Anda di halaman 1dari 12

KURSUS:

PERADABAN ISLAM DAN TAMADUN DUNIA (GGGC6473)

TAJUK:
SUMBANGAN KONSEP AERONAUTIK DAN ORNITHOPTER IBNU FIRNAS
DALAM PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DI BARAT

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL SOLEHAH BT MOHD ZUBIR (GP03851)

PENSYARAH:
PM. DR. HAJI MAIMUN AQSHA LUBIS

SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM)


FAKULTI PENDIDIKAN
BANGI
2016

SUMBANGAN KONSEP AERONAUTIK DAN ORNITHOPTER IBNU FIRNAS


DALAM PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DI BARAT

Oleh :
Nurul Solehah binti Mohd Zubir
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
nurha1002@gmail.com

ABSTRAK

Pembentukan tamadun yang berkesan membawa kepada aktiviti pembangunan


serta perkembangan pendidikan sesebuah zaman. Kemajuan sesebuah zaman bergantung
kepada perkembangan sains dan teknologi serta hasil kajian berkaitan bidang penerbangan.
Ibnu Firnas atau nama asalnya Abbas Abu al-Qasim Ibn Firnas adalah tokoh yang menjadi
perintis dalam sejarah penerbangan yang merentasi zaman. Buktinya dapat dilihat melalui
sumbangan dan konsep aeronautik dan ornithopter yang telah diketengahkan beliau dan
masih diguna pakai sehingga hari ini. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan mengkaji tokoh
penerbangan Ibnu Firnas serta sumbangannya dalam bidang penerbangan yang tidak dapat
ditandingi sehingga membawa kepada perkembangan sains dan teknologi di Barat. Idea
beliau dalam menghasilkan alat peluncur terbang menggunakan konsep aeronautik dan
ornithopter telah diadaptasi sehingga sekarang dan diguna pakai khususnya dalam kapal
terbang moden. Kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dengan membawa pandangan
para sarjana dan analisis terhadap penulisan mereka berkaitan tokoh Ibnu Firnas. Hasil
kajian mendapati ketokohan Ibnu Firnas dalam bidang penerbangan memberi impak yang
berkesan terhadap ilmu penerbangan moden dan membawa kepada perkembangan sains
dan teknologi dalam Tamadun Barat khususnya dalam bidang penerbangan di mana konsep
ini telah diperkembangkan dan dikemaskini oleh keluarga Wilbur dan Orville Wrigt
sehingga terciptanya kapal terbang seperti yang kita lihat sekarang. Hal ini juga sekaligus
berjaya mencungkil rahsia ciptaan Allah terhadap persoalan burung yang terbang tinggi di
awan.

Kata Kunci : Ibnu Firnas, bidang penerbangan, Sains dan Teknologi

PENGENALAN
Sains dan teknologi adalah antara salah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan
kita seharian. Hasil pembangunan dalam bidang tersebut telah membuatkan dunia kian
pesat membangun berbanding puluhan tahun yang lalu. Inovasi canggih telah membuatkan
kehidupan kita semakin mudah. Lebih-lebih lagi, inovasi dalam bidang sains dan teknologi
maklumat telah menyumbang impak yang besar ke atas tamadun dunia.
Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Islam telah memberikan sumbangan
yang besar kepada tamadun dunia. Tamadun Islam telah melahirkan ribuan ulama yang
pakar dalam pelbagai bidang seperti falsafah, sains, politik, kesusasteraan, sains sosial,
keagamaan dan perubatan. Tambahan pula, kepakaran kaum Muslim dalam bidang ilmu
pengetahuan telah menjadi faktor utama kepada zaman kebangkitan Eropah dan
menghasilkan satu tamadun yang sangat hebat. Menurut The White House (2009), bekas
presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dalam ucapan beliau di Universiti Kaherah,
setelah perlantikannya menjadi presiden Amerika yang ke-44 telah mengatakan bahawa :
Sebagai salah seorang pelajar sejarah, saya juga mengetahui bahawa tamadun
dunia terhutang budi kepada Islam. Agama Islam di tempat seperti Universiti Al-Azhar
telah membawa cahaya yang menerangi dunia selama beberapa kurun, menunjukkan
jalan kepada Eropah untuk bangkit dari Zaman Kegelapan menuju Zaman Kebangkitan.
Penglibatan masyarakat Islam juga telah membuatkan manusia menerokai ilmu algebra,
menghasilkan kompas magnet dan teori penunjuk jalan, kemahiran kita menggunakan pen
dan kertas, dan kemahiran kita tentang penyakit menular dan cara untuk mengubatinya.
Tamadun Islam juga telah memberikan kita gerbang yang megah dan menara yang
melambung tinggi, nyanyian syair dan muzik yang indah, kesenian dalam tulisan dengan
hiasan yang indah. Sepanjang sejarah, Islam telah menunjukkan kewujudan toleransi
dalam beragama dan kesamarataan bangsa.
Kenyataan Obama tersebut telah membuktikan bahawa orang Barat tidak
menafikan peranan tamadun Islam sebagai pemangkin kepada Zaman Kebangkitan Eropah
dan Barat. Walau bagaimanapun, konsep memisahkan agama dengan urusan keduniaan
yang dilakukan oleh Barat menjadi dua entiti yang berbeza telah menyimpang dari ajaran
Islam. Berbeza dengan Islam yang menjadikan agama sebagai asas dalam kemajuan
tamadun.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan mengenali secara mendalam mengenai tokoh penerbangan
atau lebih dikenali sebagai Bapa Penerbangan yang terkenal pada zaman Umayyah iaitu
Ibnu Firnas. Kajian ini juga bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut :
i.

Mengenalpasti konsep Aeronautik dan Ornithopter

ii.

Meneroka biografi Ibnu Firnas

iii.

Mengenalpasti sumbangan Ibnu Firnas dalam bidang penerbangan

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk kertas konsep. Kajian ini
menggunakan kajian kepustakaan yang dijalankan di Perpustakaan Tun Seri Lanang,
Universiti Kebangsaan Malaysia dan Perpustakaan Sibu, Sarawak bagi mendapatkan datadata yang lengkap dalam bentuk dokumen dan menganalisis maklumat yang diperoleh.
Data-data berkaitan tokoh terkenal Ibnu Firnas serta sumbangannya dalam bidang
kejuruteraan penerbangan diperoleh melalui kajian literatur daripada buku, artikel, jurnal,
majalah, risalah dan bahan bercetak yang lain.

DAPATAN KAJIAN
Melalui kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati kejuruteraan penerbangan
merupakan satu bidang yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat Islam. Hal ini adalah
kerana melalui perkembangan bidang penerbangan menggambarkan kemegahan dan
kegemilangan yang dicapai oleh tamadun Islam. Kegemilangan ini berjaya melahirkan
tokoh penerbangan pertama yang terkenal iaitu Ibnu Firnas. Ibnu Firnas merupakan tokoh
penerbangan pertama yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang kejuruteraan
penerbangan sehingga menaikkan nama Islam di mata dunia dan dikenali sebagai orang
yang pertama terbang. Namun begitu, setelah berlakunya kemalangan dan akhirnya
meninggal dunia,maka kajian beliau terbengkalai dan segala penulisan dan hasil kajian
beliau terkubur dan tidak dibukukan. Akhirnya idea tersebut telah disambung oleh keluarga
Wilbur dan Orville Wright yang membawa kepada penciptaan kapal terbang sehingga
4

sekarang. Oleh itu, kajian ini mempunyai matlamat yang utama dalam meneroka sosok
peribadi tokoh agung Ibnu Firnas melalui biografi dan sumbangannya dalam bidang
kejuruteraan penerbangan khususnya melalui konsep Aeronautik dan Ornithopter yang
telah diperkenalkan.

KONSEP AERONAUTIK DAN ORNITHOPTER


Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh. Tidak ada satu pun bidang di dalam
kehidupan manusia yang dilupakan. Berhubung dengan ini, Allah SWT berfirman :
Pada hari ini aku sempurnakan agama kamu untuk kamu dan aku
cukupkan nikmatku kepadamu dan aku redha Islam menjadi agama
bagimu.
(Al-Maidah : 3)
Menurut Danial Zainal Abidin (2003), Islam tidak boleh dilihat secara terpisahpisah di antara satu dengan yang lain. Justeru, bidang kejuruteraan penerbangan tidak
boleh dipisahkan daripada ikatan syariat, bidang ekonomi tidak boleh dipisahkan daripada
sistem akhlak dan demikian juga dengan bidang dan sistem yang lain.
Berikutan hal tersebut, Abbas Ibnu Firnas telah mencipta sebuah mesin terbang
yang mampu untuk membuat dirinya terbang seketika di udara. Melalui kisah orang
terbang yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan yang teruk, beliau telah berjaya
menemui teori Aeronautik dan Ornithopter yang dianggap sebagai komponen utama
dalam menentukan kestabilan sesebuah mesin penerbangan. Menurut Kamus Dewan
(2007), Ornithopther ataupun penggunaan sayap yang mengeluarkan angin merupakan
konsep yang digunapakai oleh setiap jurutera penerbangan untuk membolehkan pesawat
yang dihasilkan oleh mereka terbang tinggi di atas awan dan melawan arus angin.
Manakala, dalam Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan aeronautik adalah
berkaitan atmosfera bumi dan ruang yang melampauinya serta kaitannya dengan roket,
pesawat udara, peluru berpandu, kapal angkasa lepas yang terbang atau beroperasi di
angkasa lepas. Dalam teknologi penerbangan moden, kajian aeronautik meliputi beberapa
elemen penting seperti aerodinamik, struktur, avionik, kawalan dan loji kuasa. Ringkasnya,

aeronautik adalah berkaitan kajian tentang aspek-aspek penerbangan (Mohd Noor Hasman
2010).
Jadi, secara umumnya jelas menunjukkan di sini bahawa kajian berkenaan
penerbangan ini adalah hasil ekoran daripada teori penerbangan burung yang mana
pelbagai aspek meliputi bentuk sayap burung, struktur badan dan pelbagai jenis bulu sayap
secara tidak langsungnya telah membongkar rahsia Allah yang disebutkan dalam ayat suci
Al-Quran dalam surah Al-Mulk ayat 19 yang bermaksud :
Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan
dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang
menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha
Melihat segala sesuatu.
Ayat tersebut menyeru manusia untuk memerhatikan burung yang terbang bebas di
udara agar manusia mampu mengambil pengajaran dan menghargai kebesaran Allah SWT.
Memerhatikan segala sesuatu yang berada di sekeliling kita dengan menggunakan akal
kurniaan Allah akan membawa kepada ilmu pengetahuan dan menunjukkan jalan untuk
meneroka ilmu yang baru.
Sebagai

contoh,

pemahaman

mengenai

teori

penerbangan

burung

dan

pergerakannya akan membuka satu cabang ilmu baru seperti kandungan udara, penggunaan
bahan besi yang ringan untuk industri penerbangan dan pengiraan saintifik untuk sistem
penerbangan sesebuah pesawat. Sumbangan Ibnu Firnas ini telah membuatkan manusia
memahami undang-undang semulajadi melalui perantaraan Al-Quran yang akan
membuatkan manusia berada lebih dekat kepada sang pencipta.

BIOGRAFI IBNU FIRNAS


Ibnu Firnas merupakan tokoh penerbangan Islam yang pertama dan amat disanjungi bukan
sahaja oleh ahli-ahli falsafah Islam bahkan dalam kalangan tokoh-tokoh falsafah dari barat.
Nama sebenar beliau ialah Abu Al Qasim Abbas Ibn Firnas Ibn Wardus di sebuah tempat
bernama Ronda, iaitu sebuah pusat bandar bahagian selatan Andalusia pada zaman
pemerintahan Abbasiyah ( C.E. Bosworth 1991). Ibnu Firnas yang juga dikenali sebagai

Armen Firman di barat telah dilahirkan pada kurun ke-9 iaitu pada tahun 810 Masihi
(Wahyu Murtiningsih 2010).

Pendidikan
Menurut Mahayudin Yahaya (1986), kecintaan Ibnu Firnas terhadap ilmu pengetahuan
telah mendorong beliau untuk meninggalkan kampung halamannya dan berhijrah ke
Cordova untuk melanjutkan pelajarannya. Hal ini kerana, pada ketika itu Kota Baghdad
merupakan pusat tumpuan ilmu, seperti Dar Al Hikmah yang menempatkan puluhan
bahkan ribuan ulama Islam, pengkaji ilmu, penulis kitab, penyair, pelukis dan pencipta
pelbagai jenis kraf tangan. Di sinilah Ibn Firnas telah mempelajari pelbagai jenis ilmu
seperti astrologi, astronomi, kejuruteraan dan ilmu muzik.
Ibnu Firnas bukan sahaja terkenal sebagai tokoh penerbangan yang pertama, malah
beliau juga telah berjaya membuktikan bahawa manusia tidak semestinya hanya memiliki
satu kemahiran, tetapi mungkin juga memiliki kemahiran yang lain. Antara pencapaiannya
yang telah membanggakan umat Islam ialah penghasilan cawan daripada pasir, penghasilan
jam air (Al-Maqata), cara memotong kaca menggunakan batu serta merupakan seorang
penyair yang hebat (Mustafa Hj. Daud 2004).

Kematian
Sebahagian besar ahli sejarah mengatakan bahawa Ibnu Firnas telah meninggal dunia pada
tahun 887 Masihi di bawah pemerintahan Al-Mundhir. Beliau telah meninggal dunia
sekitar 12 tahun setelah beliau setelah menderita sakit akibat kemalangan ketika
melakukan percubaan untuk terbang di hadapan orang ramai di sebuah tempat bernama
Jabal Al Arus (Wahyu Murtiningsih 2010). Pada ketika itu, beliau telah mengalami
kecederaan yang parah di bahagian belakang dan salah satu tulang belakang beliau telah
rosak. Berikutan hal tersebut, beliau tidak meninggalkan pengganti untuk melanjutkan dan
memperbaiki kerja-kerja beliau berkaitan dengan penerbangan. Justeru, idea beliau telah
disambung dan dikemaskini oleh keluarga Wilbur dan Orville Wright sehingga terciptanya
kapal terbang (Ghazali Darusalam 2001).

SUMBANGAN

IBNU

FIRNAS

DALAM

BIDANG

KEJURUTERAAN

PENERBANGAN
Ibnu Firnas merupakan seorang tokoh ilmuan Islam yang mempunyai tahap inkuiri yang
sangat tinggi ketika melakukan penelitian ilmiah. Kredibiliti beliau dalam bidang
penerbangan tiada tolok bandingnya. Sejarah juga telah mencatatkan bahawa Ibnu Firnas
merupakan orang yang pertama di dunia yang melakukan penerbangan walaupun dalam
jangka yang singkat. Menurut Wahyu Murtiningsih (2010), melalui kajian dan pemerhatian
Ibnu Firnas ke atas burung yang terbang tinggi di awan, beliau telah mencipta satu jubah
terbang khas yang mempunyai dua set sayap serta boleh dikendalikan arah dan aturan
terbang.
Jubah terbang yang telah diciptakan oleh beliau dilengkapi dengan konsep
aeronautik dan ornithopter, di mana jubah tersebut bertindak sebagai mesin terbang
bersayap yang mengeluarkan angin dan boleh diguna pakai untuk membolehkan terbang
tinggi di awan melawan arus angin. Teori ini diguna pakai melalui pemerhatian beliau
terhadap bagaimana burung dapat terbang di awanan.
Ibnu Firnas telah menjalankan dua kali percubaan terbang iaitu yang pertama ialah
penerbangan dari menara Masjid Mezquita di Cordova dengan menggunakan sayap dari
jubah yang diletak kayu. Sayap sementara tersebut berjaya membuatkan beliau terbang
sebentar di udara dan melambatkannya jatuh, dan alat tersebut kini telah dikenali sebagai
payung terjun pertama di dunia. Percubaan kedua beliau pula ialah ketika usianya
mencapai 65 tahun, beliau telah menjemput penduduk di Cordova menyaksikan
penerbangan bersejarah beliau menggunakan mesin terbang yang mampu membawa
manusia di Jabal Al-Arus di kawasan Rusafa. Penerbangan yang dilakukan oleh beliau
disaksikan oleh puluhan ribu penduduk di situ dan mereka berasa teruja dengan apa yang
telah dilakukan oleh Ibnu Firnas. Namun, setelah berada di awan selama lebih kurang 10
minit, beliau terhempas ke tanah apabila hendak meluncur dan mengalami kecederaan
yang sangah parah mengakibatkan tulang belakang dan punggung.
Kajian mendapati, kemalangan itu berlaku kerana Ibnu Firnas tidak memerhatikan
bagaimana burung telah menggunakan ekor mereka untuk mendarat. Beliau juga terlupa
untuk menambahkan ekor pada model jubah terbang buatannya. Hal inilah yang
mengakibatkan beliau gagal mendarat dengan sempurna. Mukmin Ibnu Said yang
merupakan seorang penyair yang hidup sezaman dengan Ibnu Firnas juga telah melihat
8

cubaan yang telah dilakukan oleh Ibnu Firnas. Beliau berkata, Firnas terbang lebih cepat
daripada burung phoenix, ketika ia mengenakan bulu-bulu di badannya seperti burung
manyar (Wahyu Murtiningsih 2010).
Walaupun konsep terbang menggunakan sepasang sayap dari bulu burung dan
rangka kayu tidak berhasil dengan sempurna, namun gagasan inovatif Ibnu Firnas
kemudiannya dipelajari oleh Roger Bacon 500 tahun setelah Firnas meletakkan teori-teori
dasar pesawat terbangnya. Kemudian, sekitar 200 tahun setelah Bacon menilai dan
membuat pasca uji ke atas teori Ibnu Firnas, barulah konsep dan teori pesawat terbang
dikembangkan. Tidak ramai yang mengetahui bahawa berkembang modennya industri
penerbangan itu adalah disebabkan oleh teori yang telah dirangka oleh Ibnu Firnas. Al ini
adalah kerana kecederaan dan kemalangan yang dialami selepas terbang mengakibatkan
beliau tidak dapat meneruskan ujikajinya, dan idea tersebut telah diambil oleh keluarga
Wilbur dan Orville Wright dalam menghasilkan kapal terbang.
Namun begitu, nama Ibnu Firnas tidak hilang sewenang-wenangnya. Sebagai
penghormatan kepada Ibnu Firnas, sebuah monumen patung yang berbentuk seorang
manusia yang mempunyai sayap telah dibina di Libya, bagi memperingati sejarah beliau.
Nama Ibnu Firnas juga telah diabadikan sebagai nama sebuah lapangan terbang di
Baghdad Utara iaitu Ibnu Firnas Airport. Selain itu, sepanyol juga telah memberikan nama
sebuah jambatan besar di Sevilla sebagai Abbas Ibnu Firnas Bridge, dan NASA telah
menamakan sebuah kawah di bulan dengan nama Ibnu Firnas Crater.

KESIMPULAN
Usaha yang telah dilakukan oleh Ibnu Firnas telah membuka mata dunia bahawa ilmuan
Islam tidak cetek ilmunya dan berikutan ilmu mereka itulah yang mempengaruhi
perkembangan sains dan teknologi di Barat. Walaupun idea beliau berkaitan penerbangan
tidak digarap dan ditulis sebagai pencipta kapal terbang pertama dalam sejarah kini, namun
perkara tersebut tidak dapat disangkal dan dipertikaikan apabila beliau telah digelar Bapa
Penerbangan Pertama sebelum kehadiran Keluarga Wright.
Usaha beliau dalam teknologi aeronautik ini sejajar dengan perintah Allah di dalam
Al-Quran yang bermaksud :

Wahai umat jin dan manusia, jika kamu sanggup melintasi penjuru
langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya
kecuali dengan kekuatan.
(Surah Ar-Rahman : 55)
Justeru, teknologi penerbangan serta seluruh perkara yang berkaitan dengan
teknologi penerbangan dan angkasa lepas wajib dikembangkan kerana hal ini merupakan
faktor penentu dalam jihad di jalan Allah. Dengan motivasi ideologis yang kuat, teknologi
penerbangan atau aeronautik ini pasti dapat dikuasai dengan cepat oleh kaum muslimin,
kerana dalam bidang ini terdapat kepelbagaian teknologi yang canggih, iaitu teknologi
material, elektronik, komputer, mesin, kimia, navigasi dan sebagainya.

10

RUJUKAN
Abdul Halim Ramli & Fadzlullah Hj Shuib. Perkembangan Sains Dan Teknologi Dalam
Islam : Sains Dan Teknologi Islam, Acis. Negeri Sembilan: Universiti Teknologi
Mara (UiTM).
Abd. Shukor Mohd Ali, Maimun Aqsha Lubis, Muhammad Yusuf. 2013. Peradaban Islam
dan Tamadun Dunia: Tamdun Islam dan Peradaban Manusia. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia
Alias Azhar. 2013. Sains Dan Teknologi Dalam Ketamadunan Islam: Analisa Epistemologi
Dan Metodologi dalam Jurnal Al-Tamaddun. Jilid 1, Bil. 8, h. 51-66. Sintok:
Universiti Utara Malaysia
Alias Azhar. 2010. Faktor Pembangunan Dan Kemunduran Pengajian Sains Islam Silam
dalam Jurnal Hadhari. Bil. 3, h. 43-59. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM)
Bosworth. C.E. et al. 1991. The Encyclopedia of Islam. Netherlands: E.J. BRILL.
Che Haslina Abdullah. 2013. Pembinaan Tamadun Islam Seimbang Melalui Psikologi
Islam

(Development

of

Balanced

Islamic

Civilization

Through

Islamic

Psychology) dalam Jurnal Hadhari. Jilid 1, Bil. 5, h. 199-213. Bangi: Universiti


Kebangsaan Malaysia.
Danial Zainal Abidin. 2003. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Kuala Lumpur:
Percetakan Cergas.
Kamus Dewan. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahayudin Yahaya. 1986. Ensiklopedia Sejarah Islam. Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mohd Noor Hasman Mohd Tumari. 2010. Teknologi Aeronautik. Johor: Buletin
Perpustakaan Universiti tun Hussein Onn.
Mohd Rosdi Nik Ahmad. 2011. Ilmuan Nusantara. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn.
Bhd.

11

Mustafa Hj. Daud. 2004. Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sabri Mohamad Sharif. 2008. Sumbangan Tamadun Islam Kepada Peradaban Dunia
Barat: Muhammad Azizan Sabjan, Noor Shakirah Mat Akhir & Nor Azlina Mohd
Zubaidi (pnyt.) dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Andalusia 1300 Tahun
Menyingkap Rahsia Kegemilangan Tamadun di Barat. h. 181-193. TTP: TP.
The White House. 2009. Remarks by the President Barrack Obama at Cairo University.
Egypt : Office of the Press Secretary.
Wahyu Murtiningsih. 2010. 99 Ilmuwan Muslim Perintis Sains Moden : Biografi Lengkap,
Praktis dan Inspiratif. Yogyakarta: Diva Press.

12

Anda mungkin juga menyukai