Anda di halaman 1dari 1

SUMBANGAN KONSEP AERONAUTIK DAN ORNITHOPTER IBNU FIRNAS DALAM

PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DI BARAT

Oleh :
Nurul Solehah binti Mohd Zubir
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
nurha1002@gmail.com

ABSTRAK

Pembentukan tamadun yang berkesan membawa kepada aktiviti pembangunan serta


perkembangan pendidikan sesebuah zaman. Kemajuan sesebuah zaman bergantung kepada
perkembangan sains dan teknologi serta hasil kajian berkaitan bidang penerbangan. Ibnu Firnas
atau nama asalnya Abbas Abu al-Qasim Ibn Firnas adalah tokoh yang menjadi perintis dalam
sejarah penerbangan yang merentasi zaman. Buktinya dapat dilihat melalui sumbangan dan
konsep aeronautik dan ornithopter yang telah diketengahkan beliau dan masih diguna pakai
sehingga hari ini. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan mengkaji tokoh penerbangan Ibnu Firnas
serta sumbangannya dalam bidang penerbangan yang tidak dapat ditandingi sehingga membawa
kepada perkembangan sains dan teknologi di Barat. Idea beliau dalam menghasilkan alat
peluncur terbang menggunakan konsep aeronautik dan ornithopter telah diadaptasi sehingga
sekarang dan diguna pakai khususnya dalam kapal terbang moden. Kajian ini berbentuk kajian
kepustakaan dengan membawa pandangan para sarjana dan analisis terhadap penulisan mereka
berkaitan tokoh Ibnu Firnas. Hasil kajian mendapati ketokohan Ibnu Firnas dalam bidang
penerbangan memberi impak yang berkesan terhadap ilmu penerbangan moden dan membawa
kepada perkembangan sains dan teknologi dalam Tamadun Barat. Sumbangan khasnya dlm
bidang penerbangan yang mana konsep ini telah diperkembangkan oleh keluarga wright sehingga
mencipta kapal terbang seperti yang kita lihat sekarang. Hal ini juga sekaligus berjaya
mencungkil rahsia ciptaan Allah terhadap persoalan burung yang terbang tinggi di awan.

Kata Kunci : Ibnu Firnas, bidang penerbangan, Sains dan Teknologi