Anda di halaman 1dari 16

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah S.W.T yang memudahkan
urusan kami sepanjang menyediakan majalah AlFityan ini. Selawat dan salam atas junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W dan keatas keluarga serta
para sahabat r.a.
Kewujudan majalah ini diharapkan dapat menjadi
salah satu landasan kreatif dalam menyebarkan
maklumat yang berguna khususnya berhubung
dengan akhlak pelajar islam selari dengan peranan
BADAR dalam mempelbagaikan uslub dakwah
islamiah.
Kami berharap agar maklumat yang dipaparkan
dalam majalah ini sedikit sebanyak dapat menjadi
panduan dan maklumat terkini kepada pelajar di SMK
Agama Kedah sebagai pelajar muslim yang taat
kepada perintahNya.
Akhir sekali, kami menyusun sepuluh jari memohon
maaf diatas kekhilafan dan kekurangan kami dalam
menjayakan majalah ini.

Semoga tidak jemu dalam membaca majalah ini dan


jangan lupa sebarkan kebaikan yang terdapat
didalamnya.
sekian terima kasih

Apakah itu IKHTILAT?


Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan,
menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni
mencampurkannya.

Istilah Syariat
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini
ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu
perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada
dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.
Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan
mereka bertemu antara satu sama lain,
berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa.

Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama


dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa
ada perbezaan?
Jawapannya ialah; Tidak , secara pastinya tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa
pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan

pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya


pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi
pergaulan lelaki dengan wanita asalnya
adalah HARAM.

Sejak mutakhir ini ramai remaja yang sudah lupa


tentang apa itu yang dimaksudkan dengan ikhtilat.
Ikhtilat ini bagai satu cabaran yang besar bagi semua
umur tetapi dalam konteks sekolah,golongan
remajalah yang akan menghadapi cabaran ini.
Remaja disekolah sudah semestinya terikat dengan
hubungan cinta atau dikenali dengan perkataan
couple.
Hubungan couple ini telah menular didalam kalangan
pelajar sekolah, tidak kiralah dari sekolah harian
biasa mahupun sekolah agama.
Disebabkan hubungan seperti inilah ramai pelajar
atau anak-anak muda sudah tidak tahu menjaga
ikhtilat. Tidak tahu menjaga ikhtilat ini seperti duduk
berdua-duaan ditempat yang sunyi dan kesan
daripada tingkah laku seperti ini boleh menaikkan
keghairahan nafsu. Apabila nafsu sudah menguasai
diri, maka meraka tidak akan berfikir panjang akan
implikasi tingkah laku seperti ini keatas mereka.
Sepertimana yang kita sudah bahawasanya Allah
S.W.T sudah berfirman didalam alquran dan jangan
kamu mendekati zina surah Al-Israa 17:32.
Berdasarkan ayat ini, kita sudah faham bahawa zina
itu boleh membawa kepada dosa dan mesti ada
kesan keatas diri kita.

Adab-Adab Bersama Rakan-Rakan


Persahabatan bersama rakan-rakan itu termasuk
dalam harta yang tak ternilai. Harta itu boleh habis
akibat daripada apa yang kita belanjakan tetapi
hubungan bersama rakan itu tetap akan ada.
Rakan-rakan disekolah bagai adik-beradik kita.
Merekalah yang selalu bermain, bergurau senda, dan
macam-macam lagi bersama kita disekolah. Rakanrakan juga tempat kita meluahkan perasaan sedih,
gembira adakalanya.
Tetapi apa yang saya dapat lihat di kebanyakan
sekolah mesti akan ada segelintir pelajar yang suka
mengata akan pekataan yang buruk seperti mencaci,
memaki atau mengumpat kepada rakannya sendiri.
Seharusnya kita patut rasa bersyukur kerana adanya
rakan disekolah kita boleh berkawan bukan kata akan
perkataan yang buruknya. Ya, mungkin dia
melakukan tingkah yang tidak berapa menyenangkan
kita tetapi boleh saja kita menegurnya dengan
teguran yang sopan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud ajaklah (wahai


Muhammad) mereka kearah jalan tuhanmu dengan
hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah
dengan mereka dengan cara yang paling baik surah
An-Nahl ayat 125.
Berdasarkan ayat al-quran diatas kita tahu
bahawasanya kita perlulah menegur kawan kita
dengan hikmah yakni dengan cara yang elok. Bukan
dengan cara yang kurang senang.
Sesungguhnya rakan-rakan kita disekolah sangatlah
berguna kepada kita.

Kisah Sofwan dan Uwais


Bermulalah satu cerita dimana terdapat dua orang
rakan yang sudah lama bersahabat baik dari kecil
hinggalah besar. Mereka berdua selalu bersamasama. Kemana sahaja Sofwan berada mesti Uwais
akan ada sekali. Mereka bagai isi dan kuku yang
saling rapat dan tidak pernah berenggang.Walaupun
demikian,karekter antara kedua-dua mereka bukanlah
seperti Rasulullah dengan Abu Bakar.Sofwan ini
orangnya cepat marah dan nakal.Manakala Uweis ini
pula orangnya seperti sedap mata memandang
kerana sifatnya yang baik hati dan berpegang teguh
pada agama.

Anda mungkin juga menyukai