Anda di halaman 1dari 32

DRA

Saya Mahu
Belon
Asas Tabiat A+

FT

Fazrul Ismail

Published by FastPencil

DRA
Copyright 2012 Fazrul Ismail
Published by FastPencil
3131 Bascom Ave.
Suite 150
Campbell CA 95008 USA
info@fastpencil.com
(408) 540-7571
(408) 540-7572 (Fax)
http://www.fastpencil.com

No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted, in any form, or
by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without the prior consent of
the publisher.
The Publisher makes no representations or warranties with respect to the accuracy or completeness of the
contents of this book and specifically disclaim any implied warranties of merchantability or fitness for a
particular purpose. Neither the publisher nor author shall be liable for any loss of profit or any commercial
damages.
Printed in the United States of America.
First Edition

FT

DRA

Terima kasih kepada emak di Bidor dan isteri yang sentiasa setia
mendidik 4 cahaya mata. Buku ini dibina hasil pelajaran dari
emak selama ini.

FT
iii

DRA

FT

DRA

Acknowledgments

Terima kasih buat Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Tuan


Qayyum Halele dan Cik Saadiah Ali serta ahli pasukan
Total Success Training & Consultancy serta Akademi
Sinergi.

FT
v

DRA

FT

DRA
Contents
Chapter 1

Chapter 2

Chapter 3

Chapter 4

Chapter 5

Chapter 6

Chapter 7

Mengapa A+ ......................................... 1
Saya Mahu Belon ................................... 5
Kategori E ............................................ 7
Kategori D ......................................... 11
Kategori C ......................................... 13
Kategori B ......................................... 15
Kategori A ......................................... 17

Kategori A+ ........................................ 19
Chapter 9
Kemahiran untuk A+ ............................ 21
Chapter 10 Kesimpulan ........................................ 23

Chapter 8

FT

DRA

FT

DRA
1

Mengapa A+

Formula A+

FT

Saya suka formula dalam memahami kehidupan. Saya


suka model sesuatu amalan kerana ia mengatur hidup saya
dengan lebih sistemik dan bukan hanya terasing dari satu
komponen kepada komponen yang lain.
Dalam kajian Tabiat A+ ini, saya ada menyertakan
Tabiat Kategori A,B,C,D dan E. Ada beza antara kategorikategori ini.
Ramai ingin jadi baik
Antara sebab utama untuk meletakkan kajian A+ ialah
ramai yang ingin jadi baik, tetapi tidak tahu teknik ke arah
itu.
Sebagai contoh, ada orang memberi nasihat: Bersabarlah atas segala ujian.
Apa yang perlu dibuat untuk sabar? Kalau sabar dengan
menyindir orang lain, adakah ia dikira sabar? Atau sabar

Saya Mahu Belon

DRA

FT

selepas pasu dipecahkan, masih dikira sabar? Atau tidak


buat apa-apa itu sabar?
Dengan kajian dan formula ini, ia akan memudahkan
sesiapa sahaja mengisi tempat kosong. Tidak semestinya
semua perkara itu perlu jawapan daripada penceramah
atau motivator.
Tabiat A+ seperti joran
Kalau asyik diberi jawapan, ia laksana memberi ikan.
Habis ikan, dicari lagi dari sumber penceramah atau pakar
motivasi.
Namun dengan formula A+, joran diberi. Sesiapa sahaja
boleh mengisi rangka ini. Masing-masing boleh bermuhasabah sendiri.
Ia pasti seronok.
Tabiat A+ untuk siapa?
Ada ramai individu yang boleh mengambil iktibar dan
menjadikan panduan ini sebagai joran dalam kehidupan
harian. Akhirnya akan lahir
Pendidik A+
Pemimpin A+
Coach A+
Suami A+
Suami A+
Isteri A+
Isteri A+
Ayah A+
Ibu A+
Pekerja A+
Doktor A+
Engineer A+

DRA

Mengapa A+

Ketua Kampung A+
Malah 1001 tugas yang memerlukan tabiat yang baik
dalam kehidupan seharian bagi membawa kejayaan.
Potensi PIES untuk menjadi A+
Untuk menjadi manusia yang menduduki tangga A+,
potensi perlu diserlahkan dengan baik dan tepat. Ada 4
potensi dalam diri manusia:
P : merujuk kepada fizikal badan, duit dan alam sekitar
I : merujuk kepada ilmu dan kemahiran
E : merujuk kepada emosi personal, famili, sosial dan
rakan sekerja
S : merujuk kepada amalan personal serta hala tuju
dalam kehidupan yang dimantapkan dengan pemberian dan perkongsian harta fizikal, intelek atau emosi.

FT

Kisah Saya Mahu Belon


Kisah ringkas selepas ini adalah peristiwa ringkas
seorang anak, ayah dan ibu bagi memberi gambaran tentang bagaimana ciri seorang individu yang bertabiat A+
memberi respon kepada si anak kecil. Selepas dinyatakan
kisah ringkas ini, anda akan disajikan penerangan ringkas
bagi setiap kategori yang dinyatakan.
Kisah Saya Mahu Belon adalah analogi dalam kehidupan seharian apabila kita berhadapan banyak gelagat
dan tingkah anak kecil. Kemampuan untuk memberi
respon yang baik akan menjadikan diri kita mampu
meraih status A+ di dunia mahupun akhirat.

DRA

FT

DRA
2

Saya Mahu Belon

Si anak berjalan comel bersama si ayah. Si ibu ada


di sisinya.

FT

Apabila mereka melintas pada satu kedai, si anak terperasan. Ada sesuatu yang menarik perhatian. Amat
menarik perhatian.
Dicuit ayahnya. Ditahan ibunya.
Ayah, belon sambil menunjuk tangan kecilnya
kepada belon Upin Ipin serta Ultraman yang bergantungan.
Si ayah tidak menghiraukan. Si ibu juga terus berjalan.
Ayah, nak belon makin tinggi nada suara si anak
untuk menarik perhatian si ayah. Ayah seperti tidak mendengar. Si ibu berpaling sambil geleng kepala kepada si
anak.

Saya Mahu Belon

DRA

Ayah, nak belon!!!!! lantas si anak menangis dan


berguling-guling atas lantai supermarket. Kali ini si ayah
sedar. Berhenti.
Si ibu juga berhenti.
Si ayah kini hadir dengan pelbagai pilihan untuk menguruskan si anak yang sudah berguling-guling.
Banyak mata tertumpu kepada 3 orang ini. Si ayah dan
si ibu berpandangan.
Bagaimana respon si ayah?

FT

DRA
3

Kategori E

Ayah E: Nanti kamu! (lantas dipukul si anak kecil


yang tidak mengerti apa)
*************************************
Tagline Ayah E: Pukul
Ciri Ayah E ialah
P negatif
I negatif
E negatif
S negatif

FT

P negatif
Apabila unsur fizikal digunakan bukan pada tempatnya,
ia dianggap negatif. Sebagai contoh, tangan digunakan
untuk mengangkat sesuatu barang, membuat kerja atau
membantu si anak. Apabila tangan itu digunakan untuk

Saya Mahu Belon

DRA

memukul tanpa ada asas, ia dikira negatif. Sebagai contoh,


P negatif pada anggota badan:

Guna tangan untuk hentak meja


Guna kaki untuk menyepak orang lain
Guna gigi untuk gigit anak orang
Guna mata untuk kenyit pada orang lain bagi meremehkan rakan lain
Keluar dari sesuatu kawasan atau bilik mesyuarat
P negatif pada kewangan dan alam sekitar:

Dibakar sesuatu perkara


Dirosakkan harta awam
Dirosakkan ozon
Dicuri kertas dari pejabat

I negatif
I negatif berlaku melibatkan ilmu:

Tiada ilmu pada sesuatu tugas atau jawatan


Tidak pasti penyelesaian pada sesuatu masalah

FT

I negatif juga berlaku melibatkan kemahiran dan kerjaya:

Ilmu yang ada tidak mampu menjadi kemahiran untuk


dilaksanakan
E negatif
E negatif berlaku melibatkan emosi personal:
Sering rasa tidak yakin
Sering mementingkan diri sendiri
Estim diri rendah

DRA

Kategori E

E negatif juga berlaku melibatkan famili, sosial dan


rakan sekerja:
Tidak menjaga hati famili, ahli organisasi atau rakan
sekerja
Tidak pandai bergaul dengan mereka
S negatif
S negatif berlaku melibatkan amalan personal dan
tujuan hidup:

Tidak jelas tujuan hidup


Tidak pasti apakah kepentingan ibadat dengan
kejayaan hidup
S negatif juga berlaku ketika kita memberi sesuatu
kepada orang lain:
Ketika ingin memberi sesuatu, ingin mendapat
pulangan kembali dari manusia
Mengutamakan makhluk lain berbanding keutamaan
kepada Pencipta.

FT

DRA

FT

DRA
4

Kategori D

Ayah D: Kamu tak faham-faham ke. Abah kata


jangan beli! (dimarah si anak)
*************************************
Tagline Ayah E: Marah
Ciri Ayah E ialah

P positif
I negatif
E negatif
S negatif

FT

P positif
Ciri P positif ialah si ayah tidak menggunakan jasad
fizikal atau merosakkan harta serta alam sekitar. Namun
dalam masa yang sama, diri masih tiada solusi secara jelas.
Tiada ilmu yang boleh menyelesaikan isu yang berlaku
malah kekadang masalah menjadi lebih teruk (I negatif).

11

Saya Mahu Belon

DRA

12

Dalam masa yang sama, si ayah tidak menjaga hati si


anak. Dimarah sahaja di hadapan orang ramai (E negatif).
Ketika marah tahap ini, si ayah tidak berniat kerana membina pahala atau ganjaran baik. Nilai spiritual pada waktu
ini agak rendah. (S negatif)

FT

DRA
5

Kategori C

Ayah C: Kamu ingat ayah nie cop duit? Asyik


belon, belon, belon Kalau nak sangat, makan
belon je tengahari, siang, malam
*************************************
Tagline Ayah E: Sindir
Ciri Ayah E ialah

FT

P positif
I positif
E negatif
S negatif

Dalam senario di atas, si ayah tidak memukul atau


menggunakan jasad fizikal untuk memberi maklumbalas
pada si anak. Beliau ada ilmu yang cukup tetapi digunakan
untuk menyakitkan hati si anak - sindir.

13

Saya Mahu Belon

DRA

14

Utamakan produktiviti Ciri kategoi C ini ialah mengutamakan produktiviti dan kebenaran berbanding elemen
kemanusiaan dan kesabaran. Perkataan yang selalu timbul
dalam diri C ialah: hasil, hasil dan hasil. Mereka suka sebut
pasal kuantiti dan KPI. Bab kualiti kurang diberi perhatian.

FT

DRA
6

Kategori B

Ayah B: Baiklah, ayah belikan.

*************************************
Tagline Ayah B: Jaga hati
Ciri Ayah B ialah

P positif
I negatif
E positif
S negatif

FT

Individu dengan Tabiat B ingin jaga hati. Beliau amat


bijak menarik perhatian. Orang lain rasa dihargai dengan
tabiat B ini biarpun beliau tidak semestinya mempunyai
penyelesaian kepada masalah yang ada. Apa-apa sahaja
yang dikehendaki oleh orang lain, diturutinya. Kesan sampingan individu kategori ini ialah mudah tertekan kerana
beliau amat sensitif dengan orang lain berbanding apa
yang sepatutnya dilaksanakan.
15

Saya Mahu Belon

DRA

16

Kurang produktif Apabila ada individu kategori ini,


beliau kurang produktif. Kalau suka sesuatu, dibuatnya
sampai boleh mengabaikan tanggungjawab lain. Menjaga
hati semua orang amat sukar kerana manusia berbeza-beza
harapan. Individu B ingin menjaga hati semua orang kalau dibenarkan.

FT

DRA
7

Kategori A

Ayah A: (dibawa anaknya ke tepi lantas berujar)


Adam nak belon kecil atau belon besar? Kalau
nak yang besar, kita tunggu minggu depan. Jika
Adam solat dan berakhlak mulia, abah belikan?

FT

*************************************
Tagline Ayah A: Latih/ Train
Ciri Ayah A ialah
P positif
I positif
E positif
S negatif

Belia menyelesaikan masalah dan dalam masa yang


sama, beliau akan menjaga hati orang lain sebaik mungkin.
Pada setiap perkara, yang penting ialah selesai masalah,
bukannya menambah lagi masalah. Individu A ialah indi-

17

Saya Mahu Belon

DRA

18

vidu yang diharapkan di mana-mana sahaja. Kategori A


kurang nilai spiritual yang sebenar. Kesan sampingan
kepada individu kategori ini: beliau tidak cukup kuat bertahan atas kebaikan intelek dan emosinya kerana beliau
hanya bergantung kepada kekuatan dirinya sahaja. Apabila
cabaran makin kuat, ia mungkin terpukul oleh badai yang
melanda.

FT

DRA
8

Kategori A+

FT

Ayah A+: (dibawa anaknya ke tepi lantas berujar) Adam nak belon kecil atau belon besar?
Kalau nak yang besar, kita tunggu minggu depan.
Jika Adam solat dan berakhlak mulia, abah
belikan? (Si ayah mendoakan si anak agar berjaya. Dalam diri si ayah, beliau nampak si anak
boleh menjadi orang yang hebat serta berani bersuara untuk menyatakan kebenaran pada masa
akan datang. Beliau amat berharap sedemikian
agar si anak ini dapat bermandiri pada masa akan
datang serta tidak bergantung kepada beliau
sahaja.)
*************************************
Tagline Ayah A+: Coach

19

Saya Mahu Belon

DRA

20

Ciri Ayah A+ ialah

P positif
I positif
E positif
S positif

Ayah A+ mempunyai kesemua 4 elemen ini pada tahap


positif. Inilah yang diperlukan oleh setiap keluarga. Ia
adalah satu proses, bukan sekadar satu hasil. Selagi hayat
dikandung badan, usaha untuk menjadi individu A+ ini
perlu diletakkan sebagai proses dan tujuan.
Enjoy the process
Individu A+ suka dan gembira bukan hanya pada keputusan, tetapi beliau gembira dengan proses yang dilakukan. Ada beberapa kemahiran yang diperlukan bagi
setiap elemen dalam potensi manuai agar kekal positif.
Usaha menuju Maha Pencipta itu makan masa. Namun
itu tidak menafikan hak untuk kita bergembira dan
seronok melaksanakan semua tanggugjawab tersebut.

FT

DRA
9

Kemahiran untuk A+

Untuk menjadi seorang individu A+, ada


beberapa kemahiran yang diperlukan. Berikut
ialah kemahiran asas yang diperlukan:
P

FT

Pengurusan diri
Pengurusan wang
Pengurusan alam sekitar

Kemahiran Ulul Albab


Pemikiran Sistemik
E

Stamina Emosi
Tabiat A+ : CASIC
S

21

Saya Mahu Belon

DRA

22

Membina Legasi

FT

DRA
10

Kesimpulan

FT

Usaha untuk meningkatkan kualiti modal insan


perlu disusun dengan formula dan model yang
baik. Tanpa formula dan model yang baik,
masing-masing akan membawa hala tuju yang
tidak pasti akan sampai atau tidak kepada destinasi.
Buku ringkas Saya Mahu Belon ini ingin membantu
dalam kerangka model bagi melonjakkan kualiti dan kuantiti kerja yang dilaksanakan samada di rumah, tempat kerja
atau sosial.
Tabiat A+ ini pasti akan membuahkan hasil yang
lumayan.

23

DRA

FT

Anda mungkin juga menyukai