Anda di halaman 1dari 44

BAB 1: RESPIRASI

Tiub kaca bertindak sebagai trakea, balang kaca bertindak sebagai sangkar
rusuk, belon bertindak sebagai paru-paru dan kepingan getah bertindak
sebagai diafragma.

SEMASA TARIK NAFAS


Sangkar rusuk akan bergerak ke atas dan ke luar
Rongga torasik membesar
Diafragma bergerak ke bawah
Tekanan udara di luar lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam rongga
torasik
SEMASA HEMBUS NAFAS
Sangkar rusuk akan bergerak ke bawah dan ke dalam
Rongga torasik mengecil
Diafragma bergerak keatas
Tekanan udara dalam rongga torasik lebih tinggi daripada tekanan udara di
luar

Pengangkutan oksigen dalam badan berlaku melalui 3 cara iaitu:


a) Resapan oksigen dari alveolus ke dalam kapilari
b) Resapan oksigen dari kapilari ke dalam sel-sel
c) Pengangkutan oksigen oleh sel-sel darah merah
Bagaimana oksigen dan karbon dioksida boleh bertukar?
- Kita tarik nafas, jadi udara yang masuk penuh dengan oksigen (kepekatan
tinggi). Udara itu akan masuk ke alveolus (struktur bola di atas!). Oleh
kerana kepekatannya yang tinggi, maka oksigen akan meresap ke dalam
kapilari sebab ada beza cerun resapan. Oksigen akan bergabung dengan sel
darah merah bagi membentuk OKSIHEMOGLOBIN.
- Darah tadi akan bergerak ke sel badan. Di sana pula, oksigen tadi akan
diserap oleh sel badan kerana ada beza cerun resapan juga..
DAN
- Darah pula akan menyerap karbon dioksida yang ada pada sel. Darah
seterusnya akan kembali ke pangkal jalan paru-paru, dan akan tukarkan
semula karbon dioksida dengan oksigen di alveolus dan proses itu
berulangan, dan lagi, dan lagi, dan lagi...

BAB 2: PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN


Jantung merupakan antara organ yang paling penting dalam badan manusia.
Jantung juga adalah organ yang tidak pernah berhenti berdegup dalam
menjalankan tugas mengepam darah ke seluruh badan kecuali mati.

Jantung adalah berbentuk kon. Genggam jari anda sebesar penumbuk, dan
itulah lebih kurang saiz jantung kita. Jantung juga merupakan organ pertama
yang tercipta saat pembentukan bayi, iaitu kira-kira 4 minggu setelah
bercantumnya sperma dan ovum. Pusaran cap jari kita terbentuk kerana
pergerakan dan saluran darah semasa kita bayi dulu.

Terdapat 3 jenis salur darah yang ada dalam badan manusia, iaitu kapilari,
arteri dan vena

KAPILARI
Kapirlari adalah salur darah yang paling kecil. Salur darah ini sangat nipis,
dan ini membenarkan berlakunya pertukaran bahan-bahan antara darah dan
badan.
ARTERI
Arteri adalah salur darah yang tebal dan membawa darah keluar dari
jantung. Kenapa perlu tebal? Sebab tekanan tinggi diperlukan untuk
mengepam darah ke seluruh badan. Kalau nipis, mungkin salur akan pecah
akibat tak mampu menanggung tekanan tersebut.
VENA
Vena adalah salur darah yang membawa darah ke jantung. Uniknya vena,
kerana ianya mempunyai struktur "penghalang" disebut sebagai injap. Injap
akan menghalang darah tidak beroksigen daripada berpatah balik dan
bercampur dengan darah yang beroksigen.

Sistem Peredaran Darah Dalam Badan Manusia

Mengapa darah berwarna merah? dan Apa yang ada dalam darah anda?

Darah sebenarnya terdiri daripada 4 jenis bahan iaitu sel darah merah, sel
darah putih, platlet dan plasma. Darah berwarna merah kerana ada pigmen
merah yang disebut sebagai hemoglobin.

Sel darah merah merupakan sel yang berbentuk cakera dan cembung. Sel
ini berwarna merah kerana mengandungi pigmen (pewarna) merah yang
juga dikenali sebagai hemoglobin. Sel ini tidak bernukleus. Fungsi untuk sel
darah merah adalah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jangka
hayat bagi sel darah merah adalah selama 120 hari.

Sel darah putih pula adalah sel yang tidak mempunyai bentuk yang tetap.
Bentuk macam-macam. Namun begitu, sel darah putih mempunyai nukleus.

Sel darah putih berfungsi untuk melawan jangkitan penyakit dengan


membunuh bakteria dan juga mikroorganisma dalam badan dengan
penghasilan antibodi. Selain daripada itu, sel darah putih juga menghasilkan
antitoksin. Jangka hayat bagi sel darah putih adalah selama 2 hari hingga 2
bulan.

Platlet pula adalah kepingan sel pecah yang sangat kecil. Platlet tidak
mempunyai nukleus. Oleh kerana ia nya adalah sel-sel yang pecah, maka ia
tidak mempunyai bentuk yang tetap. Platlet berfungsi untuk membantu
dalam pembekuan darah. Selain daripada itu, platlet juga memulakan proses
penyembuhan dan membaiki luka-luka pada sel.

Plasma ialah bendalir yang ada bersama-sama bahan lain untuk membentuk
darah. Plasma sebenarnya adalah 90% air dan 10% bahan terlarut. Antara
bahan terlarut yang ada dalam plasma adalah nutrien, garam mineral, bahan
kumuh, protein terlarut dan juga hormon. Selain daripada itu, plasma juga
mengangkut bahan yang tidak larut dan haba keluar dari badan.

Sistem Pengangkutan Dalam Tumbuhan.


Sistem pengangkutan dalam tumbuhan adalah untuk membantu membawa
bahan-bahan ke seluruh bahagian tumbuhan. Ianya terdiri daripada tiub-tiub
nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun
dan akar.

Struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi
untuk mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke seluruh bahagian
tumbuhan.
Manakala struktur xilem pula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas
vaskular. Xilem berfungsi untuk mengangkut air dan mineral terlarut dari
akar ke daun. Selain itu ianya juga memberi sokongan kepada tumbuhan.

Transpirasi pula adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran


melalui stomata dalam bentuk wap air.
Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan
juga lentisel pada batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam

bentuk wap air dan kebanyakkannya hilang melalui liang-liang kecil pada
permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata.
Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel
pengawal yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untuk membenarkan
pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga
respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air
semasa transpirasi.

Semakin luas permukaan daun, semakin banyak bilangan stomata pada


tumbuhan tersebut. Semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin
tinggi pula kadar transpirasi.
Cahaya merangsang bukaan stomata. Semakin tinggi keamatan cahaya,
semakin tinggi kadar transpirasi kerana stomata akan terbuka dengan lebih
luas.
Semakin tinggi suhu pada persekitaran, maka semakin tinggi juga lah kadar
transpirasi yang berlaku.
Semakin tinggi kelembapan udara, semakin rendah kadar transpirasi. Ini
kerana, udara lembap mengandungi banyak wap air.
Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi kerana
banyak wap air yang dipindahkan.

BAB 3: SISTEM PERKUMUHAN

Perkumuhan
Proses penyingkiran bahan buangan yang berlebihan dalam badan manusia.
Tujuan Perkumuhan
1)
2)
3)
4)
5)

Menyingkirkan sisa toksik dan beracun


Menyejukkan badan dan membantu mengekalkan suhu badan
Mengawal pH badan
Mengekalkan keseimbangan kimia dan air
Menyingkirkan bahan-bahan berlebihan

Sistem Urinari Manusia

1. Sistem yang terdiri daripada ginjal (buah pinggang), ureter, pundi kencing
dan uretra
2. Berfungsi untuk menyingkirkan urin yang mengandungi bahan kumuh
yang tidak diperlukan badan.

Organ Dan Fungsi


1.
2.
3.
4.

Ginjal - Menapis darah dan menghasilkan urin


Ureter - Mengangkut urin dari ginjal ke pundi kencing
Pundi Kencing - Menyimpan urin buat sementara waktu
Urethra - Membawa urin keluar dari pundi kencing untuk penyingkiran

Fungsi Lain Ginjal


1. Menyingkirkan bahan buangan bernitrogen dengan lebihan air dan garam
mineral dalam bentuk urin
2. Mengawal atur keseimbangan air dan kimia serta kandungan garam dalam
badan
3. Mengekalkan pH darah dan keseimbangan asid-bes dalam badan
4. Menghasilkan hormon
Kepentingan Mengekalkan Kesihatan Ginjal
1. Minum 8 gelas air setiap hari
2. Amalkan pemakanan seimbang
3. Kurangkan pengambilan gula dan garam

Perkumuhan Dalam Tumbuhan

Perkumuhan adalah proses membuang bahan yang berlebihan dan tidak


diperlukan oleh badan. Kebiasaannya seperti yang kita fahami hanya
manusia dan haiwan sahaja yang berkumuh. Tetapi hakikatnya, tumbuhan
juga berkumuh dengan caranya tersendiri.
Tumbuhan berkumuh melalui proses fotosintesis di mana oksigen yang
berlebihan akan dibebaskan sebagai bahan buangan. Manakala melalui
proses transpirasi pula, air yang berlebihan akan disingkirkan. Sebahagian
bahan buangan pula akan disimpan dalam daun sehingga daun tersebut
gugur.

Selain daripada itu, sintesis kimia yang berlaku dalam tumbuhan pula dapat
menghasilkan bahan buangan yang lebih kompleks seperti lateks (susu
getah) dan juga kafein. Walaubagaimanapun, bahan buangan kompleks ini
ada yang bermanfaat kepada manusia dan ada juga yang boleh
membahayakan manusia.

Bahan Buangan Kompleks Yang Berguna

Lateks - digunakan untuk membuat tayar dan sarung tangan


Tannin - digunakan dalam pembuatan dakwat
Resin - digunakan dalam pembuatan varnis dan cat
Minyak - digunakan dalam pembuatan minyak wangi
Kuinina - digunakan untuk merawat malaria

Bahan Buangan Kompleks Yang Berbahaya

Nikotina - boleh menyebabkan kanser peparu


Kokaina - boleh menyebabkan ketagihan
Morfina - boleh melambatkan tindakbalas badan
Kafein - boleh menyebabkan insomnia

BAB 4: PEMBIAKAN
Pembiakan adalah proses penghasilan individu baru yang dikenali sebagai
progeni atau zuriat. Proses ini penting bagi kesinambungan spesies.
Pembiakan Aseks

Proses menghasilkan zuriat


baru tanpa kehadiran gamet
atau sel pembiakan
Hanya perlukan 1 induk
Boleh berkembang biak melalui
belahan dedua, pertunasan,
pembentukan spora,
pembiakan vegetatif atau
penjanaan semula
Zuriat menyerupai induk
secara mutlak
Memerlukan masa yang
pendek
Contoh : Paramesium dan
Amoeba

Pembiakan Seks.

Proses menghasilkan zuriat


baru melalui percantuman
gamet jantan dan betina
Memerlukan dua induk : jantan
dan betina
Proses melibatkan
persenyawaan, perkembangan
dan kelahiran
Zuriat mempunyai sifat yang
berbeza daripada induk
Memerlukan masa yang
panjang
Contoh : Burung dan Ikan

Struktur Dan Fungsi Bagi Organ Pembiakan Lelaki.

Struktur Dan Fungsi Bagi Organ Pembiakan Wanita.

OVARI
Ovari menghasilkan ovum (gamet betina) dan hormon wanita (estrogen)

TIUB FALLOPIO (OVIDUKTUS)


Salur untuk mengangkut ovum dari ovari ke uterus
Tempat berlaku nya percantuman sperma dan ovum

UTERUS
Melindungi embrio semasa proses kehamilan
Tempat berlaku nya penempelan zigot

Kedatangan Haid (Menstruation)


Proses pengeluaran berkala bagi darah dan lapisan uterus melalui faraj.
Kitar Haid (Menstrual Cycle)
1. Perubahan bulanan yang berkala yang berlaku pada dinding uterus, ovari
dan faraj
2. Berlaku pada kitaran 28 hari

Fasa
Haid

Lapisan dinding uterus dengan salur darah meruntuh. Tisu-tisu


dan darah dikeluarkan apabila haid berlaku

Fasa
Pembaik
an

Membina semula dinding uterus, menjadi lebih kaya dengan salur


darah yang lebih tebal

Fasa
Subur
Fasa
Pra-Haid

Pengovulan (ovari menghasilkan ovum) berlaku pada hari ke-14

1. Dinding uterus terus menebal dan diselaputi dengan rangkaian


luas salur-salur
darah dalam persediaan untuk persenyawaan dan penempelan
2. Jika persenyawaan tidak berlaku, tisu-tisu dinding akan
meruntuh semula bagi
memulakan kitar haid yang baru.
Sperma Dan Ovum
Dalam berjuta-juta sperma yang dipindahkan ke ovari wanita, hanya
beberapa ratus sahaja yang aakan berjaya sampai ke tiub Fallopio. Dan
dalam beberapa ratus sperma itu, hanya satu sahaja yang akan berjaya
bercantum dengan ovum.
Bagaimana Kehamilan Boleh Berlaku?

Proses pertama bermula selepas seminggu wanita mengalami haid. Pada


hari ke-13,14,15 dalam kitar haid bagi seseorang wanita, ovari akan
menghasilkan benih perempuan, iaitu juga dikenali sebagai ovum. Proses ini
dinamakan proses Pengovulan.
Seterusnya, ovum tadi akan bergerak ke Tiub Fallopio, dan akan bercantum
dengan sperma di sini, bagi membentuk zigot. Proses ini pula dinamakan
proses Persenyawaan.
Zigot yang sudah sedia tersenyawa itu akan bergerak ke uterus, atau pun
juga lebih dikenali sebagai dinding rahim. Di sini akan berlaku proses

Penempelan, bermaksud zigot tadi yang sudah menjadi embrio dalam


perjalanannya akan menempel dan membesar di dinding rahim tersebut
menjadi fetus dan akhirnya menjadi bayi.

Kepentingan mempelajari penyelidikan system pembiakan manusia


1. Memahami system pembiakan manusia
2. Membantu golongan yang bermasalah
3. Merawat penyakit seks

Pemakanan Ibu Hamil


1. Zat Besi:

Ibu yang hamil perlu memastikan ada mengambil Zat Besi


yang mencukupi. Ini kerana ia dapat membantu mencegah
anemia dan juga membantu membina sel-sel darah. Ibu boleh
mendapatkan Zat Besi daripada sumber seperti Telur dan
Sayuran Hijau

2. Vitamin D:
Vitamin D juga tidak kurang pentingnya. Vitamin D
berfungsi untuk membantu menyerap kalsium dan fosforus yang
diperlukan oleh badan untuk menguatkan tulang dan gigi.
Sumber Vitamin D adalah makanan seperti hati dan minyak hati
ikan.
3. Protein: Protein membantu dalam membina sel-sel baru untuk
pertumbuhan. Sumber protein adalah seperti daging merah dan
kacang.
4. Asid Folik:
Ini adalah antara makanan yang paling diperlukan oleh ibu
ketika hamil, iaitu Asid Folik. Asid Folik membantu untuk
menentang penyakit. Sumber asid folik adalah seperti susu.

Sistem Pembiakan Seks Tumbuhan Berbunga.


Tumbuhan berbunga membiak secara seks. Bunga sebenarnya adalah
merupakan struktur pembiakan bagi tumbuhan yang berbunga. Pada bunga,
ada organ pembiakan yang boleh menghasilkan gamet jantan dan gamet
betina.
Gamet jantan boleh dijumpai dalam butir debunga yang dihasilkan dalam
struktur bernama anter. Manakala gamet betina pula ialah ovum yang
terdapat di dalam struktur yang bernama ovul.

(bahagian jantan
bunga, yang terdiri
daripada anter dan
filamen)

(bahagian betina
bunga, yang terdiri
daripada stigma,
stil dan ovari.)

(Mempunyai nektar
bergula di dasarnya.
Biasanya ranggi
berwarna dan berbau)

(Melindungi bunga semasa dalam


peringkat kudup (belum
berkembang))

Pendebungaan
Pendebungaan ialah satu proses pemindahan butir debunga daripada anter
ke stigma. Terdapat 2 jenis pendebungaan, iaitu pendebungaan sendiri dan
pendebungaan kacuk. Bagi berlakunya pendebungaan, ada agen
pendebungaan yang memainkan peranan. Yang paling utama adalah
serangga dan angin. Agen pendebungaan yang lain adalah burung, kelawar
dan air.

Pendebungaan Sendiri
Pendebungaan sendiri adalah pendebungaan yang berlaku pada bunga yang
sama, atau pada bunga yang berbeza tapi dari pokok yang sama.

Pendebungaan Kacuk
Pendebungaan kacuk ialah proses pendebungaan yang berlaku pada bunga
daripada pokok yang berbeza, namun masih daripada spesies yang sama.

Kelebihan Pendebungaan Kacuk


Percampuran baka yang menghasilkan kepelbagaian baru yang
mempunyai ciri yang lebih baik daripada kedua-dua pokok induk
Memberi hasil tanaman yang bermutu tinggi, misalnya buah yang lebih
besar dan lebih manis
Mempunyai rintangan terhadap serangan daripada serangga dan
penyakit serta lebih tahan terhadap perubahan keadaan persekitaran

Perkembangan buah dan biji benih tumbuhan.


1) Butir debunga
mendarat atas
stigma
2) Butir debunga
keluarkan tiub
debunga
3) Tiub debunga
memanjang
sehingga ke
mikropil
4) Gamet jantan
bertemu gamet
betina
5) Persenyawaan
berlaku
6) Ovari jadi buah
7) Ovul jadi biji
benih
Percambahan Biji Benih
Biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam biji benih,
terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi
simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang
dipanggil TESTA (kulit biji benih).
Makanan disimpan dalam KOTILEDON. Bagi sesetengah tumbuhan ada yang
mempunyai 1 kotiledon, seperti jagung. Namun ada juga yang mempunyai 2
kotiledon seperti biji kacang hijau. Boleh rujuk nota bagi perbezaan antara
tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon.

Kulit Biji
1) Testa - melindungi biji benih
2) Hilum - tempat biji benih melekat pada buah
3) Mikropil - bukaan yang membenarkan air dan udara masuk
Embrio
1) Plumul - bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk
2) Radikel - bahagian embrio yang membesar menjadi akar
3) Kotiledon - menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih
Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar baharu yang
dikenali sebagai RADIKEL. Kemudiannya mengeluarkan pucuk baharu yang
dikenali sebagai PLUMUL. Kotiledon pula akan semakin mengecil kerana
sumber makanan diambil dari sana. Anak pokok mula menghasilkan
makanan sendiri apabila daun baharu mulai tumbuh.
Biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu
mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai. Boleh tengok video di bawah
bagi menguji keadaan tersebut, sama ada diperlukan atau tidak di dalam
proses percambahan biji benih.

Pembiakan Vegetatif Dalam Tumbuhan Berbunga


Biasanya, tumbuhan berbunga membiak secara seks dengan menghasilkan
biji benih. Sebagai contohnya, bunga matahari yang membiak dengan
menggunakan biji benih. Namun, ada juga tumbuhan berbunga yang
membiak secara aseks, iaitu dengan menggunakan bahagian tumbuhan itu
sendiri. Sebagai contohnya, tebu membiak menggunakan batang, dan lobak
merah membiak menggunakan akar. Pembiakan yang sebegini dinamakan
PEMBIAKAN VEGETATIF.

Bahagian vegetatif yang boleh digunakan untuk membiak adalah seperti :


1)
2)
3)
4)
5)

Akar: keledek, lobak merah.


Batang (tuber/rizom): kentang, halia.
Batang (batang rayap): kiambang, rumput karpet.
Batang (bebawang): bawang, pokok lili.
Daun: pokok setawar, begonia.

BAB 5: PERTUMBUHAN MANUSIA

FASA BAYI
1. Berumur dari mula lahir sehingga 2 tahun.
2. Pertumbuhan bayi lelaki dan perempuan adalah sama.
3.Kadar pertumbuhan juga sangat cepat.
FASA KANAK-KANAK
1. Berumur 3 hingga 12 tahun (sekolah rendah)
2. Pada masa ini, ada kanak-kanak perempuan yang mula akil baligh dan
membesar lebih cepat darupada budak lelaki.
FASA REMAJA
1. Berumur 13 hingga 20 tahun (sekolam menengah sampai tingkatan 6
atas)
2. Remaja lelaki akan lebih cepat membesar pada ketika ini kerana akil
baligh.
FASA DEWASA
1. Berumur 21 hingga 64 tahun
2. Pertumbuhan normal berhenti pada umur 21 tahun.
3. Akan berlaku pertambahan berat badan.
FASA ORANG TUA
1. Berumur 65 dan ke atas
2. Mula mengalami pertumbuhan negatif di mana, berat dan ketinggian
semakin susut.
BAB 6: TANAH DAN SUMBERNYA
Mineral
Mineral adalah unsur atau sebatian yang wujud secara semula jadi di dalam
kerak bumi. Sebagai contohnya, emas dan perak yang dijumpai dalam
bentuk mineral. Ini dinamakan unsur semula jadi. Ada juga sebatian yang
dijumpai dalam bentuk mineral, seperti karbonat dan silikat. Ini kita namakan
sebatian semula jadi.
Sifat Mineral
Kekerasan (Ada sesetengah mineral yang sangat keras sehingga
boleh digunakan sebagai batu pengasah pisau. Dan ada juga mineral
yang lembut sehingga boleh dicalarkan dengan hanya menggunakan
kuku.)
Keterlarutan Dalam Air (Ada mineral yang larut, dan ada mineral
yang tidak larut. Contoh mineral yang larut adalah seperti magnesium
oksida dan kalsium sulfida.)
Kesan Haba Terhadap Mineral (Jika dipanaskan, oksida logam tidak
mengurai untuk membentuk bahan baru. Tetapi karbonat logam akan
mengurai kepada oksida logam dan karbon dioksida jika dipanaskan.)
Tindakbalas Logam Dengan Bukan Logam
Terdapat banyak unsur yang membentuk bahan-bahan lain di bumi. Ada
unsur logam seperti aluminium, besi, timah dan zink. Dan ada juga unsur

bukan logam seperti oksigen, sulfur, hidrogen dan nitrogen. Unsur-unsur ini
boleh bertindakbalas antara satu sama lain, bagi membentuk sebatian lain.
Jom kita tengok lagi, apa nama sebatian yang terhasil bila unsur logam
bertindakbalas dengan unsur bukan logam.

Sebagai contohnya, tindakbalas antara Aluminium (logam) dengan oksigen


(bukan logam) akan menghasilkan sebatian yang diberi nama aluminium
oksida. Nama bagi unsur logam iaitu 'Aluminium' diletakkan di hadapan
nama sebatian tersebut. Manakala, unsur bukan logam, iaitu 'oksigen'
diletakkan di belakang nama sebatian tersebut dan ditukar dengan 'oksida'.
Begitu juga dengan unsur bukan logam 'sulfur' yang ditukar kepada 'sulfida'
jika diletakkan di belakang.
Sebatian Silikon
Silikon merupakan mineral kedua yang paling banyak dalam kerak Bumi.
Tetapi silikon tidak wujud dalam bentuk semula jadi sebagai unsur. Silikon
akan bergabung dengan unsur lain bagi membentuk sebatian mineral.
Antara contoh sebatian mineral yang berkait dengan silikon adalah SILIKA
dan SILIKAT.
1. SILIKA
Silika adalah silikon dioksida, iaitu gabungan antara silikon dan oksigen.
Eg : pasir, batu pasir, batu api, kuarza

2. SILIKAT
Silikat adalah sebatian yang terhasil daripada silikon, oksigen dan logam
tertentu.
Eg : tanah liat, asbestos, mika, feldspar, gneis, jed dan zamrud

Ciri-Ciri Silika dan Silikat


Sebatian silikon ini adalah sangat STABIL kerana
1. Tidak larut dalam air
2. Tidak terurai bila dipanaskan
3. Tidak bertindakbalas dengan asid hidroklorik
Kegunaan Sebatian Silikon
1. Pembuatan cip elektronik
2. Pembuatan kaca
3. Pembuatan gentian optik
4. Pembuatan seramik (tembikar dan porselin)
Sebatian Kalsium
Kalsium karbonat adalah sebatian yang terdiri daripada kalsium, karbon dan
oksigen. Kalsium karbonat wujud secara semula jadi dalam bentuk batu
kapur, marmar, kapur, kalsit, terumbu karang dan cangkerang keras haiwan
laut.

Sifat-Sifat Kalsium Karbonat


1. Tindakbalas dengan asid cair
Akan menghasilkan garam, karbon dioksida dan air
2. Tindakbalas apabila dipanaskan
Akan menghasilkan karbon dioksida dan kalsium oksida (kapur tohor)
*Kalsium oksida berpadu dengan air menghasilkan kalsium hidroksida (kapur
mati)
*Kalsium hidroksida larut dalam air berlebihan membentuk larutan kalsium
hidroksida (air kapur)
Kegunaan Sebatian Kalsium
1. Membuat jubin (keras, tahan haba, tidak larut dalam air)
2. Antasid untuk melegakan sakit gastrik
3. Meneutralkan tanah yang berasid
4. Menyediakan simen dan cat kapur dalam pembinaan bangunan

Sumber Bahan Api Semulajadi Dan Kepentingannya


Negara kita memang kaya dengan pelbagai sumber bahan api semula jadi
seperti petroleum, arang batu dan kayu kayan. Bahan api fosil seperti
petroleum, gas asli dan arang batu dibentuk daripada sisa tumbuhan dan
haiwan mati yang tertanam berjuta tahun dahulu.

Pembentukan bahan api fosil

Penyulingan Berperingkat Petroleum


Petroleum ialah satu campuran hidrokarbon, iaitu bahan kimia yang terdiri
daripada unsur hidrogen dan karbon.

Berikut adalah proses penyulingan berperingkat dalam menara penyulingan


di loji penapisan minyak dan kegunaan pecahan petroleum yang berbeza.

Jika julat takat didih pecahan petroleum itu meningkat, warna nya menjadi
semakin gelap, kelikatan meningkat, kebolehan untuk terbakar berkurang
dan jelaga pembakaran meningkat.

Kaedah Berkesan Dalam Penggunaan Sumber Bahan Api Semula Jadi


1. Menggunakan peralatan gas dan elektrik yang menjimatkan tenaga
2. Mengurangkan pembaziran tenaga
3. Menggunakan kenderaan yang menjimatkan bahan api yang lebih efisien
4. Menggalakkan perkongsian kenderaan
5. Mengitar semula dan menggunakan semula bahan
6. Menggunakan sumber tenaga diperbaharui

BAB 7: KEELEKTRIKAN
Elektrostatik ialah kajian tentang cas-cas elektrik yang statik. Statik
bermaksud tidak bergerak. Cas terdiri daripada cas positif dan cas negatif.
Cas ini boleh dihasilkan dengan menggosokkan dua bahan berbeza
yang menyebabkan satu bercas positif dan satu lagi bercas negatif.

Cas-cas ini dapat dikesan dengan menggunakan ELEKTROSKOP.

Penggunaan Elektroskop
1. Bahan yang nak diuji didekatkan dengan ceper logam yang neutral
2. Jika kerajang mencapah, bermaksud bahan tersebut mempunyai cas.
3. Jika tidak mencapah, bermaksud bahan tersebut neutral.
Ciri-ciri Daya Elektrostatik
1. Cas yang sama akan MENOLAK antara satu sama lain
2. Cas yang berbeza akan MENARIK antara satu dengan yang lain.
Fenomena Harian Yang Berkaitan Dengan Cas Elektrik Statik
1. Kilat: Geseran antara awan dan udara menyebabkan cas positif berada di
atas, dan cas negatif berada di bawah awan. Apabila awan bergerak
mendekati bumi yang bercas positif, satu tarikan akan wujud antara cas-cas
ini.
Geseran antara awan dan udara menyebabkan cas positif berada di
atas, dan cas negatif berada di bawah awan. Apabila awan bergerak
mendekati bumi yang bercas positif, satu tarikan akan wujud antara cas-cas
ini.
Daya elektrostatik yang kuat menyebabkan cas tersebut bergerak ke
arah satu sama lain. Pergerakan yang pantas akan membebaskan banyak
tenaga dalam bentuk kelipan cahaya, yang dikenali sebagai KILAT.
2. Lori dan Rantai: Geseran antara lori dan udara akan menghasilkan cas.
Cas ini terkumpul di bahagian badan tangki, dan boleh menyebabkan
percikan api. Ini tentu akan menyebabkan letupan.
Geseran antara lori dan udara akan menghasilkan cas. Cas ini
terkumpul di bahagian badan tangki, dan boleh menyebabkan percikan api.
Ini tentu akan menyebabkan letupan.
Bagi mengurangkan cas elektrik pada tangki, satu rantai logam
digantung bagi tujuan mengalirkan cas-cas elektrik tadi ke permukaan bumi.
Keelektrikan
Keelektrikan bermaksud pengaliran arus elektrik yang berlaku di dalam suatu
konduktor. Sumber elektrik pula boleh datang daripada pelbagai, termasuk
bateri, dinamo, sel suria, sel kering, bateri basah, penjana kuasa dan lain-lain
lagi.

Alat elektrik hanya dapat berfungsi apabila terdapat pengaliran elektron (cas
negatif) secara berterusan. Pengalliran elektron inilah yang menghasilkan
tenaga elektrik.

Kita ambil contoh huraian pada Penjana Van de Graaf


1. Penjana Van de Graaf dihidupkan
2. Kubah akan menjadi bercas positif
3. Elektron dari bumi mengalir ke kubah kerana tertarik dengan cas positif
4. Pengaliran elekron yang berlaku akan menghasilkan arus elektrik yang
kemudiaannya dikesan oleh galvanometer
Arus Elektrik (I)
Arus elektrik ditakrifkan sebagai kadar pengaliran elektrik.
Voltan (V)
Daya elektrik yang diperlukan untuk mengalirkan elektron antara 2 titik
ataupun beza keupayaan di antara 2 titik.
Rintangan (R)
Sifat sesuatu bahan yang menghalang atau menentang pengaliran elektron
melaluinya.

Kaedah Pengukuran Keelektrikan

Bagi mengukur keelektrikan, kita perlu tengok pengukuran yang dibuat pada
3 perkara lain yang berkaitan dengan elektrik, iaitu pada arus, voltan dan
rintangan.
Arus
-Arus elektrik ditakrifkan sebagai kadar pengaliran elektrik.
-Arus diukur dengan menggunakan Ammeter
-Unit yang digunakan adalah ampere (A)
-Ammeter disambung secara bersiri pada litar
Voltan
-Voltan ditakrifkan sebagai daya elektrik yang diperlukan untuk mengalirkan
elektron antara 2 titik ataupun beza keupayaan di antara 2 titik.
-Voltan diukur dengan menggunakan Voltmeter
-Unit yang digunakan adalan voltan (V)
-Voltmeter disambung secara selari pada litar
Rintangan
-Rintangan ditakrifkan sebagai sifat sesuatu bahan yang menghalang atau
menentang pengaliran elektron melaluinya.
-Rintangan diukur dengan menggunakan formula (Rintangan = Voltan / Arus)
-Unit yang digunakan adalah ohm
-Faktor yang menentukan rintangan adalah panjang konduktor, diameter
konduktor dan jenis konduktor.
Hubungan antara Arus, Voltan dan Rintangan
Hubungkait antara voltan, arus dan rintangan sebenarnya telah dikaji oleh
Georg Simon Ohm. Dalam Hukum Ohm, ianya menyatakan bahawa arus
yang mengalir melalui suatu konduktor adalah berkadar terus degan voltan.
Bahasa mudahnya, sekiranya arus meningkat, maka voltan juga turut
meningkat.
Formula Hukum Ohm adalah seperti berikut : V=IR
Hubungan antara rintangan dan arus
Semakin besar rintangan, semakin kecil arus yang mengalir melalui litar.
Perbincangan:
1. Arus adalah berkadar songsang dengan rintangan
(jika besar rintangan, arus akan mengecil)
2. Semakin panjang wayar yang digunakan , maka semakin besar rintangan.
Maka juga semakin kecil arus yang mengalir melaluinya.
Hubungan antara arus dengan voltan
Arus adalah berkadar terus dengan voltan.
(Semakin besar arus, maka semakin besar voltan)
Perbincangan: 1. Arus berkadar terus dengan voltan apabila rintangan
adalah malar.
Litar Selari dan Litar Bersiri

Litar elektrik ialah lintasan lengkap yang terbentuk daripada dawai-dawai


penyambung dan komponen-komponen elektrik yang membenarkan arus
elektrik mengalir.
Satu litar elektrik terdiri daripada satu sumber elektrik, komponen-komponen
elektrik, dawai-dawai penyambung dan satu suis.

Litar Bersiri
Arus elektrik mengalir melalui satu lintasan sahaja.
Kelebihan : Setiap mentol akan menyala dengan kecerahan yang sama
Kelemahan : Jika satu mentol terbakar, maka seluruh litar akan terputus

Litar Selari
Arus elektrik mengalir melalui lebih daripada satu lintasan.
Kelebihan : Setiap mentol dapat dikawal secara berasingan
Kelemahan : Sel kering cepat menjadi lemah kerana semua mentol
dibekalkan dengan voltan yang sama
Kemagnetan

Magnet atau juga lebih dikenali sebagai 'Besi Berani' sebenarnya merupakan
satu bahan yang diperbuat daripada besi atau keluli atau kobalt. Ianya
berkebolehan untuk menarik objek besi atau keluli. Magnet mempunyai 2
kutub, iaitu Kutub Utara dan Kutub Selatan.
Medan Magnet
Medan magnet ialah suatu kawasan sekitar magnet yang berada di bawah
pengaruh daya magnet tersebut.
Garis medan magnet TIDAK bersilang antara satu sama lain. Garis ini
bermula daripada kutub Utara dan berakhir di kutub Selatan.
Corak Medan Magnet
1. Boleh ditentukan dengan menggunakan SERBUK BESI
Arah Medan Magnet
1. Boleh ditentukan dengan menggunakan KOMPAS
2. Medan magnet bergerak dari UTARA ke SELATAN

BAB 8: PENJANAAN ELEKTRIK


Transformer
Transformer adalah alat yang mengubah voltan arus ulang alik. Harus
difahami bahawa arus ulang alik (a.u) ialah arus elektrik yang arah alirannya
berubah-ubah secara berterusan. Manakala arus terus (a.t.) ialah arus
elektrik yang mengalir dalam satu arah sahaja.
Struktur Transformer
Transformer terdiri daripada satu teras besi lembut yang dililit dawai
berpenebat di setiap sisi teras itu.
Arus ulang alik yang mengalir melalui gegelung primer atau input
menghasilkan perubahan medan magnet. Perubahan medan magnet tadi
akan mengaruh voltan ulang alik dalam gegelung output, iaitu gegelung
sekunder.
Terdapat 2 jenis transformer, iaitu Transformer Injak Naik dan juga
Transformer Injak Turun. Kedua-dua nya ada fungsi yang sedikit berbeza.

Jika dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik,


transformer memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses ini
berjalan dengan baik.

Transformer Injak Naik dan juga Transformer Injak Turun.

Persamaan
1. Kedua-duanya mempunyai gegelung primer dan gegelung sekunder
2. Kedua-duanya beroperasi dengan menggunakan arus ulang alik
3. Kedua-duanya mempunyai gegelung yang dililit pada satu teras besi
lembut
Perbezaan
1. Bilangan lilitan pada gegelung primer berbanding gegelung sekunder
-Transformer Injak Naik adalah lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung
sekunder.

-Transformer Injak Turun adalah lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung
primer.
2. Voltan output
-Voltan output bagi Transformer Injak Naik adalah lebih tinggi daripada voltan
input
-Voltan output bagi Transformer Injak Turun adalah lebih rendah daripada
voltan input
Sistem Penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik di Malaysia
Penghantaran elektrik adalah bermula di Stesen Janakuasa dan akan
berakhir di rumah.

1. Penjana di stesen janakuasa akan menghasilkan ARUS ULANG ALIK dengan


voltan yang tinggi, 11kV atau 25kV.
2. Arus ini akan memasuki stesen transformer (Transformer Injak Naik)
3. Voltan akan ditingkatkan daripada 11kV / 25kV kepada 132k,275kV atau
500kV.
4. Ini adalah bagi tujuan membolehkan elektrik dihantar ke tempat yang jauh
dan mengurangkan kadar kehilangan elektrik melalui haba semasa
dipindahkan.
5. Arus ulang alik ini kemudiaannya dialirkan melalui rangkaian kabel
penghantaran yang lebih dikenali sebagai Rangkaian Grid Nasional
6. Arus ulang alik mengalir ke kawalan kawasan dan lapangan suis.
7. Kemudiannya, arus ulang alik ini dialirkan melalui satu lagi stesen
transformer (Transformer Injak Turun)

8. Voltan akan diturunkan kepada kawasan-kawasan mengikut keperluan.


9. Kawasan industri berat menerima bekalan arus ulang alik pada 33kV
10. Kawasan industri ringan menerima bekalan arus ulang alik pada 11kV
11. Pejabat dan rumah menerima bekalan arus ulang alik pada 240V
Fius dan Fungsinya
Dalam plug 3 pin, biasanya kita akan melihat 1 komponen elektrik yang agak
cantik binaannya, iaitu fius. Fius adalah komponen elektrik yang digunakan
bagi mengawal arus elektrik berlebihan dengan cara memutuskan litar
apabila perlu.
Dawai yang digunakan mempunyai takat lebur tertentu dan akan melebur
sebaik sahaja arus berlebihan mengalir melalui dawai fius tersebut. Dengan
ini, akan mencegah kerosakan pada barangan elektrik apabila ada arus
berlebihan yang mengalir.
Fius terbahagi kepada 2 jenis, iaitu Fius Dawai Boleh Ganti dan Fius Katrij:
Fius Dawai Boleh Ganti
Fius Dawai Boleh Ganti adalah fius yang biasa kita tengok pada suis utama di
rumah. Jika wayar itu terbakar dan memutuskan litar elektrik, maka kita
hanya perlu gantikan wayar tersebut.
Fius Kartrij
Fius katrij adalah fius yang biasa dipasang pada plug 3 pin. Jika terbakar,
maka kia perlukan gantikan dengan fius kartrij yang baru, yang berkadar
yang sama.
Wayar bumi dan fungsinya
Wayar bumi adalah wayar yang disambungkan kepada bumi. Wayar ini
bertujuan untuk mencegah berlakunya kejutan elektrik jika dawai 240 V
menjadi 'hidup'. Wayar bumi ini juga mempunyai rintangan yang rendah.
Langkah berjaga dalam penggunaan elektrik
Kemalangan elektrik seperti renjatan elektrik dan juga kebakaran elektrik
boleh menyebabkan kemalangan serius sehingga boleh membawa kematian.
Bagi kebakaran yang diakibatkan oleh arus elektrik, pemadam api karbon
dioksida haruslah digunakan.
Sebab Berlakunya Kemalangan Elektrik
1. Menyentuh dawai hidup yang terdedah
2. Menyentuh suis dengan tangan basah
3. Memasukkan konduktor tajam ke dalam soket
4. Penebat kabel koyak
5. Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa
Langkah Keselamatan Dalam Litar
1. memutuskan litar apabila ada arus berlebihan dialirkan
2. guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus
3. Dawai bumi diletakkan dalam soket untuk membumikan sebarang
kebocoran arus

Tindakan Keselamatan
1. Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket
2. Baiki peralatan elektrik yang rosak
3. Jangan menarik palam daripada soket dengan talinya
4. Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah
Tindakan Jika Berlakunya Renjatan Elektrik
1. Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa
2. Tarik mangsa menjauhi sumber elektrik dengan menggunakan penebat
seperti kayu
3. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang sesuai untuk memudahkan
pernafasan
4. Lakukan CPR jika mangsa sukar bernafas
5. Hubungi ambulans
Kepentingan memulihara elektrik
Ada 2 perkara yang diberi perhatian dalam memulihara elektrik, iaitu
mengurangkan pembaziran dan juga meningkatkan kecekapan penggunaan
tenaga. Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik dan apa kesan jika berlakunya kekurangan
tenaga elektrik. Jom kita tengok.
Cara Menjimatkan Elektrik
1. Mematikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan
2. Guna lampu pendarfluor bagi menggantikan mentol filamen
3. Beli peralatan elektrik berkecekapan tinggi yang menggunakan kuasa
rendah
4. Tutup tingkap dan pintu jika menggunakan penyaman udara
5. Bina bangunan pejabat dengan siling yang rendah supaya menjimatkan
kos penggunaan penyaman udara dan kipas
Kesan Kekurangan Tenaga Elektrik
1. Hidup tak selesa di rumah
2. Tidak dapat menggunakan peralatan moden
3. Menganggu industri makanan yang melibatkan penggunaan suhu tinggi
4. Ekonomi negara terganggu
5. Komunikasi berteknologi tinggi menjadi sia-sia
6. Sektor pengeluaran akan kerugian banyak duit dan faedah
BAB 9: BINTANG DAN GALAKSI
Matahari
Matahari mampu untuk menghasilkan tenaga haba dan cahaya semasa
pelakuran nuklear. Cahaya matahari amat penting dalam memberikan
kelangsungan hidup kepada benda hidup di bumi.
ciri ciri matahari
1. Jisim bumi adalah bersamaan dengan 333 420 X jisim bumi
2. Matahari berusia sekitar 5 000 juta tahun
3. Diameter adalah bersamaan dengan 1 392 000 km

4. Suhu yang berbeza-beza dengan permukaan 6 000 C, dan teras 15 000


000 C
5. Jarak dari bumi adalah 145 597 870 km
6. Ketumpatan adalah 0.27 kali lebih tumpat daripada bumi
7. Mengandungi gas hidrogen 90%, Helium 8% dan gas-gas lain 2%.
Struktur matahari
1. Korona (paling luar)
Suhu : 2 000 000 C
Lapisan gas didih daripada matahari
Lapisan yang berwarna cahaya biru keputih-putihan
Hanya tampak semasa gerhana matahari penuh
2. Kromosfera (lapisan tengah)
Suhu : 15 000 C
Lapisan ini boleh kelihatan semasa gerhana matahari
3. Fotosfera
Suhu : 6000 C
Boleh kelihatan dari bumi
Menghasilkan cahaya tampak pada permukaan
Berlaku fenomena seperti tompok matahari, nyala suria dan prominen
4. Teras
Suhu : 15 000 000 C
Berada di tengah-tengah matahari
Tempat di mana tindak balas nuklear berlaku
Melalui Teori Letupan Besar (Big Bang Theory), alam semesta ini dikatakan
telah berusia hampir 15 bilion tahun. Saiz yang sangat besar ini adalah
kerana dipercayai bahawa alam semesta mengembang dengan sangat pesat
selepas berlakunya letupan tersebut.
Alam Semesta Tidak Kekal
Menurut ahli kosmologi, alam semesta bergantung kepada tarikan graviti ke
dalam dan pengembangan alam semesta. Pada suatu ketika, graviti akan
menjadi kuat, jirim dalam alam semesta akan dibawa kembali dan menjadi
lebih tumpat dan seterusnya akan runtuh dan membentuk lohong hitam.
Kepentingan Bulan dan Matahari
1. Matahari adalah sumber utama tenaga bagi bumi
2. Matahari secara tak langsung mengekalkan kelangsungan hidupan di Bumi
3. Matahari juga menyediakan haba mencukupi bagi kehidupan
4. Bulan pula mempengaruhi fenomena Pasang Surut yang membantu
pergerakan air laut
5. Bulan dijadikan sebagai panduan bagi menentukan tarikh dan kalender
6. Bulan menggalakkan perkembangan teknologi berdasarkan pergerakan
bulan