Anda di halaman 1dari 1

Pembangunan tidak dirancang

Pembangunan yang tidak dirancang akan memberi kesan kepada ruang udara
dan memberi kesan buruk kepada kualiti alam sekitar. Seperti pembinaan
bangunan-bangunan yang melibatkan jentera-jentera berat,bahan-bahan binaan
serta debu-debu kering.Secara tidak langsung jentera yang digunakan akan
mengeluarkan asap yang banyak,selain itu bahan-bahan-bahan binaan seperti
simen,pasir dan sebagainya yang ringan akan naik ke ruang udara,maka
pencemaran udara akan berlaku.
http://perlukekesah.com/2010/08/kenal-pasti-punca-punca-pencemaran-alam.html
Pelepasan asap kenderaan juga banyak menyumbang kepada pencemaran udara
ini. Pertambahan kenderaan yang bergerak di jalan raya telah menyebabkan asap
yang dilepaskan ke udara melalui ekzos kereta juga turut bertambah . Sekiranya
kenderaan yang digunakan tidak diselenggara dengan baik, kenderaan tersebut
akan mengeluarkan asap yang berlebihan . Justeru, asap yang mengandungi gasgas beracun seperti karbon monoksida telah mencemarkan kebersihan udara
keseluruhannya.
Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah pembakaran secara
terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi.
Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu
seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik
kilang kerana telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat
pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Natijahnya,
pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan
mengakibatkan jerebu.
http://fasilitatorbahasa. com/2011/03/contoh-karangan-lengkap-punca-punca.html

Anda mungkin juga menyukai