Anda di halaman 1dari 1

Refleksi

Nama : Noor Afiqah binti Idris

Pada semester ini, saya ditugaskan untuk melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek WAJ 3121 berdasarkan rancangan sesi latihan lengkap untuk
kemahiran lontar peluru. Saya telah melaksanakan tugasan ini bersama 2 orang leepanjang
saya melaksanakan tugasan ini, saya telah mengenal pasti beberapa kekuatan dan kelemahan
yang boleh diperbaiki.
Dari aspek kekuatan, saya melihat dari segi kefahaman saya terhadap tugasan yang
diberikan. Saya mudah memahami tajuk tugasan. Hal ini kerana saya

menggunakan

pengalaman sewaktu belajar tentang lontar peluru semasa di sekolah menengah. Namun saya
tidak pernah mengetahui akan nama khusus bagi setiap kemahiran balingan seperti Parry
oBrien.
Selain itu, saya mudah menyampaikan tentang gaya lontaran semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar mudah memahami akan teknik lontaran yang diajar dan sekaligus
langkah yang ditunjukkan mudah difahami dan dilakukan. Acara lontar peluru ini amat mudah
dilakukan oleh para pelajar. Saya juga berjaya menerangkan tentang kawasan lontaran dan
juga peluru sebenar bagi sesuatu acara.
Dari segi kelemahan, saya mengenal pasti bahawa dari aspek penyampaian saya perlu
lebih yakin dan semangat agar sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan efektif. Di
samping itu, sewaktu latihan menggunakan peluru saya perlu mengawal kelas dengan lebih
baik bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini. Kedudukan pelajar perlulah dalam
posisi yang selamat dan tidak berbahaya kerana kecederaan akan berlaku sekiranya terkena
peluru.
Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati tentang sesi pengajaran dan pembelajaran
saya

kerana

saya

dapat

menguji

pemahaman

saya

tentang

tajuk

lontar

mengaplikasikannya dan membantu saya dalam latihan mengawal kelas di padang.

peluru,

Anda mungkin juga menyukai