KERTAS CADANGAN
PROGRAM RAJIN MEMBACA PRASEKOLAH
2016
ANJURAN
PRASEKOLAH SK PETALING 2
DENGAN KERJASAMA
GURU PELATIH
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
: Isnin Jumaat
Masa
: ( 8.00 pagi 8.10 pagi ) dan ( 11.50 pagi 12.00 tengah hari )
KERTAS CADANGAN
PROGRAM RAJIN MEMBACA PRASEKOLAH
1.0 Pengenalan
Program membaca merupakan satu program yang sering dijalankan dimana-mana sekolah
rendah dan dikendalikan oleh pihak unit perpustakaan sekolah. Namun, Program Rajin
Membaca ini dijalankan dibawah kelolaan prasekolah SK. Petaling 2 dengan kerjasama guru
pelatih prasekolah daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Program ini dijalankan adalah bertujuan bagi membantu murid prasekolah untuk
meningkatkan lagi kemahiran membaca disamping itu dapat memupuk semangat suka
membaca dalam diri murid prasekolah. Melalui program ini juga, murid yang belum menguasai
kemahiran membaca akan dapat dibimbing sepenuhnya oleh guru ataupun rakan mereka. Hal
ini demikian kerana, melalui aktiviti ini murid akan dapat bersama-sama membaca kad bacaan
yang disediakan oleh guru dan guru dapat membimbing murid-murid sepenuhnya. Melalui
program ini, diharapkan agar dapat melahirkan murid yang cintanya pada ilmu dan mempunyai
minat yang tinggi terhadap aktiviti membaca. Di samping itu dapat membantu meningkatkan
lagi kemahiran membaca dalam kalangan murid prasekolah.
2.0 Rasional
Program ini diwujudkan bagi membantu meningkatkan lagi kemahiran membaca dalam
kalangan murid prasekolah. Ianya juga adalah untuk melahirkan murid prasekolah yang
mempunyai nilai sukakan membaca dan cintakan ilmu.
3.0 Objektif
Objektif keseluruhan program ini adalah untuk :
1. Membantu murid yang masih pada peringkat membatangkan suku kata kepada
peringkat membaca suku kata dan membaca perkataan.
2. Memupuk nilai suka membaca dalam diri murid prasekolah.
3. Membina semangat kerajinan untuk membaca buku.
4. Membina hubungan yang baik sesama murid prasekolah semasa menjalankan aktiviti
membaca seperti saling membantu antara satu sama lain.
: Isnin Jumaat
Masa
5.0 Penyertaan
5.1 Program ini disertai oleh semua murid Prasekolah Selasih yang terdiri daripada 25 orang
murid. ( Rujuk Lampiran 1 : Senarai nama murid yang terlibat)
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat
Pengerusi
Naib Pengerusi I
Naib Pengerusi II
Pengelola Program
Setiausaha
Bendahari
JAWATANKUASA KERJA
JK Peralatan dan bahan bacaan : Cik Jumaima binti Seharing
Cik Junifa Duminik
Mentor
MASA
PERKARA
Rutin Pagi
Sumber Pendapatan
PERKARA
BILANGAN
JUMLAH
Rm 91.80
Rm 91.80
Perbelanjaan
PERKARA
BILANGAN
JUMLAH
Kertas A4
1 Rim
Rm 11.90
Laminating Pouch
1 Kotak
Rm 39.90
1 Set
Rm 40.00
JUMLAH KESELURUHAN
Rm 91.80
9.0
PENUTUP
Selaku pengelola program amat berharap agar program ini dapat dijalankan dengan
jayanya. Melalui program rajin membaca ini juga diharapkan agar dapat menyuntik semangat
murid prasekolah untuk memajukan diri pada masa akan datang. Sesungguhnya, program ini
akan membantu murid prasekolah dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam diri
mereka, dan merupakan salah satu langkah bagi menyiapkan diri murid menjadi lebih bersedia
untuk memasuki tahun satu.
Disediakan oleh :
Disemak oleh :
Diluluskan oleh :