Anda di halaman 1dari 4

Nur Atiqah Ilyani Binti Aznan

Jurnal Minggu Keempat belas


Tarikh : 25 April 29 April 2016
Tajuk : Minggu akhir praktikum

Isu/ masalah/ peristiwa


Setelah hampir tiga bulan berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah,
Kepala Batas akhirnya waktu tamat praktikum telah tiba. Banyak pengalaman telah
berjaya dilalui sepanjang berpraktikum di sekolah ini. Suasana sekolah yang sangat
ceria dengan hubungan guru yang sangat baik telah menerbitkan perasaan sayang
terhadap sekolah ini. Oleh sebab minggu ini merupakan minggu akhir praktikum,
banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum tiba hari terakhir. Tidak cukup dengan
kekangan waktu untuk mengejar sukatan pelajaran, saya juga perlu melengkapkan
borang-borang yang telah disediakan oleh pihak institut.

Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa


Jika ditanya tentang perasaan saya pada minggu akhir ini, saya telah mula
berasa sedih untuk meninggalkan hari-hari bergelar guru di sekolah ini. Kekangan
waktu untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang telah diberikan pula melatih saya
sebagai guru sebenar. Saya perlu bijak membahagikan waktu pengajaran dan
melaksanakan aktiviti yang sesuai untuk memastikan murid-murid dapat menguasai
kemahiran yang ingin diajar.

Analisis isu/ masalah/ peristiwa

Punca/ sebab

Sepanjang minggu akhir praktikum, pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak
sekolah kepada murid-murid dan terdapat cuti peristiwa sempena Kejohanan Olahraga
Sekolah. Keadaan ini juga telah menjejaskan waktu pengajaran dan pembelajaran.

Nur Atiqah Ilyani Binti Aznan


Lantaran itu, saya perlu memastikan peruntukan masa yang ada adalah cukup untuk
menyelesaikan tugasan yang tertangguh. Saya juga perlu melaksanakan kajian
tindakan saya terhadap kumpulan sasaran yang telah dipilih. Selain itu, saya juga perlu
menyelesaikan kerja-kerja untuk membantu sekolah seperti melatih murid untuk
pertandingan pidato. Keadaan ini menyebabkan kekangan waktu semakin terasa
kepada saya dan rakan praktikum yang lain.

Kekuatan/ kelemahan

Minggu terakhir di sekolah merupakan satu minggu yang ingin dielakkan oleh guru
pelatih di sekolah. Hubungan yang telah dibina antara warga sekolah telah mewujudkan
keakraban antara kami. Secara tidak langsung, ini menunjukkan suasana dan kesan
positif hasil daripada latihan praktikum ini.

Cadangan idea untuk menyelesaikan isu


1. Bagi mengatasi masalah untuk menghabiskan topik pengajaran, saya perlu
mengambil inisiatif untuk melakukan pendekatan pengajaran berpusatkan guru
dan bahan. Di samping pengajaran guru, penggunaan bahan seperti lembaran
kerja juga perlu digunakan untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai
sesuatu topik pengajaran.
2. Bagi menyelesaikan masalah berkaitan kerja-kerja khas di sekolah, saya perlu
merancang masa dengan baik agar kerja-kerja yang telah dibuat pada separuh
jalan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
3. Pelan tindakan yang lebih baik juga perlu dilakukan agar saya tidak tercicir
sebarang dokumen yang perlu ditandatangani oleh pihak pentadbir.

Tempoh Masa
Bagi menyelesaikan isu ini, saya perlu bertindak segera untuk mengelakkan
semua tugas tertangguh tidak dapat dijalankan.

Nur Atiqah Ilyani Binti Aznan


Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan
Dalam proses melaksanakan langkah-langkah yang dicadangkan, saya perlu
sentiasa mengambil tindakan segera agar tidak ketinggalan memandangkan minggu ini
merupakan minggu terakhir di sekolah ini. Bantuan daripada rakan-rakan praktikum
yang lain juga diperlukan bagi memastikan semua aktiviti yang perlu disiapkan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

Tindakan Susulan
Sebagai tindakan susulan, saya perlu sentiasa mengingatkan diri agar sentiasa
membuat persediaan sebagai back up jika berlakunya situasi yang tidak diingini. Saya
juga perlu mengurus masa dengan baik supaya semua kerja-kerja dapat disiapkan
pada masanya.

Kesimpulan
Secara keseluruhan, cadangan yang telah dikemukakan telah dilaksanakan
dengan baik dan telah mendapat respon yang positif daripada pensyarah.
Memandangkan minggu ini merupakan minggu terakhir praktikum, saya telah berusaha
sedaya upaya untuk memastikan peluang keemasan di sekolah ini digunakan
sebaiknya.

Nur Atiqah Ilyani Binti Aznan


Disediakan oleh :
Pelajar :

_______________________
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh :

Guru Pembimbing:

_________________________

Pensyarah pembimbing:

__________________________

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai

  • Surat Makluman Tuisyen
    Surat Makluman Tuisyen
    Dokumen1 halaman
    Surat Makluman Tuisyen
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • RPH Tahun 2
    RPH Tahun 2
    Dokumen3 halaman
    RPH Tahun 2
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • Contoh RPH
    Contoh RPH
    Dokumen3 halaman
    Contoh RPH
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • Peta Minda
    Peta Minda
    Dokumen1 halaman
    Peta Minda
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • RPH 2.10
    RPH 2.10
    Dokumen2 halaman
    RPH 2.10
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • RPH Tahun 2
    RPH Tahun 2
    Dokumen3 halaman
    RPH Tahun 2
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • Perhimpunan
    Perhimpunan
    Dokumen1 halaman
    Perhimpunan
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • Algebra
    Algebra
    Dokumen21 halaman
    Algebra
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • Contoh RPH Tahun 2
    Contoh RPH Tahun 2
    Dokumen3 halaman
    Contoh RPH Tahun 2
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • Perhimpunan
    Perhimpunan
    Dokumen1 halaman
    Perhimpunan
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • PPB GURU
    PPB GURU
    Dokumen2 halaman
    PPB GURU
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    100% (1)
  • Pnghargaan
    Pnghargaan
    Dokumen1 halaman
    Pnghargaan
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • RPH 12.7
    RPH 12.7
    Dokumen2 halaman
    RPH 12.7
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • Belajar Abjad Melalui Internet
    Belajar Abjad Melalui Internet
    Dokumen28 halaman
    Belajar Abjad Melalui Internet
    tinta musafir
    Belum ada peringkat
  • RPH 18.9
    RPH 18.9
    Dokumen2 halaman
    RPH 18.9
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • RPH Lari Bergantiganti
    RPH Lari Bergantiganti
    Dokumen3 halaman
    RPH Lari Bergantiganti
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • RPH 26.9
    RPH 26.9
    Dokumen3 halaman
    RPH 26.9
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • Senarai Konstruk Literasi Linus
    Senarai Konstruk Literasi Linus
    Dokumen2 halaman
    Senarai Konstruk Literasi Linus
    Nordina Razali
    Belum ada peringkat
  • Jurnal m1
    Jurnal m1
    Dokumen4 halaman
    Jurnal m1
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • RPH Tahun 2
    RPH Tahun 2
    Dokumen1 halaman
    RPH Tahun 2
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • Catatan Refleksi Minggu Kedua
    Catatan Refleksi Minggu Kedua
    Dokumen2 halaman
    Catatan Refleksi Minggu Kedua
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • Contoh RPH
    Contoh RPH
    Dokumen2 halaman
    Contoh RPH
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • Divider Kertas Kerja
    Divider Kertas Kerja
    Dokumen4 halaman
    Divider Kertas Kerja
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • Jurnal m7 (X Siap LMBRN)
    Jurnal m7 (X Siap LMBRN)
    Dokumen5 halaman
    Jurnal m7 (X Siap LMBRN)
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • RPM m6
    RPM m6
    Dokumen2 halaman
    RPM m6
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • ATURCARA PROGRAM Sabah
    ATURCARA PROGRAM Sabah
    Dokumen2 halaman
    ATURCARA PROGRAM Sabah
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • RPM m2
    RPM m2
    Dokumen2 halaman
    RPM m2
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • ATURCARA PROGRAM Sabah
    ATURCARA PROGRAM Sabah
    Dokumen2 halaman
    ATURCARA PROGRAM Sabah
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat
  • RPM m2
    RPM m2
    Dokumen2 halaman
    RPM m2
    Nur Atiqah Ilyani Aznan
    Belum ada peringkat