang berakhlak mulia, bersopan- santun dan bertatasusila akan dijadikan
sebagai contoh masyarakat awam. Imej ini juga akan mempengaruhi persepsi positif
masyarakat terhadap kerajaan. Jika kakitangan awam dilihat mempunyai imej yang elegan dan
bersopan-santun, kepercayaan dan keyakinan rakyat untuk berurusan dengan kakitangan
awam dan kerajaan akan meningkat. Perselisihan faham dalam kalangan masyarakat terhadap
kerajaan juga akan berkurang. Tuntasnya, penghayatan amalan kesantunan berbahasa dapat
membimbing penjawat awam membentuk akhlak yang mulia yang berfungsi memberi
perkhidmatan yang berkesan bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup.
Tidak dapat dinafikan bahawa salah satu perkhidmatan
pegawai kerajaan ialah berkhidmat melalui telefon. Dalam urusan
tugas melayani pelanggan melalui telefon, sering kita dengar
ketidakpuasan hati pelanggan terhadap penjawat awam kerana tidak
mesra pelanggan, bahasa kesat dan tidak menunjukkan cara
berhemah. Sebaliknya, kakitangan- kakitangan awam khususnya
telefonis atau pegawai bertugas seharusnya bercakap dengan nada
suara yang lembut atau berbudi bahasa, terang, jelas, sederhana
dan mesra. Sifat- sifat tersebut juga digolongkan sebagai amalan
kesantunan berbahasa. Kemesraan dan keikhlasan pegawai kerajaan dapat dirasai walaupun
hanya dengan menggunakan telefon. Pegawai kerajaan haruslah mengelakkan sikap
melengahkan menjawab telefon, tidak bertegur sapa, penggunaan bahasa rojak agar
menimbulkan kekeliruan antara dua pihak. Natijahnya, kesantunan berbahasa patutlah
diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya pegawai- pegawai kerajaan supaya
dihormati dan disanjungi.
Kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita' telah dilancar oleh kerajaan Malaysia pada tahun
2011 untuk mempertingkat budaya kesantunan berbahasa dalam masyarakat. Tujuan kempen
ini adalah untuk menerap dan menanam nilai-nilai murni dalam fikiran, hati budi, dan perilaku
warganegara Malaysia. Salah satu unsur yang terdapat dalam kempen ini ialah menggalakan
pegawai kerajaan mengamalkan nilai berbudi bahasa agar mewujudkan masyarakat yang
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

BAHASA MALAYSIA KONTESKSTUAL

BM 2311

bermoral tinggi dan berminda kelas pertama. Kesantunan


berbahasa dan nilai-nilai murni mempunyai peranan yang
sangat penting dalam memelihara tamadun bangsa yang
dibina. Kesantunan berbahasa merupakan pemangkin dalam
menggerakkan seseorang untuk melaksanakan tugasnya
dengan cemerlang dan gemilang. Justeru itu, perkhidmatan
awam memerlukan pengurusan yang cekap, bersih, adil,
amanah dan kesannya ke arah pencapaian matlamat
pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.
Penggunaan bahasa halus juga boleh diaplikasikan oleh pegawai kerajaan dalam
kehidupan seharian. Penggunaan bahasa halus yang beradat, bertatasusila dan berbudaya
tinggi

dapat

menyerlahkan

darjah kesopanan

dan

keperihatinan

masyarakat

dalam

mempamerkan akhlak yang tinggi. Penggunan bahasa halus turut didedahkan melalui
penggunaan bahasa kiasan dan peribahasa untuk membolehkan seseorang menyatakan
sesuatu secara halus dan secara tidak langsung. Sehubungan dengan hal itu, mustahak bagi
kita untuk memahami bentuk santun dalam masyarakat Malaysia agar dapat berkomunikasi dan
berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang tepat dan lembut.
Di samping itu, kesantunan bahasa menggambarkan orang Melayu mementingkan serta
mengutamakan adab dan nilai-nilai murni dalam pertuturan. Pegawai- pegawai awam yang
mengutamakan kesantunan bahasa akan memaparkan sifat- sifat positif dan menunjukkan
individu seorang yang bertamadun dan bermentaliti kelas pertama. Antara amalan kesantunan
bahasa ialah seseorang perlulah berjabat tangan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim
yang terjalin. Kesantunan berbahasa juga melambangkan sebagai satu bahasa yang indah dan
mempunyai peradaban. Kesantunan berbahasa juga dapat diterapkan melalui slogan-slogan.
Sebagai contoh budi bahasa budaya kita. Hal ini menggambarkan bahasa yang indah dan
mempunyai nilai-nilai murni. Oleh itu, wajarlah setiap pegawai kerajaan untuk memupuk amalan
yang mulia ini dan meningkatkan budaya berbudi bahasa dalam masyarakat kita kini.
Tidak ketinggalan juga, pegawai kerajaan yang berbahasa dengan santun akan
menggunakan bahasa yang difahami oleh masyarakat dan tidak bersikap pilih kasih. Hal ini
demikian kerana Malaysia sebuah negara yang unik dengan komposisi rakyat yang berbilang
kaum. Setiap kaum mempunyai budaya masing- masing. Jadi, penggunaan kata- kata yang
sensitif mampu menjejaskan keharmonian antara kaum selama ini. Sebaliknya, pegawai perlu
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

BAHASA MALAYSIA KONTESKSTUAL

BM 2311

memilih dan berfikir sebelum dituturkan. Kesantunan berbahasa mampu merapatkan


silaturahim antara kaum tetapi cuma satu perkataan yang sensitif akan merobohkan perpaduan
yang adanya selama ini. Justeru itu, pegawai kerajaan yang patriotik akan bertutur dengan
berhati- hati agar tidak menimbulkan perselisihan faham antara sesama lain. Pegawai kerajaan
menggunakan aspek kesantunan ketika berkomunikasi akan menyerlahkan budaya kehidupan
masyarakat Malaysia yang kaya dengan adab sopan serta halus dan melambangkan ketinggian
budi pekerti dan dipandang mulia oleh negara lain.
Kesantunan berbahasa yang mengandungi nilai hormat yang tinggi menunjukkan
komunikasi antara penutur memerlukan kesopanan yang tinggi. Hal ini kerana apabila
seseorang individu bertutur dengan individu lain, akan menimbulkan perasaan hormat kepada
rakan. Bagi kelompok masyarakat pula, kesantunan berbahasa amat penting bagi mewujudkan
sebuah masyarakat yang harmoni, saling bertolak-ansur serta dapat mewujudkan kerjasama.
Tambahan pula, negara akan disanjung oleh negara-negara luar kerana rakyat yang mendiami
negara tersebut mempunyai kesantunan berbahasa dalam berkomunikasi.
Secara kesimpulan, dalam mencapai negara yang makmur dengan pembangunan yang
semakin maju, pegawai- pegawai kerajaan wajiblah melaksanakan tanggungjawab masingmasing dengan penuh dedikasi dan mengamalkan nilai-nilai positif di samping mengikut etika
yang telah ditetapkan. Budaya kesantunan berbahasa bukanlah hanya untuk kepentingan
sebelah pihak sahaja tetapi untuk kepentingan dan kebaikan semua pihak. Walaupun terdapat
kelemahan, pihak kerajaan tidak pernah berputus asa untuk memperbaik prestasi negara dari
pelbagai segi demi menjulang nama Malaysia di mata dunia. Sehubungan dengan itu, setiap
kakitangan awam hendaklah melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya. Keadaan ini
menunjukkan sokongan kakitangan kepada pihak pemerintah dalam usaha memartabatkan
Malaysia di mana tanpa sokongan daripada kakitangan awam, adalah mustahil bagi kerajaan
untuk mencapai kegemilangan dan Wawasan 2020 yang menjadi dasar bagi setiap visi jabatan
kerajaan. Maka terapkan nilai dan etika dalam diri agar Malaysia menjadi yang terbilang dalam
kalangan yang terbaik di seluruh pelosok dunia.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

BAHASA MALAYSIA KONTESKSTUAL

BM 2311

REFLEKSI
Saya amat bersyukur kerana saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang berkod BM
2311, Bahasa Malaysia Konteskstual ini. Saya telah menghantar tugasan ini tepat pada
masanya tanpa sebarang masalah. Saya berasa amat gembira kerana ditugaskan oleh
pensyarah saya, Encik Ibrahim Bin Haji Ismail untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Setelah menerima kerja kursus ini, saya beranggapan tugasan ini agak sukar dan
berasa keliru tentang tugasan ini pada mulanya tetapi pensyarah, Encik Ibrahim telah
menerangkan secara terperinci mengenai tugasan ini. Setelah tugasan kerja kursus ini
diterangkan oleh pensyarah, saya mendapati bahawa sebenarnya tugasan ini tidaklah begitu
sukar seperti yang saya jangkakan.
Saya mula mengorak langkah menyempurnakan tugasan ini dengan menghabiskan
masa mencari bahan rujukan di perpustakaan dan juga mencari informasi tentang tajuk kerja
kursus ini melalui internet. Hal ini demikian telah memudahkan kami untuk menyempurnakan
tugasan ini. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan agar memperoleh informasi dan
pendapat yang bernas serta berguna terhadap kerja kursus ini.
Dalam proses pelaksanaan kerja kursus ini, saya juga menghadapi beberapa masalah.
Saya telah mengalami kesulitan dalam mendapatkan bahan saya kerana sumber dari internet
kurang tepat dan juga sumber dari perpustakaan telah banyak dipinjam oleh pelajar yang lain.
Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya tetapi membuatkan saya semakin
bersemangat dan bersungguhsungguh untuk meyempurnakannya. Segala ujian yang terpaksa
ditempuhi dalam usaha pelaksanaannya saya hadapi dengan tabah dan sabar. Syukurlah saya
mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan pensyarah yang murah hati sudi
menghulurkan bantuan kepada saya.
Melalui kerja kursus ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan dan
pengetahuan. Dengan pelaksanaan kerja kursus ini, saya lebih memahami konsep dan
kepentingan kesantunan berbahasa. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang
merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain. Dengan cara
menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli
masyarakat bersopan santun antara satu sama lain. Ini kerana dalam mana-mana masyarakat
yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti
yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

10

BAHASA MALAYSIA KONTESKSTUAL

BM 2311

Seperti yang kita semua maklum, kesantunan berbahasa memberikan kekuatan sosial
dan moral serta membentuk budaya tinggi sesebuah masyarakat. Bangsa yang maju
mengamalkan bahasa budaya tinggi yang dituturkan dengan cara yang halus, menarik,
berkesan, bersopan santun, mempunyai nilai estetik, intelektual dan nilai budaya yang
mencerminkan tamadun dan kesusilaan bangsa yang berperibadi tinggi. Kerja kursus ini telah
menyedarkan saya betapa pentingnya kesantunan berbahasa terhadap masyarakat yang
berbilang kaum dan bangsa ini. Bak kata pepatah 'sebab pulut santan binasa, sebab mulut
badan binasa' telah menjelaskan bahawa perkataan yang dituturkan itu mampu mencederakan
seseorang.
Sebenarnya, saya juga sedar dan tahu tentang peri pentingnya berbahasa dengan
santun terutamanya dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia ini. Jadi, amatlah
wajar seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa menguasai segala santun dan peraturan
dalam bahasa Melayu seperti gelaran kekeluargaan, gelaran pergaulan, kata-kata alu-aluan,
dan kata silaan supaya budaya beradab dalam masyarakat dapat dikekalkan. Budi bahasa dan
ketatasusilaan semasa kita berwacana atau berbahasa akan menjadi titik penentu lambang dan
dan citra diri serta sahsiah kita yang sebenarnya. Oleh itu, kepentingan kesantunan dan
ketatasusilaan semasa berkomunikasi bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh.
Di samping itu, saya juga mendalami pengetahuan tentang kata- kata sapaan, gelaran
yang sesuai digunakan dalam situasi yang berlainan. Penggunaan kata- kata sapaan bukan
sahaja dapat menunjukkan rasa hormat kepada orang lain malahan juga mengeratkan
silaturahim antara satu sama lain. Selain daripada itu, saya juga dapat mengaplikasikan bahasa
halus yang saya pelajari daripada tugasan ini dalam kehidupan pada masa nanti. Penggunan
bahasa halus turut didedahkan melalui penggunaan bahasa kiasan dan peribahasa untuk
membolehkan seseorang menyatakan sesuatu secara halus dan secara tidak langsung.
Sehubungan dengan hal itu, mustahak bagi kita untuk memahami bentuk santun dalam
masyarakat Malaysia agar dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan menggunakan bahasa
yang tepat dan lembut. Saya akan berupaya untuk mempertingkat budi pekerti diri bermula
dengan kata panggilan dalam keluarga yang bermula dengan suara hati dan pertuturan sebagai
seorang bakal guru.
Akhir kata, pelaksanaan kerja kursus ini memang banyak memberi manfaat kepada
saya dan sebagai pedoman kehidupan saya kelak.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

11

BAHASA MALAYSIA KONTESKSTUAL

BM 2311

BIBLIOGRAFI
Rujukan Khusus
Asmah Haji Omar (2002). Setia dan Santun Bahasa. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2012). Pelita Bahasa- Bahasa Melayu Bahasa Ilmu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2012). Pelita Bahasa- Bahasa Melayu Bahasa Rakyat Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2012). Pelita Bahasa- Membudayakan Penggunaan Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2013). Dewan Bahasa- Bahasa dalam Komunikasi Politik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Rujukan Umum
http://azhar-pejuang.blogspot.com/2012/01/kesantunan-berbahasa.html
http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2007/05/budi-bahasa-tonjol-kewibawaan-penjawat.html
www.tutor.com.my/stpm/kesantunan_berbahasa.html
http://www.scribd.com/doc/3294534/Kempen-Budi-Bahasa-dan-Nilai

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

12

Anda mungkin juga menyukai