Anda di halaman 1dari 2

Panduan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Letter Card

Letter Card ini bertujuan untuk membantu murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran bagi mengenali setiap abjad menggunakan kaedah Tektil, iaitu melalui sentuhan.
Letter Card ini telah dibuat menggunakan 26 kad yang berbentuk segi empat sama. Kemudian
setiap kad tersebut dilapik menggunakan kertas lutsinar bagi menarik perhatian kanak-kanak.
Dikuti dengan Kacang Dhal yang telah digunakan sebagai bahan bagi membentuk abjad a
sampai abjad z diatas permukaan setiap satu kad.
Bahan Letter Card yang merupakan salah satu daripada kit pembelajaran bagi kanakkanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah bertujuan untuk membantu muridmurid tersebut untuk mengembankan lagi kemahiran membacanya dan kemahiran menulisnya.
Kad ini hanya digunakan bagi membantu murid-murid yang didapati mempunyai masalah dalam
menyebut abjad menggunakan sebutan yang betul serta tidak boleh menulisnya.

1. Sebelum memulakan aktiviti Letter Card guru meminta murid pendidikan khas tersebut
untuk menutup mata terlebih dahulu.
2. Guru memberi Letter Card tersebut kepada murid pendidikan khas yang telah diplih.

3. Guru meminta murid merasai permukaan kad tersebut satu demi satu dan meminta
murid tersebut untuk meneka abjad yang telah disentuh, dan dirasai olehnya sebentar
tadi.

4. Setelah murid meneka abjad tersebut, guru meminta anak muridnya membuka mata dan
meneliti bentuk abjad yang berada ditangannya.

5. Kemudian, memintanya sekali lagi bagi merasai permukaan setiap abjad tersebut dan
menyebut huruf tersebut dengan jelas dan sebutan yang tepat.

6. Setelah itu, guru meminta murid untuk merasai lagi permukaan kad tersebut, dan
kemudian menulisnya diatas sebuah kertas A4 putih yang kosong.

7. Akhir sekali, guru harus memastikan setiap abjad yang ditulis oleh murid tersebut,
adalah betul dan sama seperti bentuk asalnya diatas kad tersebut.

Melalui aktiviti ini, pastinya murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang telah dipilih
oleh guru tersebut dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis sedikit demi sedikit.

Anda mungkin juga menyukai