Anda di halaman 1dari 9

Penghargaan

Selamat sejahtera, dalam kesempatan ini saya ANGELINA ANN A/P DAVID ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuhan, kerana telah memberi peluang,
ketenangan, dan kesabaran kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya
tanpa banyak kesulitan dan masalah. Saya berharap kerja-kerja yang telah saya lakukan
pada masa ini akan diterima oleh pensyarah Statistik Asas kami.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing
Perkemangan Kanak-kanak, PN. WAN FARIDAH AKMAL BINTI WAN ISMAIL atas tunjuk
ajar dan garis panduan yang telah diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini.
Tanpa tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing, tidak mungkin kerja kursus ini dapat
disiapkan dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa
yang saya cintai. Mereka telah mengorbankan masa, wang dan tenaga mereka untuk
membantu saya menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Mereka juga memberi
sokongan moral untuk menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna tanpa berputus asa.
Tidak lupa juga akan rakan-rakan sekelas saya yang telah membantu saya dengan
berkongsi idea dan maklumat mereka kepada saya bagi memberi pandangan yang jelas
tentang tugasan ini. Mereka juga menghabiskan masa mereka berbincang mengenai
tugasan ini bersama-sama dan mencari penyelesaian masalah bagi tugasan ini dengan
lebih cepat dan senang.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang sanggup
meluangkan masa yang berharga mereka untuk membantu saya menyelesaikan tugasan ini.
Saya berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan saya pada masa yang tepat
dan sempurna. Sekian terima kasih.

1.0 Pengenalan
Proses perkembangan akan berlaku dari aspek fizikal, sosial, kognitif dan emosi.
Menurut Hasmidar Sawi (2012) dalam artikelnya menerangkan bahawa perkembangan
kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan
fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Perkembangan akan
meningkatkan penampilan dan potensi kanak-kanak secara berperingkat dan berterusan.
Jadi, perkembangan merupakan satu proses bagi menghasilkan peningkatan kemampuan
untuk berfungsi pada tahap-tahap tertentu. Berdasarkan Tugasan 2 dalam kerja kursus yang
diberikan untuk kursus Perkembangan Kanak-kanak (EDUP 3023), saya ditugaskan untuk
menghasilkan satu laporan ilmiah tentang implikasi proses pengajaran dan pembelajaran
guru dalam bilik darjah. Laporan ini haruslah berdasarkan domain yang saya pilih. Domain
yang saya telah pilih adalah perkembagan fizikal.
2.0 Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Ia bermula sejak
bayi dalam kandungan lagi. Proses perkembangan fizikal akan dilalui oleh setiap manusia
yang normal apabila dilahirkan sehingga mencapai tahap remaja, dewasa dan akhirnya
orang tua. Menurut Woolfolk dan Margetts (2007), dalam artikel Haliza Hamzah dinyatakan
bahawa perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan
bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Jadi
kita boleh buat rumusan bahawa proses perkembangan akan berlaku secara sistematik dan
tersusun. Dalam proses perkembangan akan berlaku perubahan dari segi saiz badan dan
kepala, pertumbuhan gigi, berat dan ketinggian serta pergerakan motor. Manakala, konsep
perkembangan pula merujuk Crow and Crow iaitu perubahan secara kualitatif serta
cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Namun
menurut Karl G. Garisson (1975) dalam artikel Hasmidar Sawi, perkembangan ini terhasil
daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Semua perkembangan ialah mengikut urutan semulajadi dan bersifat sejagat. Ianya merujuk
kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh faktor genetik. Menurut, D.S Wright dan
Ann Tylor dalam artikel Hasmidar Sawi juga, perkembangan merupakan perubahan yang
berlaku dalam warisan hayat.
Terdapat beberapa prinsip asas dalam perkembangan fizikal. Pertama sekali adalah
perkembangan akan bermula dari kepala dan beransur ke kaki. Seterusnya arah
perkembangan akan berlaku dari tengah badan dan berterusan ke luar. Ketiga adalah
semasa perkembangan fizikal, kebolehan seorang bayi akan bertambah jelas dan spesifik.
Selain itu, perkembangan akan berlaku dari menyeluruh kepada spesifik iaitu kemahiran
2

yang bersifat umum kepada kemahiran yang bersifat khusus, perkembangan adalah
berterusan. Walaupun susunan perkembangan adalah sama tetapi kadar kecepatan
perkembangan adalah berbeza. Prinsip perkembangan yang terakhir adalah perkembangan
akan berlaku secara berperingkat.
Terdapat dua faktor yang menentukan perkembangan fizikal. Faktor pertama
merupakan baka. Menurut Munn (1969), dalam buku Perkembangan Kanak-kanak baka
merupakan ciri-ciri biologi yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya melalui
gen. Inilah yang akan menentukan sifat-sifat tertentu dalam diri anak. Sebagai contohnya,
warna rambut, kulit dan mata serta jenis rambut. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana
menurut Arnoll Gesell, baka dan kematangan faktor adalah penting dalam menentukan
perkembangan

kanak-kanak.

Faktor

kedua

pula,

persekitaran.

Munn(1969)

juga

mengatakan bahawa persekitaran ialah kuasa luaran yang boleh mempengaruhi tingkah
laku seseorang individu. Persekitaran bermaksud ia merangkumi persekitaran anak sebelum
dilahirkan (prenatal) dan juga selepas dilahirkan (postnatal). Perkembangan fizikal kanakkanak haruslah dititikberatkan dan difahami oleh golongan pendidik supaya perkembangan
fizikal kanak-kanak dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) dapat ditingkatkan lagi
dalam diri kanak-kanak tersebut sekaligus membolehkankan para pendidik memahami
mengapa pelajar mereka bertingkahlaku sedemikian.
3.0 Implikasi perkembangan fizikal terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah
Apabila kita mengkaji balik kepada faktor serta prinsip perkembangan fizikal kanakkanak, kita boleh membuat konklusi bahawa perkembangan fizikal setiap kanak-kanak
adalah berbeza. Mungkin ada kanak-kanak yang akan mengalaminya dengan cepat dan
mungking yang lambat. Oleh itu, ibu bapa dan guru haruslah prihatin dan memahami
tentang perkara ini dan memandang setiap kanak-kanak sebagai seorang yang unik. Proses
pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah merupakan peluang yang sangat baik
bagi para pendidik untuk membentuk insan-insan yang mulia. Menurut Mok Soon Seng,
dalam buku Psikologi Pendidikan Guru, menyatakan bahawa Bekas Perdana Menteri, Tun
Dr

Mahathir(2003)

pernah

mengatakan,

guru

bukan

sahaja

bertanggungjawab

menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada


pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diperoleh
olehnya. Oleh itu, profesion perguruan merupakan satu profesion yang amat penting dalam
proses pembangunan manusia. Guru mempunyai peranan serta tanggungjawab yang paling
penting dalam membentuk insan yang berperibadi mulia pada masa akan datang. Para

pendidik haruslah mengetahui dan mengaplikasikan teknik-teknik yang menarik untuk


mendidik kanak-kanak Generasi Z mengikut perkembangan kanak-kanak.
Perkembangan fizikal bermula sejak bayi dalam perut. Bagi penerangan dan
gambaran yang lebih lanjut sila rujuk di Lampiran 1. Semasa bayi berada dalam perut ibu,
ibu memainkan peranan yang sangat penting supaya anak lahir dalam keadaan yang sihat,
dan baik. Seterusnya menurut Vidya Anandha Solo(2000) dalam bukunya menyatakan
bahawa peringkat bayi lahir hingga 2 tahun merupakan fasa perkembangan fizikal yang
akan berlaku secara agresif dan mendadak iaitu perkembangan otot-otot halus,tulang
belakang dan sebagainya. Contohnya aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti urutan
pada badan bayi, mengayuh tangan dan kaki bayi, merenggam supaya dapat meningkatkan
keupayaan psikomotor halus dan kasar kanak-kanak. Bagi menajamkan fokus visual pula,
kemahiran motor dan pendengaran bayi, kita bolehlah memberikan pendedahan kepada
bayi dengan menampal gambar-gambar yang bergerak pada dinding dengan menyediakan
permainan yang mengeluarkan bunyi jika ditekan, disentuh dan dipusing.
Kanak-kanak yang akan masuk ke alam pembelajaran adalah dalam lingkungan usia
5 hinggalah mencapai usia 18 tahun iaitu dari memasuki taska hinggalah menghabiskan
pembelajaran mereka di sekolah menengah. Pada lingkungan usia ini juga mereka akan
mengalami banyak perubahan dan perkembangan fizikal. Pada masa ini, mereka akan
tertanya-tanya akan perubahan yang berlaku kepada diri mereka. Oleh itu, selain daripada
ibu bapa, guru mempuyai tanggungjawab untuk mendidik pelajar mengenali diri mereka
sendiri serta memberi input yang sesuai mengikut usia dan perkembangan mereka. Jadi,
berikut adalah beberapa implikasi yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran guru mengikut perkembangan fizikal kanak-kanak.
Menurut Wan Teh Hannisa(2013), kanak sehingga mencapai usia 5 tahun
perkembangan otot halus dan otot kasar, pertuturan, penglihatan dan pendengaran akan
berlaku dengan pesat. Ketika peringkat ini kanak-kanak perlulah dijaga dan diajar. Dalam
keadaan ini, kanak-kanak haruslah digalakkan untuk mencuba meningkatkan kemahiran
psikomotor halus. Ketika pelajar berumur 5 dan 6 tahun, ini merupakan tahap permulaan
bagi pelajar memasuki alam pembelajaran. Pada usia ini, para guru harus bijak dalam
menyediakan situasi pembelajaran sambil bermain kepada kanak-kanak. Hal ini kerana,
ketika usia ini kanak-kanak aktif dan suka meneroka. Selain itu, mereka akan sangat suka
bermain dan menggunakan alat permainan serta menjalankan aktiviti luar. Oleh itu, guru
haruslah kerap menyediakan aktiviti permainan di luar bilik darjah seperti aktiviti berlumba,
menari, senaman pagi, melompat dan sebagainya. Selain itu, guru-guru dinasihatkan untuk
membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu. Hal ini kerana apabila
4

kanak-kanak dibantu dengan berlebih-lebihan maka mereka akan mula bergantung pada
guru pada setiap masa serta ia juga akan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk
melakukan sesuatu untuk sendiri.
Tambahan pula, tahap ini merupakan perkembangan kemahiran psikomotor halus.
Pada peringkat ini guru haruslah mengambil kesempatan untuk meningkatkan kemahiran
psikomotor halus. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menggunakan pensil,
krayon atau kapur untuk mewarna dan menconteng. Selain itu, guru-guru juga digalakkan
untuk mengadakan aktiviti seperti mengaul tepung dengan menggunakan tangan,
permainan kotak warna, menggunting, menampal, memasukkan benang di dalam straw
minuman, melipat kertas atau pakaian. Hal ini kerana, kanak-kanak akan berasa seronok
dan kepuasan apabila berjaya malakukan sesuatu aktiviti. Selain itu, ketika inilah guru boleh
membentuk keyakinan kanak-kanak untuk berani melakukan sesuatu aktiviti. Guru juga tidak
digalakkan untuk sering menggunakan perkataan jangan atau menggongkong kebebasan
murid.
Peringkat seterusnya merupakan kanak-kanak dalam lingkungan usia 7 hingga 12
tahun. Usia ini merupakan peringkat kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Peringkat ini
merupakan zaman aktif kanak-kanak iaitu perkembangan motor kasar kanak-kanak akan
meningkat secara mendadak. Pada saat ini guru-guru haruslah berusaha untuk memupuk
sifat keyakinan kanak-kanak untuk berani melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan
kamahiran motor kasar mereka. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah permainan
kumpulan, permainan bola sepak, badminton, olahraga dan sebagainya. Dengan ini guru
dapatlah

menggalakkan

kanak-kanak

untuk

berkerjasama

dalam

kumpulan

serta

menggalakkan kanak-kanak untuk melakukan aktiviti riadah pada waktu senggang. Melalui
cara ini kanak-kanak dapat menguatkan otot dan daya tahan mereka.
Pada peringkat ini juga guru haruslah memberikan kanak-kanak peluang untuk
mencuba sesuatu. Hal ini kerana untuk menggelakkan kanak-kanak daripada berasa rendah
diri dan murung. Peranan guru yang sangat penting dalam peringkat ini ialah menerangkan
dan mengajar kanak-kanak untuk bertingkah laku yang bersesuaian mengikut jantina
mereka. Sebagai contohnya, gaya pakaian, gaya duduk, gaya berkomunikasi dan gaya
bersosial. Perkara yang sangat penting ketika usia ini juga ialah amalan pemakanan yang
sihat. Oleh itu, guru haruslah berperanan untuk menjelaskan kepentingan pengamalan gaya
hidup sihat termasuk amalan pemakanan. Hal ini kerana, apabila terdapat kanak-kanak
yang terlebih berat badan, situasi ini akan menimbulkan masalah sosial dan penyesuaian
kanak-kanak. Oleh itu, guru bolehlah mengadakan aktiviti permainan sambil belajar yang

berkaitan dengan kelas makanan dan gaya hidup sihat semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Selepas peringkat kanak-kanak, mereka akan memasuki alam awal remaja. Di alam
ini mereka akan mengalami pelbagai perubahan dari segi fizikal dan emosi. Dalam keadaan
ini remaja akan sentiasa tertanya-tanya akan perubahan fizikal mereka. Selain itu, mereka
juga tidak akan rasa selesa dan tidak mengetahui cara menyesuaikan diri dari segi
pemikiran, perasaan dan juga tingkah laku. Ketika inilah guru harus memahami fitrah
perkembangan fizikal seorang remaja dan memastikan untuk menyampaikan ilmu yang
berkaitan dengan perkembangan fizikal kepada mereka. Melalui cara ini guru dapat
mambantu remaja untuk meneguhkan identiti mereka. Guru haruslah menyediakan peluang
untuk remaja mengenali sistem pembiakan, aktiviti seksual supaya remaja dapat
mengetahui perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka. Misalnya, guru bolehlah
menyediakan program, kaunseling, ataupun ceramah mengenai zaman awal remaja bagi
mendedahkan remaja tentang perkembangan diri mereka sendiri.
Pada peringkat ini juga guru mestilah mengadakan beberapa program pencegahan
seperti, Program Anti Merokok, Minggu Anti Dadah dan sebagainya. Hal ini kerana, ketika
usia inilah kebanyakan remaja akan terjerumus ke dalam gejala-gejala negatif seperti
merempit dan melakukan perkara yang tidak beretika. Tambahan pula, semasa peringkat
awal remaja, iaitu ketika ahkil baligh remaja haruslah mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh
itu, guru haruslah memainkan peranan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dengan merancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan dan menggalakkan remaja
menjadikan amalan ini sebagai satu aktiviti sosial yang sihat. Guru juga haruskan berbesar
hati untuk menjadi pendengar setia serta menyediakan peluang bagi remaja bertanya dan
berbincang tentang perubahan yang berlaku pada diri mereka.
4.0 Rumusan
Kadar perkembangan fizikal setiap inividu adalah berbeza. Terdapat kanak-kanak
yang mengalami proses ini secara lambat dan ada juga yang cepat. Walaubagaimanapun,
penjagaan dan pemeliharaan amat diperlukan untuk memastikan membentuk individu yang
sempurna. Tambahan pula, mereka haruslah dibimbing mengikut perkembangan secara
berperingkat. Guru adalah umpama ibu bapa kedua bagi kanak-kanak kerana apabila
kanak-kanak sudah masuk ke dalam kawasan sekolah, yang bertanggungjawab atas
mereka adalah para guru. Rentetan itu, guru haruslah berpengetahuan luas tentang latar
belakang setiap kanak-kanak serta proses dan prinsip perkembangan yang secara langsung
berkaitan dengan umur dan peringkat perkembangan supaya dapat merancang, mengurus,
dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang efisien dan berkesan.

Rujukan

Haliza Hamzah, & Joy Samuel(1969) Perkembangan Kanak-kanak Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Hasmidar Sawi, Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Dirujuk pada 25 Ogos
2012 daripada http://muzikrbtpsikologi.blogspot.my/2012/08/konsep-pertumbuhan-danperkembangan_25.html
Sarifudin Razak, Perkembangan Janin dalam Kandungan. Dirujuk pada 22 April 2013
daripada http://www.babyfluffy.com/index.php/news-fluffy-baju-bayi-branded/48perkembangan-janin-dalam-kandungan.html
Soon Seng, (2003) Psikologi Pendidikan Guru, Perak, Pernerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Sufean Hussin, Pasar Nota Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Dirujuk pada 23
Disember 2012 daripada http://pasarnota.blogspot.my/2011/12/konsep-pertumbuhan-danperkembangan.html
Vidya Anandha Solo (2000) Teori Perkembangan Manusia, Kuala Lumpur, Institut
Terjemahan Negara Malaysia.
Wan Teh Hannisa(2013), Kanak-kanak Umur 2-3 Tahun, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Lampiran 1

Gambar di atas akan memberikan gambaran yang lebih luas tentang perkembangan byi di
dalam kandungan ibu. Pada masa inilah para ibu perlu menjaga kandugan mereka dengan
sangat berhati-hati.

Lampiran 2

Sumber: http://dwikurnianingdasih.blogspot.my/2015/03/tahap-perkembangan-psikomotorsejak.html
Gambar di atas merupakan penjelasan yang jelas tentang perkembangan bayi dari lahir
hingga mencapai usia 2 tahun.
8

Lampiran 3

Lampiran 4