Anda di halaman 1dari 11

Soalan 1

Pengenalan 1

Budi Bahasa Budaya kita 2-3

Teori keperibadian Mulia 4

Penjelasan dan Kritikan Teori 5-7

Soalan 2

Peranan dan Langkah 8 - 10

Rujukan 11

Lampiran 12
PENGENALAN

Kurikulum Pendidikan Moral sekolah rendah menekankan pembentukan dan


pengukuhan peribadi mulia berlandaskan nilai-nilai moral dan kerohanian, selaras dengan
norma masyarakat Malaysia ke arah memperkukuh kesedaran hati seseorang individu.
Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu dan membentuk satu komuniti ataupun masyarakat yang berbudi bahasa,
beretika dan berkeperibadian mulia.

Mengajar pelajar kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cabaran


dalam memupuk dan menggalakkan perkembangan moral mereka. Guru Pendidikan
Moral menjadi tonggak utama yang menyampaikan kemahiran-kemahiran tersebut
kepada pelajarnya. Oleh kerana tanggungjawab tersebut adalah berat serta penting, guru-
guru harus merancang proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan
Moral dengan teliti.

Penggunaan Teori yang sesuai membolehkan murid-murid mencapai objektif-


objektif yang dinyatakan dalam Sukatan Pendidikan Moral dan meningkatkan minat
untuk mempelajari matapelajaran Pendidikan Moral. Berdasarkan modul OUM,
(HBME2203), terdapat empat Teori Etika agar dia dapat mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral. Rajah 1 menunjukkan empat jenis Teori tersebut.
Rajah 1 Teori keperibadian
mulia

Teori Teori Teleologikal


TEORI
Deontologikal

Teori Etika

Soalan 1

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan, sopan santun dan tatatertib,
akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan
kata lain ,setiap gerak laku , tutur kata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang
lain. Sebagai peribadi maupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi
bahasa. Budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni amat penting dalam menjaga
keharmonian hidup bermasyarakat.

Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni


dapat melahirkan satu Bangsa Malaysia yang budiman. Akhir-akhir ini kedapatan di
kalangan masyarakat kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang langgar bahasa,
yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab.

Amalan dan penerapan budi bahasa sama ada dalam komunikasi ,ucapan,
pertuturan atau panggilan dalam perlakuan dapat diserapkan dalam institusi kekeluargaan
,institusi masyarakat .Contohnya dalam institusi kekeluargaan ibu bapa harus
mendidik ,membimbing dan menegur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul
serta mempunyai kelakuan terpuji seperti patuh taat, hormat dan menyayangi mereka.
Menghormati orang lain, beradap, mencintai alam sekitar, bertingkahlaku sopan dan
tertib dalam semua keadaan dan sebagainya selain itu kunjung mengunjungi antara
saudara mara adalah amat baik dan dapat merapatkan hubungan silaturahim.

Anggota masyarakat yang berbudi adalah orang yang menunjukkan perangai


kelakuan serta peribadi yang baik dan sentiasa menjaga dirinya dari segala kelakuan
buruk yang tidak disetujui oleh masyarakat.

Seperti konsep “ budi bahasa budaya kita “ , Keperibadian mulia juga merupakan
suatu sifat alternative yang amat dialu-alukan demi mencapai matlamat negara sebagai
sebuah negara yang rakyatnya tinggi nilai positif dari segi perlakuan dan pertuturan.
Keperibadian mulia juga dapat menonjolkan identiti diri seseorang dari segi peradaban
dan akhlak yang terpuji. Selain itu keperibadian mulia juga penting dalan mencerminkan
sikap positif seseorang insan yang cemerlang selain bidang akademik dan ko-akademik.
Keperibadian mulia yang tinggi dapat membantu seseorang demi mengejar satu tahap
yang cemerlang dan terpuji dalam kehidupan mereka.

Teori keperibadian mulia merujuk kepada sifat peribadi mulia yang membuat
sesorang individu menjadi agen moral dan diterima dalam masyarakat setempat dan
diterima dalam masyarakat dan global.Teori keperibadian mulia menjadi agen moral
dan diterima dalam masyarakat setempat dan global. Ianya membuat sesorang individu
bertanya kepada diri sendiri “Apakah yang patut dia lakukan dan mengapaklah dia patut
bertindak demikian.Teori ini mengutamakan sifat peribadi mulia terhadap suatu
kehidupan yang bermoral.

Menurut Aristotle ,seorang ahli falsafah Greek, Teori keperibadian mulia ,


terdapat tiga keadaan yang patut wujud apabila sesorang individu boleh diterima sebagai
agen yang memiliki sikap peribadi mulia dalam perlakuanya.Yang pertama individu
tersebut tahu apa yang dilakukan , kedua individu tersebut mesti memilih perlakuan yang
dia mahu kerana perlakuan atau tindakan itu mesti timbul daripada tingkah laku yang
konsisten dan tidak berubah.

Teori Keperibadian ini diperkenalkan oleh Aristotle yang mengatakan


kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu menjadi
manusia yang sempurna. Sifat dan ciri-ciri keadilan, murah hati, kebenaran dan lain-lain
adalah termasuk dalam kategori keperibadian mulia.

Secara umumnya , Teori keperibadian mulia menyatakan sesuatu tindakan atau


perlakuan itu betul, sekiranya agen yang bersikap peribadi mulia akan melakukan perkara
yang sama dalam apa jua keadaan .Agen moral tersebut akan mempraktikan nilai mulia
yang ada pada dirinya. Nilai mulia pula ialah ciri-ciri kemanusiaan yang ada pada
manusia dan penting untuk perkembangan dan kehidupan yang baik .Kalaui di Malaysia
nilai mulia itu dipraktikan oleh individu tersebut dan diterima dalam masyarakat
Malaysia.

Terdapat manusia seperti Nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi.


Selain itu keperibadian mulia juga diperolehi oleh pemerhatian dan pergaulan.

Teori keperibadian mulia merujuk kepada sifat peribadi untuk mencapai hidup
yang baik dengan mengamalkan kesederhanaan antara dua pendirian yang ekstrem.
Misalnya, pernyataan buat baik berpada-pada . Ada keadaan dimana pekerja sosial
menjalankan aktiviti kebajikan yang begitu banyak terhadap masyarakat sehingga lali
menguruskan rumahtangga dan kehidupan sendirinya . Maka satu kelemahan dalam teori
keperibadian mulia ialah bagaimana mengenalpasti situasi yang sederhana dalam
mengamalkan sifat peribadi yang mulia.

Intipati Teori Keperibadiaan Mulia terbahagi kepada dua. Yang pertama ialah
keperibadiaan mulia intelektual dan keperibadian mulia moral. Keperibadiaan mulia
intelektual merujuk kepada kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan
memahami dan membuat taakulan yang baik. Menurut Aristotle sifat intelektual ini boleh
dipelajari daripada seseorang guru. Keperibadian mulia moral tidak wujud dalam diri
seseorang secara semulajadi iaitu manusia tidak dilahirkan dengan sifat-sifat baik dan
jahat. Aristotle menyatakan , keperibadian mulia moral mewajibkan kita bertingkah laku
baik. Sifat-sifat tidak dipelajari melalui ajaran seseorng guru tetapi menerusi latihan.

Teori Aristotle ini mendapat kritikan dari pihak yang percaya kepada Tuhan
kerana beliau menyatakan sifat keperibadian mulia ini bukan sesuatu yang dimiliki
semulajadi oleh manusia malah ia diterima melalui pemerhatian dan pergaulan rapat
dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia. Contohnya Nabi dan Rasul , memiliki
sifat keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian dan keredaan Tuhan.
Aktiviti Yang boleh Dijalankan oleh Guru Pendidikan Moral yang melibatkan murid –
murid sekolah selaras dengan Gagasan Satu Malaysia ditunjukkan dalam Rajah 2.

Lagu satu Ceramah


Program Malaysia dalam perpaduan1
perkhemahan 1 perhimpunan Malaysia
Malaysia

Aktiviti Guru Pendidkan


Moral selaras dengan
Gagasan 1 Malaysia

Lawatan ke
rumah
orang tua
Program bina
insan

Aktiviti
Permainan
Rakyat

Rajah 2
Soalan 2

Matlamat utama “Gagasan satu Malaysia” ialah melahirkan masyarakat


Malaysia yang bersatu padu, hidup harmoni dan berbudi bahasa.Sebagai seseorang Guru
Pendidikan Moral dalam melahirkan masyarakat Malaysia selaras dengan gagasan 1
Malaysia haruslah sentiasa peka dengan berubahan terkini selaras dengan matlamat
utama Gagasan satu Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan. Oleh itu Guru
Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting dalam melahirkan pelajar
mahupun masyarakat Malaysia selaras dengan gagasan 1 Malaysia.

Selaras dengan konsep 1 Malaysia yang memerlukan pemimpin yang bijak


mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Sebagai seorang Guru Pendidikan Moral
yang cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam
merancang ,mengatur strategik, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada murid atau pelajarnya di sekolah. Sebagai seorang
Guru Pendidikan Moral , guru tersebut harus memahami dan menghayati lapan nilai 1
Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan,
meritokrasi,pendidikan dan intergriti.

Guru Pendidkan Moral haruslah bersedia untuk mengukuhkan amalan tingkah


laku dan sikap moral yang telah diperoleh dibawah rancangan KBSR.Mereka perlu
menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Selain memahami bidang
pembelajaran dalam Pendidkan Moral,Guru Pendidkan Moral perlu menghidupkan kelas
dengan aktiviti yang menarik dan memberikan pengalaman langsung kepada murid.

Guru Pendidikan Moral boleh membawa murid melawat rumah orang tua yang
berdekatan dan suntikan seberapa banyak nilai kasih sayang, hormat menghormati dan
membalas budi ke dalam jiwa kanak-kanak yang masih mentah itu. Melalui pengalaman
tersebut mereka akan dewasa dengan jiwa prihatin yang kaya dengan nilai kemanusiaan.
Aktiviti seperti ini secara langsung dapat melahirkan masyarakat Malaysia selaras
dengan gagasan 1 Malaysia.
Selain daripada itu dengan sokongan dan bantuan pihak pentadbir , Guru
Pendidkan Moral boleh menganjurkan Program Bina Diri. Sekiranya sekolah mampu
memantapkan generasi belia dari segi semangat cintakan Negara, pembentukan karekter-
karekter yang positif dan keinginan yang kuat untuk berpadu tenaga bagi membangunkan
negara, nescahaya apabila remaja tamat zaman persekolahn dan mencapai usia yang lebih
dewasa, mereka mampu melihat rasional betapa pentingnya semangat setia kawan di
kalangan kepelbagaian bangsa dan agama.

Ini secara langsung dapat memenuhi hasrat Gagasan 1 Malaysia. Guru Pndidikan
Moral dalam melahirkan masyarakat Malaysia selaras demgan gagasan Malaysia harus
mengambil langkah yang berkesan dan memantapkan lagi matlamat Gagasan 1 Malaysia.
Ceramah Perpaduan 1 Malaysia yang mampu memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan peserta (pelajar). Aktiviti seperti ini dapat menyatupadukan semua kaum
sekaligus memupuk semangat perpaduan dan ia satu program selaras dengan konsep 1
Malaysia seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri kita.

Penglibatan murid tanpa mengira kaum dapat disatukan dalam kumpulan dalam
aktiviti seperti ini. Selain daripada itu sebagai seorang Guru Moral boleh menganjurkan ,
dimana program ini melibatkan murid-murid dari pelbagai kaum bangsa etnik di
Malaysia menjalani aktiviti perkhemahan yang terancang berlandaskan kepada konsep
yang menjurus kepada pembentukan satu identiti bangsa sahaja. Iaitu bangsa Malaysia.
Dalam merealisasikan slogan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri untuk melahirkan
generasi baru yang boleh bersatupadu, bekerjasama dan berkongsi keamanan,
kemakmuran serta kekayaan yang dimiliki oleh Negara.

Pengisian dan aktivitinya merangkumi kerohanian, moral, motivasi ,patriotik,


khidmat masyarakat kebudayaan, masakan pelbagai etnik boleh menyemaikan lagi
matlamat gagasan 1 Malaysia. Pendedahan dan pengalaman yang dialami oleh pelajar
melalui program ini dapat memberi impak dalam pembentukan generasi murid satu
Malaysia.
Guru Pendidikan Moral dengan anjuran persatuan dan kelab kebudayaan boleh
menganjur aktiviti permainan rakyat seperti batu seremban, ting ting, congkah, sepak
bulu dan sebagainya pada sesi Ko-Kurikulum.

Dengan penglibatan pelajar pelbagai kaum dapat mengenal dan memahami


pegangan budaya masing-masing.Di samping mengenal permainan mereka juga boleh
mengeratkan hubungan sesama mereka. Ini dapat mengurangkan jurang perbezaan dan
etnik.

Selain daripada itu, kempen masyarakat penyayang di peringkat sekolah dapat


melahirkan masyarakat penyayang dan berbudi bahasa. Bagi menjayakan program ini
setiap pelajar harus diwajibkan mengambil bahagian dalam kempen tersebut. Pelajar
dapat mencurahkan kasih saying sesama pelajar lain mahupun kakitangan sekolah. Ini
dapat merapatkan hubungan sesama masyarakat sekolah.

Aktiviti senam robik dengan berlatarkan lagu - lagu kaum di Malaysia seperti
“ Adai-adai baju kurung “, Cina dan India boleh dijalankan di sekolah. Aktiviti ini bukan
sahaja menyihatkan badan tetapi juga untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar.
Aktiviti seperti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar yang tidak mengenal lagu
kaum lain. Semangat bersatu padu, muhibbah dan harmoni dapat dikongsi bersama.

Dengan melaksanakan aktiviti - aktiviti seperti yang dinyatakan diatas matlamat


Gagasan 1 Malaysia mampu dicapai di kalangan murid-murid. Ini menyediakan ubat
yang paling mujarab kepada penyakit- penyakit sosial terutamanya yang berkaitan
dengan pergeseran sesama belia akibat perbezaan budaya , agama dan kaum.Secara
umumnya kita dapatlah melahirkan masyarakat Malaysia selaras dengan Gagasan 1
Malaysia.
Rujukan

HBME 2203 Pendidikan Moral Tahun 3

Aishah Abd. Samad & Norlia A. Bakar (1996). Pengetahuan Moral Target SPM.Petaling
Jaya:Sasbadi

Tran Vui (1999). Behaviour Teaching Education, Part 1. RECSAM

www.teachingmeth.com

www.1Malaysia.com.my

Anda mungkin juga menyukai