Anda di halaman 1dari 3

DRIVESHAFT

Tahukah anda DRIVESHAFT yang bermasalah boleh merosakkan komponen dalaman


GEARBOX AUTO? Bagaimana cara untuk mengesan driveshaft yang bermasalah?
Perkara yang perlu anda tahu tentang driveshaft
Driveshaft adalah komponen yang memindahkan kuasa dari gearbox pada tayar untuk berputar.
Ia dipasang pada bahagian kiri dan kanan gearbox pada setiap driveshaft ada 2 CV JOINT
iaitu inner cv joint dan outer cv joint (pada tayar). Kebiasaannya kerosakan akan berlaku pada
bearing cv joint disebabkan oleh faktor wears and tears.
Cara mengesan kerosakan pada CV JOINT
1. Ketika anda membuat U-TURN, terdengar bunyi yang mengikut pusingan tayar sama ada
kiri atau kanan tayar. Bermakna outer cv joint pada driveshaft bermasalah. Ia akan mengganggu
pemanduan tetapi tidak akan merosakkan gearboxauto.
2. Masuk gear D, tekan paddle minyak dengan lebih secara mengejut. Anda dapati steering
bergegar semasa kereta bergerak bermakna inner cv joint pada driveshaft bermasalah. Ini
akan menyebabkan gearboxauto anda dalam keadaan BERISIKO kerana gegaran pada
gearboxauto akan terhasil. Anda perlu ingat, gearbox boleh tahan pada sentapan tetapi TIDAK
pada GEGARAN
Jika anda dapati inner cv joint bermasalah, jangan dibiarkan masalah ini berlarutan hingga 2-3
bulan ia akan menyebabkan kerosakan pada komponen dalaman gearbox terutama pada
clutch plate, bearing dan seal dalaman (komponen yang sensitif). Tekanan hidraulik dalam
gearboxautojuga akan terganggu.
Simptom awalan kerosakan gearbox yang akan anda hadapi sekiranya tidak menggantikan
driveshaft yg bermasalah:
1. Pertukaran gear terganggu
2. Akan berlaku slipping semasa pertukaran gear
3. Gear D atau R lambat berfungsi
4. Gearboxauto bunyi berdengung
5. Berlaku sentapan semasa pertukaran gear
Sumber: mydebat.com
See Translation

Arie Dwen
Auto Filter TERSUMBAT Boleh Ganggu Pertukaran Gearbox Auto? BACA PENJELASANNYA..
Berapa ramai yang tahu GEARBOX AUTO mempunyai AUTO FILTER yang perlu ditukar mengikut jadual? Apa
risikonya jika tidak ditukar?
Kebiasaannya, ramai pengguna akan tukar oil filter ketika servis minyak engine... tetapi ramai yang tidak tukar
auto filter ketika servis minyak auto (ATF). Tahukah anda, boleh dikatakan 90% jenis kereta di jalanan
mempunyai gearbox yang perlu ditukar auto filter semasa servis minyak auto.
Apa Fungsi Auto Filter?
Auto filter adalah penapis pada gearbox yang berfungsi untuk menapis minyak auto dari kotoran terutamanya
habuk besi. Seperti penapis di luar sana, auto filter juga ada tahap keupayaannya... ia hanya boleh menapis
sebanyak 33% kotoran pada minyak auto.
Kenapa Auto Filter Perlu Ditukar?
Kebanyakan pengguna akan tukar minyak auto antara 20,000km ke 30,000km atau dalam tempoh 1 tahun (yang
mana sampai dulu). Jadi, auto filter juga perlu ditukar setiap kali anda servis minyak auto. Jika auto filter tidak
ditukar mengikut jadual, ia akan mengundang kepada masalah filter TERSUMBAT. Tekanan hidraulik dalam
gearbox akan terganggu dan terdedah pada masalah pertukaran gear yang tidak lancar.
Tanda Bagi Masalah Auto Filter Tersumbat
Sekiranya auto filter tersumbat, anda akan dengar bunyi BERDESING pada gearbox ketika gear di posisi N... dan
bunyi tersebut akan berterusan ketika anda memandu. Sekiranya anda hadapi situasi ini, kami sarankan anda ke
workshop untuk tukar auto filter dengan segera. Kerana gearbox anda dalam keadaan BERISIKO.
Tindakan Selepas Ganti Auto Filter
Akibat dari masalah auto filter tersumbat, gearbox telah terdedah kepada masalah gangguan tekanan hidraulik...
untuk atasi masalah ini di peringkat awal, anda perlu campurkan GEARBOX TREATMENT dari JV Auto Lube

bersama minyak auto selepas ganti auto filter yang baru. Bertujuan untuk pulihkan seal dalaman dan
memanjangkan jangka hayat gearbox anda... insyaAllah masalah dapat dirawat diperingkat awal.
Sumber: mydebat.comSee Translation

Anda mungkin juga menyukai